Lovely Mamipreneur (CikT)
  • Laman Utama
  • Profil
  • Shaklee
    • Produk Shaklee
    • Set Kesihatan
    • Daftar Keahlian
    • Senarai Pengedar
    • Sijil Halal
  • Beli Online
  • Penafian
Home Archive for 2017
Saya seorang pelajar jurusan Pastry and Bakery dan berumur 18 tahun. Sepanjang bergelar seorang pelajar hidup saya sangat sibuk sehingga tiada masa untuk uruskan diri untuk tampil cantik. Bila dh ambil kursus pastry and bakery tahu-tahu jela, kita akan lebih terdedah kepada haba yang panas. Selalu berdepan dengan panas oven yang besar dekat kitchen. Kelas pagi sampai malam kadang duduk dekat kitchen.

Malangnya pada semester ke-3 saya perasan muka saya ada kesan-kesan hitam yang ada dekat bawah mata. Walaupun sedikit dah boleh menggusarkan diri saya. Bila saya lihat betul-betul barulah saya tahu rupanya jeragat. Punyalah sedih masa itu, tak tahu macam mana nak hilangkan jeragat. Belilah pelbagai produk jenama apa pun tetap gitu je malah makin besar pulak. Jadi bila muka dah ada jeragat cara saya nak tutup ye terpaksa lah pakai conceler. Banyakkan pergi kelas dengan pakai conceler.

Sehingga tamat belajar dan mula bekerja jeragat tidak juga berkurang. Jadi bila dah bekerja saya Google untuk hilangkan jeragat tapi untuk remaja tak ada pun. Saya dengan nekad tanya dengan salah satu blog tentang jeragat. Risau juga pada awalnya sebab takut tak boleh hilang lagi pun mahalkan produk tu. Dengan senekadnya hati saya beli juga 2 botol GLA Complex.

Selepas beberapa minggu saya dapati kulit wajah saya tidak berjeragat lagi. Paling best GLA Complex ini boleh stabil period yang huru hara ini. Memang tak menyesal saya beli produk daripada Shaklee ini. Seperti tidak percaya bila upline saya kata belum pernah lagi jumpa jeragat remaja.


PN. NORHASLINDA (Kredit: Supermom Shaklee Story)

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Zahrah Bt. Abd Basit, berumur 60 tahun dan mempunyai 6 orang anak. Saya kini menetap di Melaka dan merupakan seorang suri rumah.

Saya mengidap penyakit darah tinggi dan juga mengalami masalah cramp ketika tidur terutamanya pada waktu malam di dalam bilik yang berhawa dingin. Saya juga selalu mengalami gatal-gatal apabila makan makanan seafood dan ayam. Penyakit gatal-gatal ini telah saya alami sejak 10 tahun lamanya manakala darah tinggi dan cramp kaki pula lebih kurang 3 tahun. Saya juga kerap ke hospital untuk mengambil ubat supaya dapat mengurangkan masalah yang saya hadapi ini.

Anak saya, Nur Feiza Naquieb telah mencadangkan kepada saya untuk menggunakan supplemen Shaklee iaitu Garlic Complex, Lecithin, Alfalfa Complex dan juga Ostematrix. Beliau merupakan pengedar sah Shaklee dan pengguna tegar produk-produk Shaklee. Saya terus berminat untuk menggunakan produk Shaklee selepas membaca flyers yang diberikan oleh anak saya itu.

Saya mengambil produk Shaklee seperti yang dicadangkan dan tidak menggunakan sebarang produk lain semasa menggunakan supplemen Shaklee dan Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang healing crisis semasa menggunakannya.

Alhamdulillah, dalam tempoh setahun, tekanan darah saya mulai menurun, 130/80. Masalah cramp dan gatal-gatal juga kini tiada lagi. Yang bestnya, ada yang teka umur saya dalam 40an. Nampak muda gitu. Doktor juga telah mengesahkan tekanan darah saya sudah OK dan stabil.

