Lovely Mamipreneur (CikT)
  • Laman Utama
  • Profil
  • Shaklee
    • Produk Shaklee
    • Set Kesihatan
    • Daftar Keahlian
    • Senarai Pengedar
    • Sijil Halal
  • Beli Online
  • Penafian
Home Archive for April 2017
Assalamualaikum.

Sistem imun penting bagi melindungi tubuh terhadap infeksi bakteria dan virus.

Antara cara untuk tingkatkan sistem kekebalan tubuh:

1. Minum air masak yang mencukupi.

2. Makan bawang putih. Allicin yang ada dalam bawang putih dapat menghancurkan bakteria dan infeksi.

3. Pengambilan makanan berantioksidan tinggi kerana ia dapat melindungi sel dari radikal bebas.

4. Tingkatkan pengambilan buah yang kaya dengan vitamin C bagi meningkatkan sistem imun.

5. Pengambilan makanan yang mengandungi bakteria baik untuk menjaga sistem pencernaan (usus) seperti tempe, yogurt, kimchi, water kefir, sourdough, budu, tempoyak, dan banyak jenis makanan lain lagi.

6. Dapatkan rehat yang mencukupi.

7. Senyum. Hormon yang dihasilkan memiliki efek yang dapat menenangkan tubuh.

Infeksi menyebabkan tubuh mengeluarkan respon imun. Jika respon imun baik, infeksi dapat dicegah dengan baik dan tak mudah diserang penyakit.

Antara yang keluarga cikT amalkan supaya dapat pastikan sistem imun kuat:

~ Vivix: antioksidan tinggi dan menghasilkan sel baru yang sihat.

~ Nutriferon: interferon yang berfungsi untuk melindungi tubuh dan mengaktifkan sel kekebalan tubuh. Anak-anak selalu berebut. Haih...

~ Vitamin C: melindungi dari radikal bebas. Anak-anak ambil yang chewable.

~ Garlic complex: sama fungsi dengan bawang putih, cuma lebih mudah nak telan. Okay, sesungguhnya anak-anakku telan apa saja. Hahaha.



Boleh kontek cikT 013-388 9522 untuk kuatkan sistem imun kawan-kawan pulak ya.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.


Hari ni sekolah tadika Anas hari sukan. Biasanya, beberapa minggu sebelum tu teacher untuk setiap rumah sukan akan buat satu whatsapp group untuk ibubapa dapat info penting, bincangkan persiapan seperti pakaian, perhiasan khemah, dan beberapa perkara lagilah.

Tema hari sukan tahun ni, Toy Story dan Anas masuk dalam rumah Mickey Mouse yang mewakili rumah merah. Bila masing-masing dah pilih tugasan dam cikT pun kebetulan tak tahu nak sumbangkan apa, maka cikT pun sukarelalah ambil tugas untuk buat photobooth ni. Sebenarnya cikT tak pernah pun ambil tahu photobooth ni. Perasanlah jugak bila pergi majlis tertentu akan ada satu sudut untuk sesiapa nak bergambar buat kenangan.



Mula-mula tu ke laut jugaklah idea nak buat macam mana. Mujurlah apa-apa sekarang ni cari je kat hujung jari. Lepas cukup bahan, cikT pun mula dengan buat bingkai dulu. Disebabkan tema rumah kami Mickey Mouse dam ikut contoh-contoh bingkai photobooth yang cikT jumpa kat internet semuanya hampir sama, cikT pun tiruvasi ajelah.


Lepas siapkan bingkainya, rasa seronok pulak nak buat props. Props ni pun cikT tahu masa cari sampel bingkainya. Bahan pun ada lebih dan kerajinan tu ada, jadi cikT buat satu-satu ikut kesesuaian. Tak tahu pun biasa orang buat props tu guna apa tapi sebab cikT tak ada printer warna, cikT buat manual je.

Bila dah siap, anak-anaklah yang seronok. Masing-masing berebut nak pegang. Walaupun hasilnya tak halus mana, bolehlah...kot eh?


Itu je cikT nak kongsikan kali ni. Hehe... Lain kali mungkin cikT boleh kongsikan cara buatnya pulak ya.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum & Salam Jumaat ibubapa hebat.

Pernah tak kita kenalpasti bahasa cinta (love language) anak kita? Bahasa cinta ni bukan hanya untuk pasangan saja sebenarnya. Ada lima jenis bahasa cinta:

1. Kata-kata Peneguhan (Words of Affirmation)
2. Layanan (Acts of Service)
3. Hadiah (Receiving Gifts)
4. Waktu Berkualiti (Quality Time)
5. Sentuhan (Physical Touch)

Haa, bahasa cinta anak cikT yang berempat tu tak semua sama. Kadang-kadang nampak lebih dari satu pun ada. Kita kenalah peka yang mana lagi dominan.

Bila kita dah tahu bahasa cinta anak, lebih mudah untuk kita berkomunikasi dengan mereka dengan lebih baik. Barulah dapat mendorong mereka untuk berkelakuan baik.

Kita kena terangkan dengan jelas tentang sesuatu perbuatan atau peraturan supaya mereka faham dan tahu akibat yang bakal mereka terima (positif atau negatif).

Melalui perbuatan kita, anak selalunya akan "copy" dan buat pada orang lain. Jadinya, sentiasalah tunjukkan contoh yang boleh diteladani.

Berdoalah agar anak itu dapat dibentuk sebagai anak yang bertaqwa dan selalulah bisik kat Allah moga perjalanan keibubapaan kita dipermudahkan.

Kena sentiasa tanam dalam hati yang setiap anak itu individu yang unik dan mereka inilah amanah yang bakal jadi penyelamat kita kelak.



InsyaAllah.

Selamat beramal.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Dengan gaya hidup yang lasak dan sentiasa berlari aktif, kanak-kanaktidak punya waktu untuk duduk diam menikmati makanan yang seimbang. Sebab itulah mereka perlukan pilihan makanan segera yang baik untuk mereka dengan pilihan kandungan rendah lemak dan rendak glisemik seumpama Shaklee Meal Shakes.
  • Memberikan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat
  • Sumber pemakanan serat dan protein terbaik
  • Kaya dengan sumber kalsium
CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Siri testimoni kali ni cikT nak kongsikan pengalaman seorang anak kepada penghidap kencing manis.

Asalnya jari kaki tu doktor nak potong. Anak beliau cepat-cepat beli Vivix dan bagi ibu beliau ambil setiap hari.

Alhamdulillah, dengan izin Allah Taala luka cepat kering sampai doktor pun terkejut sebab beliau adalah pesakit kencing manis kronik.

Sekarang dah masuk botol ke 4 Vivix. Syukur alhamdulillah.

Ini kiriman whatsapp daripada anak beliau:

"Assalamualaikum.

Nahhhh testimoni.

Alhamdulillah. Makin sembuh. Luka tu nak tutup sikit demi sikit. Doktor kata kena stabilkan kencing manis dulu.

Tak ada macam roller coaster dah bacaan gula tu hahaha."


Semoga bermanfaat untuk semua.

CikT
The Lovely Mamipreneur


Assalamualaikum.

Beliau mengalami simptom-simptom nephrotic syndrome iaitu air kencing berbuih. Kerana risau akan risiko buah pinggang rosak dan mungkin terpaksa menjalani dialisis seumur hidup, beliau ikhtiar dengan Vivix.

