Cara Mudah Bersihkan Sayur
Bagaimana cara nak memastikan segala bahan kimia dalam sayur disingkirkan dan kita tidak terdedah kepada bahaya pestisid? Itulah yang selalu cikT risaukan dulu-dulu. Ye lah, kita memang uruskan hal makan minum kat rumah kan. Semaksimumnya nak jaga perut (read: usus) mereka dengan baik.
CikT biasa masak simple je. Biasanya satu lauk, satu sayur. Maklumlah asyik kena berkejaran sana-sini sepanjang hari. Lagipun senang nak nikmati hidangan tu betul-betul. Wajib bersayur sebab sangat penting untuk perkembangan fizikal, mental dan emosi.
Brokoli dan lobak antara sayur favourite anak-anak cikT yang tak payah nak main pujuk rayu, paksarela atau sorok-sorok samada sorok masa suap atau dalam bentuk lain.
Sayur-sayuran kita sekarang ni kebanyakkannya dah dicemari dengan racun dan baja kimia. Risau je benda-benda tak elok ni masuk sekali dalam badan kita.
Cara nak elak dari racun dan bahan kimia dalam sayur kita adalah dengan membeli sayur organik. Sayur organik ni insyaAllah akan memudahkan tubuh kita untuk mendapat khasiat tanpa was-was. Tapi harga sayur organik ni mahal sikitlah kan.
Cara yang kedua ialah dengan menanam sendiri. Bagi yang minat dan pandai menanam tu, mungkin tak ada masalah. Tapi kalau jenis yang tak reti pulak, bercucuk tanam ni memang tak lah. Tak masuk lagi masalah ruang yang agak terhad dan masa yang keluar subih, balik dah nak tengah malam.
CikT beli jugak yang dijual di pasar tu sebab lebih murah dan mudah. Nak pastikan sayur tu bebas dari bahan kimia macam pestisid, cikT pastikan sayur tu dibasuh bersih sebelum dimasak.
Eh, bukan setakat basuh dengan air je tau. Kenalah guna pencuci yang dapat singkirkan kesan-kesan racun, kotoran dan wax. Pencuci pulak gunalah yang berasaskan tumbuhan organik macam Basic H ni.
Tak payah nak rendam semalaman atau berejam pun. Cukup satu dua titik je sebab ianya berkepekatan tinggi, biarkan dalam tiga hingga lima minit, kemudian bilas.
Boleh jugak rendam dengan air garam, apple cider vinegar pun boleh. Dah alang-alang Basic H memang sentiasa ada kat rumah ni, guna ajelah.
Petua agar khasiat sayuran tak hilang masa membasuh nanti, jangan potong sayur sebelum membuat rendaman.
CikT
The Lovely Mamipreneur dari rumah
Tentang Siti
Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.
0 comments:
Post a Comment