Lovely Mamipreneur (CikT)
  • Laman Utama
  • Profil
  • Shaklee
    • Produk Shaklee
    • Set Kesihatan
    • Daftar Keahlian
    • Senarai Pengedar
    • Sijil Halal
  • Beli Online
  • Penafian
Home Archive for February 2017
Kali ni cikT nak berkongsi pengalaman seorang ayah yang menderita gout sejak di usia muda beliau. Hanya mengharapkan ubat penahan sakit bila penyakit menyerang. Anak beliau pun cuba berikhtiar dengan Vivix dan alhamdulillah dalam masa sebulan saja dah menampakkan kesan positif.



Ayah Zarith dulu menghidap gout dah berpuluh tahun, sejak usia ayah 30-an. Bila Zarith dapat sambung belajar ke German, call rumah setiap hari, ada satu masa tu ibu kata ayah tak boleh nak jalan, seret je kaki, memapah dinding akibat gout. Nak drive of course la tak boleh juga.

Anak mana la tak risau kan, semakin teruk pulak gout ayah. 

Kerap juga begitu. Sampaikan bila termakan makanan yang ada rencah ikan bilis pun boleh terkena gout. 

Jadi ayah bertahan dengan painkiller setiap hari, baru boleh lakukan aktiviti seharian.

Tahun 2013 baru tahu tentang Resveratrol yang dapat mengatasi masalah asid urik, dan salah satu produk yang ada 10 kali Resveratrol adalah Vivix.

Nak cuba takut juga, sebab Vivix ni bukan murah, ayah pula susah sikit nak ambil supplement, takut ayah tak nak makan pula. 

Tapi demi tak nak tengok ayah jalan memapah dinding lagi, Zarith beli juga. Kalau tak nak Zarith la makan hehe. Alhamdulillah ayah suka pula makan, sedap rasa dia kan. Gabungan dari Anggur Muscadine, Lobak Ungu, Elderberry dan Polygonum Cuspidatum

Disebabkan Vivix ni bukanlah ubat yang boleh beri kesan serta-merta, maka bila ayah mula makan tu, 4 hari pertama ayah dah boleh tinggalkan painkiller.

Sebulan lepas tu, seminggu tak makan painkiller. Sampai ayah cakap "Bagus la vitamin awak bagi ayah tu, dia boleh lawan asid uric dalam badan ayah ni. Ayah tak payah makan ubat tahan sakit lagi." 

Masa Zarith call tanya khabar ayah tu, menitik air mata kat ofis. Bersyukur. Tapi kesat laju-laju malu orang nampak, huhu

Jadi sampai sekarang Zarith masih bekalkan ayah Vivix, selain untuk gout, juga untuk kesihatan dan kecergasan ayah yang dah berusia 70-an.

- Pn. Zarith -


Bagi mendapatkan Vivix untuk mak, ayah, atau diri sendiri, silalah hubungi cikT melaui sms atau whatsappp dengan menaip GOUT ke 013-388 9522 atau jika ingin membuat pembwlian menggunakan kad debit atau kredit, sila klik di sini.

Penafian:
Ini adalah perkongsian peribadi pengguna setelah berikhtiar dengan Vivix Shaklee. Hasilnya mungkin berbeza untuk setiap individu. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


CikT
The Lovely Mamipreneur
013.388.9522
ctrodhiah.blogspot.com
Antara penyakit kaum lelaki yang ditakuti ialah gout. Bila gout menyerang, memang tak boleh nak buat apa. Bisanya yang menyucuk tu hanya yang pernah alami saja yang tahu. Jom kenali penyakit ini dan macam mana ikhtiar dengan Set Gout Shaklee yang insyaAllah berkesan.



Apa itu Gout?

Gout adalah sejenis arthritis. Ia boleh menyebabkan serangan sakit secara tiba-tiba seperti rasa terbakar, kekejangan dan bengkak pada sendi. Bagi kebanyakan orang, serangan pertama gout berlaku di ibu jari kaki. Selalunya, serangan berlaku ketika seseorang bangun dari tidur.

