CikT Si Pengedar Shaklee Seksyen 32 Shah Alam

Assalamualaikum.

Berita baik untuk mereka yang tercari-cari Ejen Shaklee Seksyen 32 Shah Alam kini boleh mendapatkan suplemen Shaklee dari cikT dengan mudah. Dah beli dari cikT, konsultasi secara eksklusif pun cikT bagi jugak.

Nama penuh cikT Siti Rodhiah Noor Binti Mohd Yaakub. CikT ni asal Sabah tapi dah lebih 11 tahun menetap kat Lembah Klang. Itu belum kira masa cikT belajar kat UIA lagi. Alhamdulillah, cikT dan suami direzekikan dengan empat orang anak syurga, dua perempuan dan dua lelaki berumur dari 3 hingga 9 tahun. Sekarang cikT dan keluarga duduk kat Seksyen 32 Shah Alam, Selangor.



Sejarah terjebaknya cikT dengan Shaklee ni bermula bila ambil Set Menyusu Shaklee masa menyusukan anak kedua dulu. Itu pun masa dah separuh jalan sebenarnya. Perbezaan yang cikT rasa masa ambil suplemen Shaklee dengan tak ambil apa-apa memang nampak sangat. Masa tu tak terlintas lagi nak jadi Pengedar Shaklee Seksyen 32 Shah Alam ni. Ye lah, masa tu Allah belum buka hati lagi untuk berkongsi kebaikan Shaklee.

Masa pregnant anak ketiga, cikT awal-awal dah decide nak ambil Set Berpantang yang jugak Set Menyusu Shaklee. Hasilnya, masa berpantang tu luka cepat sembuh, badan bertenaga, dan cikT dapat kumpul stok susu hampir penuh satu deep freezer. Bila dah kembali bekerja, ramai yang tegur muka cikT nampak merah...merah tu maksudnya tak pucatlah. Badan pulak tak naik sangat. Ramailah yang tanya cikT ambil apa.

Barulah cikT sedar betapa bagusnya produk Shaklee ni dan betapa ruginya cikT tak kongsikan dengan rakan sepejabat lebih awal. Suplemen Shaklee bukan sahaja produk berkualiti (semulajadi), dijamin berkesan, halal dan ada Landmark study lagi. Beberapa bulan lepas tu baru cikT daftar sebagai ahli dan jadi Pengedar Shaklee Seksyen 32 Shah Alam yang sah.

Dengan support group yang kuat dan sangat supportive, alhamdulillah cikT banyak belajar benda baru dan dah nikmati bonus bulanan Shaklee jugak. Kitorang bukan sekadar diajar atau dilatih untuk menjual, kitorang selalu diingatkan dengan amalan-amalan rohani supaya hubungan dengan yang Maha pemberi rezeki lebih dekat. Barulah berkat berniaga ikut sunnah. InsyaAllah.

Jadi, untuk sesiapa yang berada di sekitar Seksyen 32 Shah Alam terutamanya Bukit Rimau, Kota Kemuning dan Jalan Kebun, bolehlah hubungi cikT di talian 013-3889522 melalui sms atau whatsapp.

CikT Si Pengedar Shaklee Seksyen 32 Shah Alam (SID: 933171)
The Lovely Mamipreneur
013.388.9522





Share this:

Tentang Siti

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

0 comments:

Post a Comment