Amalkan 15 Perkara Kecil Ini
Assalamualaikum.
Suatu waktu dulu cikT pernah terbaca dan catitkan beberapa perkara kecil yang bakal merubah kehidupan kita. CikT kongsikan sebagai peringatan untuk diri sendiri juga untuk kalian amalkan bersama.
Amalkan 15 perkara kecil ini dan lihat perubahan besar dalam hidupmu.
1. Solat awal waktu.
2. Isi masa dengan berzikir.
3. Mengaji Al-Quran sekurang-kurangnya 10 ayat sehari.
4. Doakan seseorang di setiap kali berdoa.
5. Minum segelas air dalam masa 30 minit selepas bangun pagi.
6. Gantikan menonton televisyen dengan membaca buku.
7. Bawa nota kecil atau aplikasi evernote dan catat idea setiap kali bila perlu.
8. Dengar talk yang berfaedah di internet.
9. Minum teh tanpa gula.
10. Amalkan qailullah (tidur sekejap) pada waktu tengahari.
11. Buat senaman ringan setiap hari.
12. Berbual atau chatting dengan seseorang yang lebih bijak.
13. Berbual atau chatting dengan seseorang yang mempunyai pendapat berbeza tentang sesuatu isu.
14. Keluar jalan-jalan di taman atau alam semulajadi.
15. Bangun awal dan kurangkan tidur.
BONUS : Gunakan 10 minit sebelum tidur untuk muhasabah dan merancang untuk hari esok.
"Sampaikanlah walaupun satu ayat."
Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini memberi inspirasi kepada yang anda yang mahu berubah tapi tak tahu caeanya. Jom bermula kecil, dan jangan akhirinya.
Semoga bermanfaat.
CikT
The Lovely Mamipreneur
Tentang Siti
Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.
0 comments:
Post a Comment