Lovely Mamipreneur (CikT)
  • Laman Utama
  • Profil
  • Shaklee
    • Produk Shaklee
    • Set Kesihatan
    • Daftar Keahlian
    • Senarai Pengedar
    • Sijil Halal
  • Beli Online
  • Penafian
Home Archive for March 2017
Assalamualaikum.

Kali ni cikT nak kongsikan tentang kaitan soya dan kencing manis.



Kencing manis atau diabetes berlaku bila sel badan tidak dapat bertindak balas dengan hormon insulin. Maksudnya, gula tak ditukarkan kepada tenaga. Sel-sel organ yang bermasalah untuk mengeluarkan insulin disebut sebagai rintangan insulin.

Rintangan atau sensitiviti insulin berlaku bila sel tubuh tak dapat bertindak balas terhadap insulin dengan baik. Bila bekalan insulin tak cukup untuk mengawal gula dalam darah, gula berlebihan tak dapat ditukarkarkan kepada tenaga. Maka terjadilah rintangan insulin.

Arginine ialah salah daripada asid amino yang ada dalam soya. Arginine boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh dan salah satu fungsinya ialah mengawal hormon dan gula dalam darah.

Apa kelebihan ESP untuk pesakit diabetes?

1. Soya bukan GMO

Perkara utama yang perlu diambilkira adalah jenis soya yang digunakan. Pastikan soya adalah dari tanaman yang tidak diubah secara genetik.

2. Rendah Indeks Glisemik

Soya dicernakan dan diserap secara perlahan-lahan lalu peningkatan gula dalam darah tidak terlalu mendadak dan pelepasan hormon insulin juga sedikit  demi sedikit. Maksudnya pankreas tidak terlalu terbeban untuk hasilkan insulin.

3. Asid amino lengkap

Dalam asid amino yang terkandung dalam soya, ada sebatian arginine uyang membantu mengurangkan sensitiviti badan terhadap insulin dan menaikkan toleransi terhadap gula.



4. Tiada kandungan laktosa

ESP bukan sahaja dijamin tiada kandungan laktosa (gula), malahan juga tiada emak dan kolestrol. Pengambilan ESP selama 12 minggu berturut menunjukkan pengurangan paras LDL kolestrol jahat. Ini bermakna paras kolestrol LDL dapat dikawal secara sihat.

5. Dibuktikan dengan Landmark study

Berdasarkan Landmark study dari University of California, Berkerley menunjukkan pengamal suplemen Shaklee mengalami masalah diabetes adalah peratus paling rendah.

Jadi, jom kita amalkan ESP setiap hari.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Dalam memilih produk penjagaan wajah, kita sepatutnya jadi lebih berhati-hati dan bijak. Pastikan produk itu dari bahan yang selamat, telah diuji secara klinikal, disahkan oleh badan berwajib dan yang pastinya berkesan.

Macam mana nak pilih tu?

✔ Pilihlah yang dapat menghalang kulit dari kerosakkan sinar cahaya matahari dan UV.

✔ Pilihlah yang dapat mengurangkan pigmen gelap dan nada kulit kusam.

✔ Pilihlah yang dapat menyekat kemunculan tompok-tompok hitam dari sel-sel kulit asal.

✔ Pilihlah yang dapat mencerahkan kulit wajah (bukan memutihkan semata).

✔ Pilihlah yang dapat memperbaiki sel-sel kulit bagi menggantikan sel kulit yang mati.



Dengan gabungan 16 ramuan botani yang paling bernutrien, mujarab dan eksklusif hasil kajian 3 tahun oleh saintis dan pakar penjagaan kulit Jepun dan USA yang bakal dipatenkan, formulasi ini dijamin tidak memberikan risiko kesan sekunder.

Bermula dengan makeup remover, foaming cleanser, soothing radiance whitening softener, defence essence, spot treatment, daytime lotion hinggalah ke overnight cream, wajah kalian pasti lebih berseri dengan izinNya.

Maka pilihlah Set Penjagaan Kulit NutriWhite Shaklee ni.



Jom bertukar kepada NutriWhite Shaklee dan hubungi cikT di talian 013.388.9522.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum

Saya Daud Mohamad. Berumur 33 tahun, telah berkahwin 11 tahun yang lalu dan dikurniakan seorang anak kini berumur 10 tahun.

Setiap kali berjumpa dengan adik beradik dan saudara mara. Soalan yang pertama ditanya mesti soal anak. Bila lagi nak tambah anak? Takkan sorang je? Merancang ke?

Fuh sabarjela yang tanya tu tak fikir langsung perasaan orang. Kesian kat isteri saya jadi stress bila orang tanya macam tu. Kadang-kadang yang tanya tu tak tengok batang hidung sendiri. Sebab ada yang tanya tu anak dia sendiri dah lama kahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Emm tak tau nak cakap apa kan.

Jawapan yang biasa saya berikan “belum ada rezeki lagi dan Allah sebaik-baik perancang” Saya dan isteri dah buat pemeriksaan doktor masing-masing tiada masalah.

Sebelum ni isteri makan produk Shaklee tak konsisten. Alhamdulillah sejak saya suruh wife minum Vivix konsisten selama sebulan lebih dan saya juga turut minum sekali. Akhirnya wife saya berjaya hamil setelah 10 tahun menunggu. Masa wife kata period tak datang lagi terus dia suruh saya beli pregnancy test. Alhamdulillah positif asbab minum Vivix dan semuanya dengan Izin Allah juga.

Berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus. InsyaAllah kami bakal menimang cahaya mata yang kedua pada bulan Julai 2017 nanti. Kini kandungan isteri saya dah 4 bulan lebih. Moga segalanya dipermudahkan.

Bagi mereka yang belum dikurniakan anak. Cubalah Vivix sebagai ikhtiar. Vivix ni berfungsi untuk memperbaiki sel-sel tubuh kita yang rosak akibat dari pemakanan yang tak seimbang, radikal bebas dan gaya hidup yang tidak sihat. InsyaAllah apabila sel-sel tubuh kita elok, kesihatan kita bertambah baik. Dan pengambilan Vivix dapat membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh. InsyaAllah.

Alhamdulillah. Inilah Shaklee Effect saya.



CikT
The Lovely Mamipreneur
Saya Hafza Aein. Ini suami saya yang mengalami strok pada April 2014. Doktor mengesahkan otak kirinya membengkak dengan cepat. Hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Saya bersetuju tanpa berfikir panjang kerana tiada pilihan lain.

Pada Mei 2014, suami masih lagi tidak sedar dan doktor memberitahu saya yang sel-sel otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami. Sama ada tidak dapatmengingat siapa diri dia dan keluarga atau boleh mengingat tapi cepat lupa ataupun mengalami masalah pertuturan.

Alhamdulillah. Allah Maha Besar. Bila dia dah sedar dia masihlagi ingat akan kami sekeluarga. Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Mulai dari itu, saya cuba bagi dia VIVIX setiapalam dengan satu sudu kecil dan berdoa setiap kalisaya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otakdia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertuturdan mengira.

Alhamdulillah setelah hampir setahun, saya berikan VIVIX, pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap. Suka saya bila doktor cakap macam tu.

Terima kasih Shaklee telah membantu menyenbuhkan suami saya dan keluarga. Terima juga pada yang memahami keadaan saya dan memberi cadangan ambil VIVIX untuk bantupulihkan suami saya.

~Pn. Hafza Aein~


CikT
The Lovely Mamipreneur
013.388.9522

Penyakit Alzheimer atau nyanyuk ini biasanya terjadi di kalangan warga emas berusia 65 tahun dan nisbahnya 1 dalam setiap 10 orang. Kajian mendapati penyakit ini berpunca daripada plak beta-amyloid dalam otak.

Plak amyloid ini terbentuk dari gumpalan protein yang tidak normal yang menjadi toksik kepada sel-sel saraf atau otak. Plak yang tidak dikehendaki ini menyerang hippocampus (memori otak), kemudiannya merebak ke seluruh.otak dan seterusnya mematikan sel otak.

