Lovely Mamipreneur (CikT)
  • Laman Utama
  • Profil
  • Shaklee
    • Produk Shaklee
    • Set Kesihatan
    • Daftar Keahlian
    • Senarai Pengedar
    • Sijil Halal
  • Beli Online
  • Penafian
Home Archive for May 2017
Assalamualaikum.

Kita peniaga, kena hadap macam-macam benda. Antaranya, kerenah customer. Dapat yang baik, "Alhamdulillah". Tapi, kalau dapat yang "Nauzubillah" sekalipun, kita kena maintain cool.

Macam mana nak maintain cool?

Paling efektif, tunjukkan kita menyebelahi dia.

Contohnya barang yang kita pos tak sampai-sampai ke tangannya. Kalau customer melenting, kita sokong mereka dengan "apalah Pos Laju ni, dah 3 hari pun tak sampai-sampai lagi". Sambil cepat-cepat ambil tracking number dan periksa status barang tersebut.

Jangan cepat nak jawab "saya dah pos dah semalam, patutnya memang dah sampai". Kerana ini hanya akan buat customer jadi lebih marah nak cakap "awak ni penjual ke scammer? Saya report ke polis".

Bila customer dapat rasa yang kita ni jujur, lebih mudah untuk mereka terima kesilapan sendiri; "Takpe la kak, ni husband baru bagitahu dia dah ambil dah semalam". Customer happy dan kita pun tak rugi.

(credit: iReach)

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Keradangan dalam saluran udara paru-paru (asthma) dapat dikurangkan dengan Omega guard. Mereka yang menghidapi penyakit berkaitan inflamasi seperti asthma mempunyai kandungan Omega 3 yang rendah dalam tubuh.

Sebagai supplemen yang memiliki minyak ikan terbaik di dunia, Omega guard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi.

Omega guard sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa.



Sebotol Omega guard ada 90 kapsul. Sangat berbaloi berbanding kos rawatan asthma di hospital. Juga boleh dikongsi seisi keluarga.

Untuk merasai kebaikan minyak ikan ini, silalah hubungi cikT dengan sms atau whatsapp ke 013-388 9522 ye...

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Masa malam pertama Ramadan hari tu cikT terbaca kat facebook seorang kawan cikT kongsikan cara khatam al-Quran dalam masa sebulan. Ini sajalah bulan yang kita boleh pulun baca al-Quran sehabis masa yang ada. Nama pun bulan al-Quran diturunkan  jadi adalah lebih baik kita perbanyakkan bacaannya dan zikir. InsyaAllah pahala pun akan berganda sepertimana pahala sedekah. Allahu a'lam.

Baiklah. Sebenarnya cara nak khatam dalam masa sebulan ni mudah saja. Setiap hari kita perlu menghabiskan 20 muka surat. Ini bermakna, setiap kali lepas waktu solat, kita habiskan 4 muka surat. Nak habiskan 4 muka surat ni tak adalah berat sangat kecuali bagi mereka yang baru nak belajar membaca. Untuk bacaan sederhana, hanya lebih kurang serengah jam yang perlu diperuntukkan.

Kat sini cikT sertakan sekali carta atau jadual yang dah disediakan lengkap dengan nama surah dan ayat yang sepatutnya kita habiskan untuk hari tersebut. Maksudnya, sehari satu juzuk. Menjelang Syawal nanti, kita dah khatam. InsyaAllah.



Dalam kita mengejar bilangan muka surat atau juzuk yang perlu dihabiskan, jangan pulak kita lupa nak baca secara bertajwid. Takut nanti main langgar je, pahala pun entah ke mana. Sambil tu lebih baik jugak kita baca sekali terjemahannya agar apa yang kita baca itu sampai mesejnya.

Selamat meraikan al-Quran dan semoga bermanfaat.

CikT
The Lovely Mamipreneur




Assalamualaikum.

Vitamin C adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh, dengan fungsi utama sebagai antioksida yang baik. Ia juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh anda.




Tahukah Anda?


Tubuh anda mampu melakukan pelbagai perkara, tetapi ia tidak dapat menghasilkan atau menyimpan vitamin C. Oleh itu, anda perlu sentiasa mengambil vitamin C untuk tubuh anda melalui pemakanan harian dan suplemen.

Keistimewaan Vitamin C Shaklee

Sustained Release Vita-C Plus adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.

Testimoni:

#1
Perubahan dalam 3 minggu je...
Adik ni still belajar lagi, kulit muka jenis berminyak dan berjerawat (bernanah juga)... Lepas penggunaan bermacam jenis make up, kulit muka jadi bertambah teruk. Dah cuba macam-macam produk tapi still tak baik. Kakak beliau pun recommend ambil Vitamin C Shaklee...
Secara konsisten beliau ambil 2 tablet pagi, 2 tablet malam selama 3 minggu dah nampak perubahan ketara...sekarang dah ramai pulak yang tegur.


#2
Suami akak ni kena chicken pox. Beliau ambil gabungan Vitamin C, ESP dan Vitamin E untuk hilanglan parit. Sekarang dah semakin pudar.



#3
Kombinasi Vitamin C dengan ESP Shaklee ni memang menghasilkan kesan yang WOW!! Walaupun lepas teruk berjemur yang buat kulit jadi gelap, lepas penggunaan yang konsisten dapat kembalikan kecerahan yang asal. 
Vitamin C membantu perkembangan sel dan salur darah. ESP pulak membaikpulih sel rosak dan merangsang pembentukan kulit.


Dapatkan Sustained Release Vita C Plus ini dari cikT dengan menghubungi 013-388 9522 melaui sms atau whatsapp.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.


InsyaAllah esok seluruh umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Di kesempatan ini cikT ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Ramadhan Kareem dan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga ramadhan kali ini kita dapat meraikan al-Quran lebih daripada makanan dan pembaziran.

Macam manapun, cikT tetap nak bagi sikit tips supaya kita kekal bertenaga sepanjang hari. InsyaAllah.