Setelah 3 minggu mengamalkan Vivix, sakit-sakit badan dan air kencing berbuih berkurangan. Dengan izinNya jua.

"Sakit badan dah kurang... Air kencing ada kurang sikit berbuih"


CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

KISAH PAKCIK DAN RACUN

Pakcik ni kakinya luka kemudian terkena racun pula semasa meracun sawah. Kesannya luka merebak, infection dan bernanah sehingga doktor terpaksa korek buang isi betis kakinya sedalam lebih kurang satu inci (rujuk gambar kedua)

Pakcik pulun minum Vivix mula dari 25/3/16.. 2 botol dalam masa lebih kurang dua minggu, dua sudu pagi, dua sudu malam. Syukur alhamdulillah, isi kakinya elok je naik dan penuh (rujuk gambar ketiga).

Doktor tak bekalkan sebarang ubat hanya dressing. Alhamdulillah beliau sangat berpuas hati dengan Vivix.




CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Bila sebut je bulan Rekab, mesti ingat peristiwa israk mikraj kan? CikT tahu dah banyak artikel cerita tentang peristiwa ni secara terperinci. Semalam masa cikT sekeluarga dalam perjalanan, kitorang main kuiz pasal israk mikraj ni. Tak sangka pula bila buat macam ni lagi mudah nak ingat. Jadi, cikT buat dalam bentuk Q & A lah ye.

Apakah peristwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab?
Peristiwa israk dan mikraj.

Bilakah tarikh berlakunya israk dan mikraj?
27 Rejab.

Apakah yang berlaku dalam israk dan mikraj?
Nabi Muhammad S.A.W diangkat ke langit.

Apa yang berlaku semasa israk?
Nabi Muhammad S.A.W bergerak dari Mekah ke Baitul Maqdis.

Sebutkan nama masjid di Mekah dan Baitul Maqdis?
Masjidil Haram, Mekah dan Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis (Palestin).

Apa pula yang berlaku semasa mikraj?
Nabi Muhammad S.A.W dibawa naik ke Sidratul Muntaha.

Apakah nama kenderaan yang membawa Nabi ke Sidratul Muntaha?
Buraq.

Siapakah yang pertama dijumpa oleh Nabi di Sidratul Muntaha?
Allah Subhanahu wa ta'ala.

Siapakah nabi lain yang Nabi Muhammad S.A.W jumpa?
Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa.

Apakah kejadian penting yang berlaku?
Pensyariatan ibadah solat. Asalnya 50 kali sehari akhirnya menjadi 5 kali sehari.

Selain itu, apa lagi yang berlaku?
Nabi diperlihatkan apa yang terjadi kepada mereka yang berada di syurga dan neraka.

Itu sahajalah antara perkara penting yang dapat cikT highlight. Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada kita bersama.

CikT
The Lovely Mamipreneur


Assalamualaikum.

Korang tahu tak, asid lemak omega-3 mempunyai ciri-ciri anti-radang yang membantu hormon eicosanoids berfungsi dengan baik dan berkesan.



Pengambilan omega-3 didapati dapat mengurangkan keradangan seperti risiko penyakit jantung, artritis reumatoid, tekanan darah tinggi, alergi, demam, sakit kepala, migrain dan gangguan psikiatri.

Macam vitamin C, tubuh kita juga tak boleh nak hasilkan omega-3 ni sendiri. Maknanya, ia kena melalui sumber makanan.

Nak dapatkan omega-3 yang tulen dan berkualiti tinggi, ambillah Omega Guard. Kat sini cikT sertakan juga perbandingan antara minyak ikan Shaklee dengan jenama lain.



Boleh dapatkan dan terus cari cikT kat http://www.wasap.my/60133889522

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Biasa tak pergi kat mana-mana pasaraya atau kedai mainan, anak-anak minta dibelikan permainan Play-Doh? Sebekas untuk satu jenis warna saja buat kita berkira-kira kan? Dah beli mahal-mahal, sampai rumah habis semua warna jadi satu akhirnya. Daripada rasa diri kita ni kedekut, apa kata buat sendiri di rumah dengan kos yang jauh lebih rendah? Jom kita belajar cara buat playdoh sendiri.

"Homemade Playdoh"

Bahan-bahan:

1 cawan air
1 sudu besar minyak sayuran/minyak jagung
1/2 cawan garam
1 sudu besar cream of tartar (boleh didapati di Giant/Tesco bahagian bahan bakery)
Pewarna makanan
Saucepan-kuali/ periuk sewaktu dgn nya
1 cawan tepung

Cara-cara:

1.Campurkan air, minyak,garam, cream tartar dan 1 pewarna makanan ke dalam periuk dan kacau di atas api kecil 3-4 minit.

2.Tutup api dan angkat periuk ke atas meja dan tambahkan tepung ke dalam adunan di dlm tadi periuk dan kacau.

3. Kacau dan uli seperti membuat adunan roti. Siap. Cream tartar boleh menjadikan adunan playdoh kekal tahan sehingga 6 bulan. Simpan di dalam bekas tertutup atau plastic ziplock.


Antara kelebihan bermain playdoh:

1. Meningkatkan kemahiran motor halus.
2. Menenangkan dan sebagai terapi.
3. Menggalakkan kreativiti dan imaginasi.
4. Membina koordinasi mata dan tangan.
5. Kemahiran sosial (biasanya ia dimain bersama rakan).
6. Mengajar kanak-kanak mengenali warna, mengira dan mengeja.
7. Menggalakkan kanak-kanak bermain.

Playdoh buatan sendiri lebih jimat, selamat untuk dimain dan warna juga boleh dipelbagaikan mengikut citarasa sendiri. Anak-anak juga pasti bangga jika anda membuatnya sendiri untuk mereka.

Selamat mencuba.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Anak-anak suka makan nugget ayam tak? Rasanya bukan setakat anak-anak je, mak ayah zaman sekarang pun ramai je yang suka, kan? Biasanya nugget ayam ni mudah didapati di restoran makanan segera. Ada juga yang dijual dalam bentuk sejuk beku bagi penyediaan di rumah.

Menyedari nugget ayam yang dijual tu kurang berkhasiat dan risaukan lemak trans yang terkandung di dalamnya, cikT pun cubalah buat sendiri. Nugget ayam ni kalau cikT buat kejap je licin. Versi cikT ni mudah sikit, tak perlulan pengisar dan cikT tambahkan sayur-sayuran sikit. Jom kita tengok resepinya.

Nugget Ayam Sayuran Homemade



Bahan-bahan:

Isi ayam dicincang
Sebatang lobak merah diparut
Sebatang seleri diparut
Setengah ikat bayam dicincang atau brocoli
Lada sulah
Garam secukup rasa
(Kuantiti bergantung kepada keperluan masing-masing)

Untuk salutan:
Sebiji telur dipukul
Serbuk roti (cikT guna lebihan roti sourdough yang dipanggang sendiri)

Cara-cara:

1. Campurkan semua isi ayam, parutan lobak, seleri dan bayam. Masukkan lada sulah dan garam sekali.



2. Bentukkan ikut citarasa yang diingini. Guna acuan biskut pun boleh. CikT buat bentuk jejari. Kalau anak tak ada alahan pada produk tenusu, boleh masukkan potongan kecil keju dalam kepulan tu.