Gout boleh menyebabkan:

- sakit
- bengkak
- kemerahan
- rasa panas dan terbakar
- kekakuan atau kekejangan pada sendi



Selain ibu jari kaki, gout boleh menjejaskan:

- pergelangan kaki
- tumit kaki
- lutut
- pergelangan tangan
- jari
- siku

Punca Gout

Gout adalah disebabkan oleh terlalu banyak kandungan asid urik dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah terlalu tinggi, ia akan membentuk kristal keras dalam sendi.

Serangan gout juga boleh disebabkan oleh tekanan, alkohol atau dadah, atau penyakit lain. Biasanya, ia menjadi semakin pulih dalam tempoh 3 hingga 10 hari, walaupun tanpa rawatan.

Makanan yang perlu dielakkan oleh penghidap penyakit gout



~ makanan laut, kerang, ikan sardin dan ikan bilis (mengandungi purin yang tinggi)
~ sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam
~ daging merah
~ organ dalaman seperti paru, hati dan jantung
~ makanan yang mengandungi yis
~ alkohol

Bagaimana Set Gout Shaklee berfungsi?



Vivix:
Kajian di Harvard University mendapati kandungan resveratrol yang dijumpai dalam anggur muscadine dan polygonum cuspidatun sebagai antioksidan terbaik untuk merendahkan paras asid urik dalam badan.

Omega Guard:
Kandungan DHA dan EPA dapat mengurangkan keradangan pada sendi pesakit gout.

Alfalfa:
Menyingkirkan .toksik dari tubuh.

Performance Drink:
Mengelakkan tubuh dari dehidrasi dan mengawal gula dalam badan.


Untuk dapatkan Set Gout Shaklee ini, sila taip GOUT dan sms/ whatsapp ke 013-388 9522 atau email ke sitirodhiahnoormy@gmail.com


Penafian:
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

CikT
The Lovely Mamipreneur




Bila nak keluar makan dengan keluarga, perkara yang paling cikT kurang gemar bila restoran yang kita dah berkenan tu ada orang merokok di dalamnya. Agaknya rokok berlebihan dah jadikan perokok Malaysia ni dah jadi makin kurang sensitif dengan orang sekeliling.



Tahukah mereka yang kesan merokok ni sangat banyak?

Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia, iaitu di antaranya ada karbonmonoksida, nikotin, dan juga tar. Banyak unsur yang beracun yang terkandung dalam asap rokok yang sifatnya genotoxic. Maksudnya ia menyebabkan terjadinya kerosakan pada sel DNA yang kemudian nengakibatkan berlakunya mutasi dalam sel yang tidak terkendali sehingga menyebabkan kanser.

Menurut statistik yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,

~ 90% yang menghidapi kanser paru-paru adalah kesan daripada merokok
~ 95% pesakit kanser paru-paru meninggal dalam masa 5 tahun setelah dikesan
~ seseorang yang menghidu asap rokok orang lain juga menghadapi risiko menghidap kanser paru-paru walaupun tidak merokok.



Antara risiko penyakit yang bakal dihidapi kesan daripada merokok ialah:

1. Penyakit jantung
2. Penyakit kanser
3. Tekanan darah tinggi
4. Jangkitan saluran pernafasan
5. Strok
6. Penyakit gigi dan gusi
7. Ulser perut
8. Osteoporosis
9. Salur darah menjadi sempit
10. Penyakit mata



Merokok Memusnahkan Kesihatan

Tabiat merokok boleh membawa kepada ketagihan dadah. Ia juga boleh membunuh; iaitu lebih kurang 10,000 orang meninggal dunia setiap tahun akibat merokok.

Kesan lain kesan daripada merokok dan asap rokok juga mengakibatkan:
~ mati pucuk
~ kepintaran kanak-kanak terjejas
~ kulit muka cepat berkedut




Wanita Mengandung dan Rokok

Bagi wanita mengandung yang merokok pula berkemungkinan untuk menghadapi keguguran. Namun, kesan buruk terhadap fetus tidak kurang bahaya juga. Asap rokok mengurangkan bekalan oksigen pada bayi. Selain itu, salur darah akan menjadi lebih sempit.


Merokok merisikokan bayi yang dikandung mengalami kecacatan atau tumbesaran yang terencat. Kesan lain adalah risiko bayi pramatang atau masalah kurang berat badan.

