Lovely Mamipreneur (CikT)
  • Laman Utama
  • Profil
  • Shaklee
    • Produk Shaklee
    • Set Kesihatan
    • Daftar Keahlian
    • Senarai Pengedar
    • Sijil Halal
  • Beli Online
  • Penafian
Home Archive for June 2017
Assalamualaikum.

Saya amat teruja untuk berkongsi pengalaman saya bersama Shaklee. Walaupun nampak remeh temeh di mata orang lain tetapi tetap merisaukan hati dan perasaan saya sebagai seorang ibu.

Saya dikurniakan 2 orang cahaya mata, sulung lelaki dan yang kedua perempuan. Di sini saya ingin berkongsi cerita mengenai anak perempuan saya yang bernama Amna Bt. Firas yang berusia 2 tahun.

Dia mempunyai kulit yang sangat sensitif dan dia juga mempunyai hobi yang sangat menarik iaitu mengkopeng/menggaru kudis yang ada di tubuh badannya sampai kudis tersebut luka kembali dan meninggalkan kesan parut yang tidak diigini. Ibu mana tidak runsing, tubuh anak daranya penuh dengan parut dan berbintang timur!!!!

Inilah contoh luka (dalam gambar) yang selalu si Amna menggaru/mengkopeng luka tersebut sehingga berdarah semula. Sebelum saya menggunakan Herbal Blend luka sebegini akan mengambil tempoh yang lama untuk sembuh bagi kulit Amna. Lama-kelamaan luka ini akan meninggalkan parut dan mengambil masa yang lama untuk kulit Amna untuk sembuh sepenuhnya seperti kulit asalnya.

Saya tidak perlu risau lagi dengan keadaan kulit Amna setelah saya mengamalkan Herbal-Blend di kulitnya. Selain dari luka, saya juga akan menyapukan krim Herbal Blend ini kepada Amna sekiranya terdapat gigitan nyamuk atau serangga ataupun gatal pada kulit dan ruam-ruam lampin. Setakat ini masalah saya telah dirungkai. It look simple but it is amazing for me. That is Shaklee.

Pn. Nadia Ezdanie (Amna Bt. Firas)
Kredit: Supermom Shaklee Story

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Kalau kat rumah, setakat ni SOHO cikT merata-rata. Kadang kat tangga, kadang kat luar rumah (sambil-sambil sidai baju), kat dapur, kat living hall tapi bukan kat bilik air tau (lama-lama dalam bilik air nanti kawan ngan syaiton pulak).



Okay lah. Dalam bayangan, cikT punya soho idaman rupa macam ni. Simple aja. Senang boleh monitor anak sekali. Tak perlu makan ruang besar.

Bila ada bisnes dari rumah ni, perlulah ada soho kan. Baru lebih organized. Senang nak rujuk apa-apa yang berkaitan dengan bisnes kita tu.

CikT
The Lovely Mamipreneur



Assalamualaikum.

Antara kebimbangan dan penyusuan ibu menyusu adalah, "adakah susu saya akan mencukupi untuk bayi saya?" Sebenarnya, tubuh seorang wanita dicipta untuk menghasilkan banyak susu walaupun tanpa mencuba. Walau bagaimanapun, terdapat situasi di mana ibu terpaksa berjuang untuk menyediakan susu yang cukup untuk bayi.

Jika ibu sedang bergelut dengan pengeluaran dan penghasilan susu, anda mungkin tahu bahawa makanan dan herba tertentu boleh meningkatkan bekalan susu. Oatmeal, halba, kurma dan banyak lagi yang lain mempunyai potensi untuk membantu ibu mempunyai susu yang melimpah.

Akan tetapi, adakah ibu tahu bahawa sesetengah makanan sebenarnya boleh mengurangkan pengeluaran susu? Ibu tidak perlu risau tentang sedikit makanan berikut, tetapi jika ibh sedang bergelut dengan bekalan susu yang rendah, elakkan daripada mengambil sejumlah besar makanan berikut. Sebaliknya, jika ibu adalah salah seorang daripada mereka yang mempunyai banyak susu, atau jika sedang dalam proses menghentikan penyusuan, anda mungkin mendapati makanan berikut membantu.

1. Parsley adalah diuretik. Nibbling pada tangkai pasir selepas makan agak menyegarkan dan tidak akan membahayakan bekalan susu anda. Ibu mungkin ingin mengelakkan hidangan dengan sejumlah besar parsley. Bagaimanapun, jika ibu sedang menyusu dan prihatin terhadap pengeluaran susu, hidangan ini perlu untuk dielakkan dalam tempoh selepas bersalin. Sebaik sahaja penghasilan susu menjadi normal dan segala-galanya berjalan lancar, satu pinggan mungkin baik-baik saja.

2. Peppermint dan spearmint boleh menjejaskan bekalan susu. Minum secangkir teh peppermint sekali-sekala tidak sepatutnya menjadi masalah. Mengambil dalam jumlah yang sangat besar setiap hari boleh mengurangkan bekalan susu. Ibu yang menikmati banyak gula-gula berpudina setiap hari mendapati penurunan pengeluaran susu.

3. Sage dan oregano boleh menjejaskan pengeluaran susu secara negatif. Teh sage adalah ubat biasa untuk pengeluaran yang lebih tinggi.

4. Penggunaan topikal daun kobis: kobis boleh berfungsi keajaiban untuk meredakan pembesaran payudara, tetapi jangan terlalu melakukannya! Menggunakan kobis lebih dari sekali atau dua kali sehari boleh mengurangkan bekalan susu anda. Krim topikal yang diperbuat daripada ekstrak kobis boleh mempunyai kesan yang sama.

5. Kaffein dan minuman beralkohol lain menghalang penghasilan susu. Ini menjadikan bayi lebih sukar untuk mendapatkan susu. Dari masa ke masa, ini dapat mengurangkan bekalan susu ibu.

Sila dapatkan nasihat perunding laktasi bertauliah sebelum bereksperimen dengan APA-APA herba untuk membantu isu bekalan susu. Herba adalah ubat-ubatan, dan banyak mempunyai kesan sampingan yang berpotensi dan boleh menyebabkan reaksi alergi yang teruk. Di samping itu, adalah penting untuk memahami sejarah dan penyebab utama keadaan ibu agar sebarang rawatan menjadi berkesan.

Semoga bermanfaat.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Masa mengandung, macam-macamlah masalah datang. Dengan loyanya, tak lalu nak makan, rasa lemah, nak melepek je manjang, haiii...panjanglah senarainya.

Dengan pemakanan yang tak seimbang tu, macam mana ibu nak bekalkan nutrisi yang cukup untuk kandungan? Mungkin ibu boleh cuba Set Hamil Shaklee ni.

Set Hamil Shaklee mengandungi:


1. ESP - untuk memberikan tenaga berpanjangan, hilangkan gastrik dan mencantikkan kulit ibu dan bayi.

2. Vitamin C - mengurangkan risiko ibu dari demam dan selsema, serta risiko radikal bebas.

3. B Complex - melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang.

4. Vitalea - mengelakkan anemia dan kekurangan sel darah merah, serta risiko bayi kurang berat badan.

5. Ostematrix - membantu dalam pertumbuhan tulang dan gigi, juga untuk elakkan kekejangan.

6. Omega Guard - membantu dalam perkembangan otak bayi (trimester kedua dan ketiga).

Ibu beli satu set boleh guna untuk satu trimester (3 bulan). Jimat kan?

Whatsapp cikT @ 013-388 9522 untuk pembelian.

CikT
The Lovely Mamipreneur
013.388.9522

Assalamualaikum.

Konsep penyusuan wajibul ghunnah nya adalah memastikan "supply and demand" seimbang. Majsudnya ibu kena sentiasa pastikan payudara sentiasa dikosongkan untuk tempoh dua hingga tiga jam. Tak kisahlah melalui penyusuan terus ataupun perahan.

Pengambilan suplemen adalah untuk melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh di samping dapat meningkatkan kualiti susu ibu itu sendiri. Bagi sesetengah pengamal perubatan, pengambilan suplemen tidak penting kerana pelbagai zat dan vitamin boleh didapati dari makanan harian.

Akan tetapi, kebanyakan doktor dan pakar nutrisi juga berpendapat makanan seimbang sahaja tidak mencukupi. Ini disebabkan beberapa faktor seperti pencemaran, penyediaan, dan radikal bebas.

Bila bekalan nutrisi dalam mencukupi, tubuh ibu tak adalah lemau macam orang puasa. Lebih seronok lagi, bila tubuh bertenaga, secara automatik perasaan ibu menjadi tenang dan dapat menghasillan susu secukupnya. InsyaAllah.

Jom kita ikuti pengalaman ibu menyusu yang amalkan pengambilan Set Menyusu Shaklee.

