Bagaimana Nak Layan Pelanggan Tertekan

Assalamualaikum.

Kita peniaga, kena hadap macam-macam benda. Antaranya, kerenah customer. Dapat yang baik, "Alhamdulillah". Tapi, kalau dapat yang "Nauzubillah" sekalipun, kita kena maintain cool.

Macam mana nak maintain cool?

Paling efektif, tunjukkan kita menyebelahi dia.

Contohnya barang yang kita pos tak sampai-sampai ke tangannya. Kalau customer melenting, kita sokong mereka dengan "apalah Pos Laju ni, dah 3 hari pun tak sampai-sampai lagi". Sambil cepat-cepat ambil tracking number dan periksa status barang tersebut.

Jangan cepat nak jawab "saya dah pos dah semalam, patutnya memang dah sampai". Kerana ini hanya akan buat customer jadi lebih marah nak cakap "awak ni penjual ke scammer? Saya report ke polis".

Bila customer dapat rasa yang kita ni jujur, lebih mudah untuk mereka terima kesilapan sendiri; "Takpe la kak, ni husband baru bagitahu dia dah ambil dah semalam". Customer happy dan kita pun tak rugi.

(credit: iReach)

CikT
The Lovely Mamipreneur

Share this:

Tentang Siti

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

0 comments:

Post a Comment