Krisis Pemulihan (Healing Crisis)

Krisis pemulihan terjadi apabila seseorang mula mengambil suplemen. Simptomnya seperti penyakit tapi sebenarnya merupakan tindakbalas tubuh akibat penerimaan zat makanan setelah sekian lama menyimpan toksin.


Di dalam proses pembuangan toksin dan pembinaan semula tubuh badan, fenomena yang sedanh dihadapi tubuh ini memerlukan sedikit masa untuk kembali normal.

Simptom Krisis Pemulihan

Terdapat beberapa jenis krisis pemulihan dan tiga daripadanya adalah tindakbalas yang sering dihadapi.

1.  Loya dan Muntah

Punca bagi simptom ini berkemungkinan berpunca dari tubuh yang mengalami stres atau keletihan. Ia juga mungkin berpunca dari hati yang mengandungi toksin yang tinggi.

Bagi mengurangkan simptom ini, seseorang perlulah bertenang dan sabar. Pengambilan suplemen perlulah diteruskan dan pastikan untuk meminum air yang mencukupi (3 liter).

2. Selsema dan Demam

Bagi simptom ini, ia mungkin berpunca dari kandungan asid yang tinggi dalam tubuh.

Nak kurangkan simptom ini, seseorang perlulah bertenang dan sabar. Pengambilan suplemen perlulah diteruskan dan pastikan untuk meminum air yang mencukupi (3 liter). Sekiranya demam agak tinggi, segeralah berjumpa dengan doktor.

3. Jerawat

Kebiasaanya, ia berpunca dari stres yang berpanjangan, sering tidur lewat, diet yang tidak seimbang dan kekurangan nutrisi.

Apa yang perlu dibuat ialah dengan memastikan air diminum lebih banyak agar toksin di dalam badan lebih cepat dikeluarkan.


Tips Menghadapi Krisis Pemulihan:

~ Banyakkan meminum air sekurang-kurangnya 3 liter.

~ Kurangkan dos vitamin yang diambil atau mengambilnya selamg sehari.

~ Teruskan pengambiln vitamin dan jangan berhenti.

~ Bersabar dan berfikiran positif.

~ Berdoa agar dipermudahkan

Kesimpulannya, krisis pemulihan adalah proses detoks tubuh yang sedang berlangsung akibat pengambilan suplemen. Adalah penting bagi seseorang mendapatkan konsultasi yang betul dari pengedar Shaklee yang bertanggungjawab agar kesan khasiatnya turut dirasai.

Semoga bermanfaat.


CikT
The Lovely Mamipreneur

Share this:

Tentang Siti

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

0 comments:

Post a Comment