"Asalnya amik Set Menyusu ni untuk maintain production susu dan kekalkan stamina je. Maklumlah dah masuk anak ketiga. Sekali parut jerawat hilang, tona kulit sekata, kulit pun dah tak berminyak tanpa sengaja. Sekarang anytime ready je tak yah tepek mekap dah. Haih lah. Semua tanpa sengaja..."


Untuk mendapatkan Set Menyusu ini, boleh kontek cikT di talian 013-3889522 ya.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.


Sempena kehadiran 1 Syawal 1438 ni, cikT nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin seandainya tulisan cikT mengguris perasaan kalian. Tiada niat lain kecuali sekadar ingin berkongsi.

Sekadar ingatan, dah sebulan kita berdetoks, musim perayaan ni kawallah pengambilan air manis, biskut raya dan pengambilan daging yang berlebihan ye. Takut perut jadi terkejut pula.

Jangan lupakan Omega Guard si minyak ikan dan Lecithin si pengemulsi lemak. Mudah-mudahan nafsu membuak dapat dikurangkan, lemak juga dapat disingkirkan.

Salam sayang dari cikT.
Assalamualaikum.

Dalam buku tulisan David J. Schwartz bertajuk "The Magic Of Thinking Big", beliau memberikan tips untuk sentiasa jadi optimistik.

Antara points yang cikT dapat highlight:

~ Jangan pandang rendah pada diri sendiri.

~ Sentiasa tanamkan dalam diri yang "I'm a winner".

~ Kena buang rasa takut dan jadi seseorang yang berani mencuba.

~ Sentiasa cuba cari jalan untuk menambahbaik sesuatu pekerjaan.

~ Kita adalah hasil pemikiran kita sendiri.

Banyak lagi yang dikupas dalam buku tu dan cikT rasa kena sangat dengan apa yang cikT tengah buat. Terpakai untuk semua jugak sebenarnya.

Gigih buka buku tengah-tengah malam ni. Terus update kat sini supaya kawan-kawan pun boleh aplikasi dalam kehidupan harian.

Tak khatam pun lagi bukunya. Hehehe.

Membaca jambatan ilmu.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Beliau bersalin kembar tau. Tapi masih kekal bertenaga dalam labour room. Siap boleh susukan kedua-dua bayi sambil berpuasa penuh lagi!

Alhamdulillah. Asbab konsisten ESP & Alfalfa juga ni.



Meh dapatkan Set Menyusu Bajet ni dari cikT dengan menghubungi 013-3889522 melalui sms atau whatsapp.

CikT
The Lovely Mamipreneur
013.388.9522
Assalamualaikum,

Dalam hidup ini kita diberi dugaan & ujian yang berbeza dan pastinya setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran. Saya dan suami menunggu selama enam tahun untuk menimang cahayamata dan hanya yang melaluinya sahaja faham, perasaan kami.

Saya mula mengamalkan Set Kesuburan Shaklee pada Jan 2012, selepas 6 bulan mengamalkannya saya telah disahkan hamil. Semasa hamil dan di dalam pantang saya juga menggunakan set yang berkaitan.

Lebih membanggakan sebagai seorang ibu sehingga ke saat ini bayi saya sudah berusia 5 bulan menikmati susu ibu sepenuhnya dimana saya langsung tidak mengalami masalah kekurangan susu walaupun di dalam bulan puasa. Selain itu, bayi saya mempunyai kulit yang gebu dan badan yang tegap.

Kesimpulannya, saya mendapat pelbagai manfaat dengan produk Shaklee bermula dengan Set Kesuburan, Set Kehamilan, Set Berpantang dan Set Menyusu. Bukan kemenangan yang saya harapkan cukuplah sekadar berkongsi secebis pengalaman. Nama bayi saya Nur Damia Najiha Binti Ismadi. Sekian.


Pn. Sulhana Shuhaimi (kredit: Supermom Shaklee Story)

Bagi mendapatkan Set Kesuburan, Set Kehamilan, Set Berpantang dan Set Menyusu bolehlah menghubungi cikT di talian 013-3889522.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Pagi tadi bangun rasa tak sedap badan, tekak pulak rasa perit. Aduh, new moon tinggal lagi berapa hari je. Nak raya pulak tu. Huhu...

Alhamdulillah, sebenarnya jarang-jarang kena selsema, batuk dan demam panas ni. Dah masa Allah nak hapus dosa-dosa kecil cikT pulak. InsyaAllah. Suara pun dah tak boleh nak main bisik-bisik.

Cik manis Anis cikT masa tunggu acik transporter tadi tanya, Mami dah makan Vitamin C? Dah makan Nutriferon? Garlic pun dah? Mami angguk je semua pertanyaan dia.

Okey, mami dah tahu nak pass kat siapa legasi Shaklee mami nanti.

Vitamin C - kuatkan sistem imun badan

Nutriferon - sistem imun dan lawan segala kuman dalam badan

Garlic complex - antibiotik semulajadi

Siapa rasa lemau-lemau minggu ni jom join cikT lawan askar-askar jahat tu. Jangan lupa jaga pemakanan especially gula putih menjelang raya ni ya.


Whatsapp cikT kat 013-3889522 ya.

CikT
The Lovely Mamipreneur
013.388.9522


Assalamualaikum.

Ramai ibu menyusu tertanya-tanya adakah makanan yang mereka ambil akan menjejaskan susu ibu atau perlukah untuk mengelakkan makanan tertentu untuk mencegah masalah pencernaan atau alahan pada bayi. Mungkin juga perlu makan makanan khas untuk membuat jumlah susu yang betul atau susu berkualiti untuk bayi.

Berita baiknya ialah susu anda mungkin tepat untuk bayi tanpa mengira apa yang ibu makan. Tubuh ibu tahu dengan tepat apa pemakanan yang diperlukan oleh bayi pada setiap peringkat perkembangan.

Mungkin tips berikut dapat membantu merancang diet ibu.

1. Apa nak makan

● Makanan protein 2-3 kali sehari seperti daging, ayam, ikan, telur, tenusu, kacang, kacang dan bijian.

● Makan tiga hidangan sayuran, termasuk sayur-sayuran hijau dan kuning gelap setiap hari.

● Makan dua hidangan buah setiap hari. Termasuk bijirin penuh seperti roti gandum, pasta, bijirin dan oat dalam makanan harian anda.

● Minum air untuk memuaskan dahaga anda. Ramai wanita mendapati mereka dahaga semasa menyusu; walau bagaimanapun, memaksa diri untuk meminum cecair tidak meningkatkan bekalan anda.
Sekatan diet dari kehamilan tidak berlaku untuk ibu menyusui.

● Diet vegetarian boleh serasi dengan penyusuan susu ibu. Sekiranya ibu mengelakkan daging, pastikan ibu makan sumber besi dan zink yang lain seperti kacang kering, buah kering, kacang, biji dan tenusu. Jika ibu mengelakkan semua produk haiwan (diet vegan), ibu perlu mengambil suplemen B12 untuk memastikan bayi tidak mengalami kekurangan B12.

2. Berapa banyak yang perlu dimakan

● Penyusuan susu ibu memerlukan kalori tambahan. Sekiranya ibu masih mempunyai berat badan dari kehamilan, kalori tambahan secara semulajadi akan digunakan untuk susu. Jika ibu telah kehilangan berat badan yang sepatutnya, ibu mungkin perlu memakan 500-600 kalori tambahan setiap hari.

● Selepas bayi mula makan makanan lain pada 6 bulan, susu ibu akan mula berkurangan dan ibu boleh mengurangkan pengambilan kalori anda.

3. Minuman berkafein

● Kafein dapat disalurkan ke dalam susu tetapi kebanyakan bayi tidak terganggu olehnya. Sekiranya bayi tidak tidur dengan lancar atau mudah marah, ibu mungkin perlu mengehadkan atau mengelakkan kafein. Bayi yang baru lahir mungkin lebih sensitif terhadap kafein daripada bayi yang lebih tua.

4. Berkongsi dengan bayi melalui susu

● Asid DocasaHexanenoic (DHA) adalah asid lemak omega 3 penting yang diperlukan oleh bayi untuk perkembangan otak. Ibu boleh tingkatkan pengambilan DHA dalam susu dengan makan ikan 2-3 kali seminggu. Sumber terbaik DHA ialah: salmon, bluefish, bass, trout, flounder dan tuna. Jangan makan ikan jubin, ikan todak, ikan yu dan makarel raja. Ia mengandungi paras merkuri yang tinggi.

● Warna-warna makanan yang ibu makan, termasuk pigmen semulajadi dalam sayur-sayuran dan makanan tambahan herba atau pewarna makanan yang ditambah kepada makanan, boleh mengubah warna susu anda.

