Tunggang Kuda Di Sabandar Leisure Rides
Assalamualaikum.
Kalau kawan-kawan datang ke Kota Kinabalu, apa kata berkunjung ke Sabandar Leisure Rides ni.
Tempat ni dah jadi salah satu lagi tarikan di Sabah yang patut anda kunjungi. Apa yang best mengenai tempat ini ialah kawasannya yang cantik ala cowboy town dan kawan-kawan boleh menunggang kuda dengan bayaran RM15 seorang.
Kalau nak menunggang kuda dari jam 8 hingga 11 pagi, dan 2 hingga 6 petang setiap hari. Cuti sekolah hujung tahun lepas tempat ni memang padat. Kitorang yang datang awal pun terpaksa beratur panjang. Matahari tengah naik pulak tu, dia punya panas fuh...
Lepas penat berpanas dan menunggang, restoran ada disediakan untuk menghilangkan lapar dan dahaga. Parjalanan ke restoran ini sangat menarik kerana ia buat kita seperti berjalan di dalam hutan paya dengan diberi kemudahan jambatan. Disebabkan masa kitorang dah selesai tu belum pukul 10 pagi, restoran pun belum dibuka lagi. Terpaksalah teguk air mineral yang dibawa dari rumah.
Nak ke Sabandar Leisure Rides ni guna Google Maps insyaAllah tak sesat. Papan tanda pun jelas. Dari bulatan yang ada statue kuda, terus masuk ke Sabandar. Lepas tu akan lalu kat Sabah Turf Club, dan anda dah tak jauh dari lokasi.
Sekian, laporan tertangguh percutian cikT sekeluarga di Sabah tahun lepas.
CikT
The Lovely Mamipreneur
Tentang Siti
Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.
0 comments:
Post a Comment