Berita baik buat perokok yang ingin meninggalkan tabiat merokok. Kini, selain sokongan dari orang sekeliling, sebenarnya ada beberapa jenis makanan yang mampu menghilangkan keinginan untuk kembali merokok.
Berdasarkan kajian, 10 jenis makanan yang disenaraikan bukan sahaja menghilang keinginan merokok, bahkan menyebabkan rokok itu akan berasa pahit. Malahan, kebanyakkannya adalah makanan harian dan mudah didapati.
1. Susu
Susu didapati memberi impak rasa yang sangat kuat pada rokok. Kajian mendapati bahawa jika susu diminum sebelum merokok atau rokok dicelup ke dalam susu dan dibiarkan kering, rokok akan berasa pahit. Ini akan menghilangkan "selera" perokok.begitu juga jika mengambil produk tenusu lain seperti keju, yogurt dan krim.
2. Seleri, lobak dan timun
Mempunyai efek hampir sama seperti susu, sayuran ini juga menberikan rasa pahit pada rokok selepas memakannya. Sayuran ini memerlukan kunyahan yang lama sebelum ditelan. Masa yang diambil untuk mengunyah ini dapat "menyibukkan" perokok daripada memikirkan tentang rokok.
3. Brokoli dan bunga kobis (cauliflower)
Mengandungi sulforaphane yang menghasilkan bahan kimia bagi melindungi paru-paru dari racun rokok. Akan tetapi, sekiranya tubuh seseorang mengandungi nikorin yang berlebihan, kemungkinan fungsi tersebut tidak begitu edektif.
4. Buah-buahan sitrus
Merokok dapat mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan. Pengambilan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C ini dapat mengurangkan kebergantungan tubuh pada nikotin.
5. Epal
Epal berfungsi dalam membuang racun dalam badan dan mengurangkan keinginan untuk merokok.
6. Halia dan bawang putih
Rasa panas dan tajam kedua bahan ini dapat melepaskan racun-racun rokok. Ia juga membantu dalam menjaga aliran darah dan tekanan seimbang semasa proses berhenti merokok.
7. Daun herba
Rosemary dan parseli adalah antara jenis daun herba yang dapat mengurangkan iritasi yang berpunca dari rokok.
8. Madu
Bertindak sebagai antioksidan, madu mampu menghilangkan racun dalam tubuh.
9. Kayu manis
Ia diumpamakan seperti sebatang "rokok sihat" yang memberikan rasa tenang pada saraf otak.
10. Makanan masin
Makanan yang mengandungi garam yang berlebihan dapat menghilangkan rasa mengidam tersebut. Namun, pengambilan garam berlebihan dikhuatiri akan menyebabkan risiko kepada penyakit lain.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang bertekad untuk berhenti merokok.
CikT
The Lovely Mamipreneur
Tentang Siti
Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.
0 comments:
Post a Comment