3. Golekkan kepulan ayam ke dalam telur, kemudian salutkan dengan serbuk roti.



4. Panaskan minyak dan goreng hingga masak. Pastikan api sederhana supaya nugget masak hingga ke dalam.



5. Siap untuk dihidang bersama sos kegemaran keluarga. Anak-anak cikT makan tak cicah sos pun.

Lepas ni dah tak payah beli yang ada kat pasaran dah kan. Buat dengan air tangan sendiri insyaAllah lebih yakin juga.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Rambut gugur. Itulah yang kita hadapi setiap hari kerana kira-kira 70 ke 100 helai rambut akan gugur dan akan digantikan dengan rambut baru yang tumbuh. Lebih panas iklim yang kita diami, lebih suburlah pertumbuhannya.

Akan tetapi, keguguran rambut tanpa pertumbuhan yang baru bagi menggantikan yang gugur mendatangkan masalah dan kemungkinan besar boleh menyebabkan botak. Masalah keguguran rambut ini biasanya dihadapi oleh mereka yang lanjut usia, wanita selepas melahirkan dan mereka yang menghidapi penyakit tertentu.

Begitu juga dengan uban. Kalau dulu rambut beruban biasanya untuk orang-orang berumur sahaja kan. Sekarang ni, muda-mudi pun dah ramai yang rambutnya beruban.

Kini masalah rambut gugur dan beruban bukan sahaja dihadapi oleh golongan di atas, dah ramai yang masih berusia muda yang mengalaminya termasuklah budak sekolah rendah. CikT darjah enam dulu ada seorang kawan yang dah beruban tau.

Kekurangan nutrisi, diet yang tidak seimbang, gaya hidup, merokok, pengambilan ubat-ubatan dan stres adalah antara punca terjadinya keguguran rambut.

Bagaimana Vivix membantu mengatasi masalah keguguran rambut?

Vivix seperti yang sudah kita ketahui adalah suplemen yang 10 kali lebih berkuasa dari resveratrol dan mengandungi antioksidan yang tinggi yang bertindak terus ke dalam sel tubuh kita. Sel yang rosak dan tak sihat akan digantikan dengan sel baru yang sihat. Apabila sel-sel yang elok sahaja yang tinggal, maka, secara otomatik rambut, kulit dan tubuh kita menjadi kembali ke usia 25 tahun.

Jom ikuti pengalaman yang diceritakan oleh isteri pengguna Vivix dan hasil yang suami beliau dapat setelah mengamalkannya.


"Husband makan Vivix kurang dah rambut gugur dia. Satu lagi yang memeranjatkan, uban dia bertukar hitam. Nampak perubahan dia. Dari akar tu naik ke hujung ada perubahan warna. Asalnya semua putih, lepas tu start dari akar jadi hitam pula.

Dia siap tunjuk lagi, haha. Sebab dia perasan uban tu dah lama, tiba-tiba dia cabut tengok dah berubah sikit jadi hitam.

Haha. Banyak sangat perubahan pada dia, dah makin konsisten berbanding isteri dia ni makan Vivix."


CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Fakta diabetes di Malaysia:

3.6 juta rakyat Malaysia berisiko menjadi penghidap diabetes!
Setiap 1 daripada 5 orang dewasa adalah penghidap diabetes!
Diabetes meningkat sebanyak 40% dalam jangkamasa 10 tahun!
Diabetes membunuh seorang setiap 8 saat!

Menakutkan bukan?

Seperti yang kita sedia maklum, diabetes berlaku bila sel badan tak dapat bertindak balas dengan hormon insulin. Maksudnya, gula yang berlebihan tak ditukarkan kepada tenaga.

Ia berpunca daripada sindrom metabolik atau diet yang tidak seimbang, obesiti, kehamilan, jangkitan atau penyakit yang serius, tekanan dan juga pengambilan steroid yang tidak terkawal.

Resveratrol dan Diabetes

Berdasarkan kajian, resveratrol meningkatkan sensitiviti insulin, mengurangkan tekanan oksidatif, dan mengaktifkan laluan yang memberikan isyarat ke atas tubuh manusia. Dalam erti kata lain, resveratrol dalam tekanan oksidatif menyebabkan insulin membawa isyarat yang lebih cekap.




Vivix mempunyai 10 kali lebih berkuasa dari resveratrol dan merupakan suplemen paling ideal bagi mendapatkan khasiat resveratrol harian yang bersamaan dengan 100 gelas wain merah setiap hari.

Cara Vivix bertindak:

1. Memperlahankan dan mengurangkan sindrom resistansi sel terhadap insulin.

2. Mengawal kepekatan gula dalam darah.

3. Mengelakkan kerosakkan mata dan menggalakkan penyembuhan luka lebih cepat.

4. Mencegah pembentukan protein AGE


Testimoni Vivix

"Diabetes Sembuh 100% Setelah Vivix 7 Bulan"

En. R. Jitendra merupakan penghidap diabetes sejak 14 tahun yang lalu. Kadar gula dalam darah ialah 15.5, tetapi kini setelah mengambil Vivix Shaklee selama 7 bulan secara konsisten, kadar gula dalam darah telah menurun kepada 4.8 dan beliau telah bebas dari Diabetes. Kata beliau, "Kini saya dapat menikmati kehidupan saya dengan penuh gembira dan hebat, terima kasih Vivix".

Andalah orang yang seterusnya bebas dari Diabetes... Dapatkan Vivix sekarang...hanya tindakan bijak anda sekarang dapat merubah kesihatan anda.



Bagi mendapatkan Vivix, kaloan boleh dapatkan dengan harga RM475 sebotol daripada cikT dengan menghubungi 013-388 9522 melalui sms atau whatsapp.
CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Saya Zamzakidah Binti Abdul Hamid ingin berkongsi 1 pengalaman yang tak pernah terjangka oleh fikiran saya pada suatu ketika dulu dan sebagai seorang wanita, sesiapa pun tidak inginkan apa yang pernah saya alami.

Pada Julai 2014, ya pada tahun 2014, sudah hampir 3 tahun perkara ini berlalu. Tapi tak pernah saya lupakan dalan lipatan sejarah kehidupan saya apabila saya telah menerima ujian hebat dengan mengalami simptom-simptom pengidap BARAH PAYUDARA. Allahuakhbar, betapa dunia saya terasa gelap seketika waktu itu.

Bermula dengan lelehan cecair yang berwarna merah kehitaman yang keluar dari ‘nipple’ payudara sebelah kanan adalah permulaan saya menyedari masalah yang saya hadapi. Bukan cecair biasa, tapi berdasarkan dari warna dan bau cecair tersebut confirm DARAH. Pada yang tak boleh bayangkan macam mana rupanya,saya lampirkan sekali untuk anda.Tanpa rasa sakit atau ada bonjolan disekitar payudara, tetiba boleh jadi macam ni. Boleh bayangkan tak perasaan saya masa tu. Memang sangat panik.

