Ramadan Kali Ini (2017)

Assalamualaikum.

Dah masuk hari ke-21 berpuasa dah. Tak rasa sungguh Ramadan kali ni. Sedar-sedar dah lagi seminggu nak raya. Tahun ni keluarga cikT tak adalah beriya sangat. Yang penting anak-anak seronok.

Sebenarnya Ramadan kali inilah yang paling seronok bagi cikT. Yang pertamanya, walaupun sepanjang bulan cikT berpuasa di Semenanjung, itu bermakna tak lama lagi harinya nak balik beraya kat Sabah. Beginilah kisahnya bila kahwin dengan orang jauh. Nak beraya kat kampung sendiri kena ikut giliran.

Lagi satu buat cikT tumpang seronok sebab lagi sekali cikT sambut birthday dalam bulan Ramadan. Maklumlah, ramai yang wish dan mendoakan kita.. kan doa orang yang berpuasa itu lebih mustajab. Itu belum kira doa ibubapa lagi kan.

Yang paling cikT gembira, Ramadan kali ni 3 orang anak cikT berpuasa. Yang cikT nak polish sebenarnya yang kedua tu je. Itu pun sebab dah darjah satu (cikT darjah satu pun tak puasa penuh lagi). Alhamdulillah, walaupun pada awalnya agak liat, dah 21 hari dah brliau berpuasa.

Begitu juga dengan si hero sulung; Anas. CikT langsung tak expect beliau untuk puasa. Cuma kejut sahur dan ajak solat lima waktu je. Lima hari pertama tu beliau yang kata nak puasa tapi masuk tengahari je dah minta makan minum. Sekali lepas tu bila kita perlahan-lahan delay bila dia cakap lapar, sampai jugak ke maghrib. CikT kagum dengan Anas ni. Bila dia dah tertidur dan cikT kejut untuk solat, beliau tak pernah merungut. Terus bangun dan ambil wuduk. CikT dulu pun tak macam tu. Memang tabik spring lah kat dia ni.



Maka, banyaklah sticker yang cikT boleh tampal atas jadual aktiviti Ramadan yang teacher beliau suruh isi tu. Masa tampal stickers tu memang banyaklah puji-pujiannya. Nak bagi motivasi kat beliau sebenarnya.

Walaupun penat seharian berpuasa, cikT tak adalah sediakan juadah berbuka macam nak kenduri. Kitorang berbuka lebih kurang macam dinner jugak. Takut membazir. Syukur sangat tak ada komplen.

Semoga anak-anak cikT menjadi hamba yang bertaqwa dan sentiasa menjaga solatnya. Amin.

CikT
The Lovely Mamipreneur

Share this:

Tentang Siti

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

0 comments:

Post a Comment