Mendorong Anak Untuk Berkelakuan Baik
Assalamualaikum & Salam Jumaat ibubapa hebat.
Pernah tak kita kenalpasti bahasa cinta (love language) anak kita? Bahasa cinta ni bukan hanya untuk pasangan saja sebenarnya. Ada lima jenis bahasa cinta:
1. Kata-kata Peneguhan (Words of Affirmation)
2. Layanan (Acts of Service)
3. Hadiah (Receiving Gifts)
4. Waktu Berkualiti (Quality Time)
5. Sentuhan (Physical Touch)
Haa, bahasa cinta anak cikT yang berempat tu tak semua sama. Kadang-kadang nampak lebih dari satu pun ada. Kita kenalah peka yang mana lagi dominan.
Bila kita dah tahu bahasa cinta anak, lebih mudah untuk kita berkomunikasi dengan mereka dengan lebih baik. Barulah dapat mendorong mereka untuk berkelakuan baik.
Kita kena terangkan dengan jelas tentang sesuatu perbuatan atau peraturan supaya mereka faham dan tahu akibat yang bakal mereka terima (positif atau negatif).
Melalui perbuatan kita, anak selalunya akan "copy" dan buat pada orang lain. Jadinya, sentiasalah tunjukkan contoh yang boleh diteladani.
Berdoalah agar anak itu dapat dibentuk sebagai anak yang bertaqwa dan selalulah bisik kat Allah moga perjalanan keibubapaan kita dipermudahkan.
Kena sentiasa tanam dalam hati yang setiap anak itu individu yang unik dan mereka inilah amanah yang bakal jadi penyelamat kita kelak.
InsyaAllah.
Selamat beramal.
CikT
The Lovely Mamipreneur
Tentang Siti
Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.
0 comments:
Post a Comment