Saranan saya kepada anda, tidak salah untuk berikhtiar dengan supplemen tapi pastikan supplemen tersebut selamat dan berkesan. Saya sangat gembira kerana tiada lagi alahan pada ayam dan seafood, kaki tidak cramp lagi dan tekanan darah sudah OK.

Terima kasih kepada anak saya sebab kenalkan saya dengan produk Shaklee. Alhamdulillah.




PN. ZAHRAH BT HJ. ABD BASIT (Kredit: Supermom Shaklee Story)

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Suka makan onion rings tak? Ni antara favourite cikT. Kalau dapat yang A&W punya perghhh...memang tak pandang sangat yang lain.

Bawang ni banyak khasiatnya. Antaranya sebagai antivirus, antiradang, mencegah asthma, membantu untuk mengurangkan toksin dalam badan dan banyak lagi. Jangan tak tahu bawang ni jugak berfungsi sebagai umami atau perasa tambahan (kita lebih kenali sebagai MSG). Sebab itulah hampir semua masakan kita perlukan bawang. Aroma yang dihasilkan pulak tak kurang hebatnya.

Berbalik pada onion rings tadi. Dulu cikT memang suka sangat onion rings yang dicelup campuran tepung gandum. Sejak amalkan diet tanpa gluten ni cikT pun cubalah sendiri resepi tanpa tepung gandum ni. Alhamdulillah, walaupun teksturnya tak sama macam yang biasa, rasa dan kerangupan tu masih sedap dengan izinNya.

Jomlah kita jenguk resepi Onion Rings versi Gluten Free ni. Resepi ni ikut sukatan cikT dan citarasa cikT tau. Kalau kawan-kawan ada resepi yang lebih best, boleh kongsikan di ruangan komen ye.

"Onion Rings versi Gluten Free"


Bahan:
Bawang besar Holland
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi kayu
2/3 cawan tepung jagung
Sedikit serbui kunyit
Sedikit garam
Lada sulah
Chia seeds (optional)
Telur (optional, cikT tak guna)
Air panas

Cara:

1. Potong bawang bulat-bulat. Kemudian pisahkan setiap lapisan.

2. Campurkan semua bahan kering, kemudian bancuh dengan air panas. Gaul rata. Jika inginkan adunan cair, lebihkan air panas. Kurangkan jika ingin dapatkan tepung yang lebih tebal.

3. Masukkan bawang ke dalam adunan tepung.

4. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.

5. Hidangkan.

Selamat mencuba!

CikT
The Lovely Mamipreneur



Assalammualaikum. Nama saya Che Ku Nor Hidayah Che Ku Long. Berumur 25 tahun. Berasal dari Kemaman, Terengganu. Dan menetap di Kemaman.

Saya ada masalah migraine sejak dari zaman persekolahan lagi dan berterusan sehingga saya habis belajar dan bekerja. Apabila migraine menyerang, sangat mengganggu dalam untuk buat kerja dan tak boleh focus untuk kerja.

Sakitnya kepala rasa macam nak hantuk je kepala di dinding. Saya memang ambil ubat migraine di klinik sejak sekolah menengah lagi sehingga belajar di university pon bergantung pada ubat migraine tu.

Bermula dengan Shaklee pada Disember 2016, bila upline saya kenalkan untuk vitamin kulit cantik sebab saya ada masalah sunburn. Vitamin Shaklee yang saya ambil ketika tu, Vitamin C, ESP, GLA dan saya tambah Ostematrix sebab ada lenguh-lenguh badan juga.

Alhamdulillah masalah sunburn saya dah pulih. Perkara yang tak perasan langsung hampir 3 bulan tak migraine dan tak ambil juga ubat migraine tu. Semua ni lepas amalkan supplemen Shaklee ini. Sangat bersyukur kini migraine sembuh dengan izin Allah SWT.

