Nugget Ayam Sayuran Homemade

Assalamualaikum.

Anak-anak suka makan nugget ayam tak? Rasanya bukan setakat anak-anak je, mak ayah zaman sekarang pun ramai je yang suka, kan? Biasanya nugget ayam ni mudah didapati di restoran makanan segera. Ada juga yang dijual dalam bentuk sejuk beku bagi penyediaan di rumah.

Menyedari nugget ayam yang dijual tu kurang berkhasiat dan risaukan lemak trans yang terkandung di dalamnya, cikT pun cubalah buat sendiri. Nugget ayam ni kalau cikT buat kejap je licin. Versi cikT ni mudah sikit, tak perlulan pengisar dan cikT tambahkan sayur-sayuran sikit. Jom kita tengok resepinya.

Nugget Ayam Sayuran Homemade



Bahan-bahan:

Isi ayam dicincang
Sebatang lobak merah diparut
Sebatang seleri diparut
Setengah ikat bayam dicincang atau brocoli
Lada sulah
Garam secukup rasa
(Kuantiti bergantung kepada keperluan masing-masing)

Untuk salutan:
Sebiji telur dipukul
Serbuk roti (cikT guna lebihan roti sourdough yang dipanggang sendiri)

Cara-cara:

1. Campurkan semua isi ayam, parutan lobak, seleri dan bayam. Masukkan lada sulah dan garam sekali.



2. Bentukkan ikut citarasa yang diingini. Guna acuan biskut pun boleh. CikT buat bentuk jejari. Kalau anak tak ada alahan pada produk tenusu, boleh masukkan potongan kecil keju dalam kepulan tu.



3. Golekkan kepulan ayam ke dalam telur, kemudian salutkan dengan serbuk roti.



4. Panaskan minyak dan goreng hingga masak. Pastikan api sederhana supaya nugget masak hingga ke dalam.



5. Siap untuk dihidang bersama sos kegemaran keluarga. Anak-anak cikT makan tak cicah sos pun.

Lepas ni dah tak payah beli yang ada kat pasaran dah kan. Buat dengan air tangan sendiri insyaAllah lebih yakin juga.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

CikT
The Lovely Mamipreneur

Share this:

Tentang Siti

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

0 comments:

Post a Comment