Antara simptom penyakit Alzheimer ini adalah seperti:

~ hilangnya ingatan yang boleh mengganggu aktiviti harian
~ hilang kebolehan untuk membuat tugasan biasa
~ keliru tentang waktu dan tempat
~ masalah berbahasa
~ masalah berfikir secara abstrak
~ masalah kehilangan barang (di tempat yang tidak sepatutnya)
~ perubahan personaliti atau perilaku
~ hilang minat pada aktiviti yang disukai

Terdapat beberapa tahap serangan penyakit Alzheimer:



1. Memori dan perasaan
Ia melibatkan pemikiran dan perancangan.

2. Percakapan
Terdapat perubahan dari segi personaliti seseorang. Perubahan yang ketara di peringkat ini ialah seseorang mula sukar mengenali ahli keluarga dan kawan-kawan.

3. Kebanyakkan bahagian korteks telah rosak.
Otak menjadi semakin mengecil disebabkan oleh penyebaran plak yang menyebabkan sel otak mati.

Bagaimana resveratrol membantu mengurangkan risiko penyakit Alzheimer?

Beberapa kajian saintifik menunjukkan penggunaan wain merah (secara sederhana) dapat mengurangkan insiden Alzheimer. Wain merah diperkaya dengan sebatian antioksida dan berpotensi menjadi pelindung saraf.

Resveratrol dapat meningkatkan pelepasan plak amyloid dan mengurangkan kerosakkan neuron. Polifenol di dalam resveratrol yang terdapat dalam wain merah dapat merendahkan tahap rembesan plak ini seterusnya menjadi pelindung saraf.

Nak dapatkan khasiat resveratrol daripada wain merah tu memang dah terang-terang haramlah kan. Berita baik buat kita! Kini kita dah boleh nikmati khasiat lebih 10 kali ganda resveratrol hanya dengan mengambil Vivix secara konsisten.



Adalah penting untuk kedua orang tua kita agar mereka dapat bebas bersosial, beribadah dan membuat sebarang aktiviti yang mereka gemari tanpa risaukan masalah nyanyuk.

Apa salahnya kita hadiahkan kepada mereka sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang kita atas segala pengorbanan mereka membesarkan dan mendidik kita.

Hubungi cikT di talian 013-388 9522 (sms/ whatsapp) untuk maklumat lanjut dan untuk order Vivix anda.

CikT
The Lovely Mamipreneur


Assalamualaikum.


Suatu waktu dulu cikT pernah terbaca dan catitkan beberapa perkara kecil yang bakal merubah kehidupan kita. CikT kongsikan sebagai peringatan untuk diri sendiri juga untuk kalian amalkan bersama.

Amalkan 15 perkara kecil ini dan lihat perubahan besar dalam hidupmu.

1. Solat awal waktu.

2. Isi masa dengan berzikir.

3. Mengaji Al-Quran sekurang-kurangnya 10 ayat sehari.

4. Doakan seseorang di setiap kali berdoa.

5. Minum segelas air dalam masa 30 minit selepas bangun pagi.

6. Gantikan menonton televisyen dengan membaca buku.

7. Bawa nota kecil atau aplikasi evernote dan catat idea setiap kali bila perlu.

8. Dengar talk yang berfaedah di internet.

9. Minum teh tanpa gula.

10. Amalkan qailullah (tidur sekejap) pada waktu tengahari.

11. Buat senaman ringan setiap hari.

12. Berbual atau chatting dengan seseorang yang lebih bijak.

13. Berbual atau chatting dengan seseorang yang mempunyai pendapat berbeza tentang sesuatu isu.

14. Keluar jalan-jalan di taman atau alam semulajadi.

15. Bangun awal dan kurangkan tidur.

BONUS : Gunakan 10 minit sebelum tidur untuk muhasabah dan merancang untuk hari esok.

"Sampaikanlah walaupun satu ayat."

Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini memberi inspirasi kepada yang anda yang mahu berubah tapi tak tahu caeanya. Jom bermula kecil, dan jangan akhirinya.

Semoga bermanfaat.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Bila masuk bab berpantang ni, pasti terbayangkan jamu yang terpaksa ditelan, berstokin, berbengkung, pilis dan param, berpakaian tebal, bertungku dan sebagainya. CikT pun bila nak berpantang memang jaga semampu yang boleh. Ya lah, inilah masanya kita nak "betulkan kembali" kerosakkan badan kita kan.

Berpantang cara moden pun boleh kurangkan risiko bentan dan meroyan jugak sebenarnya.

Kebanyakkan pantang-larang orang lama ni mengikut situasi masa dulu. Dengan rumah banyak tangga (dibina tinggi), tandas jauh dari rumah, rumah kayu yang buat kita rasa sejuk, banyak lagilah.

Ada pantang yang masih boleh diikut, dan ada yang dah dimodenkan. Pengalaman cikT sendiri bersalinkan keempat-empat orang anak, bila dah siap dengan jamu bagai, sekali tak boleh ambil sebab anak akan kena cirit-birit. Perut tak tahan dengan panas jamu agaknya sebab menyusu badan sepenuhya.

Bila cikT cuba berpantang degan set berpantang Shaklee, alhamdulillah badan bertenaga walaupun terpaksa bangun tengah malam untuk menyusu dan pam, luka cepat sembuh, dapat menyusu dan simpan stok susu perahan sekali, dan dapat berpantang dengan tenang walaupun anak tengah growth spurt.

CikT ada pengalaman terpaksa berkampung selama 3 hari 2 malam di hospital disebabkan anak ketiga kena jaundice. Tak nak duduk lama-lama kat hospital punya pasal cikT gigih pam susu setiap 2 jam supaya bacaan kuning cepat turun. Tidur malam pun terpaksa pasangkunci alarm. Bersyukur sangat bila dapat kekalkan tenaga walaupun kurang rehat.

Apa yang menarik dengan Set Berpantang Shaklee ni? Jom kita tengok satu persatu.



Bagi menggantikan darah yang hilang masa bersalin, Vitalea sebagai pelengkap nutrisi yang bervitamin dan mineral dapat memberikan tenaga dan menghasilkan darah merah.

Vitamin C pula dapat membaikpulih sel dan tisu yang rosak. Ia juga membantu dalam penyembuhan luka dan kurangkan stretch mark.

Kebanyakkan ibu risau dengan proses membuang air besar semasa pantang. Yak kurang jugak dengan masalah sakit belakang selepas bersalin dan ketika menyusu. Kandungan Magnesium dan Vitamin ad dalam Ostematrix memaksimakan penyerapan kalsium dalam tubuh.

Raja segala tumbuhan yang jugak dijenali sebagai kacip fatimah moden. Alfalfa membantu ibu dalam proses penyembuhan dalaman. Ia juga berfungsi sebagai "milk booster" bagi ibu menyusu.

ESP ni memang feveret ramai ibu-ibu (bagi yang pernah rasalah). Selain membantu memulihkan luka luaran dan dalaman, kandungannya yang rendah GI (glisemik index) dapat mengelakkan otak menerima terlalu banyak gula dalam satu masa yang memberi kesan pada mood ibu. Kebanyakkan ibu merasa ESP dapat merangsang pengeluaran susu yang banyak dan pekat.

Haa, yang ni mesti ramai tak tahu. Kandungan omega 3 sebenarnya meningkatkan fungsi grey matter; komponen otak utama yang berfungsi menghantar signal kepada saraf lain. Kalau tak nak rasa sedih-sedih, tekanan perasaan, atau rasa cenderung nak buat benda tak elok, Omega guard lah jawabnya.

Bagi mendapatkan set ini dan konsultasi secara eksklusif termasuk tips penyusuan, bolehlah menghubungi cikT di talian 013-388 9522.

CikT
The Lovely Mamipreneur




Makanan seharian kita dah cukup seimbang, lengkap dengan khasiat masing-masing, tapi kenapa masih perlukan vitamin?