● Perisa yang berlainan dalam diet ibu akan muncul dalam susu. Bayi anda akan menikmati susu yang dibekalkan dengan bawang putih.

● Makanan pedas dan penghasil gas biasanya diterima oleh kebanyakkan bayi. Sekiranya ibu mendapati bayi kerap kolik dan telah sering cirit-birit selepas mengambil makanan tertentu, cuba elakkan makanan itu selama beberapa minggu dan lihat jika gejala hilang. Kemudian cuba lagi makanan untuk melihat sama ada ibu masih perlu mengelakkannya.

5. Alahan pada bayi

● Dalam kes-kes tertentu, bayi yang menyusu dengan susu ibu dapat menyebabkan alergi makanan kepada makanan yang diambil oleh ibu. Gejala yang paling biasa adalah najis berwarna hijau, seperti mukus dan najis darah. Kolik dan refluks tidak biasanya disebabkan oleh alahan makanan.

● Makanan yang paling biasa menyebabkan alahan ialah produk tenusu, produk soya, gandum dan telur. Makanan yang kurang menyebabkan alahan termasuklah ikan, kacang, kacang atau jagung. Bayi boleh mengalami alergi terhadap makanan yang anda makan.

● Mengekalkan diet harian dengan apa yang ibu makan mungkin dapat membantu mengetahui makanan mana yang menyebabkan masalah pada bayi. Selagi bayi mendapat berat badan dan bukan anemia, alergi tidak akan menyebabkan masalah jangka panjang. Ibu tidak perlu berhenti menyusu.

● Mengeluarkan makanan yang disyaki menjadi penyebab tertentu dari diet perlu diteliti dengan membaca semua label. Berbincang dengan pakar diet/ nutrisi dapat membantu merancang diet ibu.
Assalamualaikum.

Biasanya mak-mak pencinta dapur ni bila tanya apa perkara yang boleh mendatangkan stres tak adalah kronik pun) bila memikirkan menu apa nak dimasak. CikT pun tak terkecuali jugak sebenarnya. Tapi kan, lama-kelamaan cikT fikir rupa-rupanya stres tu kita yang cipta sendiri. Kenapa ya?

Sebenarnya kita sendiri yang sempitkan skop menu yang nak dihidangkan. Bila tengahari atau malam je kita fikir nasi dan lauk. Padahal ahli keluarga yang lain tak kisah pun kalau makan hidangan selain nasi. Contohnya masa bulan puasa ni. Bila cikT goreng mihun je sekalipun, anak-anak tak adalah cari nasi pun.

Okeylah. Hari ni nak berkongsi resepi kueteaow kungfu je sebenarnya. CikT suka masak hidangan ni sebab ini antara cara mudah nak suruh anak makan sayur tanpa dipaksa. Bahan-bahan pun tak banyak sangat. Jom kita cekidaut.

"KUETEAOW KUNGFU SEDAP"



Bahan-bahan

Sebungkus kueteaow
Sebiji telur
Kicap

Untuk kuah:
3-5 ulas bawang putih
Sayur campur (kobis, sawi, lobak merah)
Udang/ isi ayam/ fish cake
Air rebusan ayam
Sos tiram
Lada sulah
Cili merah/ cili padi (untuk hiasan dan sedikit rasa pedas)
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar air
Garam

Cara-cara

1. Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak.
2. Masukkan kueteaow dan tuangkan kicap. Gaul rata.
3. Masukkan telur yang telah didadar.
4. Matikan api. Angkat dan ketepikan.
5. Di kuali lain, tumiskan bawang putih yang dipotong halus dengan sedikit minyak.
6. Masukkan air rebusan ayam. Kemudian masukkan sayuran.
7. Masukkan ayam/ udang/ fish cake.
8. Campurkan sedikit sos tiram. Perisakan dengan garam dan lada sulah secukupnya.
9. Tuangkan air tepung jagung ke dalam kuah. Tunggu hingga pekat.
10. Hiaskan dengan cili. Taburkan hirisan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.

Siap!

Selamat mencuba ya mak-mak.

CikT
The Lovely Mamipreneur


Assalamualaikum,

Saya mula menggunakan Set Menyusu Shaklee sejak Julai 2013. Waktu itu saya menyusukan bayi sepenuhnya sehingga berusia 9 bulan. Sewaktu anak pertama, saya cuma dapat menyusukan 4 bulan sahaja. Oleh itu apabila mengandung kali ke dua, saya berniat untuk menyusukan bayi sepenuhnya dan mula mencari info mengenai penyusuan.

Pada mulanya saya ingatkan hanya mampu menyusukan bayi begitu sahaja dan tidak berniat untuk mengambil sebarang suplemen.
Masalah timbul bila susu mula kurang dan Maira menolak sepenuhnya susu formula. Kebiasaannya apabila pulang dari kerja, saya akan menyusukan bayi terlebih dahulu. Ini kerana Maira taknak menyusu lagi apabila petang melalui susu botol.

Bayangkan sebaik saja pulang dari rumah pengasuh,terpaksa menyusukan Maira lebih dari 2 jam. Adakalanya pukul 10 malam baru dapat mandi dan makan malam. Begitu juga di tengah-tengah malam, Maira terjaga dan akan menyusu sehingga pagi.

Saya membuat order yang pertama pada seorang rakan iaitu Set Menyusu Bajet, Alfalfa dan ESP. Dalam masa yang sama, saya tetap pam susu seperti biasa kerana stok semakin berkurangan.

Pada minggu pertama saya amalkan set menyusu ini, saya tetap pam seperti biasa. Agak kecewa apabila susu yang dipam tidak begitu menggalakkan juga. Mungkin masih terlalu awal. Saya makan Alfalfa mengikut dos dan ESP 2 kali sehari. Masuk minggu kedua, Maira nampak kenyang bila menyusu. Tidak perlu lagi menyusu sehingga 2 jam seperti sebelum ini. Malah tidur malam juga lebih lena.

Alhamdulillah, syukur dan lega. Setelah hujung bulan, saya tambah Set Menyusu full set seperti Vitalea, Vitamin C, Vitamin B dan Ostematrix dan terus daftar ahli untuk mendapat harga yang lebih murah. Saya juga rasa kurang penat dengan rutin kerja harian. Kebiasaannya saya keluar rumah pada pukul 7 pagi dan balik kerja pukul 6.30 petang. Saya tinggal di rumah flat tingkat 5 yang tiada lif. Mujur juga pengasuh anak berada di tingkat yang sama.

Sebaik saja mengambil anak di rumah pengasuh, susukan Maira sehingga kenyang ataupun dia tertidur. Kemudian akan masak untuk makan malam. Waktu dulu juga menggunakan mesin basuh manual. Memang sejak amalkan Set Menyusu Shaklee ni memberikan satu tenaga yang saya rasa rugi pula hanya duduk tanpa membuat kerja rumah kerana tidak berasa penat.

Dalam 2-3 bulan kemudian ramai yang menegur kulit wajah semakin berseri. Ya, muka saya memang kusam sebelum ini tetapi saya jarang mengambil berat mengenai maslah kulit wajah kerana sibuk menguruskan urusan seharian. Tak sempat nak belek-belek muka. Rupa-rupanya Set Menyusu Shaklee ini bertindak dengan memberikan pelbagai kebaikan kesihatan dan kecantikan juga. Kerana apabila tubuh cukup vitamin, kulit juga akan cantik. Semakin berseri.

Apa lagi Shaklee Effect pada saya yer?

Selepas 3 bulan mengamalkan Shaklee, period kembali stabil. Sebelum ni memang sudah lama tak period. Dan tidak lama kemudian rupa-rupanya saya mengandung lagi tanpa saya sedari. Ini membuatkan saya cukup kagum apabila langsung tidak mengalami alahan malah saya tidak sedar sehingga perut mula nampak besar.

Saya begitu teruja kerana pengalaman mengandung sebelum ini, alahan teruk sehingga hampir bersalin. Jadi saya sebenarnya tidak menjangka akan mengandung kerana ingatkan masalah hormon yang membuatkan period tidak datang semula.

Dengan kandungan yang ke 3 ini juga berbeza kerana tidak mengalami banyak masalah. Malah boleh lagi mendukung anak ke 2 untuk naik tangga sehingga ke tingkat 5. Malah lebih bertenaga berbanding tidak mengandung.

Saya terus mengamalkan Set Vitamin Lengkap Shaklee sehingga mengandung kali yang ke 4 ini. Sedar tak sedar sudah masuk 4 tahun saya mengamalkan Produk Shaklee dan sangat berpuas hati!


Pn. Noraziah Abd Ghani (kredit: My Shaklee Story)

CikT
The Lovely Mamipreneur

Assalamualaikum.