- minum air kosong secukupnya
- kurangkan/ elakkan minuman manis
- makan makanan seimbang dan berkhasiat
- bangun dan bersahur untuk dapat keberkatannya
- jangan tidur selepas subuh untuk kurangkan rasa perut kosong
- kurangkan/ elakkan diri dari berkunjung ke bazaar ramadhan untuk mengurangkan nafsu membeli lebih banyak makanan (kecuali berniat untuk disedekahkan)
- top up dengan suplemen

Sama-sama kita doakan agar diizinkan olehNya untuk tingkatkan ibadah kita di bulan ini dan sampai ke penghujungnya.

CikT
The Lovely Mamipreneur

Assalamualaikum.

Selain bulan purnama, awal bulan juga antara hari-hari yang kita perlu berhati-hati dengan parasit kerana masa ini juga masa mereka membiak dan mengganas. Kalau anda perasan, menjelang hujung bulan (ikut kalender Islam atau boleh tengok bulan sebenar) atau srkitar dua tiga hari sebelum dan selepas awal bulan, kita juga mudah dijangkiti kuman. Maka terjadilah demam, batuk, selsema, gatal-gatal dam sebagainya.

Ini jugak masa untuk kita kuatkan sistem imun tubuh.



Ini namanya Nutriferon. Lebih 40 tahun penyelidikan baru berjaya terhasil. Penciptanya, Dr. Yasuhiko Kojima, seorang pakar imun. Masa business trip ke Jepun baru ni, leaders semua dapat jumpa Dr. Kojima yang dah cecah 90 tahun in person tau. Beliau sendiri mengaku yang beliau ambil Vivix, ESP dan Fiber (yang ni belum ada kat pasaran Malaysia).

Campuran dari biji labu, benih plantago, kuntuman bunga honeysuckle Jepun, bunga safflower dan herba lain. Jangan risau, semuanya tumbuhan semulajadi.

Satu rumah wajib ada satu. Jadi perisai kuman dan virus. Kurangkan bil rawatan dan bilangan MC jugak. Tambah tabungan nak travel jauh. Yabedabedooo!!

Rasanya tak pahit, tak masin. Macam koko krunch kata anak-anak cikT (entah mana datang persamaan itu). Anak-anak ni kadang badan rasa panas sikit pun dah datang kat cikT suruh rasa. Trick nak Nutriferpn lah tu.

Tak mahal sangat, tak murah sangat. Sedang-sedang aja harganya. Tak payah susah-susah cari kat farmasi atau kedai sensei sebab Shaklee dah patenkan pun. Pm tepi atau whatsapp aja cikT @ 013-388 9522.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Puas rasa hati bila kita dapat feefback yang positif dari pengguna Shaklee, lebih-lebih lagi Vivix. Bukan apa, kita dah tahu nilai kesihatan dengan harga sebotol Vivix tu sangat-sangat berbaloi. Vivix ni ramai yang cari tau. Sampai jadi the best selling product lagi.

Kisahnya, sahabat cikT ni nak cuba bagi mak beliau cuba Vivix sebab bacaan gula beliau tinggi, badan selalu lesu dan berbisa, dan ada kesukaran untuk membuang air besar. Lepas lebih kurang dua ke tiga minggu pengambilannya, dah nampak perubahan.


Sekarang beliau tambahkan pengambilan Phytocol untuk mengawal kolestrol pulak. CikT doakan semoga mak beliau semakin sihat dan kembali cergas.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Hari ni cikT nak kongsikan satu kegembiraan seorang anak yang memilih untuk mengambil Vivix sebagai usaha untuk ibu beliau nak tingkatkan kesihatan. Secara kebetulan juga, beliau seorang penghidap kencing manis dan kerosakkan buah pinggang. Testimoni ni memang fresh lagi tau.


Bagi mendapatkan Vivix, bolehlah hubungi cikT dengan sms/whatsapp ke 013-3889522.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Ramai lagi yang belum paham tentang konsep gaya hidup sihat cara Shaklee. Antara salah faham yang biasa kita dengar "kalau awak dah jaga pemakanan, bersenam selalu, tak perlu pun ambil suplemen...."

Salah sebenarnya pemahaman tu.

Yang wajib kita amalkan dalam kehidupan harian kita adalah:
1. Pemakanan sihat
2. Bersenam
3. Suplemen

Suplemen bukan ganti benda-benda yg kita malas nak buat. Malas jaga makan, lalu kita gantikan dengan suplemen. Malas bersenam, lalu suplemen sebagai pengganti. Bukan macam tu.

Pengambilan suplemen membantu kita untuk menutup rongga-rongga nutrisi yang lopong yang hilang zatnya. Itu pun lepas kita ambil pemakanan seimbang dengan betul. Sayuran pun kena lalui beberapa proses dengan pencemaran pestisid sebelum sampai ke salam padaran. Tak hairanlah yang tinggal untuk kita tu boleh disebut sebagai hampas sahaja.

Ambil suplemen sebab kita dah amalkan gaya hidup sihat, bukan kerana kita tinggalkan salah satu daripadanya.

Nak ambil suplemen pun, pastikanlah yang bukan jenis sintetik, dijamin berkesan dan disahkan oleh pihak ketiga.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan yang lalu, cikT rasa masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Guru buat insan-insan pendidik terutamanya yang pernah mendidik cikT dari seawal pelajaran hingga kini. Walaupun dah tak duduk di bangku sekolah, cikT masih perlukan tunjuk ajar untuk jadi anak, isteri, ibu, sahabat dan peniaga yang lebih baik.



Dulu selalu ingat buat bisnes ni mudah. Jual, jual je...dapat duit.

Eh, dalam dunia bisnes pun perlukan guru atau mentor tau.

Rupanya kena berguru. Sebab dorang ni lah yang makan garam dulu dari kita kan. Nak menjual kena ada strategi, teknik dan medium yang betul.
Guru atau mentor ni dah lalui macam-macam "try and error" sebelum kita. Apa ramuan rahsia yang dorang berjaya buat, kita tinggal ikut je.

Macam cikT, bila bermentorkan kekLin ni, rasa bertuah sangat sebab beliau tak pernah jemu bagi tunjuk ajar dan sentiasa bagi sokongan. Nak kacau online ke, offline ke, beliau sentiasa cuba "available"kan diri beliau selagi kita ada kemahuan.