✅ Makanan sahaja tak dapat bekalkan zat yang cukup untuk memenuhi keperluan tubuh kita. Sejauh mana kita yakin bahawa setiap khasiat dalam makanan lengkap kita dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh?

✅ Pencemaran. Kita dikelilingi pelbagai jenis pencemaran yang merosakkan sel tubuh. Yang paling teruk ialah radikal bebas yang bukan sahaja daripada asap rokok, kesan radiasi dari gajet elektronik, bahkan juga pencemaran daripada bahan makanan kita.

✅ Proses penyediaan makanan menyebabkan zat makanan berkurangan. Bermula dari saat bahan masuk ke dapur kita, dibasuh, dipotong, digoreng, direbus dengan haba yang tinggi menyebabkan hilangnya zat secara perlahan-laham tanpa kita sedari.

✅ Tubuh tak dapat hasilkan sendiri beberapa vitamin penting seperti A, B, C, D, E dan K. Sebagai contoh, tubuh memerlukan vitamin C dengan sekurang-kurangnya 500mg, iaitu bersamaan dengan lebih kurang 50 biji oren. Mampukah kita mengambil oren sebanyak itu dalam sehari?

✅ Penyerapan nutrisi yang lemah. Kadang-kadang kombinasi makanan kita menyebabkan tubuh tak dapat menyerap khasiat secara optimum.

✅ Gaya hidup. Walaupun kita cuba buat sendiri, kita susah nak elak guna bahan-bahan berproses. Sikit pun pasti ada kan?

Dah ambil vitamin bukannya lesen untuk bantai makanan yang tak berfaedah tu. Sayur, buah still kena makan juga kawan. Kita nak menambahbaik apa yang kurang je.

Dah makan yang elok-elok, dan dah alang-alang nak ambil vitamin tu pilihlah yang dijamin selamat, berkesan dan semulajadi (tanpa bahan pengawet, pewarna, pemanis dan perisa tiruan). Lagi puas hati kalau dah ada landmark study dan halal.


CikT
The Lovely Mamipreneur
Pencinta Shaklee

Assalamualaikum.

Pergi mana cuti sekolah ni? CikT perasan ramai ambil kesempatan bawa anak-anak pergi bercuti, ada juga yang balik kampung. Macam cikT cuti ni tak dapat ke mana, sebab suami pun agak sibuk. Nak ambil cuti macam tak sesuai pulak.

Jadinya cikT dan anak-anak untuk cuti kali ni tak ke manalah. Walaupun fuduk rumah, cikT bagi anak-anak beraktiviti supaya tetap rasa seronok. Selain dari main emak-emak, cikgu-cikgi, main playdoh sampai lunyai, cikT bagi mereka main jual-beli.



Permainan ni biasanya botol-botol Shaklee yang dah kosong tu jadi barang dagangan mereka. Sebelum tu cikT potong kertas banyak-banyak, labelkan dengan nilai ringgit, kemudian suruh anak-anak warnakan ikut warna duit sebenar. Mudah je props nya kan.



Nak ajar anak-anak cepat mengira atau cara nak guna duit masa inilah. Tanpa mereka sedar juga, mereka sedang didedahkan dengan dunia bisnes. Ya, mereka belajar cara nak promosikan produk, cara nak buat tawaran dan cara nak yakinkan pembeli.

Nanti mommies bolehlah cuba idea permainan ni di rumah ya. Pasti mereka seronok. Semua guna barangan terpakai kecuali duit yang kena buat kerja sikit. Murah dan mudah.



Cuba tau!

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Penyakit Alzheimer atau nyanyuk biasanya terjadi di kalangan mereka yang berusia 65 tahun ke atas. Berdasarkan kajian, ianya berpunca daripada mutasi genetik, faktor persekitaran dan gaya hidup seseorang.

Ia bermula dari peringkat tekanan oksidatif (oxidative stress) di mana proses ketidakseimbangan antara antioksidan dan oksidan yang berpunca dari radikal bebas dan penurunan antioksida dalam sel tubuh. Ini menyebabkan struktur dan fungsi organ seperti otak berubah.

Dalam mengatasi masalah neurodegeneration atau penuaan otak sebelum usia menjadi tua, pengambilan suplemen yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti Vivix.

Bagaimana Vivix bertindak dalam mengatasi masalah penyakit Alzheimer:

1. Melindungi sel ke tahap DNA.

2. Menambah tenaga sel.

3. Memperbaiki sel.

4. Tingkatkan prestasi sel.

Testimoni:

Kisah seorang ibu berusia 89 tahun, menghidap penyakit Alzheimer yang dikongsikan anaknya, Bill. Beliau diberikan ubat pelali agar dapat terus tidur.

Our Mom had become bed-ridden, wore diapers and seldom recognized family or
friends. We bathed, dressed, and fed her. She was diagonosed the beginning of the
worst stage of Alzheimers. Mom was prescribed Aricept and slept for those 7 months. Next they prescribed Exelon, another 3 months of sleeping. Were Alzheimer drugs just meant to keep patients sedated? Then came Namenda, Mom became violently ill, lay in bed in pain and lost 30 pounds in less than 30 days.

We decided to stop all prescription medications and get her on a Shaklee Supplement program to give her body the benefits of health. She took VitaLea Gold, Memory Optimizer, HerbLax, Energzing Soy Protein and Optiflora. Within a few weeks she started getting up on her own and showing improvements. Then Shaklee introduced a new product, Vivix.

Within a few weeks of adding Vivix Mom began recognizing family members, she
remembers all her children again. She can brush her teeth, wash and dress herself, and no longer wear diapers. She does the dishes and sweeps the patio. When we shop she has conversations with other people. She plays with her great grandchildren, many songs & rhymes she didn’t remember before. She now sings and recites to them. Her long term memory returned, though not perfect, and has selective short term memory. Today Mom is only stage 1-2 Alzheimers.

A few times when we forgot to give her the supplements or when the Vivix wasn’t
available she became listless and confused. Not only is that stressful for Mom, but it
makes it very difficult for us as her caregivers. We now see to it we have an ample
supply and it always travels with us.
Thankfully,
Judy, Sandy and Bill K


Ibu kami telah menjadi terlantar, memakai lampin dan jarang dapat mengecam keluarga atau rakan-rakan. Kami bantu ibu untuk mandi, berpakaian, dan makan. Ibu didiagnos pentakit Alzheimer di peringkat paling teruk. Ibu telah diberikan Aricept dan tidur selama 7 bulan. Seterusnya berikan Exelon, untuk tidur 3 bulan lagi. Adakah ubat Alzheimer hanya bertujuan untuk memberi ubat pelali kepada pesakit? Kemudian pula Namenda, sakit ibu menjadi lebih teruk, terlantar di atas katil dalam kesakitan dan kehilangan 30 pound dalam masa kurang dari 30 hari. 

Kami mengambil keputusan untuk menghentikan semua ubat-ubatan preskripsi dan memasukkan ibu dalam program Supplement Shaklee untuk memberi ibu manfaat kesihatan. Ibu mengambil VitaLea Gold, Memory Optimizer, HerbLax, Energzing Soy Protein dan Optiflora. Dalam masa beberapa minggu ibu mula bangun dan menunjukkan perubahan. Shaklee kemudian telah memperkenalkan produk baru, iaitu Vivix. 

Dalam masa beberapa minggu ibu mengambil Vivix, ibu mula mengenali ahli keluarga, dan ingat semua anaknya. Ibu boleh berus gigi, basuh dan berpakaian sendiri, dan tidak lagi memakai lampin. Ibu membasuh pinggan mangkuk dan menyapu. Apabila kami membeli-belah, ibu berbual dengan orang lain. Apabila ibu bermain dengan cicit, banyak lagu-lagu dan puisi yang ibu tidak ingat dahulu, beliau kini menyanyi dan membaca kepada mereka. Ingatan jangka panjang itu kembali, walaupun tidak sempurna, dan ingatan jangka pendek ibu terhad. Hari ini penyakit ibu adalah hanya di peringkat 1-2 Alzheimers. 

