Karnival Masjid Di Hari Sabtu

Assalamualaikum.

Cuti hari Sabtu korang buat apa? Macam cikT sibuk sikit dengan aktiviti anak-anak. Rabu baru ni si kakak bawa balik flyer jemputan Karnival Masjid di Masjid Al-Falah, Lorong Haji Abu Bakar, Jalan Kebun sempena pembukaan masjid baru. Ada banyak aktiviti untuk anak-anak seperti mewarna, azan, khutbah, bercerita, hafazan dan banyak lagi. Sejak menang pertandingan hafazan kat sekolah KAFA beberapa bulan lepas, Anis dah macam addicted. Padahal tak ada persediaan lagi. Disebabkan semangat juang beliau yang tinggi, cikT dan suami pun bagilah beliau masuk. Ana pulak nak masuk acara mewarna.

Karnival dimulakan dengan acara mewarna. Susah jugak nak pastikan Ana fokus mewarna seluruh gambar tu sebab ada beberapa gangguan luar buat beliau lalai. Dalam masa sejam tu memang kena bagi semangatlah lagi-lagi bila dah nak habis ru. Tangan dah penat katanya.

Habis mewarna kitorang kena lari ke sekolah Anas untuk dengar progress report beliau pulak. Mujur acara Anis lepas zohor. Syukur bila teacher Anas maklum pada mami yang Anas ni suka bertanya, tak putus asa dan fokus orangnya. Nampak tak beza dengan Ana? Teacher pun ada cakap yang Anas ni cepat terima apa yang diajar cuma kadang-kadang kena ulang. Seronok jugak buat Anis dan Ana sebab dapat jumpa teacher lama mereka.

Habis je hal Anas, kitorang makan tengahari, balik rumah, dan solat zohor. Kena kembali ke masjid untuk Anis pulak. Hah, masa nilah muka Anis dah mula pucat lesi tapi jauh lagi baik dari gemuruh cikT rasanya. Hahaha.

Dengan persediaan kurang dari tiga hari, cikT bagi jugaklah tips nak cepat hafal. Mungkin sebab kesuntukkan masa, beliau ikut je cara sendiri dulu. Hafazan ni ada tiga peringkat; surah al-Fatihah, surah pilihan dan satu lagi surah beserta terjemahan. Peserta dah diberikan senarai surah yang perlu dihafal sebagai persediaan. Bab menghafal ayat tu Anis tak bermasalah sangat, sekali kena hafal terjemahan beb... Mami pun masak macam ni... Kahkah.

Giliran Anis kena lepas solat asar. Abahnya terpaksa lari balik rumah kejap sebab nak bersiap untuk bergegas nak bertugas di Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa pulak. Haa, korang ada tengok ke siapa pemenang tilawah dan hafazan?

Habis je acara hafazan patutnya nak tunggu keputusan. Rupa-rupanya keputusan diumumkan pada malam hari. Halah, kitorang tak ada kenderaan nak datang balik. Maka, terpaksalah cikT pujuk puteri-puteri ni supaya tak payah hiraukan sangat dapat tempat berapa. Yang penting semangat dan keberanian tu. Itu yang lebih membanggakan.

Alhamdulillah Anis berani cabar diri sendiri dengan masuk pertandingan ni secara sukarela dan Ana pulak berjaya siapkan tugas mewarna tu sebaiknya. Anas pulak progresnya kat sekolah menaik. Sampai rumah tau mulut cikT duk puji semangat mereka ni sebab cikT nak mereka tahu yang kemenangan itu sekadar bonus atas usaha keras mereka.

CikT rasa lepas ni nak terus bagi pendedahan kat anak-anak supaya mereka dapat belajar sendiri tentang keyakinan diri. Yang kedua, semangat juang pun perlu jugak. Barulah ada usaha dan nampak hasilnya.

Esok cikT nak bawa keluarga ke Shaklee Health Karnival lagi. Nak periksa kulit secara percuma pulak. Mana tahu dapat menang blender pulak ke. Eh, doakan tau. Musah-mudahan dapat. Amin.

CikT
The Lovely Mamipreneur

Share this:

Tentang Siti

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

0 comments:

Post a Comment