Sama-samalah kita sebarkan kesan akibat daripada tabiat merokok yang bukan sahaja boleh menyebabkan risiko penyakit berbahaya, ia juga merisikokan kesihatan ahli keluarga.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Kali ini cikT nak kongsikan satu lagi resepi kegemaran anak-anak. Bahan-bahannya semua apa yang ada di dapur. Yang penting, resepi ni berasaskan ESP.


Yogurt Buah ESP

Bahan-bahannya:

Greek yogurt*
Buah-buahan kegemaran
Madu*
Chia seed
3 sudu ESP

Cara:

1. Potong buah berbentuk dadu
2. Tuangkan yogurt ke dalam mangkuk.
3. Masukkan buah ke dalam mangkuk berisi yogurt.
4. Masuklan madu dan ESP. Gaulkan.
5. Taburkan chia seed.

*Nota
Bekukan yogurt di dalam bahagian beku boleh menghasilkan tekstur aiskrim.
Amaun madu yang diperlukan untuk resepi ini terpulang pada tahap kemanisan anda.

Di sini cikT campurkan lebihan coklat buatan sendiri. Saja nak bagi impress lebih kat anak-anak. Boleh guna chocolate ganache pilihan anda juga.

Selamat mencuba!

CikT
The Lovely Mamipreneur


Kepelbagaian Khasiat
Vita-Lea®, salah satu suplemen paling seimbang dengan khasiat yang lengkap, dirumus khas untuk membekalkan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Pengambilan harian Vita-Lea®
  • Menggalakkan kecergasan dan kesihatan keseluruhan tubuh
  • Menguatkan tulang dan sistem imun
  • Melindungi tubuh daripada radikal bebas

  • * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Berita baik buat perokok yang ingin meninggalkan tabiat merokok. Kini, selain sokongan dari orang sekeliling, sebenarnya ada beberapa jenis makanan yang mampu menghilangkan keinginan untuk kembali merokok.



Berdasarkan kajian, 10 jenis makanan yang disenaraikan bukan sahaja menghilang keinginan merokok, bahkan menyebabkan rokok itu akan berasa pahit. Malahan, kebanyakkannya adalah makanan harian dan mudah didapati.

1. Susu

Susu didapati memberi impak rasa yang sangat kuat pada rokok. Kajian mendapati bahawa jika susu diminum sebelum merokok atau rokok dicelup ke dalam susu dan dibiarkan kering, rokok akan berasa pahit. Ini akan menghilangkan "selera" perokok.begitu juga jika mengambil produk tenusu lain seperti keju, yogurt dan krim.

2. Seleri, lobak dan timun

Mempunyai efek hampir sama seperti susu, sayuran ini juga menberikan rasa pahit pada rokok selepas memakannya. Sayuran ini memerlukan kunyahan yang lama sebelum ditelan. Masa yang diambil untuk mengunyah ini dapat "menyibukkan" perokok daripada memikirkan tentang rokok.

3. Brokoli dan bunga kobis (cauliflower)

Mengandungi sulforaphane yang menghasilkan bahan kimia bagi melindungi paru-paru dari racun rokok. Akan tetapi, sekiranya tubuh seseorang mengandungi nikorin yang berlebihan, kemungkinan fungsi tersebut tidak begitu edektif.

4. Buah-buahan sitrus

Merokok dapat mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan. Pengambilan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C ini dapat mengurangkan kebergantungan tubuh pada nikotin.

5. Epal

Epal berfungsi dalam membuang racun dalam badan dan mengurangkan keinginan untuk merokok.

6. Halia dan bawang putih

Rasa panas dan tajam kedua bahan ini dapat melepaskan racun-racun rokok. Ia juga membantu dalam menjaga aliran darah dan tekanan seimbang semasa proses berhenti merokok.

7. Daun herba

Rosemary dan parseli adalah antara jenis daun herba yang dapat mengurangkan iritasi yang berpunca dari rokok.

8. Madu

Bertindak sebagai antioksidan, madu mampu menghilangkan racun dalam tubuh.

9. Kayu manis

Ia diumpamakan seperti sebatang "rokok sihat" yang memberikan rasa tenang pada saraf otak.

10. Makanan masin

Makanan yang mengandungi garam yang berlebihan dapat menghilangkan rasa mengidam tersebut. Namun, pengambilan garam berlebihan dikhuatiri akan menyebabkan risiko kepada penyakit lain.


Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang bertekad untuk berhenti merokok.


CikT
The Lovely Mamipreneur
Bukan mudah untuk berhenti dari kebiasaan merokok. Ianya memerlukan dorongan diri yang kuat, sokongan dan motivasi tanpa henti dari orang sekeliling dan cara yang betul.



1. Niat
Perlu tanamkan niat untuk berhenti merokok. Ini kerana keinginan untuk melakukan sesuatu merupakan kunci kepada tindakan. Buang semua rokok yang ada akan mengurangkan keinginan tersebut.

2. Yakin
Jika selama ini anda fikir ianya mustahil untuk berhenti merokok, ubahlah mindset anda itu sekarang. Percaya pada diri sendiri yang anda mampu melakukannya.

3. Tetapkan tarikh untuk berhenti
Sasarkan bila hari yang anda ingin berhenti. Ini mungkin membantu anda untuk lebih bersedia dan ada matlamat.

4. Fokus pada manfaat
Terdapat dua manfaat utama jika berhenti merokok. Yang pertama ialah kesihatan. Bukan sahaja pada diri sendiri, ia juga memperbaiki kesihatan orang-orang tersayang. Yang keduanya penjimatan. Harga rokok meningkat setiap tahun. Lebih seronok rasanya duit belanja rokok iti masuk ke tabung.

5. Sokongan
Dapatkan sokongan ahli keluarga, kawan-kawan dan rakan kerja dengan memaklumkan keinginan anda untuk berhenti dengan mereka. Jauhkan diri dari kaean-kawan yang merokok juga dapat menjarakkan anda dari rokok.

6. Sibukkan diri dengan aktiviti fizikal
Cuba lakukan aktiviti lain yang boleh melalaikan anda dari rokok. Mencuba hobi baru mungkin membantu.

7. Pertahankan
Sentiasa elakkan diri dari menyentuh semula rokok walaupun hanya sebatang. Ingat kembali maylamat utama anda untuk berhenti merokok.

Sentiasalah berdoa semoga anda istiqamah dan agar keputusan untuk berhenti merokok itu tidak tercalar.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Bila sudah terjebak, merokok adalah antara ketagihan yang sukar untuk ditinggalkan. Nak lepaskan diri dari belenggu nikotin apatah lagi jika sudah cecah berpuluh tahun memang nampak mustahil. Selain sokongan moral dari orang sekeliling dan dorongan diri yang kuat, melihat merokok dari sudut berbeza juga membantu mengurangkan "feel" itu kembali.



Testimoni Kesan Vivix Ke Atas Perokok









Manfaat Berhenti Merokok

Nampak lebih muda. Kulit yang kurang oksigen akan menyebabkannya lebih cepat berkedut dan kelihatan lebih tua.

Kurang bebanan stres. Kandungan nikotin dalam rokok memberikan rasa "tenang" pada otak. Sebenarnya rasa itu hanya bersifat sementara. Orang yang bebas rokok terbukti lebih tenang.

Meningkatkan kesuburan. Nikotin dan bahan kimia yang lain membunuh kualiti sperma dan lapisan rahim yang menyebabkan ketidaksuburan. Dengan berhenti merokok, potensi untuk memiliki anak lebih tinggi bagi yang sedang berusaha ke arah itu.

Hubungan intim menjadi lebih baik. Aliran darah yang lebih lancar membantu untuk lebih sensitif. Proses ereksi dan orgasme yang baik akan meningkatkan kualiti hubungan seks.

Senyuman lebih menawan, nafas lebih segar. Tiada lagi gigi kekuningan yang tersusun dan tiada lagi masalah bau nafas. Ini juga akan meningkatkan keyakinan diri seseorang.

Hidup lebih sihat. Kebanyakkan penyakit yang membawa maut berpunca dari rokok termasuk mereka yang menghidu asap rokok. Manfaat hidup sihat turut dinikmati oleh kekuarga dan orang sekeliling.


Harga sebotol Vivix tidak dapat dibandingkan dengan harga sebuah kesihatan. Jom hidup lebih sihat.