Beberapa kali apabila kami terlupa untuk memberi makanan tambahan atau apabila Vivix tidak ada ibu menjadi tidak bermaya dan keliru. Bukan sahaja yang memberi tekanan kepada ibu, tetapi ia menjadikan sangat sukar buat kami sebagai penjaga beliau. Kami kini pastikan kami mempunyai bekalan yang mencukupi dan ia sentiasa ada dengan kami. 

Syukurlah, 
Judy, Sandy dan Bill  K

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Kali ni cikT nak kongsikan beberapa testimoni pengamal Vivix yang terdiri dari ibu bapa kita yang dah berusia. Sebagaimana yang cikT pernah kongsikan sebelum ni mengenai telomeres yang semakin memendek apabila usia kita meningkat.

Untuk memastikan telomeres semakin memanjang dan sel-sel sentiasa sihat walaupun dah berusia, Vivix adalah pilihan tepat. Vivix boleh dijadikan hadiah buat ibu bapa dan mertua sebagai tanda penghargaan buat pengorbanan mereka selama ini.

Jom baca beberapa petikan testimoni mereka.

Testimoni #1: Ayah Lebih Cergas



Testimoni #2: Seminggu Minun Vivix Kulit Mertua Semakin Cantik




Testimoni #3: Hadiah Terbaik Untuk Kesihatan Emak


Penafian:
Ini adalah perkongsian peribadi pengguna setelah berikhtiar dengan Vivix Shaklee. Hasilnya mungkin berbeza untuk setiap individu. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Bagi mendapatkan Vivix, anda boleh hubungi cikT melalui sms atau whatsapp 013-3889522. Jika anda berminat dan ingin membeli sendiri menggunakan kad debit atau kredit, pembelian boleh dibuat di sini.

Jom pakat tukar trend hadiahkan bunga atau bagi duit bulanan dengan pemberian Vivix pula. Sesungguhnya, toafa yang lebih bernilai dari harga sebuah kesihatan.

Semoga bermanfaat.

CikT
The Lovely Mamipreneur

Assalamualaikum.

Kebanyakkan ibu terutamanya yang baru pertama kali hendak berpantang menghadapi dilema untuk memilih set berpantang yang sesuai. Kadang rasa tersepit juga dengan harga, keperluan dan penggunaan masa berpantang nanti.

Melahirkan adalah proses yang sangat memenatkan. Lebih-lebih lagi kalau kena lalui sakit contraction berjam-jam lamanya. Banyak tenaga digunakan semasa melahirkan. Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan pula, perlu berhati-hati dan menjaga kesan luka tersebut. Tenaga juga diperlukan semasa berpantang untuk menjaga si kecil dan menyusuinya.

Kali ni cikT nak berkongsi kebaikan Vivix Shaklee untuk ibu berpantang pula.

Apa manfaat yang ada pada Vivix untuk ibu berpantang?

1. Membaiki sel sel yang rosak

2. Mengembalikan dan menambahkan tenaga ibu

3. Mempercepatkan proses penyembuhan luka

4. Muka bertambah berseri

Di sini cikT sertakan pengalaman ibu berpantang dengan pengambilan Vivix. Di samping Vivix, mereka juga mengambil set berpantang Shaklee.

Testimoni 1



Testimoni 2


Bagi ibu yang masih tercari-cari set berpantang yang tak mengganggu perut bayi dan juga kelancaran susu, Set Berpantang dan Vivix adalah pihan yang tepat.

Bagi mendapatkan Vivix, sila hubungi cikT melalui sms atau whatsapp di 013-388 9522 atau membuat pembelian terus dengan menggunakan kad debit atau kredit di sini.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Kita ni cepat sangat putus asa. Belum pun mencuba dah nak menyerah kalah. Lepas tu salahkan takdir, kata nasib tak menyebelahi, lepas tu nangis kat bucu katil dan tak buat apa.


Kurangnya motivasi dalam diri sebenarnya berpunca dari kurangnya aktiviti neurotransmitter dalam otak.




Energizing Soy Protein (ESP)
ESP membantu mengawal kandungan gula untuk disalurkan ke otak dan seluruh tubuh. Pengeluaran hormon norepinephrine dan dopamine untuk otak jadi lebih fokus, peka dan jelas perlu dirangsang dengan pengambilan asid amino penting.

Lecithin
Untuk otak berfungsi dengan baik, bekalan koline dan acethycholine juga penting supaya otak dapat berfikir, mengingat dan memberikan konsentrasi. Sangat sesuai untuk tingkatkan ingatan bagi pelajar dan membantu pesakit Alzheimer mengurangkan simptom pelupa.

Omega Guard
Fungsi grey matter dikawal oleh sel neuron otak. Perkara kelabu termasuk kawasan-kawasan otak yang terlibat dalam kawalan otot, dan persepsi deria seperti penglihatan dan pendengaran, ingatan, emosi, pertuturan, membuat keputusan, dan kawalan diri. Yang meningkatkannya sudah tentulah dengan pengambilan omega-3.

Performance Drink
Macam bateri handphone, kena selalu cas baru dapat berfungsi, begitu jugalah dengan tubuh dan otak kita. Elektrolit adalah mineral di dalam badan yang mempunyai cas elektrik yang berada dalam cecair darah, air kencing dan badan. Mengekalkan keseimbangan elektrolit membantu "chemistry" otak, badan, tindakan otot dan proses lain.

B Complex
Salah satu sebab kenapa kita selalu mengalami depresi dan tak bersemangat ialah kurangnya penghasilan serotonin dan dopamine. Pengambilan vitamin B terutamanya B6 dapat meningkatkan kerja otak.



Kesemuanya penting untuk membina dan membuat jaringan networking antara sel-sel otak. Barulah semangat sentiasa membuak-buak macam baby yang baru dapat kaki.

Bagi mendapatkan suplemen untuk kesihatan dan meningkatkan fungsi otak, silalah sms atau whatsapp cikT di talian 013-388 9522.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum. Cuti sekolah dah mula. Pasti ibu-ibu teruja nak sediakan menu untuk hidangan anak-anak kan? Asyik mee goreng, nasi lemak je, apa kata kali ni cuba buat tosai pulak?

Sebenarnya resepi tosai ni cikT dapat dari Puan Ainini Zainal yang beliau kongsikan sendiri di facebook. CikT dah buat dan memang berkali-kali ganda sedapnya. Kali ni biar cikT panjang-panjangkan resepinya.



Tosai Homemade

Bahan-bahan:

1/2 cawan nasi sejuk
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi kayu
1-2 cubit garam (cikT guna garam Himalaya)
1 cawan air (cikT guna air mineral)
2 sudu besar minyak masak (boleh guna minyak kelapa atau minyak zaitun)
1/2 sudu teh baking soda

Cara-cara:

Kisarkan semua bahan.
Biarkan dalam suhu bilik selama 24 jam atau semalaman.
Masak di atas non-stick pan atau pan biasa yang disapu sedikit minyak terlebih dahulu.
Sedia untuk dihidangkan bersama kari, kuah dhal dan chutney.

Selamat mencuba ya!

CikT
The Lovely Mamipreneur

Krisis pemulihan terjadi apabila seseorang mula mengambil suplemen. Simptomnya seperti penyakit tapi sebenarnya merupakan tindakbalas tubuh akibat penerimaan zat makanan setelah sekian lama menyimpan toksin.


Di dalam proses pembuangan toksin dan pembinaan semula tubuh badan, fenomena yang sedanh dihadapi tubuh ini memerlukan sedikit masa untuk kembali normal.

Simptom Krisis Pemulihan

Terdapat beberapa jenis krisis pemulihan dan tiga daripadanya adalah tindakbalas yang sering dihadapi.

