Jom Membuat Capan

Minggu ni minggu peperiksaan sekolah kebangsaan puteri cikT yang berdua tu. Kebiasaannya, matapelajaran seni ni akan jadi penutup minggu peperiksaan. Dua hari sebelum tu, Anis dah bawa balik kertas soalan untuk subjek ni. Soalan pertama dia kena lukis dan warna. Soalan kedua pula kena buat teknik capan dengan sayur-sayuran yang sesuai.



CikT minat sebenarnya buat kerja seni sekolah rendah ni sebab kebanyakannya menarik. Jadi, cikT cadangkan Anis jawab soalan nombor 2 supaya senang nak dapat markah tinggi. Hehehe.

Esoknya, abah Anis pun beli bahan-bahan yang cikT dah pesan. Jadi, malam tadi baru cikT dapat idea tema apa nak buat. Sebenarnya bukanlah nak bertema sangat pun. Sekadar nak bagi penuh kertas lukisan dan jimatkan masa.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat teknik capan:



Sayur-sayuran seperti kacang bendi, ubi kentang, bawang, terung dan pelepah pisang
Warna air
Berus
Kertas lukisan
Suratkhabar sebagai alas

Caranya:

Potongkan sayuran tadi mengikut bentuk yang dikehendaki.
Sapukan warna air atas permukaan sayuran dengan menggunakan berus.
Dengan penuh hati-hati, lakukan pengecapan atas kertas lukisan.
Ulang dengan menggunakan sayuran lain pula hingga selesai.

Selain menggunakan sayuran, teknik capan ni sebenarnya boleh menggunakan tapak tangan atau alatan lain yang sudah tersedia. CikT pula yang rasa teruja nak buat lagi. Aktiviti ini boleh dijadikan aktiviti bersama anak-anak di rumah. Selain merangsang "motor skill" anak, ia juga merangsang kreativiti mereka dan ianya seronok.

Selamat bercapan.

CikT
The Lovely Mamipreneur

Share this:

Tentang Siti

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

0 comments:

Post a Comment