Keesokkan hari, saya terus mendapatkan pemeriksaan di  hospital yang berhampiran untuk mengenalpasti masalah yang saya hadapi walaupun ada perasaan takut jugak sebenarnya. Hasil daripada pemeriksan dan imbasan ULTRASOUND & MAMMOGRAFI yang dijalankan oleh doktor pakar, terdapat 2 ketul ketumbuhan dikesan berada di ‘LOWER & UPPER OUTER QUADRANT' di sebelah kanan payudara saya. Doktor terus menetapkan 1 lagi tarikh untuk saya menjalankan ujian BIOPSI  untuk mengambil sampel sebahagian tisu untuk mengenalpasti jenis ketulan tersebut. Dan hasil ujian  itu, ketulan ketumbuhan pada payudara saya adalah SEL BUKAN DARI KUMPULAN KANSER. Alhamdulillah, tetapi doktor tetap mencadangkan kepada saya untuk menjalankan pembedahan untuk membuang 2 ketul ketumbuhan itu supaya ianya tidak menjadi potensi untuk terjadinya kanser payudara.

Atas pandangan dan nasihat sahabat merangkap upline saya, VIVIX adalah satu-satunya alternatif dan usaha saya untuk mengurangkan risiko menghadapi sebarang kemungkinan sebelum hari pembedahan. Dan setelah hampir 3 minggu konsisten mengamalkan Vivix, hari yang mendebarkan telah tiba. 21 Ogos 2014, sebelum ke dewan bedah saya di bawa sekali lagi untuk membuat pemeriksaan imbasan Ultrasound.

Allahuakhbar !!! Ketumbuhan yang 2 ketul tu dah tinggal 1..puas doktor mencari mana hilangnya yang seketul lagi. Confirm tak ada!!! Dan yang tinggal 1 sahaja itu pun saiz nya dah kecil dari saiz asal haritu. (tak tau nak react macam mana..tapi nangis jugak la, sebab Allah permudahkan semuanya untuk saya). Jadi, pembedahan tetap di jalankan juga untuk membuang 1 sahaja ketumbuhan yang masih tinggal. Nasib baik la kan, kalau tak mesti kena tebuk 2 tempat. Alhamdulillah, saya selamat menjalani pembedahan yang tak sampai 1 jam pun operasinya .

DOKTOR SAHKAN KETUMBUHAN DI PAYUDARA HILANG SETELAH 3 MINGGU AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE

Inilah Shaklee Story saya untuk tatapan semua. Untuk yang masih ragu-ragu dengan Vivix Si Tonik Ajaib, ini adalah kisah benar saya bersama Vivix. Bagaimana Vivik membantu saya menghadapi saat-saat kemurungan saya untuk seketika. Dan Vivix juga lah yang membuat saya kembali tersenyum gembira. Untuk membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh, Vivix adalah pilihan yang terbaik.

Terima Kasih Vivix Terima Kasih Shaklee.



Kredit: Supermom Shaklee Stories

CikT
The Lovely Mamipreneur


Assalamualaikum.

Kalau kawan-kawan datang ke Kota Kinabalu, apa kata berkunjung ke Sabandar Leisure Rides ni.


Tempat ni dah jadi salah satu lagi tarikan di Sabah yang patut anda kunjungi. Apa yang best mengenai tempat ini ialah kawasannya yang cantik ala cowboy town dan kawan-kawan boleh menunggang kuda dengan bayaran RM15 seorang.

 

Kalau nak menunggang kuda dari jam 8 hingga 11 pagi, dan 2 hingga 6 petang setiap hari. Cuti sekolah hujung tahun lepas tempat ni memang padat. Kitorang yang datang awal pun terpaksa beratur panjang. Matahari tengah naik pulak tu, dia punya panas fuh...


Akhirnya lepas menunggu lama dan queue kami dipotong beberapa kali tanpa sedar bawah terik mentari ni, dapat jugak merasa menunggang kuda sambil pakai topi khas rider. Setiap tunggangan memerlukan seorang pembantu yang berpengalaman untuk mengendalikan kuda-kuda ni. Ye lah, kuda-kuda ni walaupun terlatih, kadang-kadang boleh bertindak di luar kawalan jugak. Pembantu akan pastikan tiada serangga seperti lalat atau nyamuk yang menghinggapi kuda-kuda ini kerana ia akan mengganggu konsentrasi mereka.



Lepas penat berpanas dan menunggang, restoran ada disediakan untuk menghilangkan lapar dan dahaga. Parjalanan ke restoran ini sangat menarik kerana ia buat kita seperti berjalan di dalam hutan paya dengan diberi kemudahan jambatan. Disebabkan masa kitorang dah selesai tu belum pukul 10 pagi, restoran pun belum dibuka lagi. Terpaksalah teguk air mineral yang dibawa dari rumah.


Nak ke Sabandar Leisure Rides ni guna Google Maps insyaAllah tak sesat. Papan tanda pun jelas. Dari bulatan yang ada statue kuda, terus masuk ke Sabandar. Lepas tu akan lalu kat Sabah Turf Club, dan anda dah tak jauh dari lokasi.

Sekian, laporan tertangguh percutian cikT sekeluarga di Sabah tahun lepas.

CikT
The Lovely Mamipreneur
"Keperibadian anak dibentuk sejak hari pertama ibu bapa bernikah"



Buku Prophetic Parenting tulisan Dr. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid ni antara buku kegemaran cikT. Buku ni cikT beli tahun 2014.

Banyak panduan buat bakal ibu bapa seusai bernikah, semasa kehamilan, lepas kelahiran, cara mendidik mengikut peringkat usia anak, contoh Nabi mendidik, dan doa sebagai amalan.

Kawan-kawan yang masih mencari buku keibubapaan sebagai rujukan mungkin boleh pertimbangkan buku ini. Sesuai jadi hadiah buat si pengantin baru jugak.

Membaca sambil bersantai di hujung minggu.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Anak pertama dulu agak bergelut dengan breastfeeding ni. Mana tak nya. Masa mengandung ingatkan menyusu ni alami sampai tak terlintas pun yang akan ada kesusahan nak hasilkan susu.

Ku pikirkan susu akan naturally keluar mencurah-curah. Maka, pam susu yang dibeli pun yang murah-murah je. Tak sampai RM20 pun. Hahaha...terlebih positif kan.


Tanpa dirancang juga, cikT terpaksa bersalin cara cesarean. Sudahnya, masa berpantang jadi sangat depresif, tapi cikT tetap pam dan simpan stok. Stok ciput aje.. Itu pun buat tanpa ilmu.

Bila dah mula bekerja, baru ku tahu betapa siksanya mengepam di ofis. Bukan sebab bos tak kasi atau beban kerja melampau, tapi sebab orang sekeliling yang suka bertanya berapa banyak terhasil, berapa botol dapat, berapa itu, berapa ini, dan semuanya soalan yang lebih kurang sama.

CikT buat-buat tak tahu je. Sambil tu kalut juga cari tips kat internet. Masa tu lah mula belajar berforum di susuibu.com, baca blog penyusuan, cari milk booster, mula invest kat pam, haih...apa lagi yang tak dibuat. Lepas 6 bulan kecundang juga sampai terpaksa campur dengan susu formula.

Bila masuk anak kedua, ketiga dan keempat alhamdulillah dah tahu nak buat persediaan. Masa berpantang dah dapat kumpul stok.



Sepanjang perjalanan especially yang pertama, memang sibuk cari milk booster. Asal keluar petua baru, kita pun sibuk nak telan. Tapi tak ada satu pun berkesan.