Ekzema adalah keadaan kulit radang. Juga dikenali sebagai dermatitis atopik, ia boleh menyebabkan kerengsaan kulit, meleleh lepuh, dan ruam gatal. Ia juga boleh menyebabkan tompok kulit keras muncul dari masa ke masa.

Ekzema adalah yang paling biasa pada kanak-kanak di bawah umur 2, tetapi ia juga boleh memberi kesan kepada kanak-kanak yang lebih tua dan orang dewasa. Pencetus keturunan dan alam sekitar boleh memainkan peranan, tetapi puncanya tidak difahami dengan jelas.

Ramai orang yang mempunyai ekzema juga disahkan menghidap alahan makanan. Alahan makanan biasa dikaitkan dengan ekzema termasuk:

● susu lembu
● telur
● produk soya
● gluten
● kekacang
● ikan, kerang dan makanan laut

Makan makanan tertentu tidak muncul untuk menyebabkan ekzema, walaupun ia boleh mencetuskan flare-up jika anda sudah mempunyai keadaan. Mengekalkan diet ekzema mesra adalah kunci kepada pengurusan keseluruhan.

Adakah Makanan Tertentu Yang Perlu Diambil Atau Eczema-Friendly?
Makan makanan anti-radang boleh membantu mengurangkan atau mengurangkan gejala ekzema. Ini termasuk:

1. Ikan lemak: Anda mungkin boleh untuk mengurangkan gejala-gejala anda dengan memakan ikan berlemak seperti salmon dan ikan hering. Minyak ikan mengandungi tahap omega-3 asid lemak, yang merupakan anti-radang. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk mengambil omega-3 tambahan. Untuk merawat ekzema, ia adalah disyorkan bahawa anda mengambil omega-3 asid lemak setiap hari.

2. Makanan yang mengandungi quercetin: Quercetin adalah flavonoid berasaskan tumbuhan. Ia membantu memberi banyak bunga, buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan warna. Ia juga merupakan antioksidan yang kuat dan antihistamin. Ini bermakna ia boleh mengurangkan keradangan serta tahap histamin dalam badan anda.

Makanan tinggi quercetin termasuk:
* epal
* blueberry
* ceri
* brokoli
* bayam
* kale

3. Makanan yang mengandungi probiotik: makanan probiotik seperti yogurt asli, mengandungi kultur hidup yang membantu menyokong sistem imun yang kuat. Ini boleh membantu mengurangkan flare-up atau reaksi alahan.

Lain-lain makanan probiotik yang kaya termasuk:

● roti atau produk hasil dari sourdough
● tempe
● jeruk ditapai secara semula jadi
● water kefir
● sauerkraut
● kimchi
● kombucha (cendawan mekah)
● tempoyak
● budu, cencaluk

Kesan memakan makanan tersebut juga bergantung kepada sebarang alahan yang mungkin belum dikenalpasti. Flare-up mungkin tercetus sekiranya anda alah kepada mana-mana makanan eczema-friendly.

Semoga bermanfaat.

CikT
The Lovely Mamipreneur


Assalamualaikum.

Dah masuk hari ke-21 berpuasa dah. Tak rasa sungguh Ramadan kali ni. Sedar-sedar dah lagi seminggu nak raya. Tahun ni keluarga cikT tak adalah beriya sangat. Yang penting anak-anak seronok.

Sebenarnya Ramadan kali inilah yang paling seronok bagi cikT. Yang pertamanya, walaupun sepanjang bulan cikT berpuasa di Semenanjung, itu bermakna tak lama lagi harinya nak balik beraya kat Sabah. Beginilah kisahnya bila kahwin dengan orang jauh. Nak beraya kat kampung sendiri kena ikut giliran.

Lagi satu buat cikT tumpang seronok sebab lagi sekali cikT sambut birthday dalam bulan Ramadan. Maklumlah, ramai yang wish dan mendoakan kita.. kan doa orang yang berpuasa itu lebih mustajab. Itu belum kira doa ibubapa lagi kan.

Yang paling cikT gembira, Ramadan kali ni 3 orang anak cikT berpuasa. Yang cikT nak polish sebenarnya yang kedua tu je. Itu pun sebab dah darjah satu (cikT darjah satu pun tak puasa penuh lagi). Alhamdulillah, walaupun pada awalnya agak liat, dah 21 hari dah brliau berpuasa.

Begitu juga dengan si hero sulung; Anas. CikT langsung tak expect beliau untuk puasa. Cuma kejut sahur dan ajak solat lima waktu je. Lima hari pertama tu beliau yang kata nak puasa tapi masuk tengahari je dah minta makan minum. Sekali lepas tu bila kita perlahan-lahan delay bila dia cakap lapar, sampai jugak ke maghrib. CikT kagum dengan Anas ni. Bila dia dah tertidur dan cikT kejut untuk solat, beliau tak pernah merungut. Terus bangun dan ambil wuduk. CikT dulu pun tak macam tu. Memang tabik spring lah kat dia ni.



Maka, banyaklah sticker yang cikT boleh tampal atas jadual aktiviti Ramadan yang teacher beliau suruh isi tu. Masa tampal stickers tu memang banyaklah puji-pujiannya. Nak bagi motivasi kat beliau sebenarnya.

Walaupun penat seharian berpuasa, cikT tak adalah sediakan juadah berbuka macam nak kenduri. Kitorang berbuka lebih kurang macam dinner jugak. Takut membazir. Syukur sangat tak ada komplen.

Semoga anak-anak cikT menjadi hamba yang bertaqwa dan sentiasa menjaga solatnya. Amin.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalammualaikum. Saya Farah Qurratun Aini ibu kepada 2 orang cahaya mata. Saya ingin berkongsi kisah Shaklee Effect saya selepas menggunakan Set Berpantang Shaklee yang sangat awesome tu.

Kisahnya saya mengalami sembelit ketika berpantangkan anak sulung pada tahun 2014. Ketika itu disebabkan tiada pengalaman saya lambat mengambil Ostematrix. Kesannya ketika hendak membuang najis sudah menjadi keras.

Disebabkan itu saya mengalami pendarahan dan ada sedikit buasir. Namun begitu selepas berpantang saya tidak berusaha untuk menghilangkan buasir tersebut kerana saya tidak lagi mengalami sembelit dan tidak berasa sakit.

Namun begitu, disebabkan tidak mengambil kisah tentang masalah buasir tersebut, saya sekali lagi mengalami sembelit yang teruk ketika mengandungkan anak yang ke-2. Bila sembelit maka bausir pun muncul. Apa yang saya perasan, pengambilan coklat yang banyak ketika hamil menjadi penyebab saya sembelit.

Bila dah sakit, bengkak dan berdarah saya terus mengambil Ostematrix, Omega Guard dan Garlic Complex. Alhamdulilah buat sementara waktu buasir tersebut tidak lagi sakit dan bengkak. Namun ketika usia kandungan 7 bulan ,saya merasakan buasir saya makin terkeluar disebabkan faktor bayi  makin membesar dan menekan usus kita.

Apabila saya melalui proses bersalin normal, masalah buasir saya sampai ke tahap yang teruk. Menurut kata nurse yang datang melawat buasir saya dah keluar menjadi bentuk kelopak bunga ros dan saya dapat merasakan buasir tersebut bengkak.

Doktor juga mengesyorkan saya melakukan pembedahan ikat buasir tersebut selepas berpantang. Kesan luka ketika proses bersalin juga membuatkan kesengsaraan yang amat sangat. Saya tidak boleh duduk dan jika berusaha untuk duduk pon saya perlu sengetkan punggung namun tidak lebih dari 15 minit. Menyusukan bayi juga saya terpaksa menyusukan secara baring.

Lagi bertambah sengsara apabila saya dan bayi di tahan wad semula kerana bacaan kuning bayi pada hari ke-3 13.7mg/dL. Keadaan diri yang begitu dan perlu menyusukan bayi sekerap yang boleh untuk menurunkan bacaan kuning membuatkan saya rasa sangat tertekan namun saya tabahkan jua hati. Fahamlah kan katil hospital macam mana..tinggi dan keras.

Alhamdulilah, asbab saya mengambil Set Berpantang Shaklee, esoknya hari ke-4 bacaan kuning bayi menurun dan petang itu saya boleh discaj dari wad. Bila balik rumah, saya pulun lagi beri susu sekerapnya kepada bayi dan malam tu saya mula mengambil Vivix.

Alhamdulilah hari ke-5 bacaan kuning 12.2mg/dL dan hari ke7 bacaan kuning 9.5mg/dL dan doctor terus discaj anak saya dari kuning. Namun kami tetap membawa anak cek kuning sehingga hari ke-10 dan bacaan akhir kuning nya ialah 7.0mg/dL. Sepenuhnya anak saya sembuh dari jaundice.

