Jom Ke Shaklee Cares

Assalamualaikum.

Hujung minggu ni; Sabtu dan Ahad (6 & 7 Mei 2017) ini Shaklee Malaysia akan mengadakan "Shaklee Cares"; sebuah program kesihatan komuniti. Program tersebut akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 5 petang yang bertempat di ofis baru Shaklee di Shaklee Geo Tower.

Kemasukkan untuk program ini adalah percuma, di mana sesiapa sahaja dijemput hadir. Sessi pemeriksaan kesihatan diberikan percuma seperti BMI, tekanan darah, gula dan kolestrol.


Antara yang menarik pada hari Sabtu, pukul 2.30 petang akan diadakan sessi nicara kesihatan tentang kesihatan jantung (Heart Health & You) oleh Dr. Teoh Jun Kiat, salah seorang pakar jantung dari Pusat Perubatan Sunway.


Yang menariknya juga, akan diadakan cabutan bertuah kepada pembeli produk Shaklee dengan mata tertentu. Hadiah semuanya menarik tau! Eksklusif gitu...


Jomlah ramai-ramai meriahkan Shaklee Cares. Sambil-sambil tu boleh melawat ofis baru Shaklee yang lebih mesra.

Jadi, alamat yang perlu anda cari:

Shaklee Home Office
Level 1, Sunway Geo Tower,
Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Jumpa di sana ya.

CikT
The Lovely Mamipreneur

Share this:

Tentang Siti

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

0 comments:

Post a Comment