Filem 36 Vayadhinile

Kawan-kawan cikT ada yang suka tengok filem tamil tak? Dulu cikT layan hindustan je, tapi hujung-hujung nak habis belajar tersuka pulak tengok cerita tamil. CikT jarang layan drama sebab sampai rumah pun dah malam. Biasanya lepas selesai urusan rumah, duduklah kejap depan tv. Buka channel Astro 202 cerita pun baru main.



Eh, filem tamil banyak yang ada mesej tau. Salah satu filem yang meninggalkan kesan positif ialah filem "36 Vayadhinile".

Cerita ni berkisar tentang Vasanthi (lakonan Jyothika) yang berumur 36 tahun, mempunyai suami, seorang anak dan bekerja sebagai kerani. Disebabkan umurnya, beliau tidak dapat mengikut suaminya yang berpindah ke Ireland kerana tak dapat pekerjaan di sana.

Ada peristiwa beliau nak berbual dengan Presiden India, tapi beliau tiba-tiba pengsan dan peristiwa tu dirakam dan tersebar sebsgai bahan jenaka di media sosial. Anaknya yang malu dengan ejekan kawan-kawan membuat keputusan mengikut ayahnya ke Ireland.

Vasanthi yang dulunya kuat semangat, berani dan penuh inspirasi tiba-tiba hilang arah. Rakan baiknya cuba bantu Vasanthi untuk tetapkan matlamat yang lebih besar.

Satu hari, beliau yang menanam sayuran secara organik di rumah telah mengajak wanita di kawasan perumahan untuk memulakan rumah hijau mereka sendiri kerana tahu sayur-sayuran di pasaran tidak sihat dan disembur dengan racun perosak.

Lepas tu kempen beliau mendapat perhatian dan akhirnya mendapat jemputan untuk bertemu presiden sekali lagi. Tiada lagi peristiwa memalukan, keluarga beliau juga akhirnya berbangga dengan Vasanthi.

Banyak sangat mesej dari filem ni. Antaranya:

1. Ahli keluarga sepatutnya memberikan sokongan walau apa pun situasi yang kita hadapi.

2. Walaupun tak dapat sokongan keluarga, Vasanthi jadikan itu sebagai pembakar semangat untuk kembali bangkit.

3. Tak kira wanita atau siapa pun, kita berhak untuk berjaya. Vasanthi bukanlah anak orang kaya atau berjawatan tinggi.

4. Bermula kecil tapi besar dan berjaya akhirnya.

5. Yang mula naikkan semangat cikT untuk lebih teliti membasuh sayuran (guna basic H lerr...) dan insyAllah akan cuba menanam sendiri jugak.

Apa drama atau filem yang bagi inspirasi kat kawan-kawan pulak?

Bakal menginjak 36 tahun ini,
CikT
The Lovely Mamipreneur

Share this:

Tentang Siti

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

0 comments:

Post a Comment