Menjadi Umat Terbaik Dan Berdaya Saing
“Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang maaruf (kebaikan) dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah”.
(Surah Ali- Imran ayat 110 )
Umat Islam digalakkan untuk sentiasa maju dan berdaya saing agar menjadi umat terbaik di dunia. Dunia bukanlah tempat untuk bersenang-senang. Inilah tempatnya untuk bekerja secara proaktif supaya apa yang diusahakan berhasil.
Tak kira apa pun yang kita lakukan, ia perlulah dilakukan sehabis baik. Maksudnya, usahakan sehabis baik menjadi anak yang soleh, isteri yang taat, ibubapa contoh, pemimpin berwibawa, dan pekerja bertanggungjawab InsyaAllah semuanya dengan penuh ketaqwaan.
Para sahabat dulu pun berlumba-lumba nak berikan sumbangan dalam perjuangan Islam. Inikan pula kita di zaman yang dah ada macam-macam. Janganlah dengan sedikit ujian saja kita dah jadikan beribu alasan untuk terus di bawah.
Jadikan lembaran hidup kita lembaran yang cantik untuk dihisab Allah nanti. Segala KPI yang kita galas selama ada di dunia akan dihitung satu-persatu. Inilah appraisal yang paling patut dijaga supaya rating nya "outstanding" dan bukannya "satisfied" sahaja.
Marilah menuju kejayaan.
Nak masuk syurga pun kena banyak usaha kan?
CikT
The Lovely Mamipreneur
Tentang Siti
Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.
0 comments:
Post a Comment