Tingkatkan Penghasilan Susu Dengan Makanan Penggalak Susu
Assalamualaikum.
Susu ibu adalah makanan semulajadi yang diciptakan khusus untuk bayi. Uniknya susu ibu dapat memenuhi khasiat yang cukup untuk tumbesaran seorang anak dan dapat melindungi bayi daripada penyakit dan jangkitan.
Bagi menjayakan perjalanan penyusuan susu ibu, ia perlulah bermula sebaik sahaja kelahiran bayi. Hisapan kolostrum untuk sejam pertama sangat penting untuk perlindungan bayi juga untuk merangsang penggasilan susu ibu. Susu ibu kaya dengan protein, lemak dan omega membantu pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental yang baik.
Terdapat beberapa makanan penggalak susu yang dapat membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Walaubagaimanapun, tindak balas mungkin berbeza bagi setiap individu.
1. Makanan kaya serat
Buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang adalah makanan yang mengandungi serat. Antara yang tinggi kandungan seratnya adalah seperti buah pisang, betik, dan brokoli.
2. Air kosong
Disarankan agar ibu meminum air sekerap yang boleh antara 6 ke 8 gelas sehari.
3. Makanan berasaskan soya
Tauhu, tempe, susu kacang soya membantu menambahkan jumlah susu badan.
4. Halba
Air rebusan halba atau campurkan ke dalam masakan seperti kari, nasi dagang dan nasi lemak.
5. Kurma cina
Kebiasaannya kurma cina direbus bersama gula batu.
6. Jantung pisang
Sedap dijadikan ulam atau kerabu, jantung pisang juga dapat meningkatkan susu
7. Daun pegaga
Selain dijadikan sebagai ulam, daun pegaga juga sedap diminum dalam bentuk jus.
8. Halia
Masukkan halia di dalam masakan bukan sahaja sebagai penambah perisa dan membuang angin, ia juga boleh menggalakkan penghasilan.
Untuk menghasilkan susu ibu yang berkualiti, amalan pemakanan seimbang dan pengambilan air perlu dititikberatkan. Pengambilan suplemen seperti Set Menyusu Shaklee membantu meningkatkan stamina ibu dan menambahbaik kandungan khasiat susu ibu.
Semoga bermanfaat dan berjaya.
CikT
The Lovely Mamipreneur
Tentang Siti
Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.
0 comments:
Post a Comment