Seronok kan?

Sekali lagi, Selamat Hari Guru.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Cuti hari Sabtu korang buat apa? Macam cikT sibuk sikit dengan aktiviti anak-anak. Rabu baru ni si kakak bawa balik flyer jemputan Karnival Masjid di Masjid Al-Falah, Lorong Haji Abu Bakar, Jalan Kebun sempena pembukaan masjid baru. Ada banyak aktiviti untuk anak-anak seperti mewarna, azan, khutbah, bercerita, hafazan dan banyak lagi. Sejak menang pertandingan hafazan kat sekolah KAFA beberapa bulan lepas, Anis dah macam addicted. Padahal tak ada persediaan lagi. Disebabkan semangat juang beliau yang tinggi, cikT dan suami pun bagilah beliau masuk. Ana pulak nak masuk acara mewarna.

Karnival dimulakan dengan acara mewarna. Susah jugak nak pastikan Ana fokus mewarna seluruh gambar tu sebab ada beberapa gangguan luar buat beliau lalai. Dalam masa sejam tu memang kena bagi semangatlah lagi-lagi bila dah nak habis ru. Tangan dah penat katanya.

Habis mewarna kitorang kena lari ke sekolah Anas untuk dengar progress report beliau pulak. Mujur acara Anis lepas zohor. Syukur bila teacher Anas maklum pada mami yang Anas ni suka bertanya, tak putus asa dan fokus orangnya. Nampak tak beza dengan Ana? Teacher pun ada cakap yang Anas ni cepat terima apa yang diajar cuma kadang-kadang kena ulang. Seronok jugak buat Anis dan Ana sebab dapat jumpa teacher lama mereka.

Habis je hal Anas, kitorang makan tengahari, balik rumah, dan solat zohor. Kena kembali ke masjid untuk Anis pulak. Hah, masa nilah muka Anis dah mula pucat lesi tapi jauh lagi baik dari gemuruh cikT rasanya. Hahaha.

Dengan persediaan kurang dari tiga hari, cikT bagi jugaklah tips nak cepat hafal. Mungkin sebab kesuntukkan masa, beliau ikut je cara sendiri dulu. Hafazan ni ada tiga peringkat; surah al-Fatihah, surah pilihan dan satu lagi surah beserta terjemahan. Peserta dah diberikan senarai surah yang perlu dihafal sebagai persediaan. Bab menghafal ayat tu Anis tak bermasalah sangat, sekali kena hafal terjemahan beb... Mami pun masak macam ni... Kahkah.

Giliran Anis kena lepas solat asar. Abahnya terpaksa lari balik rumah kejap sebab nak bersiap untuk bergegas nak bertugas di Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa pulak. Haa, korang ada tengok ke siapa pemenang tilawah dan hafazan?

Habis je acara hafazan patutnya nak tunggu keputusan. Rupa-rupanya keputusan diumumkan pada malam hari. Halah, kitorang tak ada kenderaan nak datang balik. Maka, terpaksalah cikT pujuk puteri-puteri ni supaya tak payah hiraukan sangat dapat tempat berapa. Yang penting semangat dan keberanian tu. Itu yang lebih membanggakan.

Alhamdulillah Anis berani cabar diri sendiri dengan masuk pertandingan ni secara sukarela dan Ana pulak berjaya siapkan tugas mewarna tu sebaiknya. Anas pulak progresnya kat sekolah menaik. Sampai rumah tau mulut cikT duk puji semangat mereka ni sebab cikT nak mereka tahu yang kemenangan itu sekadar bonus atas usaha keras mereka.

CikT rasa lepas ni nak terus bagi pendedahan kat anak-anak supaya mereka dapat belajar sendiri tentang keyakinan diri. Yang kedua, semangat juang pun perlu jugak. Barulah ada usaha dan nampak hasilnya.

Esok cikT nak bawa keluarga ke Shaklee Health Karnival lagi. Nak periksa kulit secara percuma pulak. Mana tahu dapat menang blender pulak ke. Eh, doakan tau. Musah-mudahan dapat. Amin.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Dari minggu lepas dah beli keledek tapi tak berhasil apa lagi. Hari tu dah buat kerepek, anak-anak sukalah. Nak buat kerepek lagi sekali macam tak ada motivasi pulak. Fikir punya fikir, cikT pun kupas kulit, basuh, potong kecil-kecil terus rendam dalam air pasang api. Nak buat kuih keria viral tu lah kengkonon.

Tak susah pun nak buat resepi ni. Tak payah nak ada kemahiran master chef pun. Jomlah kita jenguk resepi kuih keria gula melaka ni eh.

KUIH KERIA GULA MELAKA



Bahan-bahan:

Ubi keledek
Tepung beras
Tepung jagung
Gula melaka
Garam

Cara-cara:

1. Rebus keledek hingga empuk. Kemudian lenyekkan.

2. Campirkan sedikit tepung beras dan tepung jagung. Nisbah tepung beras lebih banyak dari tepung jagung. CikT tak ada sukatan tepat. Tuang agak-agak je.

3. Satukan dan uli hingga boleh dibentuk.

4. Bentukkan seperti donat mengikut saiz pilihan.

5. Goreng dalam api sederhana panas.

Untuk siranya:

1. Masukkan gula melaka yang telah dihiris ke dalam pan. Kuantiti biar cukup untuk menyaluti semua kuih keria tadi. Selaraskan manis ikut kesukaan.

2. Masukkan 1/4 cawan air. Jangan lebih, nanti kuihnya lembik.

3. Masukkan secubit garam untuk rasa lebih lemak.

4. Gaulkan kuih keria tadi hingga rata. Tutup api dan angkat. Hidangkan.

Selamat mencuba.

CikT
The Lovely Mamipreneur

Assalamualaikum.






CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Hari ni cikT nak kongsikan beberapa testimoni untuk pelbagai masalah kesihatan hasil dari pengambilan Vivix.

Semoga bermanfaat.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Pernafasan akan jadi jauh lebih lancar pada perokok kerana antioksidan membaikpulih sel paru-paru. Resveratrol di dalam Vivix memperbaiki dari tahap sel. Resveratrol merupakan antioksidan yang sangat kuat dan membantu melindungi sel dari radikal bebas, terutamanya dari rokok yang memudaratkan kesihatan.

