Selamat Hari Guru, Cikgu!

Assalamualaikum.

Sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan yang lalu, cikT rasa masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Guru buat insan-insan pendidik terutamanya yang pernah mendidik cikT dari seawal pelajaran hingga kini. Walaupun dah tak duduk di bangku sekolah, cikT masih perlukan tunjuk ajar untuk jadi anak, isteri, ibu, sahabat dan peniaga yang lebih baik.



Dulu selalu ingat buat bisnes ni mudah. Jual, jual je...dapat duit.

Eh, dalam dunia bisnes pun perlukan guru atau mentor tau.

Rupanya kena berguru. Sebab dorang ni lah yang makan garam dulu dari kita kan. Nak menjual kena ada strategi, teknik dan medium yang betul.
Guru atau mentor ni dah lalui macam-macam "try and error" sebelum kita. Apa ramuan rahsia yang dorang berjaya buat, kita tinggal ikut je.

Macam cikT, bila bermentorkan kekLin ni, rasa bertuah sangat sebab beliau tak pernah jemu bagi tunjuk ajar dan sentiasa bagi sokongan. Nak kacau online ke, offline ke, beliau sentiasa cuba "available"kan diri beliau selagi kita ada kemahuan.

Seronok kan?

Sekali lagi, Selamat Hari Guru.

CikT
The Lovely Mamipreneur

Share this:

Tentang Siti

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

0 comments:

Post a Comment