Tart Telur Simple Dan Mudah

Assalamualaikum.

Siapa suka makan tart telur? CikT memang hantu tart telur. Kalau jumpa mana-mana bakeri lat luar mesti singgah beli. Tapi tak semua rasanya kena dengan tekak kita kan. Anak-anak pun suka sangat makan. Disebabkan itu, cikT pun cubalah belajar buat sendiri tart telur ni. Lagipun cikT lebih suka bagi anak-anak makan hasil air tangan sendiri.

Resepi tart telur ni simple dan mudah je. Bahan-bahan pun tak banyak. Okey, sekarang jom kita tengok resepi tart telur yang simple dan mudah ni.

"TART TELUR SIMPLE DAN MUDAH"



Bahan-bahan kulit tart

170 gram butter suhu bilik
290 gram tepung gandum
50 gram gula
1 biji telur
1/2 sudu teh garam

Bahan-bahan kastatd telur

5 sudu gula
2 sudu besar tepung kastard
2 biji telur
1 cawan susu (boleh digantikan dengan santan segar jika ada alahan)
1/2 sudu teh ekstrak vanilla

Cara-cara:

1. Campurkan kesemua bahan tart hingga sebati dan boleh dibentuk.

2. Masukkan ke dalam plastik ziplock dan biarkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya setengah jam.

3. Bentukkan bulat-bulat kecil dan masukkan ke dalam acuan tart, kemudian dileperkan supaya kulit tart tak tebal. Ambil garfu dan cucukkandi bahagian dasar tart supaya tak menggelembung semasa dibakar.

4. Campurkan bahan kastard dan gaul rata.

5. Tuangkan kastard ke atas kulit tart.

6. Bakar pada suhu 180°c selama 25 minit atau bergantung pada oven masing-masing.

Siap untuk dihidang dan dimakan. Makan panas-panas lebih sedap tau. Kejap je lesap lepas dihidang dek anak-anak cikT ni.

Selamat mencuba.

CikT
The Lovely Mamipreneur

Share this:

Tentang Siti

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

0 comments:

Post a Comment