Hanya selepas dua minggu, 20 batang rokok sehari berjaya ditinggalkan. Syukur alhamdulillah.

"Dah kurang merokok sebab rasa sangat-sangat tak sedap. So nak hisap lebih-lebih pun tak boleh"



Sekiranya suami, ahli keluarga, kenalan rapat atau diri sendiri yang ada keinginan untuk berhenti merokok dan memilih untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, bolehlah bermula dengan pengambilan Vivix ini.

Dapatkan Vivix pada harga RM475 dengan menghubungi cikT di talian 013-388 9522 melalui whatsapp atau sms.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Jeragat biasanya berpunca dari beberapa faktor. Antaranya:

~ cahaya matahari
~ ketidakstabilan hormon
~ kehamilan
~ pengambilan ubat-ubatan

Cara nak atasinya:

1. Halang dan rawat kerosakkan sel dengan pengambilan antioksidan.

2. Tingkatkan pembinaan kolagen, sekat pembentukkan jeragat dan mencerahkan jeragat.

3. Atasi dan kawal masalah hormon serta cerahkan tompok hitam.

Semua penyelesaian di atas boleh diatasi dengan pengambilan Set Jeragat Premium. Set ini terdiri daripada:

Vivix
- bertindak sebagai antiokaodan dan anti-penuaan serta memperbaiki dan memperbaharui sel

Sustained Release Vita-C Plus
- menguatkan sistem imun dan menghilangkan kesan radikal bebas dalam tubuh (juga kulit)

GLA Complex
- membantu menyeimbangkan hormon, menghilangkan kesan jeragat dan mencantikkan kulit (mengandungi vitamin E)



Untuk dapatkan set ini, sila hubungi cikT di talian 013.388.9522 melalui wharsapp atau sms.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Ramai ibu yang mengadu mengalami susu "drop", dan biasanya saya akan sarankan power pumping atau hyperstimulation. Mungkin ramai yang masih kurang faham apa itu power pumping (PP) dan cara ia dilakukan. Jom ibu-ibu & bakal ibu, kita buat revision!

Apa itu Power Pumping?

♥ Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dalam cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan

3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?

♥ Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

♥ Untuk Double Pump -pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
* Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu:

♥ Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

♥ Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam:

♥ Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)

♥ Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45 minit ke 1 jam selepas pengambilannya

♥ Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, ini membantu ransangan

♥ Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam

♥ Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu

♥ Pam setiap 2-4 jam sekali (disarankan 3 jam sekali)

♥ Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)

♥ Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

Happy pumping!

CikT
The Lovely Mamipreneur


Assalamualaikum.



Haji Seman ke Pekan Rabu,
Selamat Hari Ibu!!

MasyaAllah. Dah hampir sembilan tahun jadi ibu ni, banyak sangat benda yang cikT belajar. Dari pembacaan, perkongsian, dan pengalaman. Bahkan anak-anaklah yang menjadi guru sebenar dalam perjalanan menjadi ibu. Bermula dari mengandungkan, melahirkan, menyusukan, menjaga, mendidik, dan membesarkan mereka sangat banyak yang cikT belajar.

Tanggal 9 pada lima tahun lepas, putera sulung dalam keluarga kami selamat dilahirkan. Anas Malik namanya. Orangnya kacak (mami masuk bakul angkat sendiri ni), patuh, penyayang dan sangat bijak. Masa nak melahirkan dulu cikT ingat akan bersalin pada hari ibu, rupanya lebih awal.



Untung ada anak lahir dekat-dekat sambutan hari ibu ni. Maminya dapat tumpang sekaki. Heheh. Itu pun sekadar suka-suka je. Dengan alasan hari lahir Anas jugaklah kitorang sambut hari ibu dengan mak mertua. Seronoklah sikit kan.

Jadi kali ni pun sama jugak. Kitorang sambut sekali. Alhamdulillah kali ni Allah beri peluang dekat cikT untuk buat kek sendiri walaupun presentation nya ala kadar. Sambut dengan mak mertua dan adik ipar yang nombor dua. Anak-anaklah yang seronok dapat kumpul ramai-ramai jumpa sepupu. Walaupun duduk KL, nak dapat masa bersama tu memang agak susah. Masing-masing dengan komitmen.

Apa-apa pun, syukur sangat dapat luangkan masa bersama keluarga di hujung minggu. Maklumlah cik abe sibuk tak menentu.

CikT nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Ibu terutamanyabuat bonda cikT yang tercinta, Hjh Masnah dan bonda mertua Pn. Noriah. Moga Allah memberikan kesihatan dan limpahkan kecibtaan pada mereka berdua. Amin.

Untuk kawan-kawan semua yang bergelar ibu, ucapan Selamat Hari Ibu ini jugak buat kalian.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Dah 2 minggu rasanya sejak beli ubi kentang tak buat apa lagi. Jadi, nak tak nak, kena buat sesuatu jugak. Disebabkan baru-baru ni ada sahabat cikT yang berkongsi gambar hasil kentang beliau di facebook yang bagi inspirasi untuk hasil kali ini. Biasa tengok kentang smiley kan? Haaa...itulah yang duk dalam kepala cikT.

Okeylah. Untuk resepi ini, cikT persembahkan bahan-bahan dan caranya sekali.

"KENTANG SMILEY BY CIKT"



Bahan:

6-7 biji ubi kentang saiz kecil (3 biji sudah mencukupi untuk saiz besar)
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar mentega
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

1. Rebus kentang hingga empuk. Lenyekkan.
2. Campurkan semua bahan lain. Uli hingga menjadi doh.
3. Ratakan doh dengan menggunakan roller.
4. Bentukkan doh ikut kehendak masing-masing. CikT tak jumpa bentuk bulat, jadinya bentuk hati je.
5. Untuk mendapatkan muka smiley, gunakan sudu sebagai senyuman dan gunakan straw sebagai mata.
6. Panaskan minyak. Goreng dalam api sederhana hingga keemasan. Siap.





Selamat mencuba.

CikT
The Lovely Mamipreneur

Assalamualaikum.