Sampailah cikT jumpa set penyusuan/berpantang Shaklee (masa anak kedua). Susu banyak? Tak adalah... Susu tetap sama macam sebelum tu tapi agak pekat, agaknya sebab ambil ESP.



Yang cikT rasa badan jadi bertenaga. Nak bangun tengah malam pun tak jadi hal, siang hari pun tak lemau. Rupanya ambil suplemen ni tenaga dan semangat dia lain macam. Bila badan tak lembik, kita jadi senang hati dan tak stres, barulah susu dihasilkan dengan lancar.

Tak salah pun set tu dinamakan set penyusuan bila banyak feedback yang kita terima susu jadi tambah banyak.

Tapi, bila kawan-kawan tanya apa milk booster cikT ambil untuk jayakan penyusuan, cikT tekankan supply-demand dulu, bukannya suplemen. Walaupun sendiri jual suplemen. Tak naklah orang salahkan suplemen bila susu tak deras macam pili bomba.


Okey lah, saja nak kongsikan pengalamann penyusuan cikT yang sikit tu dengan nak betulkan salah faham pengambilan set penyusuan Shaklee. Janganlah fikir semua orang jual Shaklee untuk kepentingan diri semata.

Kalau kalian nakkan Set Berpantang atau Set Menyusu ni, silakan sms atau ehatsapp cikT 013-388 9522 ya.

CikT
The Lovely Mamipreneur


Assalamualaikum.

Perasan tak minggu ni minggu bulan penuh? Anak-anak cikT tiga orang akhirnya tumbang. Biasanya bila anak-anak demam, cikT akan kejarkan Nutriferon, tambahkan dos Vitamin C, Omega guard, madu, VCO dan pastikan minum banyak air. Selain buat sponging, cikT juga sapukan essential oils supaya cepat kebah.

Dah demam-demam ni, nak bagi makan roti ke biskut pun jadi takut. Takut lagi lembik. Jadi, cikT pun rajinkan diri buat kek pisang tanpa menggunakan tepung gandum. Kenapa tanpa tepung gandum? Sebab tepung gandum ni ada gluten yang boleh buat badan tambah sakit. Jangan tak tahu ramai yang tak serasi dengan gluten ni.

Okey lah, nak tahu bahan-bahan yang cikT guna untuk kek pisang ni? Jom kita cekidaut.

"Kek Pisang Tanpa Gluten"



Bahan-bahan

Bahan A:

100 gram atau 1 cawan tepung beras
1 sudu teh baking powder

Bahan B:

2 biji telur
200 gram atau 3-4 biji pisang yang telah masak
50 gram gula* (gula melaka, gula nipah, selain gula putih) - cikT guna organic raw cane sugar
Secubit garam
50 ml minyak (minyak kelapa, minyak masak)
*selain gula, boleh gantikan dengan madu, kismis atau buah kurma yang direndam

Cara-cara

1. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan minyak dan gaulkan.
2. Masukkan pisang yang telah dilenyek.
3. Masukkan garam.
4. Campurkan bahan A yang telah ditapis. Gaul rata dengan menggunakan spatula.
5. Panaskan oven pada 170° dan bakar selama 25-35 minit bergantung kepada oven masing-masing.
6. Sedia untuk dihidang begitu sahaja atau bersama topping seperti parutan keju, ganache coklat ataupun taburan chocolate rice. CikT ada lebihan ganache coklat, jadi guna yang ada je.


Tekstur kek ni ada macam kek kukus sikit. Mungkin sebab penggunaan tepung beras dan basah-basah tu datang dari pisang. Rasanya insyaAllah tetap sedap lebih-lebih lagi makan masa panas-panas. Kek tanpa bahan pengawet ni tahan 2 hari je tanpa masuk peti ais. CikT simpan seketul dua buat eksperimen.

Selamat mencuba dan doakan semoga anak-anak cikT cepat sembuh.

CikT
The Lovely Mamipreneur




Assalamualaikum.

Biasa dengar Bell's Palsy tak? Bell's Palsy adalah sejenis lumpuh muka yang mengakibatkan ketidakupayaan untuk mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.

Gejala boleh berbeza-beza daripada ringan kepada teruk. Otot bergerak lemah, atau hilang keupayaan untuk bergerak samada satu atau kedua-dua (jarang berlaku) belah muka. Gejala lain termasuklah labuhnya kelopak mata, perubahan dalam rasa, sakit di sekitar telinga, dan peningkatan kepekaan terhadap bunyi. Biasanya gejala datang pada lebih 48 jam.

Jom ikuti pengalaman wanita yang diserang Bell's Palsy secara tiba-tiba dan bagaimana beliau pulih setelah ikhtiar dengan Vivix.


2 Oktober 2015

Saya bangun sebelah muka dah jatuh. Tak boleh senyum. Mata tak boleh tutup. Air mata mengalir macam menangis. Sakit. Rasa tegang je.

Doktor sahkan saya diserang Bell's Palsy. Bukan Stroke. Tapi kelemahan sebelah otot muka. Saya di steroid. Punca Unknown. Tapi may be sebab saya menyusukan, dan baru lepas bersalin. Saya tidak mengambil sebarang steroid lagi selepas itu.

Consume SPECIAL DOSE VIVIX. Dan consume OmegaGuatd, BComplex & Vitamin E dengan EXTREME. Saya juga menjalani fisioterapi.

Alhamdulillah selepas 90 hari, saya diberi kesempatan SENYUM kembali.

Share lah. Saya izinkan. Kalau ada ahli keluarga / sahabat handai yang mengalami, berikan support. Ia bukan mudah selerti yang dijangka. Saya dan sahabat Bell's Palsy sahaja yang tahu apa yang kami rasa. - Puan Faiza


CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.



Rasa macam familiar kan?

Inilah Master Law Chu Hian. Beliau ni dulu pembaca berita NTV7 dan pernah menderita kanser paru-paru selama 10 tahun. Beliau mula mengenali Shaklee lepas setahun jalani kemoterapi. Beliau mengalami kesan teruk rawatan bila muntah setiap kali lepas isi perut.


Inilah rupa beliau sewaktu sakit suatu ketika dahulu.

Kandungan resveratrol dalam Vivix yang menyekat dan mematikan sel-sel kanser telah memulihkan beliau 100% dari kanser! MasyaAllah.



Anggur Muscadine, lobak ungu, elderberry Eropah dan polyganum cuspidatun yang terkandung dalam Vivix membantu melawan penyakit kanser dari dalam sel.

Sekarang, Master Law dah menShakleekan dirinya dengan isi rumahnya sekali. Tiada sudah derita yang dulu tu. Muka pun makin kacak. Vivix kan terkenal dengan melambatkan proses penuaan.

Jom baca pengalaman Master Law ini sendiri.

"My love story with Shaklee began with 10 tablets of Alfalfa, and I am exteremely grateful to Master Andrew Pang, my Upline, who introduced me to the wonderful world of Shaklee products, as well as giving me the opportunity to develop my inner potentials and to help those who wish to succeed in life.

I met shaklee one year after my chemotherapy. Yes, I am a cancer survivor. In early December 2003, I was diagnosed with lung tumor, and to be exact, Germ-cell Tumor. The news came as terrible blow to all aspects in my life because I never expected I would ever be diagnosed as a cancer patient. The most challenging part of being a cancer patient is the treatment itself. I went through a three-month chemotherapy regime. Trust me, it was hell! My worst nightmare was vomiting itself. Whatever went to my stomach, would be vomited in no time, and the trauma always ended with vomiting blood.