1.  Loya dan Muntah

Punca bagi simptom ini berkemungkinan berpunca dari tubuh yang mengalami stres atau keletihan. Ia juga mungkin berpunca dari hati yang mengandungi toksin yang tinggi.

Bagi mengurangkan simptom ini, seseorang perlulah bertenang dan sabar. Pengambilan suplemen perlulah diteruskan dan pastikan untuk meminum air yang mencukupi (3 liter).

2. Selsema dan Demam

Bagi simptom ini, ia mungkin berpunca dari kandungan asid yang tinggi dalam tubuh.

Nak kurangkan simptom ini, seseorang perlulah bertenang dan sabar. Pengambilan suplemen perlulah diteruskan dan pastikan untuk meminum air yang mencukupi (3 liter). Sekiranya demam agak tinggi, segeralah berjumpa dengan doktor.

3. Jerawat

Kebiasaanya, ia berpunca dari stres yang berpanjangan, sering tidur lewat, diet yang tidak seimbang dan kekurangan nutrisi.

Apa yang perlu dibuat ialah dengan memastikan air diminum lebih banyak agar toksin di dalam badan lebih cepat dikeluarkan.


Tips Menghadapi Krisis Pemulihan:

~ Banyakkan meminum air sekurang-kurangnya 3 liter.

~ Kurangkan dos vitamin yang diambil atau mengambilnya selamg sehari.

~ Teruskan pengambiln vitamin dan jangan berhenti.

~ Bersabar dan berfikiran positif.

~ Berdoa agar dipermudahkan

Kesimpulannya, krisis pemulihan adalah proses detoks tubuh yang sedang berlangsung akibat pengambilan suplemen. Adalah penting bagi seseorang mendapatkan konsultasi yang betul dari pengedar Shaklee yang bertanggungjawab agar kesan khasiatnya turut dirasai.

Semoga bermanfaat.


CikT
The Lovely Mamipreneur

“Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang maaruf (kebaikan) dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah”.

(Surah Ali- Imran ayat 110 )

Umat Islam digalakkan untuk sentiasa maju dan berdaya saing agar menjadi umat terbaik di dunia. Dunia bukanlah tempat untuk bersenang-senang. Inilah tempatnya untuk bekerja secara proaktif supaya apa yang diusahakan berhasil.

Tak kira apa pun yang kita lakukan, ia perlulah dilakukan sehabis baik. Maksudnya, usahakan sehabis baik menjadi anak yang soleh, isteri yang taat, ibubapa contoh, pemimpin berwibawa, dan pekerja bertanggungjawab InsyaAllah semuanya dengan penuh ketaqwaan.

Para sahabat dulu pun berlumba-lumba nak berikan sumbangan dalam perjuangan Islam. Inikan pula kita di zaman yang dah ada macam-macam. Janganlah dengan sedikit ujian saja kita dah jadikan beribu alasan untuk terus di bawah.

Jadikan lembaran hidup kita lembaran yang cantik untuk dihisab Allah nanti. Segala KPI yang kita galas selama ada di dunia akan dihitung satu-persatu. Inilah appraisal yang paling patut dijaga supaya rating nya "outstanding" dan bukannya "satisfied" sahaja.

Marilah menuju kejayaan.

Nak masuk syurga pun kena banyak usaha kan?


CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.
Dekat pasaran, ada bermacam jenis minuman kesihatan yang bertujuan untuk kecantikan. Namun, sejauh mana keselamatan dan keberkesanan produk tersebut kita pun tak pasti. Berbeza dengan Shaklee, tak cukup dengan Landmark study yang ada, setiap tahun kajian saintifik tetap dijalankan bagi memastikan kualiti sentiasa sama atau bertambah baik.

Kkali ni cikT nak bagi lagi 2 testimoni pengguna Vivix yang mendapat manfaat kecantikan. Bukan itu je, tshap kesihatan mereka juga jadi bertambah baik.

Testimoni #1

Pn. Khadijah dah amalkan Shaklee since umur 30an lagi...sekarang dah 19 tahun konsisten dengan suplemen asas; Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa & ESP. Beliau top up pulak dengan Vivix, Collagen Powder, GLA Complex, Omega Guard & Vitamin E...fuh!!! Bila dah cukup nutrisi, badan pun tak lemau, tak yah nak stress sana sini, rambut tak gugur, muka tak mereput, kulit makin anjal, muka makin berseri, otak makin cergas, parut jadi pudar, dalaman terjaga, sistem imun pun makin luar!



Rasa-rasa kita umur 50an nanti nak jadi macam mana ek?

Testimoni #2

"Jeragat makin kurang, wrinkle are nata tak ada sudah. Sistem penghadaman, badan kurang, muka makin cerah.

Berat badan kurang 3 kg dan memang ringan badan kita aktif bergerak."

Kan cikT dah bagitahu, Vivix ni macam ada magic spell. Ambil untuk tujuan lain, lepas tu terpaksa "enjoy" kebaikan lain pulak.

CikT
The Lovely Mamipreneur


Assalamualaikum.

Dah ramai yang merasa manfaat Vivix Shaklee ni untuk pelbagai masalah kesihatan yang menariknya, kebanyakan mereka bukan sahaja bertambah sihat, terpaksa terima kesan sampingan lain seperti lebih bertenaga, kulit bertambah cantik, rambut semakin lebat, uban berkurangan, banyak lagilah nak disenaraikan.

CikT berkenan sangat nak berkongsi lagi testimoni pengguna Vivix yang berpuas hati dengan kesannya. Sekalinya menantu terpegun! Tak puas tenung mertua. Baru seminggu bagi mertua minum Vivix, kulit jadi semakin cantik, mulus macam kulit baby katanya.

Tujuan asal bagi mak mertua minum adalah disebabkan mertua ada masalah sakit kaki. Tiba-tiba terpaksa cantik pulak. Yang buat menantu terpegun sangat tu, beliau baru belikan Vivix seminggu sebelum berjumpa semula.

"Salam Ana...bestnya tengok MIL (mother in law) Ain guna Vivix.

Hari tu bagi kat dia 2 haribulan, beli terus hantar kat dia. Tadi (9 haribulan) jumpa dia tenung je muka dia.

Pipi dia flawless nya...

Mulus sangat macam kulit baby.

Laki Ain pun perasan.

Memang anti-aging kan?

Umur dia 60 tau.

Hehe...itu je nak bagitau Ana. Cantik sangat kulit dia."



CikT
The Lovely Mamipreneur




Dalam tubuh kita ni, ada bertrilion sel dengan tugas masing-masing. Setiap sel ada kromosom dengan jalinan dna yang saling berhubung.

Di penghujung kromosom ni ada penutup yang dipanggil telomere.Telomere ni tujuan dia adalah untuk melindungi sel dari cepat rosak.

Proses penggantian sel menjadi kurang stabil bila kita mencapai usia 25 tahun.

Semakin kita berusia, telomere juga jadi semakin pendek. Ini disebabkan oleh faktor kurangnya bekalan nutrisi dan terdedah kepada macam-macam pencemaran dan radiasi.

Penuaan atau kerosakan sel terjadi bila telomere jadi semakin pendek. Sebab tu kulit jadi makin berkedut, badan pun mudah kena penyakit terutamanya penyakit degeneratif.

Macam tali kasut, kalau penghujungnya tak berpenutup dan tak tahan lama, lama-lama tali kasut akan berbulu dan tak boleh ikat kasut dengan baik.

Cara untuk pastikan telomere bertahan lama dan kukuh adalah dengan memastikan sel sentiasa berganti dan sihat.

Macam mana nak panjangkan telomere dan pastikan sel sentiasa sihat?

Vivix terbukti membantu memanjangkan telomere hingga 40% dengan kandungan resveratrol 13 kali ganda.

2 fungsi utama Vivix di sini ialah:

1. Membaiki DNA

Tubuh mengalami kerosakkan DNA setiap hari. Di sinilah proses penuaan berlaku. Dengan pengambilan Vivix, ia membantu melindungi DNA pada sel tubuh dan melambatkan proses penuaan.

