Churros Versi Gluten Free
Assalamualaikum.
Hai...dah masuk fasa pertengahan bulan dah Ramadan kita ni. Patutlah tekak asyik rasa nak makan manis je. CikT biasa masak simple dan cukup-cukup je, takut terbazir. Anak-anak masih kecil ni lah kita kena didik makan ala kadar walaupun berpuasa. Alhamdulillah, setakat ni belum dapat komplen lagi.
Kadang-kadang penat jugak nak fikir menu untuk berbuka dan sahur ni kan. Sebabnya tak semua makanan berbuka tu berlebih nak dibawa ke sahur. Memang kena bangun awal supaya sempat masak walaupun tak meriah. Nak memotivasikan anak-anak ni berpuasa, menu memang kena tanya dorang dulu. Kalau main course kitorang simple sangat macam mihun sup, anak-anak akan request cikT buat sesuatu.
So, berbuka tadi kitorang berbuka dengan mihun tomyam (permintaan dorang jugak). Sebagai menu sampingan, cikT pun buatlah churros versi gluten free. Masuk fasa fullmoon ni kena hati-hati sikit makan sebab kesianlah kalau ada yang tak sihat. Moh, kita tengok resepinya.
"CHURROS VERSI GLUTEN FREE"
Bahan-bahan:
125 ml air
1 sudu kecil gula (cikT tak bubuh)
Secubit garam
25 gram butter
70 gram tepung beras
20 gram tepung ubi kayu
1 biji telur
Bahan perasa:
Gula (cikT guna organic raw cane sugar)
Cinnamon powder (optional)
Cara-cara:
1. Didihkan air, gula, garam dan butter. Tutup api. Ketepikan sekejap.
2. Masukkan kesemua tepung dan gaul sebati.
3. Masukkan telur. Gaul hingga rata.
4. Masukkan adunan ke dalam piping bag (guna plastik putih biasa pun boleh).
5. Panaskan minyak secukupnya. Paipkan ke dalam kuali. Angkat apabila sudah kekuningan.
6. Salutkan dengan gula dan siap untuk dihidang.
Makan buat rasa cukuplah kan. Janganlah berlebihan sebab walaupun guna gula organik, ia tetap gula.
Selamat mencuba!
CikT
The Lovely Mamipreneur
Tentang Siti
Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.
0 comments:
Post a Comment