CikT
The Lovely Mamipreneur
013.388.9522
ctrodhiah.blogspot.com





Testimoni 1: Tiada Withdrawal Symptom, Tubuh Lebih Sihat, Wajah Lebih Kacak

Kini suami saya bukan lagi seorang perokok.

Sabar berdoa. Berusaha.
Berikan sokongan dan tidak putus asa beri semangat.
Alhamdulillah kini suami saya bebas dari rokok tanpa menghadapi withdrawal symptom. Fizikal dia lebih sihat. Wajahnya makin kacak...hehehe...
Memang tak nafikan. VVIX bantu dia untuk lepas dari rantai rokok. Tiada keinginan pada rokok...
Syukur..

Teramat bahagia dalam hati seorang isteri.



Testimoni 2: Pengakuan Isteri-Isteri Bekas Perokok Tegar



Testimoni 3: Mak, Seorang Perokok Tegar


Testimoni 4: Lebih 30 Tahun Merokok Akhirnya Berhenti

Lebih 30 tahun menjadi perokok tegar akhirnya berhenti setelah amalkan Vivix secara konsisten.

~ Indrawati ~



Testimoni 5: Sekarang Saya Sudah Berhenti Merokok

Tiada lagi si.diran pedih dari rakan-rakan "Alah, kejap je tu nanti merokoj balik". Sekarang saya sudah berhenti merokok.

~ Nasiruddin Sulong ~


Penafian:
Ini adalah perkongsian peribadi pengguna setelah berikhtiar dengan Vivix Shaklee. Hasilnya mungkin berbeza untuk setiap individu. Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Dengan pengambilan Vivix secara konsisten dan berterusan, usaha untuk tidak kembali kepada rokok insyaAllah berhasil. Jimat belanja, kesihatan terjaga, tubuh juga kembali muda.

Dapatkan konsultasi eksklusif dari cikT dengan menaip VIVIX1 melalui SMS atau Whatsapp ke 013-388 9522 atau pembelian terus menggunakan kad kredit atau debit di sini.

CikT
The Lovely Mamipreneur
013.388.9522
ctrodhiah.blogspot.com


Bagaimana cara nak memastikan segala bahan kimia dalam sayur disingkirkan dan kita tidak terdedah kepada bahaya pestisid? Itulah yang selalu cikT risaukan dulu-dulu. Ye lah, kita memang uruskan hal makan minum kat rumah kan. Semaksimumnya nak jaga perut (read: usus) mereka dengan baik.




CikT biasa masak simple je. Biasanya satu lauk, satu sayur. Maklumlah asyik kena berkejaran sana-sini sepanjang hari. Lagipun senang nak nikmati hidangan tu betul-betul. Wajib bersayur sebab sangat penting untuk perkembangan fizikal, mental dan emosi.

Brokoli dan lobak antara sayur favourite anak-anak cikT yang tak payah nak main pujuk rayu, paksarela atau sorok-sorok samada sorok masa suap atau dalam bentuk lain.

Sayur-sayuran kita sekarang ni kebanyakkannya dah dicemari dengan racun dan baja kimia. Risau je benda-benda tak elok ni masuk sekali dalam badan kita.

Cara nak elak dari racun dan bahan kimia dalam sayur kita adalah dengan membeli sayur organik. Sayur organik ni insyaAllah akan memudahkan tubuh kita untuk mendapat khasiat tanpa was-was. Tapi harga sayur organik ni mahal sikitlah kan.



Cara yang kedua ialah dengan menanam sendiri. Bagi yang minat dan pandai menanam tu, mungkin tak ada masalah. Tapi kalau jenis yang tak reti pulak, bercucuk tanam ni memang tak lah. Tak masuk lagi masalah ruang yang agak terhad dan masa yang keluar subih, balik dah nak tengah malam.

CikT beli jugak yang dijual di pasar tu sebab lebih murah dan mudah. Nak pastikan sayur tu bebas dari bahan kimia macam pestisid, cikT pastikan sayur tu dibasuh bersih sebelum dimasak.



Eh, bukan setakat basuh dengan air je tau. Kenalah guna pencuci yang dapat singkirkan kesan-kesan racun, kotoran dan wax. Pencuci pulak gunalah yang berasaskan tumbuhan organik macam Basic H ni.