2. Meningkatkan tenaga sel

Apabila terdedah dengan radikal bebas seperti asap rokok (perokok dan menjadi perokok pasif), sel mudah hilang tenaga dan tak dapat berfungsi normal dan dengan baik. Jadi, sel dalam tubuh mengalami penuaan dan cepat rosak.

3. Mengurangkan risiko pembentukan AGE (advanced glycation end products) yang mengakibatkan sel tubuh mati dan rosak.

Jom hargai anugerah tubuh badan yang Allah dah amanahkan ni dengan menjaga sebaik-baiknya. Sel yang sihat bukan saja menjadikan tubuh yang sihat, minda juga akan jadi sihat.

Dapatkan suplemen yang meremajakan kembali sel anda dari dalam melalui pembelian di sini.

CikT ada sel yang sihat untuk berkongsi lebih tentang kebaikan Vivix. InsyaAllah.

CikT
The LovelyMamipreneur
013-388 9522





Antara faktor yang mendorong seseorang untuk merokok ialah:

- ibu atau bapa atau keduanya yang merokok
- pengaruh kawan-kawan
- keinginan untuk mencuba dan berseronok
- mudah diperolehi
- tiada matlamat


Bagaimana Vivix Membantu Menghilangkan Ketagihan Rokok?

1. Ketagihan kepada rokok disebabkan oleh nikotin. Vivix membantu membuang (detoks) nikotin dari darah, otak dan organ lain. Bila nikotin dah tak ada, rasa ketagih pun akan hilang.

2. Orang merokok ada satu 'feel' bila hisap rokok. Sebab tu bila tak hisap rokok, otak dia rasa lain macam dan sentiasa terpanggil untuk hisap rokok balik sebab nak dapatkan balik 'feel' tu. Vivix dapat bagi 'feel' tu, jadi tak adalah nak hisap rokok semula.

3. Vivix mengurangkan simptom withdrawal bila dia berhenti merokok. Simptom ni boleh jadi teruk juga sampai ada orang kata badan dah bergantung kepada nikotin jadi terkejut bila sumber nikotin tiba-tiba hilang. InSyallah, Vivix boleh redakan kejutan tu.

Sebaiknya Vivix diambil bersama DTX yang berfungsi mencuci hati kerana dalam hati pun banyak toksin berkumpul.

Vivix bukan ubat jadi mungkin perlu ambil sedikit masa. Pengambilan ubat untuk berhenti merokok pun ambil masa juga.


Pengakuan Bekas Perokok Tegar: Testimoni Vivix Untuk Berhenti Merokok

Assalamualaikum...saya Huzair. Dulu saya seorang "heavy smoker"...lebih 20 tahun saya merokok. Beberapa kali saya cuba untuk berhenti, tetapi cuma dapat bertahan paling lama pun sebulan sahaja. Kemudian kembali kepada tabiat buruk tersebut. Saya telah berjumpa dengan pakar di klinik berhenti merokok...tapi gagal juga untuk berhenti...sehinggalah saya mencuba produk kesihatan VIVIX dari Shaklee. Pada asalnya isteri saya beri hanya untuk membaiki taraf kesihatan saya, tapi saya dapat kesan positif yang lain juga. Ketagihan terhadap nikotin dari rokok hilang! Dan saya rasa merokok sangat tidak sedap!

Kini, sudah gampir 2 tahun saya berhenti merokok dan 100% bebas dari tabiat merokok. Saya sangat gembira kerana saya dapat penuhi impian isteri saya dan bebas dari asap rokok umpama saya berada di dunia yang baru dan lebih sihat! Thank you Shaklee and my wife!


Penafian:
Ini adalah perkongsian peribadi pengguna setelah berikhtiar dengan Vivix Shaklee. Hasilnya mungkin berbeza untuk setiap individu. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Jangan berhenti berharap. Bebaskan diri dari belenggu dan asap rokok.


Jom ikhtiar dengan suplemen Vivix pula. Sms atau whatsapp ke 013-388 9522 untuk dapatkan "kawan baru" anda. Untuk pembelian terus menggunakan kad debit atau kredit, boleh terus dapatkannya di sini.

CikT
The Lovely Mamipreneur
013.388.9522
Assalamualaikum.

Dalam banyak-banyak masakan barat, cikT sukakan pasta. Yang paling cikT suka masakan aglio olio sebab dia ada rasa yang bawang putih yang kuat. Tapi kalau hidang carbonara atau pun bolognese, cikT tak kisah pun.



Hujung-hujung minggu ni, bila cik abe kena pergi outstation, memang duduk rumah ajelah kami. Dia kurang gemar sikit makan pasta ni. Disebabkan cikT malas sikit nak defrost lauk, kita cadangkan spagheti aje lah kat anak-anak. Nak buat meatball bolognese meatball tak ada, daging pun masih beku lagi.

Kebetulan ada isi ayam yang dah letak kat chiller semalam dah defrost, maka keluarlah idea untuk buat chicken ball je. Jom tengok resepi mudah dan sedap ni.

Homemade Chicken Ball

Bahan-bahan:

Isi ayam
Bawang holland/ merah
Tepung ubi
Tepung jagung
Herba pilihan
Garam himalaya
Minyak

Cara-cara:

Cincang isi ayam.
Campurkan bawang yang telah dilumatkan.
Masukkan tepung ubi dan tepung jagung.
Masukkan herba dan garam secukup rasa.
Campurkan lebih kurang 2 sudu besar minyak ke campuran ayam supaya tidak melekat.
Bulat-bulatkan. Saiz ikut keselesaan. CikT buat saiz kecil-kecil supaya senang masuk mulut sekali ngap je.
Goreng di atas kuali berisi sedikit minyak.



Untuk bahan-bahan di atas semuanya cikT masuk main agak-agak je. Tak ada sukatan tepat. Syukur menjadi.

Kalau nak buat frozen pun boleh. Caranya goreng chicken ball ni separuh masak je lebih kurang 1-2 minit setiap bahagian.

Dah siap, campurkanlah ke dalam sos spagheti kita tadi tu.

Selamat mencuba.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Minggu ni minggu peperiksaan sekolah kebangsaan puteri cikT yang berdua tu. Kebiasaannya, matapelajaran seni ni akan jadi penutup minggu peperiksaan. Dua hari sebelum tu, Anis dah bawa balik kertas soalan untuk subjek ni. Soalan pertama dia kena lukis dan warna. Soalan kedua pula kena buat teknik capan dengan sayur-sayuran yang sesuai.



CikT minat sebenarnya buat kerja seni sekolah rendah ni sebab kebanyakannya menarik. Jadi, cikT cadangkan Anis jawab soalan nombor 2 supaya senang nak dapat markah tinggi. Hehehe.

Esoknya, abah Anis pun beli bahan-bahan yang cikT dah pesan. Jadi, malam tadi baru cikT dapat idea tema apa nak buat. Sebenarnya bukanlah nak bertema sangat pun. Sekadar nak bagi penuh kertas lukisan dan jimatkan masa.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat teknik capan:



Sayur-sayuran seperti kacang bendi, ubi kentang, bawang, terung dan pelepah pisang
Warna air
Berus
Kertas lukisan
Suratkhabar sebagai alas

Caranya:

Potongkan sayuran tadi mengikut bentuk yang dikehendaki.
Sapukan warna air atas permukaan sayuran dengan menggunakan berus.
Dengan penuh hati-hati, lakukan pengecapan atas kertas lukisan.
Ulang dengan menggunakan sayuran lain pula hingga selesai.

Selain menggunakan sayuran, teknik capan ni sebenarnya boleh menggunakan tapak tangan atau alatan lain yang sudah tersedia. CikT pula yang rasa teruja nak buat lagi. Aktiviti ini boleh dijadikan aktiviti bersama anak-anak di rumah. Selain merangsang "motor skill" anak, ia juga merangsang kreativiti mereka dan ianya seronok.

Selamat bercapan.

