4 Langkah Pantas Kenalpasti Strok


Strok adalah satu kecemasan perubatan. Strok berlaku apabila aliran darah ke otak terhenti. Dalam masa beberapa minit, sel-sel otak mula mati.

Terdapat tiga jenis utama strok: 

1. Strok iskemia adalah disebabkan oleh darah beku yang menyekat arteri ke otak.

2. Strok pendarahan (hemorrhagic) adalah disebabkan oleh saluran darah di dalam dan sekitar pecah otak atau bocor.

3. Strok iskemik sementara (transient ischemic attacks - TIA) atau disebut sebagai mini-stroke kerana bersifat sementara dan akan hilang dalam masa 24 jam. Perlu berhati-hati kerana dikhuatiri ia akan berulang dan jadi lebih teruk.

Terdapat 4 langkah pantas (F-A-S-T) untuk kenalpasti simptom serangan strok:

Face - Salah satu daripada kedua belah mula kelihatan jatuh. Serangan juga menyebabkan kesukaran seseorang untuk senyum, atau bibir atau mata juga kelihatan jatuh.

Arms - Kebolehan seseorang untuk mengangkat kedua lengan disebabkan oleh salah satu lengan yang lemah.

Speech - Tidak mampu bertutur atau bertutur secara jelas.

Time - Segera bertindak dengan menghubungi pihak kecemasan (hospital berdekatan) sekiranya terdapat salah satu daripada simptom di atas.

Tindakan anda mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Semoga bermanfaat.

CikT
The Lovely Mamipreneur

Share this:

Tentang Siti

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

0 comments:

Post a Comment