Syukur sangat dipertemukan dengan Shaklee. Kesannya sangat hebat dan bantu selesaikan masalah saya.

Shaklee pilihan No.1 saya kerana Shaklee memang TERBAIK.



Che Ku Nor Hidayah (kredit: Supermom Shaklee Story)

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Saya, Najihah binti Abdul Mutalib, ibu kepada 6 orang cahayamata yang berusia setahun setengah.sehingga 13 tahun. Saya ingin kongsikan #shakleeeffect yang anak-anak saya alami selepas amalkan vitamin Shaklee.

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil pasti sudah biasa dengan pengalaman bergilir-gilir menjaga anak-anak yang tak sihat pada waktu malam. Dan sesi ulang alik ke klinik gara-gara anak-anak demam atau sakit silih berganti.

Saya dan suami juga mengalami situasi yang sama suatu ketika dahulu. Maklumlah jarak kelahiran anak-anak agak rapat, anak sulung berusia sethn setengah dah dapat adik, kembar pula tu. 3 tahun kemudian, saya melahirkan anak ke-4 pula.

Bayangkan ketika itu, anak sulung berusia 5 tahun, anak kedua dan ketiga (kembar) berusia 3 tahun dan anak ke-4 baru lahir. Pada masa tu saya memang belum kenal Shaklee atau apa-apa suplimen.

Dulu, anak saya kerap jatuh sakit; kadang-kadang demam, batuk berkahak, selsema, muntah-muntah dan lain-lain. Bayangkanlah kebiasaannya kalau sorang sakit, sorang demi sorang akan "berjangkit".

Boleh dikatakan tiap-tiap bulan muka kami anak beranak akan muncullah sama ada di klinik panel tempat saya kerja dahulu @ klinik pakar kanak-kanak. Dan tiap kali berjumpa Dr Pakar terutamanya, pasti banyak juga caj yang dikenakan. Sebabnya bukan sorang yang sakit, paling tidak dua orang atau lebih.

Dan tiap kali berjumpa Dr pun, ubat yang sama jugalah diberi. Balik makan ubat semua, sebulan @ dua bulan lepas tu memang akan berulang semula. Tapi pada masa tu saya memang tak pernah terfikir langsung tentang suplimen atau vitamin ni.

Sehinggalah pada akhir 2011, saya mula kenal Shaklee. Tapi utk 1 tahun lebih pada awalnya saya hanya ambik vitamin Shaklee untuk diri sendiri sahaja. Alhamdulillah, selepas beberapa bulan amalkan Shaklee ia nampak serasi dengan diri saya.

Saya mula berikan vitamin Shaklee untuk anak-anak pada awal tahun 2013. Antara vitamin saya saya berikan untuk anak-anak ialah Meal Shakes, Omega Guard, Chewable Vita C dan Nutriferon (bila perlu sahaja).

Apa yang saya perasan, selepas konsisten berikan vitamin-vitamin Shaklee ini pada anak-anak, tahap jatuh sakit mereka makin menurun. Kekerapan ke klinik juga makin berkurang.

Kalau ada pun yang sakit (demam, selsema dan sebagainya), sakit-sakit tu takkan melarat untuk satu tempoh yang lama. Kalau nampak je simptom-simptom dia orang nak demam, terus saya berikan Nutriferon. Nutriferon ni amat berkesan tindakbalas sekiranya diambil sewaktu permulaan tanda atau simptom demam dan selsema tu.

Alhamdulillah..kini walau saya berseorangan menguruskan anak-anak, saya amat bersyukur kerana episod ulang alik ke klinik bila anak-anak sakit tak berlaku sekerap dahulu lagi. Kalau badan anak-anak dah ada rasa panas-panas macam nak demam, terus saya akan berikan Nutriferon (paling utama), diikuti Chewable Vita C dan Omega Guard.

Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Berilah vitamin terbaik untuk anak-anak anda, apa lagi kalau bukan Shaklee sebagai satu usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan seisi keluarga. Saya berharap dengan perkongsian ini, kebaikan vitamin Shaklee akan tersebar serta dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang lagi. Sekian. Terima Kasih.

Terima kasih Shaklee, terima kasih Supermom Shaklee Story.



Pn. Najihah binti Abdul Mutalib (kredit: Supermom Shaklee Story)

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Sekarang ni musim cucur kembung manis viral pulak dah. CikT rasa dah pernah viral tahun lepas atau dua tahun lepas. Siap ada versi manis dan versi ikan bilis lagi. Disebabkan kesihatan cikT kurang mengizinkan untuk telan apa saja, maka cikT buat versi gluten free lah. Lagipun lagi dua hari nak bulan penuh kan, mehlah kita berjaga-jaga ye.

Sebenarnya versi tanpa gluten ni pun sedap jugak. Bagi cikT lebih sedap rasanya berbanding guna tepung gandum. Korang kena cuba rasa dulu baru boleh bandingkan. Hasilnya tetap rangup di luar dan lembut di dalam. Nak cuba tu kenalah tahu resepinya kan. Jom kita tengok resepi cucur viral ni.

"Cucur Kembung Manis Versi Gluten Free"

Bahan:

1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi kayu
2 sudu besar gula (cikT guna ORCS dan kurangkan lagi)
Secubit pink salt
1 cawan air panas (panas mendidih tu tau)
Minyak untuk menggoreng

Cara:

1. Gaulkan semua bahan dengan menggunakan senduk.

2. Panaskan minyak.

3. Goreng. Jika nak cucur bentuk bulat, ambil tepung beras sapu ke tapak tangan, ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan sebelum masuk ke dalam kuali. CikT guna sudu je sebab nak cepat.

4. Siap dan hidangkan. Sedia untuk dinikmati.



Selamat mencuba!

CikT
The Lovely Mamipreneur

Assalamualaikum.

Lebih kurang seminggu jugak cikT tak bersiaran. Sebenarnya cikT kurang sihat dengan alahan kulit di hampir seluruh badan. Pergerakan pun agak terbatas. Mujurlah suami banyak membantu dan anak-anak memahami. Alhamdulillah dah banyak perubahan positif dan dah semakin surut.

Sempena bulan Ogos ni, promosi Shaklee agak menarik jugak. Dengan pembelian 5 unit Omega Guard, anda layak mendapat E voucher bernilai RM60.00. Banyak kan?


 Jom rebut peluang untuk rembat minyak ikan terbaik dari Shaklee ni. Sesuai untuk kanak-kanak, pelajar, ibu mengandung, ibu menyusu, orang dewasa, dan warga tua.

Dapatkan Omega Guard untuk seisi keluarga dengan menghubungi cikT di talian 013-3889522 dengan segera tau.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Nampaknya rombongan pertama haji telahpun selamat berangkat pada Isnin baru ni. Ramai juga kenalan cikT yang direzekikan untuk ke sana sebagai tetamu Allah. Beruntungnya mereka... Ada yang pergi untuk tunaikan rukun kelima, ada juga diberikan kesempatan untuk bertugas sekali.

Nak tunaikan ibadah haji dan umrah ni perlukan stamina dan sistem imun yang kuat. Barulah lancar ibadahnya, insyaAllah. Di samping itu juga, para jemaah juga perlu pastikan tubuh sentiasa terhidrasi walaupun keadaan cuaca yang agak panas.

Oleh itu, pengambilan suplemen yang mencukupi dan sesuai membantu para jemaah agar sentiasa cergas dan sihat semasa menjalankan ibadah haji dan umrah. Antara pengambilan suplemen yang dicadangkan adalah Sustained Release Vita-C Plus, Ostematrix, Vitalea, B- Complex, Nutriferon dan Performance Drink.


