Shaklee Health Carnival

Assalamualaikum.

Dari pagi berkira-kira nak pergi Shaklee Health Carnival ke tak. Bukan apa, cik abe cikT tina-tina Jumaat malam bagitahu kena ke Kelantan Sabtu pagi. Huwaaa....hari memang teringin sangat nak pergi karnival ni. Ye lah, program joint venture dengan Sunway Medical Center pulak tu.



Subuh tu cepat-cepat basuh baju, sidai, masak, suap anak-anak sambil kemas-kemas rumah dulu. Lepas makan tengahari suruh anak-anak siap. CikT pun booked GrabCar ke Sunway Geo Tower ( ofis baru Shaklee). Kisahnya kereta ada tapi tangan ni dah lama tak drive jauh-jauh lepas accident teruk tahun lepas. Okey, tak nak ingat sangat kisah trauma tu. Kita move in aja.

Sampai je kat Shaklee, mulut ni tak henti-henti sebut wah...wow... Tak sangka ofis baru ni lagi best. CikT tak terus ke ofis sebab jam kat tangan dah hampir pukul 3. Takut berlengah nanti tak sempat pulak nak habiskan health check.



Lepas pendaftaran masuk, cikT buat BMI check. Lepas tu, dipanggil pulak untuk pemeriksaan tekanan darah, glukos dan kolestrol. Haaa, lepas tu cikT buat pemeriksaan tulang. Yang ni memang tak pernah buat dan tak pernah tahu pun. Habis semua pemeriksaan kita kena jumpa dengan pakar nutrisi Shaklee untuk bincang tentang keputusan kesihatan kita. Sambil nutritionist borak tentang keputusan, suplemen apa yang cikT ambil, sempat jugak dia test knowledge kita pasal makanan tambahan ni.



Anak-anak cikT bagi lepas main kat kawasan permainan kanak-kanak. Pak guard yang jaga pun ramai, staff Shaklee pun ada untuk tengok-tengok mereka ni. Sambil-sambil tu disediakan juga demo beberapa produk Shaklee sebagai bahan dalam menu sihat yang mudah.

Ada jugak games, di mana setiap game (ada 3 je) yang kita lepas, kita boleh kutip chop bagi mengumpul masa untuk cabaran tornado chamber. Tornado chamber ni macam game kutip duit dalam bilik see through dengan anginacam tornado tu. Bezanya yang ini kita boleh kutip point dan kalau bertuah boleh dapat produk Shaklee jugak. Masa yang cikT dapat kumpul 5 saat je, yapi syukur sangat dapat Omega Guard dan dapat points yang cukup untuk dapat lunch box Rubbermaid terbaru Shaklee. Rezeki betul.



Dapat hadiah je karnival pun berakhir. CikT ajak anak-anak ke ofis baru kebetulan ada benda nak beli. Suka sangat tempat baru ni. Bagi cikT memang lebih mesra pengguna. Kalau ajak sesiapa pun tak segan sangat sebab boleh tunjuk vitamin mana yang kita maksudkan.





Kesimpulannya, cikT balik memang bukan tangan kosong lah. Kalau ada karnival macam ni lagi, insyaAllah nak pergi lagi.





Syukur syukur syukur.

CikT
The Lovely Mamipreneur

Share this:

Tentang Siti

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

0 comments:

Post a Comment