Kesan Tabiat Merokok

Bila nak keluar makan dengan keluarga, perkara yang paling cikT kurang gemar bila restoran yang kita dah berkenan tu ada orang merokok di dalamnya. Agaknya rokok berlebihan dah jadikan perokok Malaysia ni dah jadi makin kurang sensitif dengan orang sekeliling.



Tahukah mereka yang kesan merokok ni sangat banyak?

Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia, iaitu di antaranya ada karbonmonoksida, nikotin, dan juga tar. Banyak unsur yang beracun yang terkandung dalam asap rokok yang sifatnya genotoxic. Maksudnya ia menyebabkan terjadinya kerosakan pada sel DNA yang kemudian nengakibatkan berlakunya mutasi dalam sel yang tidak terkendali sehingga menyebabkan kanser.

Menurut statistik yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,

~ 90% yang menghidapi kanser paru-paru adalah kesan daripada merokok
~ 95% pesakit kanser paru-paru meninggal dalam masa 5 tahun setelah dikesan
~ seseorang yang menghidu asap rokok orang lain juga menghadapi risiko menghidap kanser paru-paru walaupun tidak merokok.



Antara risiko penyakit yang bakal dihidapi kesan daripada merokok ialah:

1. Penyakit jantung
2. Penyakit kanser
3. Tekanan darah tinggi
4. Jangkitan saluran pernafasan
5. Strok
6. Penyakit gigi dan gusi
7. Ulser perut
8. Osteoporosis
9. Salur darah menjadi sempit
10. Penyakit mata



Merokok Memusnahkan Kesihatan

Tabiat merokok boleh membawa kepada ketagihan dadah. Ia juga boleh membunuh; iaitu lebih kurang 10,000 orang meninggal dunia setiap tahun akibat merokok.

Kesan lain kesan daripada merokok dan asap rokok juga mengakibatkan:
~ mati pucuk
~ kepintaran kanak-kanak terjejas
~ kulit muka cepat berkedut




Wanita Mengandung dan Rokok

Bagi wanita mengandung yang merokok pula berkemungkinan untuk menghadapi keguguran. Namun, kesan buruk terhadap fetus tidak kurang bahaya juga. Asap rokok mengurangkan bekalan oksigen pada bayi. Selain itu, salur darah akan menjadi lebih sempit.


Merokok merisikokan bayi yang dikandung mengalami kecacatan atau tumbesaran yang terencat. Kesan lain adalah risiko bayi pramatang atau masalah kurang berat badan.

Sama-samalah kita sebarkan kesan akibat daripada tabiat merokok yang bukan sahaja boleh menyebabkan risiko penyakit berbahaya, ia juga merisikokan kesihatan ahli keluarga.

CikT
The Lovely Mamipreneur

Share this:

Tentang Siti

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

0 comments:

Post a Comment