Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
Assalamualaikum.
InsyaAllah esok seluruh umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Di kesempatan ini cikT ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Ramadhan Kareem dan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga ramadhan kali ini kita dapat meraikan al-Quran lebih daripada makanan dan pembaziran.
Macam manapun, cikT tetap nak bagi sikit tips supaya kita kekal bertenaga sepanjang hari. InsyaAllah.
- minum air kosong secukupnya
- kurangkan/ elakkan minuman manis
- makan makanan seimbang dan berkhasiat
- bangun dan bersahur untuk dapat keberkatannya
- jangan tidur selepas subuh untuk kurangkan rasa perut kosong
- kurangkan/ elakkan diri dari berkunjung ke bazaar ramadhan untuk mengurangkan nafsu membeli lebih banyak makanan (kecuali berniat untuk disedekahkan)
- top up dengan suplemen
Sama-sama kita doakan agar diizinkan olehNya untuk tingkatkan ibadah kita di bulan ini dan sampai ke penghujungnya.
CikT
The Lovely Mamipreneur
Tentang Siti
Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.
0 comments:
Post a Comment