Tak payah nak rendam semalaman atau berejam pun. Cukup satu dua titik je sebab ianya berkepekatan tinggi, biarkan dalam tiga hingga lima minit, kemudian bilas.

Boleh jugak rendam dengan air garam, apple cider vinegar pun boleh. Dah alang-alang Basic H memang sentiasa ada kat rumah ni, guna ajelah.

Petua agar khasiat sayuran tak hilang masa membasuh nanti, jangan potong sayur sebelum membuat rendaman.

CikT
The Lovely Mamipreneur dari rumah
Dah penat bekerja sepanjang minggu, hari Sabtulah biasanya mak-mak nak bersilat kat dapur kan. Haa...dah alang-alang nak jamu keluarga tu, apa kata mak-mak buatkan kek chocolate chips untuk minum petang pulak?



Bahan-bahannya mudah je. Kalau uolls memang biasa atau sekali-sekala baking tu, tak payah risaulah.

1 cawan butter/marjerin/minyak masak
2 cawan suku tepung naik sendiri
1 cawan gula (cikT guna organic raw cane sugar)
1 sudu besar esen vanilla
1/2 cawan coklat chips
5 biji telur saiz sederhana

Panaskan oven dengan suhu 160 selama 20 minit dulu okey.

Cara-caranya:

1. Pukul gula dan minyak dalam satu mangkuk sehingga berkrim. Gunakan whisk ya.



2. Pukul telur hingga kembang. Lenguh jugak tangan bila lama tak bersenam ni. Lepas itu masukkan esen vanilla tadi.



3. Masukkan telur yang dah dipukul tadi ke dalam mangkuk minyak bersama gula. Masukkan sedikit-sedikit tau. Tekstur macam ini yang kita mahu.



4.  Sekarang dah boleh masukkan tepung. Bila tepung dah masuk, sila tukarkan whisk pada senduk kayu atau spatula. Ini part yang selalu orang tak sabar. Tepungnya tak boleh terjun semua sekali. Sedikit demi sedikit ya.


5. Sementara tu, ambil sesudu tepung tadi dan salutkan chocolate chips di bekas lain.


6. Kemudian masukkan chocolate chips ke dalam kek dan gaul rata secara perlahan.


7. Susun cup cantik-cantik. Kalau nak masuk loyang yang dah disapu butter pun boleh.


8. Tuangkan adunan.


9. Masukkan ke dalam oven dan bakar dalam masa 30-40 minit ikut oven masing-masing.


10. Tadaa!! Dipersilakan jamu ahli keluarga uolls.




Nak makan tu, kalau ada lebih sedekahlah kat jiran sebelah. Untung-untung jiran suka terus nak order. Dapat tambah pendapatan.



Hah, dah siap masak tu, jangan lupa basuh peralatan tu pulak.

Selamat mencuba ya!

CikT
Mamipreneur penyayang dari rumah
Rabu baru ni, Anas (anak ketiga cikT) buat pertama kalinya mengikuti lawatan sambil belajar ke Masjid Bukit Jelutong Shah Alam. Dari malam sebelum tu lagi beliau dah tak sabar nak ikut lawatan ni.



Walaupun beliau tahu kena pakai uniform yang sama, tetap tanya mami baju mana yang akan dipakai nanti. Sebabnya, beliau ada tiga pasang. Yang pertama, uniform yang principal bagi FOC sebab sebelum buka sekolah hari tu uniform yang dah bayar belum ada. Saiznya besar, mami kena gigih jahit kat lengan dan kaki seluar dan baju. Yang kedua, dapat masa minggu kedua sekolah. Yang ketiga pula, baru je dapat minggu lepas.

Setiap tahun cikT ada anak yang sekolah kat tadika ni, maknanya setiap tahun ada lawatan ke masjid ni. Walaupun dah masuk anak ketiga, cikT masih lagi rasa teruja dengan semua program anak. Zaman kanak-kanak kan sekali je datang. Tak naklah terlepas detik-detik mereka ni.



Tujuan lawatan ke masjid ni sebenarnya nak bagi pendedahan kat anak-anak tentang adab dalam masjid, perkara yang boleh dimanfaatkan di dalam masjid, dan beberapa akhlak lain.



