Idea Aktiviti Cuti Sekolah

Assalamualaikum.

Pergi mana cuti sekolah ni? CikT perasan ramai ambil kesempatan bawa anak-anak pergi bercuti, ada juga yang balik kampung. Macam cikT cuti ni tak dapat ke mana, sebab suami pun agak sibuk. Nak ambil cuti macam tak sesuai pulak.

Jadinya cikT dan anak-anak untuk cuti kali ni tak ke manalah. Walaupun fuduk rumah, cikT bagi anak-anak beraktiviti supaya tetap rasa seronok. Selain dari main emak-emak, cikgu-cikgi, main playdoh sampai lunyai, cikT bagi mereka main jual-beli.



Permainan ni biasanya botol-botol Shaklee yang dah kosong tu jadi barang dagangan mereka. Sebelum tu cikT potong kertas banyak-banyak, labelkan dengan nilai ringgit, kemudian suruh anak-anak warnakan ikut warna duit sebenar. Mudah je props nya kan.



Nak ajar anak-anak cepat mengira atau cara nak guna duit masa inilah. Tanpa mereka sedar juga, mereka sedang didedahkan dengan dunia bisnes. Ya, mereka belajar cara nak promosikan produk, cara nak buat tawaran dan cara nak yakinkan pembeli.

Nanti mommies bolehlah cuba idea permainan ni di rumah ya. Pasti mereka seronok. Semua guna barangan terpakai kecuali duit yang kena buat kerja sikit. Murah dan mudah.



Cuba tau!

CikT
The Lovely Mamipreneur

Share this:

Tentang Siti

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

0 comments:

Post a Comment