3 Cara Uruskan Stres Di Tempat Kerja

Assalammualaikum.


Teringat cikT bila afa rakan-rakan kerja di bawah syarikat sama tempat cikT bekerja yang meninggal dunia secara tiba-tiba kebanyakkannya berpunca dari serangan jantung atau strok. Mereka juga antaranya yang sangat komited dengan kerja tanpa menghiraukan waktu makan, balik lewat dan sebagainya.

Stres dengan kerja yang kronik boleh memudaratkan kesihatan, secara fizikal mahupun menyal. Ia juga salah satu faktor kepada penyakit jantung. Stres tak dapat dielakkan, tapi menguruskan stres adalah perkara yang lebih baik.

Sebenarnya, sedikit stres di tempat kerja bagus untuk seseorang mengambil peluang untuk menghadapi cabaran dalam pekerjaan. Ia menggalakkan seseorang untuk mempelajari perkara baru. Namun, jika stres itu berterusan dan tidak lagi menjadi motivasi untuk belajar, ia akan mengganggu kesihatan.

Ada beberapa simptom untuk mengenalpasti jika sesuatu pekerjaan itu menyebabkan stres. Adakah anda kerap mengalami masalah di bawah?

🔲 Resah
🔲 Marah, kurang sabar
🔲 Depresi
🔲 Reaksi secara berlebihan
🔲 Keletihan
🔲 Sakit kepala, migraine
🔲 Makan berlebihan
🔲 Merokok berlebihan
🔲 Membuat beberapa perkara pada satu masa
🔲 Sukar memberi tumpuan pada sesuatu
🔲 Gangguan tidur
🔲 Sakit perut yang agak kronik
🔲 Sakit belakang
🔲 Gangguan dalam aktiviti seksual

Jika anda mengalami mana-mana tanda stres di atas, sudah masanya untuk anda kurangkan stres dan bukan mengabaikannya.


3 Cara Mengurangkan Stres Di Tempat Kerja

Mengenalpasti punca kepada stres di tempat kerja dan melarih diri untuk menguruskan stres dapat mengurangkannya.

1. Kenalpasti punca stres

Mengenalpasti punca kepada sesuatu stres lebih membantu dalam menyelesaikan masalah.
✔ Adakah beban kerja berlebihan untuk diselesaikan?
✔ Adakah anda mengambil terlalu banyak tanggungjawab?
✔ Adakah anda risaukan tentang kurangnya peluang untuk lebih berdaya saing di dalam syarikat?
✔ Mungkinkah terdapat konflik antara anda dan bos atau rakan kerja yang lain?

2. Pelajari cara pengurusan masa

Di sini ada sedikit tips untuk membantu anda menguruskan masa secara bijak dan memastikan anda tidak mengabaikan tugasan lain.
✔ Agihkan tugasan dan belajar untuk menerima bantuan orang lain.
✔ Fokus pada satu tugasan dalam satu masa. Jika tugasan agak besar, pecahkan kepada beberapa tugasan kecil.
✔ Senaraikan dan pelan tugasan yang perlu dibuat setiap hari. Utamakan tugasan yang penting  bagi mengelakkan pembaziran masa.

3. Ambil masa untuk relaks

Beri ruang pada diri untuk mengambil sedikit masa merelakskan tubuh dan minda.

✔ Relaks sangat penting untuk mengurangkan kesan negatif kepada tubuh badan
✔ Pelajari teknik untuk relaks seperti tarik nafas sedalamnya dan senaman untuk meregangkan otot.
✔ Senaman seperti yoga dan tai chi adalah senaman untuk relaks.
✔ Bagi yang beragama Islam, berwudhu, istighfar dan membaca Al-Quran sangat membantu untuk menenangkan dan merelakskan minda.

Bagi kekal sihat, sangat penting untuk dapatkan tidur yang mencukupi. Kerap bersenam dan makan dengan baik juga perlu. Pengambilan suplemen untuk menambah tenaga dan mengurangkan tekanan juga sangat membantu.

Dapatkan bantuan profesional sekiranya stres masih berlarutan.

Selamat bekerja.

CikT
The Lovely Mamipreneur

Share this:

Tentang Siti

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

0 comments:

Post a Comment