Sumber protein ni...

dari sebelum dia lahir lagi dah dipastikan tak ada pengubahsuaian genetik sampailah masuk ke dalam kanister,

dibersihkan dengan air je supaya isoflavones, genistein dan daidzein yang bantu kurangkan risiko kanser dan ketakseimbangan hormon tak musnah,

rendah lemak (lebih kurang 1 gram je), bebas kolestrol, bebas laktosa, dan rendah indeks glisemik,

kadar penghadamannya tinggi dan membekalkan tenaga berpanjangan,

mengandungi 9 asid amino penting yang tubuh kita tak boleh hasilkan,

tiada perasa, pewarna, dan pemanis tiruan serta bahan pengawet,

bukan produk cikai-cikai buat kat belakang rumah sebab ia dah lalui banyak kajian klinikal oleh saintis ternama beserta landmark study,

dijamin halal oleh badan antarabangsa yang diiktiraf JAKIM.

Sumber protein ni laku keras sebab...

sangat sesuai untuk mengawal gula dalam darah, kolestrol, dan melancarkan peredaran darah,

juga meningkatkan tenaga, mengawal kestabilan hormon, mengekalkan kesihatan payudara dan prostat,

memperbaiki tekstur kulit, kurangkan keguguran rambut dan kesihatan tulang,

dan lagi...mak mengandung yang loya tak tahu nak telan apa, mak berpantang nak kurangkan stretch mark, mak menyusu yang nak susu lancar dan meriah,

boleh bancuh ngan susu, air, jus, buat smoothie pun boleh...mujur sehari boleh ambil 3 sudu besar je...

dan tak tahulah apa pasal stoknya sentiasa berkurangan walaupun bukan bulan promosi...



Cukupkah senarai cikT kalau nak dibandingkan dengan soya biasa?

Jadi, rumusannya...

Nak ESP,
Sila cari cikT @ 013.388.9522.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Testimoni ni dapat masa pertengahan bulan lepas.

Minggu lepas dia start consume Vivix dan Omega. Doktor kata ada sindrom Carpal Tunnel (CTS). Tiga hari ambil, beliau rasa badan ringan dan tak ada kebas-kebas tangan dah. Lepas seminggu nak tahu perkembangan terbaru beliau, memang beliau terasa sangat perbezaannya dan berpuas hati.


Semoga beliau kembali seperti sediakala dan bertambah sihat selepas ini.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum

Nak kongsi jugak...

Kisahnya, seorang mommy dari keluarga iReach kami ni kulit pipi bayi beliau bermasalah. Orang lama panggil kulat susu. Orang sekarang ada yang kata eczema, ada yang kata alergik. Itu memang detik yang stres bila kita tengok bayi lain pipinya gebu licin je, sedangkan anak kita pipi berkerak, berair dan kemerahan.

Okeylah. Nak jadi cerita, mommy ni memang pengamal Vivix cuba-cubalah sapu Vibix tu kat pipi bayi beliau. Hasilnya? Dalam masa empat jam je dah boleh nampak perubahan ketara.

Ini apa yang mommy tu kongsikan.

| TESTIMONI VIVIX ; EKZEMA |

SEBELUM : flare up
SEMASA : tido letak vivix
SELEPAS BEBERAPA JAM : eh !! gebu betul ko nak.. hee~

Ini apa mama baby buat :

1. Mandi - mandikan dgn air suhu bilik + ACV (tak suam tak sejuk sbb bila suam sangat nantiakan keringkan lagi kulit). ACV utk bunuh kuman.

2. Mandian gunalah yang paling berkesan kurangkan flare up. Tak payah guna apa-apa sabun pun boleh.

3. Saya ambil Vivix, Nutriferon, Vit C, Zinc, Vitalea dan lain-lain. (Mommy ambil dan salurkan khasiat melalui susu ibu).

4. Sabun cuci baju guna Shaklee je.

5. Sapu cream Herbal Blend dan eczema balm supaya sentiasa lembab.

6. Sapu Vivix kalau flare up.

Hasilnya...

Harap dapat bantu sikit mama/ ibu/ ummi yang dah buntu nak rawat kulit anak yang sensitif tu.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.



InsyaAllah Ramadhan bakal bertandang lagi. Bila nak masuk bulan puasa ni, berpusu-pusulah adik kakak nak ganti puasa. Yang besar sibuk mengganti, tak kurang juga anak-anak yang mula dilatih berpuasa sebelum masuknya Ramadhan.

Sempena bulan puasa yang tidak lama lagi menjelma, cikT nak mewar-warkan kepada anda SET MIGHTY 3 GEM yang mampu membantu anda untuk lebih bertenaga dalam menjalankan aktiviti dan ibadah seharian.

Suplemen ini sangat sesuai buat buat ibu-ibu menyusu, ibu-ibu mengandung, mereka yang aktif dan sesiapa yang ingin memelihara taraf kesihatan sepanjang bulan puasa nanti termasuklah anak-anak.

Set Mighty 3 Gem mengandungi ESP (Energizing Soy Protein), Performance Drink dan Meal Shakes. Mari kita lihat apakah kepentingan ketiga-tiga suplemen ini.

1. ESP (Energizing Soy Protein)

ESP didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat dari 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan POSITIF dari pengambilan minuman ini ialah:

Ia membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan

Membantu kita melapik (mengakas) perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Oleh itu, dapat mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati. Sangat sesuai bagi yang menghidapi gastrik

Gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda sepanjang anda berpuasa.

2. Meal Shakes

Meal Shakes ini berperisa vanila yang pasti dapat memikat rasa semua! Ia membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting

Sumber yang kaya dengan kalsium, dan serat membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa ini. Memelihara kesihatan melalui kandungan vitamin-vitamin dan mineral penting yang diperlukan badan setiap hari yang selalunya sukar dipenuhi melalui sajian berbuka dan sahur kita

3. Performance Drink

Performance Drink mempunyai rasa oren yang menyegarkan!

Mengapa ia penting buat kita sepanjang bulan puasa ini?

Ia menjadi pilihan ahli-ahli sukan dan mereka yang menjalani gaya hidup aktif supaya kekal bertenaga dan mengurangkan rasa dahaga melalui:

Rumusan Ekslusif Opticarb memberi kita KARBOHIDRAT bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera

Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan

Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.