CikT
The Lovely Mamipreneur

Strok adalah satu kecemasan perubatan. Strok berlaku apabila aliran darah ke otak terhenti. Dalam masa beberapa minit, sel-sel otak mula mati.

Terdapat tiga jenis utama strok: 

1. Strok iskemia adalah disebabkan oleh darah beku yang menyekat arteri ke otak.

2. Strok pendarahan (hemorrhagic) adalah disebabkan oleh saluran darah di dalam dan sekitar pecah otak atau bocor.

3. Strok iskemik sementara (transient ischemic attacks - TIA) atau disebut sebagai mini-stroke kerana bersifat sementara dan akan hilang dalam masa 24 jam. Perlu berhati-hati kerana dikhuatiri ia akan berulang dan jadi lebih teruk.

Terdapat 4 langkah pantas (F-A-S-T) untuk kenalpasti simptom serangan strok:

Face - Salah satu daripada kedua belah mula kelihatan jatuh. Serangan juga menyebabkan kesukaran seseorang untuk senyum, atau bibir atau mata juga kelihatan jatuh.

Arms - Kebolehan seseorang untuk mengangkat kedua lengan disebabkan oleh salah satu lengan yang lemah.

Speech - Tidak mampu bertutur atau bertutur secara jelas.

Time - Segera bertindak dengan menghubungi pihak kecemasan (hospital berdekatan) sekiranya terdapat salah satu daripada simptom di atas.

Tindakan anda mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Semoga bermanfaat.

CikT
The Lovely Mamipreneur


Pasti meletihkan bila setiap hari terpaksa bangun awal dan kena pulak memandu dengan jarak yang jauh ke tempat kerja. Bila balik kena pulak ulang balik laluan sama untuk sampai ke rumah. Tak masuk lagi kalau ada kesesakkan luar biasa. Tenaga banyak habis di perjalanan je.

Inilah kisah pengguna Vivix yang sangat berpuas hati dengan kesan pengambilan konsisten. Tenaga beliau jadi lebih baik, tiada lagi hidung yang gatal, dan masalah membuang di waktu pagi juga dah hilang. Ini berpunca dari gaya hidup yang kurang sihat, cara pemakanan yang tidak teratur, kurang meminum air san juga gangguan emosi.

Sebenarnya, bila tubuh kita ada masalah pencernaan juga menyebabkan terkumpulnya toksin salam badan, perut buncit dan lebih menakutkan lagi penyakit usus. Masing-masing saling berhubungan.

Ikuti pengakuan beliau setelah mengamalkan Vivix.

Saya bangun pagi jam 5.30pagi, selepas mandi saya akan terus membuka peti ais dan mengambil sebotol Vivix saya, botol berwarna purple, saya ambil satu tea spoon Vivix dan secawan air masak.

Secara jujurnya, saya dapat bertahan dari segi energi memandu ke pejabat yang agak jauh kira-kira 70km sehala dan kerja long hours tanpa keletihan.

Lagi satu kelebihan Vivix ialah pencernaan. Panggilan semulajadi tidak ada masalah sembelit atau masalah buasir. Senang dan mudah.

Bab hidung gatal2 pun tiada lagi.biasanya tanpa Vivix pasti menggaru lepas pekena belacan dan sebagainya tapi Vivix dapat mengawal kegatalan akibat resdung.

Keletihan dan stres boleh mengundang masalah kesihatan yang lain pula. Ini disebabkan sel-sel yang berada di dalam tubuh adalah sel yang sakit, rosak dan tua. Di sinilah Vivix memainkan peranannya.

Dapatkan suplemen eksklusif ini dengan menghubungi cikT di talian 013-388 9522 atau melalui kad kredit/debit secara terus di sini.

Penafian:
Ini adalah perkongsian peribadi pengguna setelah berikhtiar dengan Vivix Shaklee. Hasilnya mungkin berbeza untuk setiap individu. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


CikT
The Lovely Mamipreneur
Penyakit degeneratif adalah hasil daripada proses perubahan sel degeneratif yang menjejaskan tisu atau organ, yang semakin merosot dari masa ke masa disebabkan oleh peningkatan usia.

Punca penyakit degeratif biasanya berpunca dari:

~ gangguan kesihatan
~ pola pemakanan yang tidak sihat
~ kurang melakukan aktiviti fizikal
~ cara hidup tang tidak sihat
~ faktor persekitaran yang tercemar

Di dalam kajian klinikal menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang membantu kepada melambatkan penuaan pada tahap sellular. Vivix juga didapati membantu memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, sistem imun, perlindungan antioksidan, dan peningkatan tenaga.

Testimoni pengguna Vivix dari pelbagai penyakit:

#1



#2



#3



#4



#5


Penafian:
Ini adalah perkongsian peribadi pengguna setelah berikhtiar dengan Vivix Shaklee. Hasilnya mungkin berbeza untuk setiap individu. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


CikT
The Lovely Mamipreneur






Sel ni walaupun ianya organisasi terkecil dalam badan kita, tapi peranan yang dimainkan sangat besar sebab semuanya bermula dari sel. Masing-masing ada sistem dan fungsi tersendiri.

Sumber: Google

Macam manusia juga, sel yang hidup akan mati bila tiba masanya. Tapi tak semua sel mati dengan cara semulajadi (apoptosis). Sel yang mengalami kerosakan akan memperbaiki dirinya dulu. Kalau tak berjaya, sel akan hantar dirinya ke peringkat apoptosis.

Sel yang mati sebelum waktu matang pula dipanggil nekrosis. Nekrosis ni jadi disebabkan oleh beberapa faktor:

~ toksin dan bahan kimia
~ inflamasi seperti virus, bakteria dan fungus
~ radikal bebas (asap rokok & kenderaan)
~ trauma (suhu yang ekstrem, radiasi)
~ kecederaan

Kalau  badan kita banyak sangat elemen-elemen jahat ni, sel kita tak mati mengalami nekrosis. Maka hiduplah sel-sel yang cedera, sakit, yang tua tapi berguna duk dalam badan. Haih...

Nekrosis menyebabkan inflamasi di kawasan tisu sel yang dah mati tu. Paling senang nak tengok sel kulit yang mengalami proses nekrosis ni kat kaki orang diabetes tu. Sel kulit dia jadi kehitaman kan? Nampak dah mati.



Lebih mengerikan lagi bila sel-sel yang dah rosak dan tua bangka ni duplicate sel rosak tadi dan hasilkan sel baru yang sakit juga.

Sebab tu dapat macam-macam penyakit seperti sakit jantung, diabetes, alzheimer dan macam-macam lagilah. Lagi bahaya kalau jadi sel kanser.

Jadi, kenapa perlu ambil Vivix? 

Sel yang cedera tapi tak mati tu perlu dibaiki supaya dapat kembali berfungsi dengan baik. Sebagai satu-satunya suplemen, yang boleh menembusi DNA manusia, terdapat 4 mekanisme utama dalam Vivix:

✔ Pembaikan sel
✔ Perlindungan sel
✔ Tenaga sel
✔ Prestasi sel



Vivix membantu memastikan sel-sel yang ada dalam badan kita ni sel hidup yang sihat. Bila sel-sel ni sihat, organ pun dapat berfungsi dengan baik.

Bila sel yang hidup cukup oksigen dan tenaga, sel tak adalah jadi berasid (sel berasid punca terjadinya sel kanser) dan enzim tertentu tak akan dilepaskan. Barulah DNA kita cantik je.

Jom lah kita jaga sel kita molek-molek supaya penyakit degeneratif ni tak berani nak hinggap dengan izinNya. Sesudu kecil je sehari. Badan pun segar bertenaga sepanjang hari.

Dapatkan Vivix sekarang!

Harga sebotol Vivix RM475. Pembelian 2 botol Vivix pada harga RM805.60 adalah lebih jimat dengan kelebihan:

1. Keahlian percuma
2. Kos penghantaran percuma
3. Cash bonus pada bulan hadapan.
4. Konsultasi eksklusif percuma.

Sila hubungi cikT melaui sms atau whatsapp ke 013-388 9522. Bagi pembelian dengan kad debit atau kredit, boleh membuat tempahan dan pembayaran terus di sini.

