Kek Chocolate Chips Mudah dan Sedap

Dah penat bekerja sepanjang minggu, hari Sabtulah biasanya mak-mak nak bersilat kat dapur kan. Haa...dah alang-alang nak jamu keluarga tu, apa kata mak-mak buatkan kek chocolate chips untuk minum petang pulak?



Bahan-bahannya mudah je. Kalau uolls memang biasa atau sekali-sekala baking tu, tak payah risaulah.

1 cawan butter/marjerin/minyak masak
2 cawan suku tepung naik sendiri
1 cawan gula (cikT guna organic raw cane sugar)
1 sudu besar esen vanilla
1/2 cawan coklat chips
5 biji telur saiz sederhana

Panaskan oven dengan suhu 160 selama 20 minit dulu okey.

Cara-caranya:

1. Pukul gula dan minyak dalam satu mangkuk sehingga berkrim. Gunakan whisk ya.



2. Pukul telur hingga kembang. Lenguh jugak tangan bila lama tak bersenam ni. Lepas itu masukkan esen vanilla tadi.



3. Masukkan telur yang dah dipukul tadi ke dalam mangkuk minyak bersama gula. Masukkan sedikit-sedikit tau. Tekstur macam ini yang kita mahu.



4.  Sekarang dah boleh masukkan tepung. Bila tepung dah masuk, sila tukarkan whisk pada senduk kayu atau spatula. Ini part yang selalu orang tak sabar. Tepungnya tak boleh terjun semua sekali. Sedikit demi sedikit ya.


5. Sementara tu, ambil sesudu tepung tadi dan salutkan chocolate chips di bekas lain.


6. Kemudian masukkan chocolate chips ke dalam kek dan gaul rata secara perlahan.


7. Susun cup cantik-cantik. Kalau nak masuk loyang yang dah disapu butter pun boleh.


8. Tuangkan adunan.


9. Masukkan ke dalam oven dan bakar dalam masa 30-40 minit ikut oven masing-masing.


10. Tadaa!! Dipersilakan jamu ahli keluarga uolls.




Nak makan tu, kalau ada lebih sedekahlah kat jiran sebelah. Untung-untung jiran suka terus nak order. Dapat tambah pendapatan.



Hah, dah siap masak tu, jangan lupa basuh peralatan tu pulak.

Selamat mencuba ya!

CikT
Mamipreneur penyayang dari rumah

Share this:

Tentang Siti

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

0 comments:

Post a Comment