Kuiz Peristiwa Israk Dan Mikraj

Assalamualaikum.

Bila sebut je bulan Rekab, mesti ingat peristiwa israk mikraj kan? CikT tahu dah banyak artikel cerita tentang peristiwa ni secara terperinci. Semalam masa cikT sekeluarga dalam perjalanan, kitorang main kuiz pasal israk mikraj ni. Tak sangka pula bila buat macam ni lagi mudah nak ingat. Jadi, cikT buat dalam bentuk Q & A lah ye.

Apakah peristwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab?
Peristiwa israk dan mikraj.

Bilakah tarikh berlakunya israk dan mikraj?
27 Rejab.

Apakah yang berlaku dalam israk dan mikraj?
Nabi Muhammad S.A.W diangkat ke langit.

Apa yang berlaku semasa israk?
Nabi Muhammad S.A.W bergerak dari Mekah ke Baitul Maqdis.

Sebutkan nama masjid di Mekah dan Baitul Maqdis?
Masjidil Haram, Mekah dan Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis (Palestin).

Apa pula yang berlaku semasa mikraj?
Nabi Muhammad S.A.W dibawa naik ke Sidratul Muntaha.

Apakah nama kenderaan yang membawa Nabi ke Sidratul Muntaha?
Buraq.

Siapakah yang pertama dijumpa oleh Nabi di Sidratul Muntaha?
Allah Subhanahu wa ta'ala.

Siapakah nabi lain yang Nabi Muhammad S.A.W jumpa?
Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa.

Apakah kejadian penting yang berlaku?
Pensyariatan ibadah solat. Asalnya 50 kali sehari akhirnya menjadi 5 kali sehari.

Selain itu, apa lagi yang berlaku?
Nabi diperlihatkan apa yang terjadi kepada mereka yang berada di syurga dan neraka.

Itu sahajalah antara perkara penting yang dapat cikT highlight. Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada kita bersama.

CikT
The Lovely Mamipreneur


Share this:

Tentang Siti

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

0 comments:

Post a Comment