Cucur Kembung Manis Versi Gluten Free
Assalamualaikum.
Sekarang ni musim cucur kembung manis viral pulak dah. CikT rasa dah pernah viral tahun lepas atau dua tahun lepas. Siap ada versi manis dan versi ikan bilis lagi. Disebabkan kesihatan cikT kurang mengizinkan untuk telan apa saja, maka cikT buat versi gluten free lah. Lagipun lagi dua hari nak bulan penuh kan, mehlah kita berjaga-jaga ye.
Sebenarnya versi tanpa gluten ni pun sedap jugak. Bagi cikT lebih sedap rasanya berbanding guna tepung gandum. Korang kena cuba rasa dulu baru boleh bandingkan. Hasilnya tetap rangup di luar dan lembut di dalam. Nak cuba tu kenalah tahu resepinya kan. Jom kita tengok resepi cucur viral ni.
"Cucur Kembung Manis Versi Gluten Free"
Bahan:
1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi kayu
2 sudu besar gula (cikT guna ORCS dan kurangkan lagi)
Secubit pink salt
1 cawan air panas (panas mendidih tu tau)
Minyak untuk menggoreng
Cara:
1. Gaulkan semua bahan dengan menggunakan senduk.
2. Panaskan minyak.
3. Goreng. Jika nak cucur bentuk bulat, ambil tepung beras sapu ke tapak tangan, ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan sebelum masuk ke dalam kuali. CikT guna sudu je sebab nak cepat.
4. Siap dan hidangkan. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!
CikT
The Lovely Mamipreneur
Tentang Siti
Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.
0 comments:
Post a Comment