Testimoni:

CikT sertakan sekali feedback positif dari pengguna.


Set ni memang laku keras. Lebih-lebih lagi ESP dengan Meal Shakes tu, tapi Percormance pun laju je kena sapu bila Ramadhan. Tunggu apa lagi, laju-lajulah sms/ whatsapp cikT di 013-388 9522.

Anda membeli set ini sebenarnya anda juga memberikan yang terbaik buat keluarga anda.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Dari pagi berkira-kira nak pergi Shaklee Health Carnival ke tak. Bukan apa, cik abe cikT tina-tina Jumaat malam bagitahu kena ke Kelantan Sabtu pagi. Huwaaa....hari memang teringin sangat nak pergi karnival ni. Ye lah, program joint venture dengan Sunway Medical Center pulak tu.



Subuh tu cepat-cepat basuh baju, sidai, masak, suap anak-anak sambil kemas-kemas rumah dulu. Lepas makan tengahari suruh anak-anak siap. CikT pun booked GrabCar ke Sunway Geo Tower ( ofis baru Shaklee). Kisahnya kereta ada tapi tangan ni dah lama tak drive jauh-jauh lepas accident teruk tahun lepas. Okey, tak nak ingat sangat kisah trauma tu. Kita move in aja.

Sampai je kat Shaklee, mulut ni tak henti-henti sebut wah...wow... Tak sangka ofis baru ni lagi best. CikT tak terus ke ofis sebab jam kat tangan dah hampir pukul 3. Takut berlengah nanti tak sempat pulak nak habiskan health check.



Lepas pendaftaran masuk, cikT buat BMI check. Lepas tu, dipanggil pulak untuk pemeriksaan tekanan darah, glukos dan kolestrol. Haaa, lepas tu cikT buat pemeriksaan tulang. Yang ni memang tak pernah buat dan tak pernah tahu pun. Habis semua pemeriksaan kita kena jumpa dengan pakar nutrisi Shaklee untuk bincang tentang keputusan kesihatan kita. Sambil nutritionist borak tentang keputusan, suplemen apa yang cikT ambil, sempat jugak dia test knowledge kita pasal makanan tambahan ni.



Anak-anak cikT bagi lepas main kat kawasan permainan kanak-kanak. Pak guard yang jaga pun ramai, staff Shaklee pun ada untuk tengok-tengok mereka ni. Sambil-sambil tu disediakan juga demo beberapa produk Shaklee sebagai bahan dalam menu sihat yang mudah.

Ada jugak games, di mana setiap game (ada 3 je) yang kita lepas, kita boleh kutip chop bagi mengumpul masa untuk cabaran tornado chamber. Tornado chamber ni macam game kutip duit dalam bilik see through dengan anginacam tornado tu. Bezanya yang ini kita boleh kutip point dan kalau bertuah boleh dapat produk Shaklee jugak. Masa yang cikT dapat kumpul 5 saat je, yapi syukur sangat dapat Omega Guard dan dapat points yang cukup untuk dapat lunch box Rubbermaid terbaru Shaklee. Rezeki betul.



Dapat hadiah je karnival pun berakhir. CikT ajak anak-anak ke ofis baru kebetulan ada benda nak beli. Suka sangat tempat baru ni. Bagi cikT memang lebih mesra pengguna. Kalau ajak sesiapa pun tak segan sangat sebab boleh tunjuk vitamin mana yang kita maksudkan.





Kesimpulannya, cikT balik memang bukan tangan kosong lah. Kalau ada karnival macam ni lagi, insyaAllah nak pergi lagi.





Syukur syukur syukur.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Sejak kebelakangan ini ada diviralkan berkenaan maltodextrin dan  juga sirap jagung berfruktose tinggi/high fructose corn syrup(HFCS). Dikatakan ianya banyak di dalam produk dan juga menyebabkan kahak, sembelit dan juga tantrum pada kanak-kanak. Kami ingin menjelaskan beberapa perkara agar benda ini tidak disalah ertikan daripada sudut sains:

1) Di dalam post tersebut, ada menyatakan bahawa Maltodextrin adalah berasal daripada HFCS. Ini merupakan fakta yang salah.

Fakta sebenar: Maltodextrin berasal daripada kanji(starch) yang boleh diperolehi daripada jagung, nasi dan juga kentang. Begitu juga HFCS. Ianya berasal daripada kanji yang boleh kita dapati daripada sumber yang telah saya terangkan. Tiada perbezaan daripada struktur molekul kanji mahupun maltodextrin yang dihasilkan daripada jagung, nasi mahupun kentang. GMO ataupun tidak, kanji yang dihasilkan mempunyai struktu yang sama. Kecuali kanji yang dihasilkan oleh gandum. Ia mungkin akan ada sedikit kandungan gluten.

2) Maltodextrin terhasil daripada hydrolysis separa pada kanji. Seperti yang kita tahu, kanji merupakan rantaian glucose yang sangat panjang dan bercabang-cabang yang terdiri daripada amylose dan amylopectin. Dalam penghasilan Maltodextrin, enzim alpha amylase digunakan untuk menguraikan rantaian glukosa tersebut. Disebabkan hydrolysis itu hanya dijalakan secara separa(partial) sahaja, maka ianya akan menghasilkan rantaian glukosa yang pendek berbanding dengan kanji.

3) Manakala HFCS pula terhasil daripada hydrolysis kanji yang sepenuhnya hingga menghasilkan monosaccharide glukosa. Maksudnya, kanji diuraikan sehingga mana tiada lagi rantaian glukosa. Yang ada hanyalah molekul glukosa yang wujud secara individu. Setelah itu, enzim xylose(glucose) isomerase digunakan untuk menukarkan glukosa kepada fruktosa. Oleh itu, saya tekankan lagi sekali, maltodextrin bukan berasal daripada HFCS. Tetapi berasal drpd kanji itu sendiri.