Since then, I became a pure vegan, which means in my diet, there are no meat, no eggs, no milk, no garlic (except Shaklee Garlic Complex) , and no onions. Before I met Shaklee, I was really thin and haggard, and everyone advised me against being vegan, but from my reading and my personal experience with patients, I realize that being a vegan is best for my health condition was not very satisfactory.

Everything changed after Shaklee came into my life in July this year. The best proof was my recent medical check-up results. After taking Shaklee for about four months, I went for my every-six-month-once medical check-up. I was ‘overenjoyed” to find out that “report card” is PERFECT! People always like to ask me, “What Shaklee products do you take”? And my answer is always, “Everything!” In Fact, its really EVERYTHING, because it is from supplements to skincare and hair care, and to all household products, I Shaklee-ize my life.

However, when I first started taking Shaklee, I experienced healing crisis – I coughed till my lungs exploded! With my trust and confidence in Shaklee products and my own immune system, I continued. And now, I begin to enjoy time, health and financial freedom.

Again, I am exteremely grateful to Dr. Shaklee for giving the world the best, and for allowing me to really enjoy freedom in life. Thank you, I love you, Dr Shaklee! And I love my parents for all the wonderful things they give me all my life.” – Master Law Chu Hian

**********************************

"Kisah cinta saya dengan Shaklee bermula dengan 10 tablet Alfalfa, dan saya sangat berterima kasih kepada Master Andrew Pang, upline saya, yang memperkenalkan saya kepada dunia indah produk Shaklee, dan juga memberi saya peluang untuk meningkatkan potensi dalaman saya dan untuk membantu mereka yang ingin berjaya dalam kehidupan.

Saya bertemu dengan Shaklee selepas satu tahun kemoterapi saya. Ya, saya seorang yang penghidap kanser yang masih hidup. Pada awal Disember 2003, saya telah didiagnosis dengan tumor paru-paru, dan untuk lebih tepat, Germa-sel Tumor. Berita itu datang sebagai tamparan yang dahsyat kepada semua aspek dalam hidup saya kerana saya tidak pernah jangka yang saya akan didiagnosis sebagai pesakit kanser. Bahagian yang paling mencabar untuk menjadi seorang pesakit kanser adalah rawatan itu sendiri. Saya telah melalui rejim kemoterapi selama tiga bulan. Percayalah, ia adalah neraka! Mimpi ngeri yang paling teruk ialah muntah itu sendiri. Apa sahaja pergi ke perut saya, saya akan muntah dalam masa yang singkat, dan trauma itu berakhir dengan muntah darah.

Sejak itu, saya menjadi vegetarian tulen, yang bermaksud dalam diet saya, tiada daging, tiada telur, tiada susu, tiada bawang putih (kecuali Garlic Complex Shaklee), dan tidak ada bawang. Sebelum saya bertemu dengan Shaklee, saya benar-benar tidak bertenaga dan lesu, dan semua orang menasihati saya supaya tidak menjadi vegetarian, tetapi dari pembacaan saya dan pengalaman peribadi saya dengan pesakit, saya menyedari bahawa menjadi vegetarian adalah terbaik untuk kesihatan saya tidak begitu memuaskan.

Segala-galanya berubah selepas Shaklee datang ke dalam hidup saya pada Julai tahun ini. Bukti terbaik adalah keputusan pemeriksaan perubatan baru-baru ini saya. Selepas mengambil Shaklee selama kira-kira empat bulan, saya pergi untuk   temujajnji setiap enam bulan sekali untuk pemeriksaan perubatan. Saya sangat gembira apabila mengetahui bahawa “kad laporan” saya SEMPURNA! Orang sentiasa bertanya kepada saya, “Apakah produk Shaklee yang anda ambil?” Dan jawapan saya sentiasa,” Semua! ” Memang betul, SEGALANYA, kerana ia adalah daripada makanan tambahan untuk penjagaan kulit dan penjagaan rambut, dan semua produk isi rumah, saya Shaklee-kan hidup saya.

Walau bagaimanapun, apabila saya pertama kali mula mengambil Shaklee, saya mengalami krisis penyembuhan – Saya mengalami batuk sehingga paru-paru saya meletup! Dengan kepercayaan dan keyakinan dalam produk Shaklee dan sistem imun saya sendiri saya, saya teruskan juga. Dan sekarang, saya mula menikmati masa, kesihatan dan kebebasan kewangan.

Sekali lagi, saya berterima kasih kepada Dr Shaklee untuk memberikan dunia yang terbaik, dan kerana membenarkan saya untuk benar-benar menikmati kebebasan dalam kehidupan. Terima kasih, saya sukakan anda, Dr Shaklee! Dan saya cintakan ibu bapa saya untuk semua perkara yang indah mereka memberi saya sepanjang hidup saya." - Master Law Chu Hian



Sebenarnya bukan setakat melawan kanser dan anti-penuaan, Vivix juga dapat turunkan tekanan darah, menurunkan paras gula dalam darah (diabetes), mengukuhkan sistem imun, mengurangkan risiko penyakit jantung dan banyak lagi.

Bagi mendapatkan sebotol Vivix yang berharga RM475 ini, bolehlah sms atau whatsapp cikT di talian 013-388 9522 atau untuk pembelian dengan menggunakan kad debit atau kredit, sila buat pembelian anda di sini.

Tiada yang lebih berharga dari sebuah kesihatan.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Nama saya Norshahida Mamat dan berusia 23 tahun. Saya berasal daripada Terengganu dan masih lagi bergelar pelajar di sebuah kolej swasta.

Sebelum ini, saya menghadapi masalah resdung dan jerawat yang amat dahsyat sehingga mengganggu banyak tumpuan saya  terhadap rutin harian. Setiap pagi, saya pasti akan mengalami masalah bersin yang teruk sehinggakan nak kelas pun saya rasa tak selesa.

Belum lagi bab jerawat yang penuh di wajah sehinggakan saya rasa malu dan seolah rasa rendah diri. Lagi-lagi bila time datang bulan.. bertambah meriah jerawat di wajah saya ni! Masalah resdung ini bukan sahaja membuat bahagian hidung dan seluruh wajah saya menjadi gatal-gatal, malahan ada masanya sehingga tahap saya sakit kepala. Keadaan ini amat mengganggu situasi saya sebagai seorang pelajar kolej.

Pada ketika itu, rawatan yang saya mampu dan tahu hanyalah bergantung dengan ubat-ubatan yang dapatkan daripada farmasi. Memang berkesan namun hanyalah sementara. Namun, jika saya stop aje makan ubat terus simptom-simptom tadi datang balik.
Akhirnya, mimpi ngeri saya mula tiba ke penghujungnya apabila saya bertemu dengan produk Shaklee di facebook.

Setelah menceritakan masalah yang saya hadapi serta sesi konsultasi; saya disyorkan untuk mengambil Vivix sebagai permulaan dengan sukatan satu pada waktu pagi dan satu sudu pada waktu malam. Selain itu, saya turut mengambil produk Shaklee yang lain iaitu Collagen Powder, Alfalfa Complex, Vitamin C, Omega Guard dan ESP; dan masih mengamalkannya sampai hari ini.

