Salah Faham Tentang Pengambilan Suplemen
Assalamualaikum.
Ramai lagi yang belum paham tentang konsep gaya hidup sihat cara Shaklee. Antara salah faham yang biasa kita dengar "kalau awak dah jaga pemakanan, bersenam selalu, tak perlu pun ambil suplemen...."
Salah sebenarnya pemahaman tu.
Yang wajib kita amalkan dalam kehidupan harian kita adalah:
1. Pemakanan sihat
2. Bersenam
3. Suplemen
Suplemen bukan ganti benda-benda yg kita malas nak buat. Malas jaga makan, lalu kita gantikan dengan suplemen. Malas bersenam, lalu suplemen sebagai pengganti. Bukan macam tu.
Pengambilan suplemen membantu kita untuk menutup rongga-rongga nutrisi yang lopong yang hilang zatnya. Itu pun lepas kita ambil pemakanan seimbang dengan betul. Sayuran pun kena lalui beberapa proses dengan pencemaran pestisid sebelum sampai ke salam padaran. Tak hairanlah yang tinggal untuk kita tu boleh disebut sebagai hampas sahaja.
Ambil suplemen sebab kita dah amalkan gaya hidup sihat, bukan kerana kita tinggalkan salah satu daripadanya.
Nak ambil suplemen pun, pastikanlah yang bukan jenis sintetik, dijamin berkesan dan disahkan oleh pihak ketiga.
CikT
The Lovely Mamipreneur
Tentang Siti
Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.
0 comments:
Post a Comment