4) Kita pergi kepada kegunaan pula. Maltodextrin digunakan sebagai bahan tambahan dalam makanan(Food additive). Ianya bertujuan untuk meningkatkan kualiti simpanan dan juga menambah perisa pada makanan tersebut. Manakala HFCS pula ditambah dalam makanan untuk sebagai pemanis. Disebabkan ianya mudah untuk dikendalikan dan kosnya murah, maka negara terutamanya eropah yang menghasilkan gula daripada jagung selalunya akan menggunakan pemanis HFCS ini.

5) Tidak dapat dipastikan yang HFCS ini digunakan pada perkara-perkara lain seperti pada plastic, minyak wangi, bateri dan peluru seperti mana yang dikatakan dalam post tersebut

6) Penggunaan Maltodextrin dan juga HFCS memang banyak digunakan dalam produk-produk luar negara seperti yang tertera. Ini kerana harganya yang sangat murah

7) Disebabkan Maltodextrin dan HFCS merupakan gula yang ringkas, maka ianya sangat senang diserap oleh badan. Berbanding kanji, rantaian glukosa yang panjang dan bercabang membuatkan ianya sedikit sukar untuk diuraikan dalam badan. Oleh itu, ianya memberi sedikit sebanyak makanan kepada bakteria di dalam usus supaya dapat membiak

8) Maltodextrin dan HFCS tidaklah menyebabkan leptin turun secara ‘direct’. Mekanismanya lebih panjang dan kompleks daripada itu. Ianya bermula disebabkan maltodextrin dan HFCS adalah gula yang ringkas, maka ianya senang diserap oleh badan. Kandungan gula dalam darah akan cepat meningkat bila mengambil makanan yang mempunyai bahan-bahan tersebut.

Disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam darah dan  ianya tidak digunakan, maka badan akan menukarkannya kepada lemak dalam ‘adipose tissue’. Perlu diketahui bahawa setelah kita makan, adipose tissue akan merembeskan hormone leptin untuk memberi perasaan yang kita sudah kenyang. Tetapi apabila kita mengambil gula yang banyak, maka lagi banyak adipose tissue yang terhasil(seseorang itu akan menjadi obese) dan pada akhirnya menyebabkan ‘leptin resistance’(hormone leptin tidak berkesan). Pada ketika inilah, hormone leptin tidak dpt memberikan perasaan kenyang dan sesorang itu akan rasa asyik lapar sahaja.

9) Tiada kajian yang benar-benar menunjukkan bahawa mengambil maltodextrin dan HFCS boleh menyebabkan kahak, sembelit dan juga tantrum. Tetapi ianya boleh menyebabkan kegemukkan(obesity) yang pada akhirnya menyebabkan kencing manis

Kesimpulannya:

1) Maltodextrin bukan berasal daripada HFCS. Maltodextrin dan HFCS adalah berasal daripada kanji.

2) Tiada kajian benar-benar membuktikan gula tersebut boleh menyebabkan tantrum yang teruk pada kanak-kanak.

3) Gula tersebut merupakan gula yang ringkas dan senang diserap oleh badan. Jika tidak digunakan, maka ianya akan ditukarkan pada tissue lemak dan ini boleh menyebabkan obesiti.

Semoga bermanfaat (kredit: Master Lyna Noh)

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Hujung minggu ni; Sabtu dan Ahad (6 & 7 Mei 2017) ini Shaklee Malaysia akan mengadakan "Shaklee Cares"; sebuah program kesihatan komuniti. Program tersebut akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 5 petang yang bertempat di ofis baru Shaklee di Shaklee Geo Tower.

Kemasukkan untuk program ini adalah percuma, di mana sesiapa sahaja dijemput hadir. Sessi pemeriksaan kesihatan diberikan percuma seperti BMI, tekanan darah, gula dan kolestrol.


Antara yang menarik pada hari Sabtu, pukul 2.30 petang akan diadakan sessi nicara kesihatan tentang kesihatan jantung (Heart Health & You) oleh Dr. Teoh Jun Kiat, salah seorang pakar jantung dari Pusat Perubatan Sunway.


Yang menariknya juga, akan diadakan cabutan bertuah kepada pembeli produk Shaklee dengan mata tertentu. Hadiah semuanya menarik tau! Eksklusif gitu...


Jomlah ramai-ramai meriahkan Shaklee Cares. Sambil-sambil tu boleh melawat ofis baru Shaklee yang lebih mesra.

Jadi, alamat yang perlu anda cari:

Shaklee Home Office
Level 1, Sunway Geo Tower,
Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Jumpa di sana ya.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Ada beberapa rakan cikT tanya, selain diambil begitu saja, Vivix ni boleh ke dicampur buat smoothie atau apa-apa resepi? Sebenarnya boleh je, malahan menambah perisa lagi dalam hidangan tu uolls. Ye lah, kadang-kadang kita nak juga variasikan pengambilan suplemen kita, betul tak?

Okeylah, kat sini cikT sertakan beberapa resepi smoothies, jus dan cocktail dengan menggunakan Vivix. Sesuai dihidangkan sebagai hidangan sarapan, tengahari, malam, bila-bila pun boleh sebenarnya.

Resepi #1: Vivix Grape Smoothie


Resepi #2: Vivix Dragon Fruit Drink


Resepi #3: Vivix Jingle Mocktail



Resepi #4: Prosperous Vivix Cooler


Lepas ni pengambilan Vivix uolls dah boleh dipelbagai. Nak jadikan sebagai pencuci mulut pun sesuai kan? Dah tak perlu buat tetamu rasa serba salah dengan manisan kek dah.. Kot kawan-kawan pernah cuba resepi lain, meh lah kongsikan dengan cikT. 

Selamat mencuba ye.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Testimoni ayah Pn. Rafaliah; seorang pesakit kencing manis yang hilang penglihatan kini boleh melihat semula.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Demam Shaklee Conference yang baru diadakan pada 29 April lepas masih terasa kehangatannya. Mana taknya, founder keluarga besar iReach, Master Lyna Noh dan suami beliau; Master Zainul dijemput jadi guest speaker utama hari tersebut.



Sweet sangat bila tengok suami isteri ni berkongsi pentas. Sebenarnya, bila mereka berdua ni handle anak cucu dalam iReach pun memang dah cukup manis. Master Lyna yang dulu seorang jurutera dan kini ibu bekerjaya dari rumah yang berjaya.