Kesannya pada peringkat awal tidaklah seperti yang semua orang yang mengalami masalah seperti saya harapkan. Saya mengalami krisis pemulihan selama hampir 2 bulan lamanya. Saya kerap mengantuk dan keletihan, semakin kerap bersin dan paling saya tak suka, makin banyak pula jerawat yang keluar. Namun, sebab saya dah aware mengenai hal ini semasa sessi konsultasi, maka saya teruskan pengambilan suplemen Shaklee secara konsisten.

Alhamdulillah, berkat istiqomah dan sabar mengamalkan suplemen Shaklee seperti yang diajar, dalam masa lebih kurang 9 bulan, masalah resdung saya lama-kelamaan kian berkurangan dan beransur pulih. Tiada lagi masalah bersin di waktu pagi dan paling best, jerawat di muka kian berkurangan! Malahan, kalau ada pun cepat kecut.

Saranan saya untuk anda semua di luar sana, cubalah produk Shaklee kerana suplemen Shaklee adalah semulajadi, tidak mengandungi bahan kimia merbahaya dan setiap satu produk telah menjalani ujian klinikal. Saya juga syorkan anda buat juga research tentang produk Shaklee yang sesuai dengan anda di samping mendapatkan konsultasi daripada SID yang boleh guide anda sehingga mendapat hasil yang diinginkan.

Juga, jangan lupa untuk sabar dan konsisten amalkan produk Shaklee ini. Sememangnya saya sangat berpuas hati dengan produk Shaklee dan konsultasi yang diberiksn kepada saya. Inilah Shaklee Effect saya!


Norshahida Mamat
Kredit: Supermom Shaklee Story

CikT
The Lovely Mamipreneur
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.

Inilah senjata utama dalam kelancaran rezeki. Tanpa redha dan doa dari ibubapa, maka bidang apa pun yang kau terjun takkan rasa nikmat dan barakahnya. At least lima kali sehari.

Selagi mana kita sempat, berbaktilah pada mereka. Ibubapa tak pernah minta bayar pun atas doa-doa mereka yang tak pernah terhijab tu.

Bagi yang dah tak ada, jangan pernah lupa doakan mereka. Kalianlah saham mereka.

Luangkan 5 minit setiap hari untuk sedekahkan Al-Fatihah buat mereka tak kira masih hidup atau sudah tiada.

Sebelum mula hari pertama minggu baru esok cerita pasal rezeki, moga rezeki kita semua diluaskan. Dah berdoa untuk ibubapa kalian?



Selamat menghabiskan hujung minggu!

CikT
The Lovely Mamipreneur
Masa belajar dulu suka ikut-ikut kawan tukar-tukar pencuci muka. Padahal muka tak ada apa sangat pun. Jerawat seketul dua tu biasalah kan. Yang paling cikT insof lepas ikut kawan buat facial. Sekali yang tukang buat rawatan tu korek jerawat, entah berapa bulan menderita. Parut tu memang meninggalkan parut di hati.

Puncanya tak reti bersyukur muka dah elok tapi nak jugak berfacial. Alah, setakat minyak sikit-sikit tapi rasa macam dah boleh goreng ikan. Sudahnya tinggallah muka berlubang dengan parut jerawat dan dah mula berjeragat.

Tapi, sejak amalkan Shaklee, parut jerawat dah memang hilang, jeragat pun makin pudar. Kulit muka rasa beza sangat dari yang dulu. Lebih-lebih lagi dah umur 30-an ni.

Collagen Powder: memelihara kelembapan, ketegangan dan keanjalan kulit.

Vitamin C: membentuk kolagen dan melindungi dari radikal bebas yang menyebabkan penuaan kulit.

ESP: merangsang regenerasi kulitJ dan otot, mengurangkan kedutan, dan mempercepatkan pemulihan luka serta memudarkan parut.



Siapa geng 30-an dengan cikT, meh sama-sama jaga kecantikan kulit kita. Belum terlambat lagi tau. Silalah hubungi cikT melalui sms atau whatsapp di talian 013-388 9522.
Kawan-kawan cikT ada yang suka tengok filem tamil tak? Dulu cikT layan hindustan je, tapi hujung-hujung nak habis belajar tersuka pulak tengok cerita tamil. CikT jarang layan drama sebab sampai rumah pun dah malam. Biasanya lepas selesai urusan rumah, duduklah kejap depan tv. Buka channel Astro 202 cerita pun baru main.



Eh, filem tamil banyak yang ada mesej tau. Salah satu filem yang meninggalkan kesan positif ialah filem "36 Vayadhinile".

Cerita ni berkisar tentang Vasanthi (lakonan Jyothika) yang berumur 36 tahun, mempunyai suami, seorang anak dan bekerja sebagai kerani. Disebabkan umurnya, beliau tidak dapat mengikut suaminya yang berpindah ke Ireland kerana tak dapat pekerjaan di sana.

Ada peristiwa beliau nak berbual dengan Presiden India, tapi beliau tiba-tiba pengsan dan peristiwa tu dirakam dan tersebar sebsgai bahan jenaka di media sosial. Anaknya yang malu dengan ejekan kawan-kawan membuat keputusan mengikut ayahnya ke Ireland.

Vasanthi yang dulunya kuat semangat, berani dan penuh inspirasi tiba-tiba hilang arah. Rakan baiknya cuba bantu Vasanthi untuk tetapkan matlamat yang lebih besar.

Satu hari, beliau yang menanam sayuran secara organik di rumah telah mengajak wanita di kawasan perumahan untuk memulakan rumah hijau mereka sendiri kerana tahu sayur-sayuran di pasaran tidak sihat dan disembur dengan racun perosak.

Lepas tu kempen beliau mendapat perhatian dan akhirnya mendapat jemputan untuk bertemu presiden sekali lagi. Tiada lagi peristiwa memalukan, keluarga beliau juga akhirnya berbangga dengan Vasanthi.

Banyak sangat mesej dari filem ni. Antaranya:

1. Ahli keluarga sepatutnya memberikan sokongan walau apa pun situasi yang kita hadapi.

2. Walaupun tak dapat sokongan keluarga, Vasanthi jadikan itu sebagai pembakar semangat untuk kembali bangkit.

3. Tak kira wanita atau siapa pun, kita berhak untuk berjaya. Vasanthi bukanlah anak orang kaya atau berjawatan tinggi.

4. Bermula kecil tapi besar dan berjaya akhirnya.

5. Yang mula naikkan semangat cikT untuk lebih teliti membasuh sayuran (guna basic H lerr...) dan insyAllah akan cuba menanam sendiri jugak.

Apa drama atau filem yang bagi inspirasi kat kawan-kawan pulak?

Bakal menginjak 36 tahun ini,
CikT
The Lovely Mamipreneur
Bulan purnama dah dekat, eloklah makan banyak-banyak biji labu supaya askar-askar cukup persediaan nak lawan parasit dalam badan.


Biji labu kaya dengan magnesium, zink, sumber (tumbuhan) omega-3, protein dan asid amino. Sangat baik untuk menjaga kesihatan jantung, mengawal gula dalam darah, anti-keradangan, meredakan sakit kepala, dan mengurangkan kadar kolestrol jahat dalam darah.