Selain itu, susu badan juga lebih meriah berbanding ketika berpantang anak sulung dan paling menakjubkan setelah 2 minggu konsisten ESP, Vita C, B-Complex, Ostematrix, Omega Guard, Garlic, Lecithin, dan Vivix, buasir saya semakin mengecut dan jahitan saya juga semakin sembuh. Saya dah boleh bergerak laju tanpa memikirkan luka jahitan dan saya tidak langsung berasa ngilu dibahagian jahitan. Saya tidak langsung alami sembelit walaupon saya mengambil minuman coklat.

Yang paling saya teruja selepas berpantang buasir saya langsung tiada..nurse yang buat checkup ketika genap sebulan selepas bersalin juga terkejut melihat buasir yang teruk dahulu semakin sembuh dan Alhamdulilah saya yakin buasir saya sudah tiada dan tak perlu lagi melakukan pembedahan ikat buasir.

Dan bonusnya, berat badan saya juga hanya tinggal 50 kg sahaja berbanding masa buat buku pink ketika usia kandungan 8 minggu berat saya 55 kg dan pagi sebelum bersalin berat akhir saya 63 kg. Jumlah berat saya turun dengan Set Berpantang Shaklee ini ialah 13 kg.

Alhamdulilah.. Itulah Shaklee Effect saya. Dan saya amat mengesyorkan ibu-ibu diluar sana yang mencari set berpantang pilih lah Set Berpantang Shaklee kerana ia sangatlah value for money!!



Pn. Farah Qurratun Aini (Supermom Shaklee Story)

Bagi mendapatkan Set Berpantang Shaklee, hubungi cikT di talian 013-3889522 melalui sms atau whatsapp.

CikT
The Lovely Mamipreneur
013.388.9522


Assalamualaikum.

CikT pernah dengar perkongsian daripada isteri kepada seorang Timbalan Menteri; Senator Dr. Asyraf Wajdi. Beliau ni lebih mesra dengan panggilan Kak Wani. Kak Wani pernah bagi tips macam mana nak tawan hati suami walaupun suami sibuk bekerja dan jarang dapat meluangkan masa di rumah.

Menurut Kak Wani, ada empat peranan yang perlu dimainkan untuk menjadi isteri yang sentiasa dicintai dan diingati serta memahami suaminya. CikT huraikan secara ringkas saja ya.

1. Jadilah seperti seorang ibu.

Sebagai lelaki, tak semua suami terbuka untuk berkongsi masalah ataupun apa saja lagi-lagi dengan isteri. Mungkin mereka tak nak bebankan masalah pada isteri pulak. Hakikatnya, mereka juga perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan. Siapa lagi kalau bukan dekat isteri, kan. Jadi, si isteri perlu bijak memainkan peranan seperti seorang ibu. Suami ni sekali-sekala nak jugak dilayan seperti anak kecil. Barulah suami rasa selesa nak bercerita.

2. Jadilah seperti seorang bibik.

Suami balik kerja biasanya dah penat. Jadi, isteri bolehlah bagi urutan ke, sedia air ke. Bukanlah jadi pembantu rumah yang sebenar. Kan hidup isteri memang untuk berkhidmat pada suami. Bila isteri main peranan bibik ni, si suami akan rasa yang dia tak boleh buat apa-apa tanpa isterinya. Lebih kurang macam tu lah.

3. Jadilah seperti seorang sahabat.

Untuk masa-masa tertentu, isteri kena jadi sahabat kepada suami. Kadanng-kadang sesuatu hal perlu dibincangkan sebagai kawan atau sahabat supaya kedua belah pihak dapat berbincang dengan lebih harmoni dan lebih mudah difahami.

4. Jadilah seperti seorang kekasih.

Kak Wani kata, bila jadi "gewe", pandai-pandailah main peranan. Hanya isteri tahu macam mana nak goda suaminya. Yang ini tak perlulah nak hurai lebih-lebih. Ikutlah taste suami masing-masing.

Apa yang penting, isteri kena selalu doakan suami semoga dia sentiasa dilindungi, dipermudahkan, terpelihara daripada perkara buruk dan gangguan syaitan. Mintaklah pada Tuhan agar apa saja yang suami buat, dia tetap ingat kat kita. Sentiasa jaga aib suami dan jaga maruah.

Rasanya itu saja dulu yang cikT nak kongsikan kali ini. Moga kita semua dapat menjadi surihati yang dicintai suami sepanjang zaman. Cewah.

CikT
The Lovely Mamipreneur
.Assalamualaikum.

CIkT suka memasak. Bila lapar, bila bosan, bila teruja, bila stres, memang ke dapurlah jawabnya. Dah jadi terapi. Pendek kata, memasak ni tak boleh dipisahkan dari cikT. Disebabkan itulah, cikT pun suka nak berkongsi resepi dengan kawan-kawan.

Kali ni resepi yang cikT nak kongsikan ialah fun fries yang macam kedai makanan segera jual tu. Resepi ni mudah je, tak perlu bantak bahan dan tak renyah. Korang dah tahu resepi ni jangan beli yang segera lagi tau. Resepi ni bukan je ala KFC, IT's also gluten free.

"FUN FRIES ALA KFC (Gluten Free)"



Bahan-bahan:

4 - 5 biji Ubi kentang
2 cawan Tepung beras
1 sudu teh baking powder
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Potong ubi kentang panjang-panjang.
2. Basuh bersih.
3. Rebus hingga separuh masak.
4. Angkat ubi tadi  dan toskan airnya.
5. Tepung beras dan baking powder disatukan di bekas kering
6. Salutkan ubi kentang tadi dengan tepung.
7. Panaskan minyak, goreng.

Tadaa!!! Note: Masukkan garam ikut kesukaan kalian. Saya masukkan masa rebus. Tabur lepas goreng pun bole kalau nak macam kedai fast food buat. Nak bagi fun fries nampak lebih cantik, bole masuk blackpepper sikit dalam campuran tepung tadi.

Selamat mencuba!

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Cuti bersalin tinggal lagi beberapa hari. Sudah bersediakah ibu nak tinggalkan bayi dengan stok susu perahan yang mencukupi? Masa anak pertama dulu, bila dah habis waktu berpantang dan tiba masa untuk kembali bekerja barulah mula nak kalut tengok stok simpanan. Sepatutnya, seawal minggu kedua lagi dah boleh mula pam dan buat stok.

Masuk anak kedua dan seterusnya, cikT memang tak bertangguh. Ada masa je, pam. Setiap malam bangun antara pukul 12 ke 1 pagi dan 3 ke 4 pagi untuk pam semata-mata nak rangsang pengeluaran susu. Bila anak tak terjaga, cikT akan buat power pumping. Memang tersengguk-sengguklah masa pam tu, tapi memikirkan demi anak, cikT gagahi jua. Cewah...

Macam mana cikT boleh kekalkan konsistensi bangun pam di waktu malam tanpa culas? Sememangnya dengan pengambilan Set Menyusu Shaklee yang  membantu mengekalkan kecergasan cikT sewaktu berpantang. Apa yang cikT ambil?

Set Menyusu Shaklee

Vita-Lea: Multivitamin yang membekalkan 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Memberikan tenaga segera dan membantu melancarkan metabolisme tubuh.

B Complex: Kandungan B6 dapat mengurangkan tekanan akibat keletihan. Di samping itu, ia juga membantu menghasilkan sel darah merah yang menyerlahkan seri wajah.

Vitamin C: Menguatkan sistem imuniti yang juga boleh disalurkan khasiatnya kepada bayi. Ia juga mencantikkan kulit.

Ostematrix: Gabungan kalsium, magnesium, vitamin D dan boron membantu mengembalikan kepadatan tulang yang dapat mengurangkan sakit pinggang atau sakit belakang akibat posisi menyusu.

Alfalfa: Raja segala tumbuhan dan juga kacip fatimah moden ini sangat terkenal sebagai penggalak susu. Membantu menyahkan toksin dari tubuh.

Energizing Soy Protein: Khasiat asid amino yang diperlukan tubuh bukan sahaja membantu memekatkan susu, ia juga membantu menghilangkan parut, mencantikkan kulit dan mengurangkan rasa lapar. Sangat sesuai bagi penghidap diabetes kerana indeks glisemiknya yang rendah.

Hasilnya? CikT tak perlu risau bila kembali bekerja. Stok susu perahan ni bukan sahaja berguna di waktu kecemasan, juga berguna bila anak kena Growth Spurt (beralih bulan); anak akan menyusu lebih banyak pada fasa ini, dan bila ibu perlu berpuasa, datang haid dan sebagainya. InsyaAllah.

Ibu-ibu bekerja yang bakal melahirkan, sesang berpantang dan akan kembali bekerja bolehlah dapatkan Set Menyusu Shaklee daripada cikT dengan menghubungi 013-3889522 (sms atau whatsapp).

