Bulan Kesedaran Autisme
Assalamualaikum.
Melangkahnya kita ke bulan April bermakna kita juga memasuki Bulan Kesedaran Autisme. Seperti yang sudah termaktub, Hari Kesedaran Autisme Sedunia adalah hari yang diiktiraf di peringkat antarabangsa pada 2 April setiap tahun, menggalakkan negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanak-kanak autisme di seluruh dunia. Ia telah ditetapkan oleh resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Menjaga dan membesarkan seorang anak autistik memerlukan jiwa yang besar dan kesabaran yang tinggi. Ianya bukanlah perkara yang mudah. CikT sendiri ada anak saudara yang mengalami Autisme, Aleesa Farhana namanya.
Dulu beliau seorang yang sangat susah didekati, tidak suka disentuh, menangis secara tiba-tiba, suka memanjat tempat tinggi kemudian lompat ke bawah, hanya bercakap dengan diri sendiri dan akan membasahkan dirinya apabila sedang marahkan sesuatu. Paling tak suka bila diambil gambarnya. Beliau ini sangat teliti orangnya. Beliau mampu menyiapkan jigsaw puzzle yang beratus keping itu dengan sabarnya juga pandai melukis.
Farhana dibawa berjumpa dengan pakar, menjalani terapi dan ibubapa beliau turut diajar menyelami keadaan anak syurga ini. Alhamdulillah, Farhana sekarang dah semakin mudah didekati keluarga dan sanak-saudara, semakin bijak, dan sudah ada perubahan dalam dirinya.
Bertitik tolak dari Farhana, cikT sedar yang anak-anak Autistik ini sangat perlu difahami. Mereka bukan manusia pelik yang perlu diasingkan. Kita juga perlu kenalpasti perilaku seseorang yang mempunyai Autisme.
Seperti yang diperincikan oleh Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), terdapat 13 ciri-ciri Autistme untuk kita kenalpasti:
1. Perbualan hanya berlaku di satu pihak sahaja.
2. Tiada minat yang ditunjukkan.
3. Suka mengulangi sesuatu perbuatan.
4. Tidak bermain secara olok-olok.
5. Tiada hubungan mata.
6. Suka memutar objek.
7. Ketawa atau menangis tidak sesuai dengan keadaan.
8. Suka mengibaskan tangan.
9. Benci akan sesuatu perubahan.
10. Mengulangi percakapan mengenai perkara yang sama.
11. Tidak bergaul atau bermain dengan orang lain.
12. Hanya menyertai kumpulan jika dibantu dan didesak.
13. Tunjukkan keinginan dengan tangan orang dewasa.
Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) adalah sebuah Pertubuhan kebajikan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1986 oleh sekumpulan ibu bapa dan profesional. Ia telah didaftarkan pada 3 Mac 1987, sebagai sebuah pertubuhan kebajikan sukarela kebangsaan dan bertujuan untuk menyediakan pendidikan, bantuan, jagaan dan perlindungan bagi orang-orang dengan Autisme dan ahli keluarga mereka. Pada masa ini, NASOM telah menubuhkan 14 Program Awal dan 3 Program vokasional bagi orang menghidap Autisme di Malaysia.
Apa yang cikT harapkan agar kita sebagai masyarakat bukan sekadar ambil tahu tentang apa yang dialami anak-anak Autisme, tetapi juga memahami ibubapa mereka yang turut menjadi sebahagian daripada usaha pemulihan itu.
CikT
The Lovely Mamipreneur
Tentang Siti
Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.
0 comments:
Post a Comment