Anak-anak ni pergi dengan bas yang disewa khas. Dengan teachers mereka sekali lah. Masa buat bayaran untuk bas sewa hari tu, memang dah dinyatakan RM1 akan disedekahkan ke tabung masjid. Tujuannya nak tanamkan sifat suka bersedekah.



Selesai berwudhuk, mereka diajar cara solat sunat Tahiyatul Masjid secara berjemaah. Masa inilah kita akan nampak macam mana sabarnya guru-guru tadika ni mendidik dan mengawal anak-anak kita dengan jumlah yang ramai. Tabik spring kat cikgu-cikgu. Masa solat walaupun dua rakaat je, warna-warni sungguh perangai mereka. Rasa nak gelak pun ada.




Lepas tu mereka dibawa ke sudut bacaan masjid. Lebih kurang macam perpustakaan mini lah. Masa kat sini, anak-anak memang suka sangat. Suasana yang penuh dengan buku-buku dan berhawa dingin lagi.




Sebelum balik, anak-anak dijamu dengan makan tengahari. Mereka makan dalam talam tau...Berselera sungguh nampaknya. Selesai semua, rombongan pun naik bas balik ke sekolah semula.



Sampai rumah Anas tak habis-habis cerita betapa syioknya trip beliau dan kawan-kawan ke masjid. Tak rasa penat dan mengantuk pun sepanjang perjalanan. Mungkin berkat ambil suplemen pagi tu agaknya. Syukurlah. Mami doakan semoga Anas lebih dekat dengan masjid lepas ni. InsyaAllah.


CikT

Mamipreneur penyayang dari rumah
Subscribe to: Posts ( Atom )

Carian

Saya Siti

Bonjour & Welcome

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

Follow Siti

Produk Shaklee

ESP vivix

Paling diminati

  • Jom Membuat Capan
    Minggu ni minggu peperiksaan sekolah kebangsaan puteri cikT yang berdua tu. Kebiasaannya, matapelajaran seni ni akan jadi penutup minggu pep...
  • 4 Langkah Pantas Kenalpasti Strok
    Strok adalah satu kecemasan perubatan. Strok berlaku apabila aliran darah ke otak terhenti. Dalam masa beberapa minit, sel-sel otak mula ...
  • Homemade Chicken Ball Mudah Dan Sedap
    Assalamualaikum. Dalam banyak-banyak masakan barat, cikT sukakan pasta. Yang paling cikT suka masakan aglio olio sebab dia ada rasa yang b...
  • Pengalaman Penyusuan Bersama Empat Orang Cahaya Mata
    Assalamualaikum. Anak pertama dulu agak bergelut dengan breastfeeding ni. Mana tak nya. Masa mengandung ingatkan menyusu ni alami sampai ...
  • Cucur Kembung Manis Versi Gluten Free
    Assalamualaikum. Sekarang ni musim cucur kembung manis viral pulak dah. CikT rasa dah pernah viral tahun lepas atau dua tahun lepas. Siap ...

Catatan Siti

  • ▼  2017 (165)
    • ►  August (7)
    • ►  July (24)
    • ►  June (28)
    • ►  May (30)
    • ►  April (30)
    • ►  March (31)
    • ▼  February (15)
      • Gout Hilang Dengan Vivix
      • Set Gout Shaklee Ikhtiar Penyakit Gout
      • Kesan Tabiat Merokok
      • Resepi Yogurt Buah ESP
      • Kepelbagaian Khasiat Vita-Lea®, salah satu s...
      • 10 Jenis Makanan Yang Mengurangkan Keinginan Merokok
      • 7 Tips Berhenti Merokok
      • Kesan Vivix Ke Atas Perokok
      • Testimoni Perokok Tegar Berhenti Merokok Dengan Vi...
      • Cara Mudah Bersihkan Sayur
      • Kek Chocolate Chips Mudah dan Sedap
      • Lawatan ke Masjid Bukit Jelutong
      • Risiko Kencing Manis Semakin Berkurangan
      • Turunkan Paras Gula Secara Semulajadi
      • Segalanya tentang Vivix
  • ►  2016 (4)
    • ►  October (4)
Powered by Blogger.

Hubungi Siti

Name

Email *

Message *

Copyright 2014 Lovely Mamipreneur (CikT).
Blogger Templates Designed by OddThemes