7 Jars System



Mulai tahun ni, cikT nak jadikan menabung sebagai habit. Menabung untuk beberapa benda yang spesifik.

Kalau sebelum ni menabung sekadar menyimpan secara general, cikT nak ikut the iReach style, iaitu The 7 Jars System.

Sistem ni diadaptasi dari Six Jars Money Management yang diperkenalkan oleh T Harv Eker.

Senang citer, ada 7 tabung semuanya. Kita bahagikan pendapatan harian/ mingguan/ bulanan kita kepada pecahan kecil mengikut keperluan kita.

Tabung 1: NEC (Necessity)

Segala keperluan harian, belanja dapur, bil, dan duit persekolahan anak-anak jatuh kategori ni. Biasanya bahagian untuk tabung ni paling besar sebab kita kerja pun untuk penuhi yang ni dulu kan.

Tabung 2: EDU (Education)

Yang ini pulak untuk pembelajaran kita. Nak beli buku ke, attend kelas ke, apa-apa yang berkaitan dengan ilmu lah.

Tabung 3: LTTS ( Long Term Saving for Spending)

Tabung ni pulak simpanan untuk melancong ke, nak beli rumah ke, atau untuk kecemasan. Macam cikT cuba menabung untuk melancong.

Tabung 4: FFA (Financial Freedom)

Bila dah masuk hari tua esok, tak semua akan terima duit pencen, dan kalau boleh tak nak lah kerja sampai 60 tahun atau bergantung kat anak-anak kan? Kita pun nak bersara dari alam pekerjaan dengan hati yang tenang.

Tabung 5: PLAY (Leisure)

Yang ni lebih kepada belanja yang santai. Kalau cikT akan buat tabung untuk beli benda yang diminati macam alatan dapur. Biasalah orang dapur...

Tabung 6: CHARITY

Setiap pendapatan yang kita terima tu bukan semuanya hak kita. CikT akan guna untuk bayar zakat, derma dan seumpamanya.

Tabung 7: PARENTS

Untuk rezeki yang lebih luas dan berkat, kita share lah sedikit yang kita dapat tu dengan ibubapa kita. Bagi yang dah tak ada mak ayah tu, mungkin boleh sedekahkan dan niatkan atas nama mereka.

CikT tak simpan dalam tabung fizikal pun. Guna cash folder, label, lepas tu simpan dalam bentuk cash bagi yang perlu, yang lain rekod je. Pastikan kita disiplin menyimpan dan tak usik duit tu tau. Alhamdulillah, setakat ni masih konsisten dan guna ikut keperluan yang cikT dah asingkan.

Kawan-kawan menabung macam mana? Bagi yang belum menabung, jom mulakan sekarang sebab first quarter kita pun belum berakhir lagi.

Semoga bermanfaat.

CikT
The Lovely Mamipreneur

Share this:

Tentang Siti

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

0 comments:

Post a Comment