Selamat kembali bekerja dengan stok susu perahan yang mencukupi ya ibu-ibu.

CikT
The Lovely Mamipreneur
013.388.9522



Assalamualaikum.

Ramai yang dah sedar beberapa kesan buruk akibat menggunakan krim atau losyen yang mengandungi steroid untuk merawat ekzema. Rasa gatal memanglah hilang serta-merta tetapi ianya cuma bersifat sementara. Apabila krim sudah tak beri kesan pada kulit, maka terpaksalah beralih kepada krim yang lain. Sudahnya, tak berpenghujunglah sakit tu.

Apa kata, ibu-ibu cuba rawatan semulajadi ekzema dari rumah pulak? Bahan-bahannya pun boleh didapati dari dapur kita atau dibeli dari kedai. Jom kita semak.

1. Kunyit

Kunyit didapati membantu mengurangkan inflamasi. Mengambilnya sebanyak 1 sudu kecil setiap hari sudah mencukupi.

2. Apple Cider Vinegar (ACV)

Ambil kapas bersih dan celupkan sedikit ke dalam ACV di kawasan ekzema dan sekitarnya. Lakukannya setiap hari.

3. Minyak Zaitun

Kandungan omega-3 di dalam minyak zaitun sememangnya membantu mengurangkan inflamasi.

4. Flaxseed

Flaxseed mengandungi khasiat omega-3. Pengambilan 1 sudu besar sehari sudah memadai.

5. Minyak Tea Tree

Gosok beberapa titik minyak pokok teh, dicairkan dalam minyak zaitun sedikit, ke dalam kulit atau psoriasis kering anda beberapa kali sehari. Ia berguna untuk melegakan gatal dan melembutkan plak, terutamanya jika anda mempunyai kes ringan.

6. Aloe Vera

Aloe vera kaya dengan sebatian anti-radang dan penyembuhan, dan memberikan sensasi menyejukkan yang baik untuk kulit gatal. Jika anda mempunyai ekzema atau psoriasis, pertimbangkan tumbuh tumbuhan aloe anda sendiri supaya anda boleh mengambil gel lurus dari sumber semula jadi.

7. Baking Soda

Campurkan 1 1/2 cawan baking soda ke dalam 3 gelen air. Gunskan kain bersih dan sapukan pada kawasan iritasi.


8. Minyak Ikan

Banyak kajian telah mengaitkan asid lemak omega-3 dalam minyak ikan untuk peningkatan ekzema dan psoriasis apabila diambil dalam dos yang tinggi, antara 3 dan 10 gram sehari. Berbincang dengan doktor anda mengenai mengambil makanan tambahan minyak ikan. Sementara itu, minyak zaitun, flaxseed, kacang, dan ikan berlemak seperti salmon, sardin, herring, mackerel, tuna dan semua sumber semula jadi yang baik asid omega-3 asid lemak. Bertujuan untuk sekurang-kurangnya tiga 3 hingga 4 hidangan auns lemak ikan dalam tin seminggu.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Hai...dah masuk fasa pertengahan bulan dah Ramadan kita ni. Patutlah tekak asyik rasa nak makan manis je. CikT biasa masak simple dan cukup-cukup je, takut terbazir. Anak-anak masih kecil ni lah kita kena didik makan ala kadar walaupun berpuasa. Alhamdulillah, setakat ni belum dapat komplen lagi.

Kadang-kadang penat jugak nak fikir menu untuk berbuka dan sahur ni kan. Sebabnya tak semua makanan berbuka tu berlebih nak dibawa ke sahur. Memang kena bangun awal supaya sempat masak walaupun tak meriah. Nak memotivasikan anak-anak ni berpuasa, menu memang kena tanya dorang dulu. Kalau main course kitorang simple sangat macam mihun sup, anak-anak akan request cikT buat sesuatu.

So, berbuka tadi kitorang berbuka dengan mihun tomyam (permintaan dorang jugak). Sebagai menu sampingan, cikT pun buatlah churros versi gluten free. Masuk fasa fullmoon ni kena hati-hati sikit makan sebab kesianlah kalau ada yang tak sihat. Moh, kita tengok resepinya.

"CHURROS VERSI GLUTEN FREE"

Bahan-bahan:

125 ml air
1 sudu kecil gula (cikT tak bubuh)
Secubit garam
25 gram butter
70 gram tepung beras
20 gram tepung ubi kayu
1 biji telur

Bahan perasa:

Gula (cikT guna organic raw cane sugar)
Cinnamon powder (optional)

Cara-cara:

1. Didihkan air, gula, garam dan butter. Tutup api. Ketepikan sekejap.

2. Masukkan kesemua tepung dan gaul sebati.

3. Masukkan telur. Gaul hingga rata.

4. Masukkan adunan ke dalam piping bag (guna plastik putih biasa pun boleh).

5. Panaskan minyak secukupnya. Paipkan ke dalam kuali. Angkat apabila sudah kekuningan.

6. Salutkan dengan gula dan siap untuk dihidang.


Makan buat rasa cukuplah kan. Janganlah berlebihan sebab walaupun guna gula organik, ia tetap gula.

Selamat mencuba!

CikT
The Lovely Mamipreneur
Apa itu ekzema?

Ekzema adalah keadaan di mana tompok kulit menjadi radang, gatal, merah, retak, dan kasar. Lepuh juga boleh berlaku.

Perkataan ekzema juga digunakan khusus untuk merujuk kepada dermatitis atopik, jenis yang paling biasa ekzema.

Punca terjadinya ekzema di kalangan bayi dan kanak-kanak

Punca tertentu ekzema masih tidak diketahui, tetapi ia dipercayai disebabkan oleh gabungan faktor keturunan (genetik) dan persekitaran. Kanak-kanak adalah lebih cenderung untuk membangunkan ekzema jika ibu bapa telah mempunyai atau satu lagi penyakit atopik. Jika kedua-dua ibu bapa mempunyai penyakit atopik, peluang untuk menghidap ekzema akan meningkat.

Faktor-faktor persekitaran juga dikenali untuk membawa keluar gejala ekzema. Ini termasuk:

1. Perengsa - sabun, bahan pencuci, syampu, kuman, jus daripada buah-buahan segar, daging, atau sayur-sayuran.

2. Alergen (alergi) - hama, haiwan peliharaan, debunga, acuan, kelemumur.

3. Mikrob - bakteria seperti Staphylococcus aureus, virus, kulat tertentu.

4. Panas dan sejuk suhu - cuaca panas, kelembapan yang tinggi dan rendah, peluh dari latihan.

5. Makanan
- produk tenusu, telur, kacang dan benih, produk soya, gandum.

6. Tekanan - ia bukan satu punca ekzema tetapi boleh membuat gejala lebih teruk.

Simptom-simptom yang dihadapi

Bayi: Ruam biasanya muncul di kulit kepala dan pipi. Ruam biasanya gelembung sebelum menangis cecair. Ruam boleh menyebabkan kegatalan yang melampau, yang boleh membawa kepada masalah tidur. menggosok dan menggaru berterusan boleh membawa kepada jangkitan kulit.

Kanak-kanak (dari 2 tahun ke akil baligh): Ruam biasanya muncul di belakang lipatan siku atau lutut Juga biasa di leher, pergelangan tangan, pergelangan kaki, berkedut antara punggung dan kaki.

Dari masa ke masa, gejala berikut boleh nyata: Ruam boleh menjadi beralun, seperti seram sejuk Ruam boleh meringankan atau gelap dalam warna. Ruam boleh menebal (juga dikenali sebagai lichenification) dan kemudian membangunkan knot dan gatal kekal.

Rawatan dan pemulihan

~ Mandi dengan air biasa.

~ Menyapu pelembap dalam masa 3 minit selepas mandi untuk "mengunci" kelembapan.

~ Sapukan losyen pelembab setiap hari.

~ Memakai kapas dan fabrik lembut, mengelakkan fabrik dari jenis kasar dan berserat kasar serta menggatalkan, dan pakaian ketat.

~ Menggunakan sabun yang lembut atau pembersih bukan sabun apabila membersihkan diri. Perlahan-lahan menepuk kulit kering dengan tuala, dan bukannya menggosok kulit kering selepas mandi.

~ Mengelakkan diri dari perubahan suhu yang mendadak dan aktiviti-aktiviti yang membuat anda berpeluh (di mana mungkin).

~ Menggunakan humidifier dalam cuaca kering atau sejuk.

~ Menyimpan kuku pendek untuk mengelakkan menggaru dari kulit pecah dan menjadi lebih teruk.

~ Pengambilan suplemen sebagai penambah nutrisi (seperti Set Ekzema Kanak-kanak Shaklee).

Set Ekzema Shaklee Untuk Anak



Omega Guard
: meningkatkan sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit.

