7 Tips Berhenti Merokok

Bukan mudah untuk berhenti dari kebiasaan merokok. Ianya memerlukan dorongan diri yang kuat, sokongan dan motivasi tanpa henti dari orang sekeliling dan cara yang betul.




1. Niat
Perlu tanamkan niat untuk berhenti merokok. Ini kerana keinginan untuk melakukan sesuatu merupakan kunci kepada tindakan. Buang semua rokok yang ada akan mengurangkan keinginan tersebut.

2. Yakin
Jika selama ini anda fikir ianya mustahil untuk berhenti merokok, ubahlah mindset anda itu sekarang. Percaya pada diri sendiri yang anda mampu melakukannya.

3. Tetapkan tarikh untuk berhenti
Sasarkan bila hari yang anda ingin berhenti. Ini mungkin membantu anda untuk lebih bersedia dan ada matlamat.

4. Fokus pada manfaat
Terdapat dua manfaat utama jika berhenti merokok. Yang pertama ialah kesihatan. Bukan sahaja pada diri sendiri, ia juga memperbaiki kesihatan orang-orang tersayang. Yang keduanya penjimatan. Harga rokok meningkat setiap tahun. Lebih seronok rasanya duit belanja rokok iti masuk ke tabung.

5. Sokongan
Dapatkan sokongan ahli keluarga, kawan-kawan dan rakan kerja dengan memaklumkan keinginan anda untuk berhenti dengan mereka. Jauhkan diri dari kaean-kawan yang merokok juga dapat menjarakkan anda dari rokok.

6. Sibukkan diri dengan aktiviti fizikal
Cuba lakukan aktiviti lain yang boleh melalaikan anda dari rokok. Mencuba hobi baru mungkin membantu.

7. Pertahankan
Sentiasa elakkan diri dari menyentuh semula rokok walaupun hanya sebatang. Ingat kembali maylamat utama anda untuk berhenti merokok.

Sentiasalah berdoa semoga anda istiqamah dan agar keputusan untuk berhenti merokok itu tidak tercalar.

CikT
The Lovely Mamipreneur

Share this:

Tentang Siti

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

0 comments:

Post a Comment