Kek Pisang Tanpa Gluten



Assalamualaikum.

Perasan tak minggu ni minggu bulan penuh? Anak-anak cikT tiga orang akhirnya tumbang. Biasanya bila anak-anak demam, cikT akan kejarkan Nutriferon, tambahkan dos Vitamin C, Omega guard, madu, VCO dan pastikan minum banyak air. Selain buat sponging, cikT juga sapukan essential oils supaya cepat kebah.

Dah demam-demam ni, nak bagi makan roti ke biskut pun jadi takut. Takut lagi lembik. Jadi, cikT pun rajinkan diri buat kek pisang tanpa menggunakan tepung gandum. Kenapa tanpa tepung gandum? Sebab tepung gandum ni ada gluten yang boleh buat badan tambah sakit. Jangan tak tahu ramai yang tak serasi dengan gluten ni.

Okey lah, nak tahu bahan-bahan yang cikT guna untuk kek pisang ni? Jom kita cekidaut.

"Kek Pisang Tanpa Gluten"



Bahan-bahan

Bahan A:

100 gram atau 1 cawan tepung beras
1 sudu teh baking powder

Bahan B:

2 biji telur
200 gram atau 3-4 biji pisang yang telah masak
50 gram gula* (gula melaka, gula nipah, selain gula putih) - cikT guna organic raw cane sugar
Secubit garam
50 ml minyak (minyak kelapa, minyak masak)
*selain gula, boleh gantikan dengan madu, kismis atau buah kurma yang direndam

Cara-cara

1. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan minyak dan gaulkan.
2. Masukkan pisang yang telah dilenyek.
3. Masukkan garam.
4. Campurkan bahan A yang telah ditapis. Gaul rata dengan menggunakan spatula.
5. Panaskan oven pada 170° dan bakar selama 25-35 minit bergantung kepada oven masing-masing.
6. Sedia untuk dihidang begitu sahaja atau bersama topping seperti parutan keju, ganache coklat ataupun taburan chocolate rice. CikT ada lebihan ganache coklat, jadi guna yang ada je.


Tekstur kek ni ada macam kek kukus sikit. Mungkin sebab penggunaan tepung beras dan basah-basah tu datang dari pisang. Rasanya insyaAllah tetap sedap lebih-lebih lagi makan masa panas-panas. Kek tanpa bahan pengawet ni tahan 2 hari je tanpa masuk peti ais. CikT simpan seketul dua buat eksperimen.

Selamat mencuba dan doakan semoga anak-anak cikT cepat sembuh.

CikT
The Lovely Mamipreneur




Share this:

Tentang Siti

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

0 comments:

Post a Comment