Dengan kandungan zink di dalamnya, sangat baik untuk organ reproduksi (lelaki dan wanita) dan kesuburan lelaki. Sebagai ejen antioksidan, biji labu juga melancarkan peredaran darah dan melambatkan penuaan. Orang yang ada masalah tidur juga elok mengambilnya sebelum tidur.

Ia juga kaya dengan fiber yang membantu menambahkan tenaga, mengembalikan selera makan yang hilang dan melawaskan air kencing.

Disebut sebagai salah satu makanan kegemaran Rasulullah ini dikaji dan 40 tahun masa diambil untuk digabungkan bersama benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower membentuk Nutriferon.



Terima kasih Dr. Yasuhiko Kojima, seorang pakar imun yang juga pencipta Nutriferon.

Macam emergency kit, satu rumah kena ada satu. Bila rasa tak sedap badan je kena cepat-cepat koyak satu sachet. Anak cikT kalau tiba-tiba kena allergic, ambil satu Nutriferon dan Omega Guard, alhamdulillah hilang merah-merah kat muka dengan hidung gatalnya tu.
Assalamualaikum.

Kisah Seorang anak yang risau ayahnya kena dialisis.

Kita ni, kalau ayah terlantar tak bermaya je susah hati kan? Orang lelaki ni nak cakap dia sakit susah, tapi bila doktor dah suruh dialisis, berpeluh rasa.

Si anak usaha mencari Vivix dan cuba beri ayahnya. Syukur ayahnya lebih bertenaga dan katanya boleh jalan-jalan kat luar. Kalau tak duduk rumah je tak larat. Dah mula berselera makan, dan muka nampak berseri.



Demikian adalah apa yang diceritakan melaui panggilan telefon dan whatsapp.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Jeragat Di Muka Ibu Pudar Selepas Dua Minggu Makan Vivix

Ibu memang pengguna Shaklee. Sebelum mengenali Vivix, ibu memang ambil Ostematrix dan GLA tanpa miss. Selain dari itu, kadang-kadang beliau ambil Omega untuk kolestrol.

Ibu mula cuba Vivix kepunyaan adik yang tertinggal di rumahnya. Kesan pertama yang beliau rasa adalah pada pagi keesokannya. Biasanya ibu akan mengantuk selepas solat subuh, tetapi pagi itu beliau rasa cergas dan tidak mengantuk.

Sejak itu, ibu konsisten makan Vivix. Dua minggu kemudian, ibu beritahu satu berita baik. Jeragat kehitaman dimukanya pudar selepas makan Vivix. Ibu memang suka cuba pelbagai jenis produk kosmetik sejak muda. Ada produk yang beri kesan terbakar dan jeragat yang susah tanggal dimukanya. Syukur, dengan izin Allah, mukanya kembali berseri-seri walaupun usia sudah cecah 62 tahun dan mempunyai 20 orang cucu.

Kini, ibu memang tak boleh miss makan Vivix. Vivix adalah produk Shaklee kegemarannya. Dahulu, beliau ambil GLA untuk kurangkan komplikasi menopause, tetapi kini beliau sendiri akui Vivix jauh lebih berkesan membantu kurangkan komplikasi itu seperti eczema pada kulit. Beliau sendiri syorkan wanita menopause ambil Vivix untuk lebih sihat, cergas dan ceria.

Siapa yang tak gembira bila orang tersayang lebih ceria, cergas dan berseri-seri kan?
Alhamdulillah.

Terima kasih Vivix, Terima kasih Shaklee



Pn. Umi Kalsom Binti Omar
(kredit pada My Supermom Shaklee Stories)

CikT
The Lovely Mamipreneur
Subscribe to: Posts ( Atom )

Carian

Saya Siti

Bonjour & Welcome

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

Follow Siti

Produk Shaklee

ESP vivix

Paling diminati

  • Jom Membuat Capan
    Minggu ni minggu peperiksaan sekolah kebangsaan puteri cikT yang berdua tu. Kebiasaannya, matapelajaran seni ni akan jadi penutup minggu pep...
  • 4 Langkah Pantas Kenalpasti Strok
    Strok adalah satu kecemasan perubatan. Strok berlaku apabila aliran darah ke otak terhenti. Dalam masa beberapa minit, sel-sel otak mula ...
  • Homemade Chicken Ball Mudah Dan Sedap
    Assalamualaikum. Dalam banyak-banyak masakan barat, cikT sukakan pasta. Yang paling cikT suka masakan aglio olio sebab dia ada rasa yang b...
  • Pengalaman Penyusuan Bersama Empat Orang Cahaya Mata
    Assalamualaikum. Anak pertama dulu agak bergelut dengan breastfeeding ni. Mana tak nya. Masa mengandung ingatkan menyusu ni alami sampai ...
  • Cucur Kembung Manis Versi Gluten Free
    Assalamualaikum. Sekarang ni musim cucur kembung manis viral pulak dah. CikT rasa dah pernah viral tahun lepas atau dua tahun lepas. Siap ...

Catatan Siti

  • ▼  2017 (165)
    • ►  August (7)
    • ►  July (24)
    • ►  June (28)
    • ►  May (30)
    • ▼  April (30)
      • Kuatkan Sistem Pertahanan Tubuh
      • Mickey Mouse Photobooth Hasil Tangan CikT
      • Mendorong Anak Untuk Berkelakuan Baik
      • Sarapan Segera Dengan Meal Shakes
      • Testimoni Vivix: Gula Makin Stabil, Luka Makin Pulih
      • Testimoni Vivix: Air Kencing Berbuih Dan Risiko Bu...
      • Testimoni Vivix: Isi Di Kaki Tumbuh Cantik Selepas...
      • Kuiz Peristiwa Israk Dan Mikraj
      • Asid Lemak Omega-3 Dalam Omega Guard
      • Homemade Playdoh Mudah
      • Nugget Ayam Sayuran Homemade
      • Tiada Lagi Masalah Rambut Gugur Dan Beruban
      • 14 Tahun Menghidap Diabetes, Kini Lelaki Ini Bebas...
      • Dua Ketumbuhan Di Payudara Simptom Kanser, Wanita ...
      • Tunggang Kuda Di Sabandar Leisure Rides
      • Buku Prophetic Parenting
      • Pengalaman Penyusuan Bersama Empat Orang Cahaya Mata
      • Kek Pisang Tanpa Gluten
      • Wanita Ini Kembali Senyum Setelah 3 Bulan Diserang...
      • Bekas Personaliti NTV7 Ini Pernah Lalui Detik Hita...
      • Pelajar Kolej Berjaya Pulih Dari Resdung Dan Dapat...
      • Petua Kelancaran Rezeki
      • Makanan Tambahan Untuk Kulit Lebih Sihat Dan Cantik
      • Filem 36 Vayadhinile
      • Khasiat Biji Labu Dalam Nutriferon
      • Testimoni Vivix: Ayah Lebih Bertenaga
      • Testimoni Vivix: Wanita Menopause Patut Ambil
      • Diabetes Si Pembunuh Senyap
      • Bulan Kesedaran Autisme
      • Seri Kaya Pandan Homemade
    • ►  March (31)
    • ►  February (15)
  • ►  2016 (4)
    • ►  October (4)
Powered by Blogger.

Hubungi Siti

Name

Email *

Message *

Copyright 2014 Lovely Mamipreneur (CikT).
Blogger Templates Designed by OddThemes