Nutriferon: melindungi tubuh dari influenza; ia mengimbangi respon kepada alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan datipada virus, alergi, inflamasi dan influenza, serta menguatkan sistem imuniti.

Meal shakes: membekalkan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu serta mengandungi vitamin A, C dan E sebagai agen anti-oksida yang melawan jangkitan.

Herbal Blend: krim yang melegakan dapat melembutkan kulit yang kasar dengan bauan bermentol yang menyamankan serta tidak melekit.

Untuk dapatkan Set Ekzema Kanak-kanak Shaklee di atas, bolehlah menghubungi cikT di talian 013-3889522 untuk konsultasi.

CikT
The Lovely Mamipreneur
013.388.9522

Assalamualaikum.

Susu ibu adalah makanan semulajadi yang diciptakan khusus untuk bayi. Uniknya susu ibu dapat memenuhi khasiat yang cukup untuk tumbesaran seorang anak dan dapat melindungi bayi daripada penyakit dan jangkitan.

Bagi menjayakan perjalanan penyusuan susu ibu, ia perlulah bermula sebaik sahaja kelahiran bayi. Hisapan kolostrum untuk sejam pertama sangat penting untuk perlindungan bayi juga untuk merangsang penggasilan susu ibu. Susu ibu kaya dengan protein, lemak dan omega membantu pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental yang baik.



Terdapat beberapa makanan penggalak susu yang dapat membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Walaubagaimanapun, tindak balas mungkin berbeza bagi setiap individu.

1. Makanan kaya serat
Buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang adalah makanan yang mengandungi serat. Antara yang tinggi kandungan seratnya adalah seperti buah pisang, betik, dan brokoli.


2. Air kosong
Disarankan agar ibu meminum air sekerap yang boleh antara 6 ke 8 gelas sehari.


3. Makanan berasaskan soya
Tauhu, tempe, susu kacang soya membantu menambahkan jumlah susu badan.


4. Halba
Air rebusan halba atau campurkan ke dalam masakan seperti kari, nasi dagang dan nasi lemak.


5. Kurma cina
Kebiasaannya kurma cina direbus bersama gula batu.


6. Jantung pisang
Sedap dijadikan ulam atau kerabu, jantung pisang juga dapat meningkatkan susu


7. Daun pegaga
Selain dijadikan sebagai ulam, daun pegaga juga sedap diminum dalam bentuk jus.


8. Halia
Masukkan halia di dalam masakan bukan sahaja sebagai penambah perisa dan membuang angin, ia juga boleh menggalakkan penghasilan.


Untuk menghasilkan susu ibu yang berkualiti, amalan pemakanan seimbang dan pengambilan air perlu dititikberatkan. Pengambilan suplemen seperti Set Menyusu Shaklee membantu meningkatkan stamina ibu dan menambahbaik kandungan khasiat susu ibu.

Semoga bermanfaat dan berjaya.

CikT
The Lovely Mamipreneur


Assalamualaikum.

Siapa suka makan tart telur? CikT memang hantu tart telur. Kalau jumpa mana-mana bakeri lat luar mesti singgah beli. Tapi tak semua rasanya kena dengan tekak kita kan. Anak-anak pun suka sangat makan. Disebabkan itu, cikT pun cubalah belajar buat sendiri tart telur ni. Lagipun cikT lebih suka bagi anak-anak makan hasil air tangan sendiri.

Resepi tart telur ni simple dan mudah je. Bahan-bahan pun tak banyak. Okey, sekarang jom kita tengok resepi tart telur yang simple dan mudah ni.

"TART TELUR SIMPLE DAN MUDAH"



Bahan-bahan kulit tart

170 gram butter suhu bilik
290 gram tepung gandum
50 gram gula
1 biji telur
1/2 sudu teh garam

Bahan-bahan kastatd telur

5 sudu gula
2 sudu besar tepung kastard
2 biji telur
1 cawan susu (boleh digantikan dengan santan segar jika ada alahan)
1/2 sudu teh ekstrak vanilla

Cara-cara:

1. Campurkan kesemua bahan tart hingga sebati dan boleh dibentuk.

2. Masukkan ke dalam plastik ziplock dan biarkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya setengah jam.

3. Bentukkan bulat-bulat kecil dan masukkan ke dalam acuan tart, kemudian dileperkan supaya kulit tart tak tebal. Ambil garfu dan cucukkandi bahagian dasar tart supaya tak menggelembung semasa dibakar.

4. Campurkan bahan kastard dan gaul rata.

5. Tuangkan kastard ke atas kulit tart.

6. Bakar pada suhu 180°c selama 25 minit atau bergantung pada oven masing-masing.

Siap untuk dihidang dan dimakan. Makan panas-panas lebih sedap tau. Kejap je lesap lepas dihidang dek anak-anak cikT ni.

Selamat mencuba.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Semua ibu ingin berikan yang terbaik buat bayinya dan semestinya yang terbaik itu bermula dari penyusuan susu ibu. Dek kerana kekurangan pengetahuan tentang ilmu penyusuan, si ini mula menyerah kalah dan beralih kepada susu formula kerana merasakan susunya tidak cukup. Ini ditambah lagi dengan keletihan seharian bekerja dan menguruskan rumahtangga. CikT dulu pun hampir putus asa jugak.

Entah dari mana datangnya kekuatan tu, cikT cari macam-macam info berkenaan penyusuan susu ibu ni dari buku, majalah, internet dan bertanya kepada yang pakar. Alhamdulillah, semuanya dapat diatasi jugak.

Hasil daripada pengalaman menyusukan empat orang anak dan hasil pembacaan tentang penyusuan susu ibu, berikut adalah cara untuk meningkatkan penghasilan susu ibu:

1. Pastikan pengambilan makanan yang seimbang.

2. Minum air kosong sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari.

3. Beri susu atau pam sekerap 2 hingga 3 jam sekali atau mengikut kehendak bayi.

4. Susui bayi dari kedua belah payudara agar penghasilannya seimbang.

5. Amalkan zikir Ya Matin (Yang Maha Kukuh).

6. Yakin pada diri sendiri.

7. Elakkan stres.

8. Pengambilan suplemen.


Set Menyusu Shaklee

Di dalam Set Menyusu Shaklee ini ibu akan dibekalkan dengan nutrisi lengkap yang membantu memberikan tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Kadangkala tanpa kita sedari, kita kehilangan banyak tenaga dan mudah berasa letih disebabkan aktiviti penyusuan dan beberapa rutin yang lain. Akibatnya, penghasilan susu semakin susut.

Vita-Lea: Multivitamin yang membekalkan 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Memberikan tenaga segera dan membantu melancarkan metabolisme tubuh.

B Complex: Kandungan B6 dapat mengurangkan tekanan akibat keletihan. Di samping itu, ia juga membantu menghasilkan sel darah merah yang menyerlahkan seri wajah.

Vitamin C: Menguatkan sistem imuniti yang juga boleh disalurkan khasiatnya kepada bayi. Ia juga mencantikkan kulit.

Ostematrix: Gabungan kalsium, magnesium, vitamin D dan boron membantu mengembalikan kepadatan tulang yang dapat mengurangkan sakit pinggang atau sakit belakang akibat posisi menyusu.

Alfalfa: Raja segala tumbuhan dan juga kacip fatimah moden ini sangat terkenal sebagai penggalak susu. Membantu menyahkan toksin dari tubuh.

Energizing Soy Protein: Khasiat asid amino yang diperlukan tubuh bukan sahaja membantu memekatkan susu, ia juga membantu menghilangkan parut, mencantikkan kulit dan mengurangkan rasa lapar. Sangat sesuai bagi penghidap diabetes kerana indeks glisemiknya yang rendah.


Testimoni:





Untuk dapatkan Set Menyusu Shaklee ini, bolehlah menghubungi cikT di talian 013-3889522 dengan cara sms atau whatsapp. InsyaAllah, bayi kenyang, ibu pun tenang.

CikT
The Lovely Mamipreneur
013-388 9522


Assalamualaikum.

Berita baik untuk mereka yang tercari-cari Ejen Shaklee Seksyen 32 Shah Alam kini boleh mendapatkan suplemen Shaklee dari cikT dengan mudah. Dah beli dari cikT, konsultasi secara eksklusif pun cikT bagi jugak.

Nama penuh cikT Siti Rodhiah Noor Binti Mohd Yaakub. CikT ni asal Sabah tapi dah lebih 11 tahun menetap kat Lembah Klang. Itu belum kira masa cikT belajar kat UIA lagi. Alhamdulillah, cikT dan suami direzekikan dengan empat orang anak syurga, dua perempuan dan dua lelaki berumur dari 3 hingga 9 tahun. Sekarang cikT dan keluarga duduk kat Seksyen 32 Shah Alam, Selangor.