Namun, bukan itu yang cikT nak kongsikan. Dalam ucapan mereka berdua ada kongsikan segala jerih-perih, titisan peluh, air mata yang terpaksa dilalui sebelum duduk di kerusi sekarang. Macam mana mereka ditolak, jatuh, bangkit semula, dengan pelbagai ujian dan ragam manusia.

Sebagai penaik semangat untuk cycle baru 2017/18 ini, cikT berazam tak nak jadikan apa-apa pun ujian sebagai halangan ataupun alasan untuk terus berjaya. Apa yang penting, Master Lyna dan mentor cikT selalu ingatkan untuk jaga hubungan dengan Allah kerana Dia-lah yang maha memberi rezeki dan yang maha memperkenankan segala permohonan hambaNya.

Teringin nak tahu isi kandungan ucapan Master Lyna dan Master Zainul? Jom korek rahsia mereka dari ebook ni.

Selamat membaca dan beramal.

Build to last.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Seperti yang kita ketahui, Vivix adalah satu-satunya suplemen yang mampu menembusi DNA manusia seterusnya bertindak terhadap sel-sel di dalam tubuh. Dengan empat kandungan eksklusif utama iaitu anggur Muscadine, lobak ungu, elderberry Eropah, dan polyganum Cuspidatun, kandungan polifenol dan resveratrol 13 kali lebih telah banyak meningkatkan taraf kesihatan pengamalnya.


Terdapat 4 mekanisme utama dalam sebotol Vivix, iaitu:

~ Membaiki sel DNA
~ Mengurangkan inflamasi
~ Meningkatkan penghasilan tenaga
~ Mengelakkan akumulasi peotein AGE


Terdapat 10 sebab utama kenapa anda perlu pilih Vivix berbanding suplemen lain:

1. Membantu memberikan kesihatan menyeluruh.

2. Menyokong kesihatan sendi.

3. Membantu melambatkan pembentukkan protein AGE.

4. Membantu mengawal gula dalam darah.

5. Membantu untuk melindungi dan membaiki sel.

6. Memberi perlindungan antioksida.

7. Membantu meningkatkan tahap imuniti badan.

8. Membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

9. Membantu mengawal berat badan.

10. Membantu mencantikkan kulit.

Bagi mendapatkan Vivix anda, dipersilakan menghubungi cikT melalui sms atau whatsapp di talian 013-388 9522 atau untuk pembelian terus dengan menggunakan kad debit atau kredit, bolehlah membuat pembelian di sini.

Kesihatan itu amat berharga.

CikT
The Lovely Mamipreneur

Subscribe to: Posts ( Atom )

Carian

Saya Siti

Bonjour & Welcome

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

Follow Siti

Produk Shaklee

ESP vivix

Paling diminati

  • Jom Membuat Capan
    Minggu ni minggu peperiksaan sekolah kebangsaan puteri cikT yang berdua tu. Kebiasaannya, matapelajaran seni ni akan jadi penutup minggu pep...
  • 4 Langkah Pantas Kenalpasti Strok
    Strok adalah satu kecemasan perubatan. Strok berlaku apabila aliran darah ke otak terhenti. Dalam masa beberapa minit, sel-sel otak mula ...
  • Homemade Chicken Ball Mudah Dan Sedap
    Assalamualaikum. Dalam banyak-banyak masakan barat, cikT sukakan pasta. Yang paling cikT suka masakan aglio olio sebab dia ada rasa yang b...
  • Pengalaman Penyusuan Bersama Empat Orang Cahaya Mata
    Assalamualaikum. Anak pertama dulu agak bergelut dengan breastfeeding ni. Mana tak nya. Masa mengandung ingatkan menyusu ni alami sampai ...
  • Cucur Kembung Manis Versi Gluten Free
    Assalamualaikum. Sekarang ni musim cucur kembung manis viral pulak dah. CikT rasa dah pernah viral tahun lepas atau dua tahun lepas. Siap ...

Catatan Siti

  • ▼  2017 (165)
    • ►  August (7)
    • ►  July (24)
    • ►  June (28)
    • ▼  May (30)
      • Bagaimana Nak Layan Pelanggan Tertekan
      • Dah Jarang Asthma, Bebas Nebulizer
      • Cara Khatam Al-Quran Dalam Sebulan
      • Kuatkan Antibodi Dan Serikan Wajah Kusam
      • Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
      • Perisai Tubuh Semulajadi
      • Bisa Badan Mak Dah Kurang, Proses Pencernaan Makin...
      • Dulu Bacaan Gula Ibu 16 Dah Turun Ke 5
      • Salah Faham Tentang Pengambilan Suplemen
      • Selamat Hari Guru, Cikgu!
      • Karnival Masjid Di Hari Sabtu
      • Kuih Keria Gula Melaka Mudah Aje
      • Vivix Shaklee Untuk Ayah
      • Vivix Testimonials
      • Berhenti Merokok Tanpa Letih, Lesu Dan Migraine
      • Atasi Jeragat Dengan Set Jeragat Premium
      • Cara Buat Power Pumping
      • Selamat Hari Ibu
      • Resepi Kentang Smiley
      • Perbezaan Soya ESP Shaklee Dengan Soya Biasa
      • Testimoni Vivix Untuk Carpal Tunnel Syndrome : Tak...
      • Testimoni Vivix Untuk Eczema
      • Rahsia Kekal Bertenaga Semasa Berpuasa
      • Shaklee Health Carnival
      • Penjelasan Berkenaan Maltodextrin Dan High Fructos...
      • Jom Ke Shaklee Cares
      • Resepi Sihat Dan Sedap Dengan Vivix
      • Akhirnya Abah Dah Boleh Melihat Semula
      • Rahsia Build To Last Master Lyna Dan Master Zainul
      • 10 Sebab Kenapa Anda Perlu Pilih Vivix
    • ►  April (30)
    • ►  March (31)
    • ►  February (15)
  • ►  2016 (4)
    • ►  October (4)
Powered by Blogger.

Hubungi Siti

Name

Email *

Message *

Copyright 2014 Lovely Mamipreneur (CikT).
Blogger Templates Designed by OddThemes