Nilai sebuah kesihatan itu lebih berharga.

CikT
The Lovely Mamipreneur



Assalammualaikum.


Teringat cikT bila afa rakan-rakan kerja di bawah syarikat sama tempat cikT bekerja yang meninggal dunia secara tiba-tiba kebanyakkannya berpunca dari serangan jantung atau strok. Mereka juga antaranya yang sangat komited dengan kerja tanpa menghiraukan waktu makan, balik lewat dan sebagainya.

Stres dengan kerja yang kronik boleh memudaratkan kesihatan, secara fizikal mahupun menyal. Ia juga salah satu faktor kepada penyakit jantung. Stres tak dapat dielakkan, tapi menguruskan stres adalah perkara yang lebih baik.

Sebenarnya, sedikit stres di tempat kerja bagus untuk seseorang mengambil peluang untuk menghadapi cabaran dalam pekerjaan. Ia menggalakkan seseorang untuk mempelajari perkara baru. Namun, jika stres itu berterusan dan tidak lagi menjadi motivasi untuk belajar, ia akan mengganggu kesihatan.

Ada beberapa simptom untuk mengenalpasti jika sesuatu pekerjaan itu menyebabkan stres. Adakah anda kerap mengalami masalah di bawah?

🔲 Resah
🔲 Marah, kurang sabar
🔲 Depresi
🔲 Reaksi secara berlebihan
🔲 Keletihan
🔲 Sakit kepala, migraine
🔲 Makan berlebihan
🔲 Merokok berlebihan
🔲 Membuat beberapa perkara pada satu masa
🔲 Sukar memberi tumpuan pada sesuatu
🔲 Gangguan tidur
🔲 Sakit perut yang agak kronik
🔲 Sakit belakang
🔲 Gangguan dalam aktiviti seksual

Jika anda mengalami mana-mana tanda stres di atas, sudah masanya untuk anda kurangkan stres dan bukan mengabaikannya.


3 Cara Mengurangkan Stres Di Tempat Kerja

Mengenalpasti punca kepada stres di tempat kerja dan melarih diri untuk menguruskan stres dapat mengurangkannya.

1. Kenalpasti punca stres

Mengenalpasti punca kepada sesuatu stres lebih membantu dalam menyelesaikan masalah.
✔ Adakah beban kerja berlebihan untuk diselesaikan?
✔ Adakah anda mengambil terlalu banyak tanggungjawab?
✔ Adakah anda risaukan tentang kurangnya peluang untuk lebih berdaya saing di dalam syarikat?
✔ Mungkinkah terdapat konflik antara anda dan bos atau rakan kerja yang lain?

2. Pelajari cara pengurusan masa

Di sini ada sedikit tips untuk membantu anda menguruskan masa secara bijak dan memastikan anda tidak mengabaikan tugasan lain.
✔ Agihkan tugasan dan belajar untuk menerima bantuan orang lain.
✔ Fokus pada satu tugasan dalam satu masa. Jika tugasan agak besar, pecahkan kepada beberapa tugasan kecil.
✔ Senaraikan dan pelan tugasan yang perlu dibuat setiap hari. Utamakan tugasan yang penting  bagi mengelakkan pembaziran masa.

3. Ambil masa untuk relaks

Beri ruang pada diri untuk mengambil sedikit masa merelakskan tubuh dan minda.

✔ Relaks sangat penting untuk mengurangkan kesan negatif kepada tubuh badan
✔ Pelajari teknik untuk relaks seperti tarik nafas sedalamnya dan senaman untuk meregangkan otot.
✔ Senaman seperti yoga dan tai chi adalah senaman untuk relaks.
✔ Bagi yang beragama Islam, berwudhu, istighfar dan membaca Al-Quran sangat membantu untuk menenangkan dan merelakskan minda.

Bagi kekal sihat, sangat penting untuk dapatkan tidur yang mencukupi. Kerap bersenam dan makan dengan baik juga perlu. Pengambilan suplemen untuk menambah tenaga dan mengurangkan tekanan juga sangat membantu.

Dapatkan bantuan profesional sekiranya stres masih berlarutan.

Selamat bekerja.

CikT
The Lovely Mamipreneur

Subscribe to: Posts ( Atom )

Carian

Saya Siti

Bonjour & Welcome

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

Follow Siti

Produk Shaklee

ESP vivix

Paling diminati

  • Jom Membuat Capan
    Minggu ni minggu peperiksaan sekolah kebangsaan puteri cikT yang berdua tu. Kebiasaannya, matapelajaran seni ni akan jadi penutup minggu pep...
  • 4 Langkah Pantas Kenalpasti Strok
    Strok adalah satu kecemasan perubatan. Strok berlaku apabila aliran darah ke otak terhenti. Dalam masa beberapa minit, sel-sel otak mula ...
  • Homemade Chicken Ball Mudah Dan Sedap
    Assalamualaikum. Dalam banyak-banyak masakan barat, cikT sukakan pasta. Yang paling cikT suka masakan aglio olio sebab dia ada rasa yang b...
  • Pengalaman Penyusuan Bersama Empat Orang Cahaya Mata
    Assalamualaikum. Anak pertama dulu agak bergelut dengan breastfeeding ni. Mana tak nya. Masa mengandung ingatkan menyusu ni alami sampai ...
  • Cucur Kembung Manis Versi Gluten Free
    Assalamualaikum. Sekarang ni musim cucur kembung manis viral pulak dah. CikT rasa dah pernah viral tahun lepas atau dua tahun lepas. Siap ...

Catatan Siti

  • ▼  2017 (165)
    • ►  August (7)
    • ►  July (24)
    • ►  June (28)
    • ►  May (30)
    • ►  April (30)
    • ▼  March (31)
      • Kelebihan ESP Untuk Pesakit Kencing Manis
      • Set Penjagaan Wajah NutriWhite Shaklee
      • 10 Tahun Penantian, Kini Isteri Hamil Semula
      • Suami Pulih Dari Strok - Testimoni Vivix
      • Kurangkan Plak Amyloid Punca Penyakit Alzheimer
      • Amalkan 15 Perkara Kecil Ini
      • Berpantang Cara Moden
      • Vitamin Bukan Lagi Pilihan
      • Idea Aktiviti Cuti Sekolah
      • Ibu Penghidap Penyakit Alzheimer Pulih Dengan Vivix
      • Hadiah Terbaik Buat Ibu Bapa: Testimoni Vivix
      • Berpantang Dengan Vivix Lebih Bertenaga
      • Kurang Aktiviti Neurotransmitter Dalam Otak Punca ...
      • Jom Buat Tosai Sendiri
      • Krisis Pemulihan (Healing Crisis)
      • Menjadi Umat Terbaik Dan Berdaya Saing
      • Testimoni Vivix Shaklee Untuk Kecantikan
      • Kulit Mertua Semakin Cantik
      • Awet Muda Walaupun Berusia
      • Berhenti Merokok Lebih Mudah
      • Homemade Chicken Ball Mudah Dan Sedap
      • Jom Membuat Capan
      • 4 Langkah Pantas Kenalpasti Strok
      • Hidup Lebih Sinergi Dengan Vivix
      • Lebih Sihat Dengan Vivix Shaklee
      • Nekrosis Punca Penyakit Degeneratif
      • 3 Cara Uruskan Stres Di Tempat Kerja
      • 7 Jars System
      • Jus Untuk Melegakan Gout
      • Penawar Semulajadi Untuk Gout
      • Testimoni Gout Dengan Shaklee
    • ►  February (15)
  • ►  2016 (4)
    • ►  October (4)
Powered by Blogger.

Hubungi Siti

Name

Email *

Message *

Copyright 2014 Lovely Mamipreneur (CikT).
Blogger Templates Designed by OddThemes