Sejarah terjebaknya cikT dengan Shaklee ni bermula bila ambil Set Menyusu Shaklee masa menyusukan anak kedua dulu. Itu pun masa dah separuh jalan sebenarnya. Perbezaan yang cikT rasa masa ambil suplemen Shaklee dengan tak ambil apa-apa memang nampak sangat. Masa tu tak terlintas lagi nak jadi Pengedar Shaklee Seksyen 32 Shah Alam ni. Ye lah, masa tu Allah belum buka hati lagi untuk berkongsi kebaikan Shaklee.

Masa pregnant anak ketiga, cikT awal-awal dah decide nak ambil Set Berpantang yang jugak Set Menyusu Shaklee. Hasilnya, masa berpantang tu luka cepat sembuh, badan bertenaga, dan cikT dapat kumpul stok susu hampir penuh satu deep freezer. Bila dah kembali bekerja, ramai yang tegur muka cikT nampak merah...merah tu maksudnya tak pucatlah. Badan pulak tak naik sangat. Ramailah yang tanya cikT ambil apa.

Barulah cikT sedar betapa bagusnya produk Shaklee ni dan betapa ruginya cikT tak kongsikan dengan rakan sepejabat lebih awal. Suplemen Shaklee bukan sahaja produk berkualiti (semulajadi), dijamin berkesan, halal dan ada Landmark study lagi. Beberapa bulan lepas tu baru cikT daftar sebagai ahli dan jadi Pengedar Shaklee Seksyen 32 Shah Alam yang sah.

Dengan support group yang kuat dan sangat supportive, alhamdulillah cikT banyak belajar benda baru dan dah nikmati bonus bulanan Shaklee jugak. Kitorang bukan sekadar diajar atau dilatih untuk menjual, kitorang selalu diingatkan dengan amalan-amalan rohani supaya hubungan dengan yang Maha pemberi rezeki lebih dekat. Barulah berkat berniaga ikut sunnah. InsyaAllah.

Jadi, untuk sesiapa yang berada di sekitar Seksyen 32 Shah Alam terutamanya Bukit Rimau, Kota Kemuning dan Jalan Kebun, bolehlah hubungi cikT di talian 013-3889522 melalui sms atau whatsapp.

CikT Si Pengedar Shaklee Seksyen 32 Shah Alam (SID: 933171)
The Lovely Mamipreneur
013.388.9522





Assalamualaikum.

Sebelum bagi hati, otak dan organ lain buat kerja dengan tenang, jomlah bermuhasabah dulu. Kalau mu oghe klate, bermuhaklate lah namanya. Hihihi.

Kita tak tahu bila Allah nak tarik nyawa kita, mungkin kejap lagi, mungkin esok, tahun depan, lagi 10, 20, 30 tahun lagi. Sedar-sedar je anak dah besar, kita pun dah bercucu cicit. Kalau sempatlah. Kenalah doa banyak-banyak supaya banyak masa nak kumpul pahala.

Dari sekaranglah kita kena pastikan apa yang kita buat, apa yang kita makan menyenangkan lorong untuk kumpul pahala tu.

Biarlah kewangan kita dah stabil, dah tak payah fikir hutang sana sini. Kesihatan pun masih sama macam masa 30-40'an lagi. Kalau boleh, kita nak orang-orang terdekat pun sama macam kita. Kan?

Jom pulun kerja kuat sekarang supaya bila tiba masanya motivasi dah menurun, kita tinggal nikmatinya saja. Pedulikanlah suara-suara yang nak matikan motivasi kita tu.

CikT
The Lovely Mamipreneurl
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Masih dikurniakan nyawa dalam jasad, nikmat tubuh yang sihat, dan insyaAllah masih boleh memberi manfaat kepada orang lain. Semoga kawan-kawan cikT juga diberikan kebahagiaan dan kemudahan setiap urusan.

Sempena bulan baru, cikT pun sukalah nak berkongsi apa promosi yang Shaklee tawarkan. Kalau bulan lepas ada tawaran personal blender jenama Ferrano pada separuh harga, bulan ini tak kurang hebatnya juga.

1. Pembelian Salad-To-Go pada harga RM19.93 dengan Set Detox


2. Pendaftaran ahli baru

Setiap pendaftaran ahli baru dengan pembelian dengan 100 unit volume (UV) layak mendapatkan Rubbermaid Lunch Box pada harga RM16.96 iaitu hampir separuh harga dari harga pasaran. Sesuai sangat untuk simpan makanan segar ke tempat kerja atau sebagai bekal anak ke sekolah.




3. Twin Pack Shaklee Canister

Untuk ahli yang sedia ada pulak, setiap pembelian dengan nilai 100 unit volume (UV) di dalam satu resit layak mendapatkan canister dengan penutup comel pada harga RM9.96. Didatangkan 3 set kesemuanya; 1-15 Jun untuk set pertama, 16 - 30 Jun untuk set kedua dan set ketiga pulak antara 15 Jun - 15 Julai. Semuanya menarik kan? Jomlah kumpul sama-sama.


Cool kan promosi bulan ni? Nak dapatkan pilihan hati anda, mehlah hubungi cikT 013-3889522 melalui sms atau whatsapp. Dapatkan konsultasi dari cikT secara percuma.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Subscribe to: Posts ( Atom )

Carian

Saya Siti

Bonjour & Welcome

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

Follow Siti

Produk Shaklee

ESP vivix

Paling diminati

  • Jom Membuat Capan
    Minggu ni minggu peperiksaan sekolah kebangsaan puteri cikT yang berdua tu. Kebiasaannya, matapelajaran seni ni akan jadi penutup minggu pep...
  • 4 Langkah Pantas Kenalpasti Strok
    Strok adalah satu kecemasan perubatan. Strok berlaku apabila aliran darah ke otak terhenti. Dalam masa beberapa minit, sel-sel otak mula ...
  • Homemade Chicken Ball Mudah Dan Sedap
    Assalamualaikum. Dalam banyak-banyak masakan barat, cikT sukakan pasta. Yang paling cikT suka masakan aglio olio sebab dia ada rasa yang b...
  • Pengalaman Penyusuan Bersama Empat Orang Cahaya Mata
    Assalamualaikum. Anak pertama dulu agak bergelut dengan breastfeeding ni. Mana tak nya. Masa mengandung ingatkan menyusu ni alami sampai ...
  • Cucur Kembung Manis Versi Gluten Free
    Assalamualaikum. Sekarang ni musim cucur kembung manis viral pulak dah. CikT rasa dah pernah viral tahun lepas atau dua tahun lepas. Siap ...

Catatan Siti

  • ▼  2017 (165)
    • ►  August (7)
    • ►  July (24)
    • ▼  June (28)
      • Kulit Sensitif Beransur Sembuh Selepas Amalkan Her...
      • SOHO (Small Office Home Office) Idaman
      • 5 Jenis Makanan Yang Perlu Ibu Menyusu Elakkan
      • Ibu Dan Janin Sihat Dengan Set Hamil Shaklee
      • Asalnya Ambil Set Menyusu Untuk Maintain Productio...
      • Salam Aidilfitri Dari CikT
      • The Magic Of Thinking Big
      • Rahsia Menyusu Anak Kembar Dan Berpuasa Penuh
      • Penantian 6 Tahun Untuk Zuriat Pertama Berakhir De...
      • Hati-hati Dengan New Moon
      • 5 Diet Yang Perlu Ibu Menyusu Ketahui
      • Kueteaow Kungfu Sedap
      • Ibu Berjaya Menyusukan Bayi Dengan Set Menyusu Dan...
      • Tiga Jenis Makanan Yang Mengurangkan Gejala Ekzema
      • Ramadan Kali Ini (2017)
      • Buasir Ketika Hamil Sembuh Dan Jaundice Cepat Turun
      • Empat Peranan Untuk Tawan Hati Suami
      • Fun Fries Ala KFC (Gluten Free)
      • Kembali Bekerja Dengan Stok Susu Perahan Mencukupi
      • 8 Cara Rawatan Semulajadi Ekzema Dari Rumah
      • Churros Versi Gluten Free
      • Set Ekzema Shaklee Untuk Anak
      • Tingkatkan Penghasilan Susu Dengan Makanan Penggal...
      • Tart Telur Simple Dan Mudah
      • Tambah Susu Dengan Set Menyusu Shaklee
      • CikT Si Pengedar Shaklee Seksyen 32 Shah Alam
      • Muhasabah Diri
      • Promosi Shaklee Bulan Jun 2017
    • ►  May (30)
    • ►  April (30)
    • ►  March (31)
    • ►  February (15)
  • ►  2016 (4)
    • ►  October (4)
Powered by Blogger.

Hubungi Siti

Name

Email *

Message *

Copyright 2014 Lovely Mamipreneur (CikT).
Blogger Templates Designed by OddThemes