Untuk dapatkan Set Cergas Haji dan Umrah ni, boleh hubungi cikT di talian 013-3889522 sekarang.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Hujung minggu lepas cikT temankan Ana untuk siapkan kerja sekolah subjek Matematik. Subjek ni hampir hari-hari ada kerja kena siapkan kat rumah. Yang peliknya cikgu tak pernah tanda, cuma pastikan murid siapkan je. Hmmm...kita yang mengajar kat rumah pun tak pasti betul ke tak menjawabnya.

Sampailah dekat satu soalan ni...





CikT
The Lovely Mamipreneur


Assalamualaikum

Nama Kak Enan, Noor Hartini Binti md Saad, seorang ibu bekerja yang mempunyai 4 permata hati. Kak Enan ingin berkongsi pengalaman Kak Enan ketika sebelum mengenali Shaklee dan setelah mengambil vitamin Shaklee ini.

Seriusly dulu Kak Enan memang tidak suka ubat biji tapi bukan bermaksud Kak Enan susah makan ubat, bab makan ubat tu senang saja. Ambil ubat masuk mulut telan saja, kan senang je kan. Cuma kerisauan akan effect terhadap buah pinggang itu membuatkan Kak Enan sangat berhati-hati nak makan ubat mahupun vitamin.

Apa yang menyebabkan Kak Enan mula mencari vitamin ialah disaat ada anak pertama. Sebagai ibu bekerjaya yg ingin menyusukan anak secara ekslusif memerlukan antibodi dan ketahanan imun yang kuat. Malah apabila Kak Enan mula mengandung anak kedua pada jarak yang dekat iaitu berbeza setahun sahaja kesihatan mula kurang memuaskan. Terutama badan cepat letih, emosi kurang stabil dan kulit wajah yang semakin kusam. Sepanjang kehamilan memang kerap MC dan cuti rehat kerana asyik tidak sihat dan cepat letih.

Selepas bersalin anak kedua, keadaan Kak Enan makin worst. Badan sangat cepat letih, balik dari kerja hanya mahu mandi dan tidur saja kalau mengikut hati. Kulit muka dan wajah memang sangat kusam dan emosi pun mudah sangat tersentuh mahupun tak stabil. Lalu Kak Enan disuggest oleh officemate mencari supplement Waktu tu kesedaran tentang makanan tambahan atau vitamin ini tiada dalam kamus hidup lagi.

Atas saranan kawan tu Kak Enan pun pergi ke farmasi dan cari multivitamin yangg dikatakan membantu memberi energy dan pulihkan tenaga. Jadi membelilah Kak Enan vitamin yang disuggestkan oleh ahli farmasi yang berharga sebiji RM 2.00 sebanyak 20 biji, ala yg boleh repack tu. Sayangnya selepas seminggu consume, yang paling kurang best kak enan alami adalah jadi sembelit teruk huhu energy tu Alhamdulillah, ok la, tapi akibat sembelit teruk terus Kak Enan stop ambil vitamin tu. Rugilahkan dah beli vitamin mahal tapi tak makan dah atas faktor tiada siapa yang nak hendak dibuat rujukan  lagi tentang tu. Pastu terus Kak Enan tak amik apa-apa supplement. Sehinggalah sedang mengandung anak ke 3. Saat tu Fb sangat familiarlah digunakan.

Terlihat junior UTM  yg seringkali berkongsi tentang vitamin Shaklee ni. Berjinak-jinak Kak Enan mengambil info darinya dan selepas bersalin hampir 6 bulan selepas itu Kak Enan mula mengambil vitamin Shaklee ni untuk Set Kesihatan Asas dan Set Menyusu untuk tingkatkan pengeluaran susu.

Alhamdulillah.. terasa kelainannya apabila mula mengambil Set Asas bersama Set Menyusu ni iaitu Vitalea, B-Complex, Vitamin C, Lecithin, Ostematrix dan Alfalfa. Badan semakin ringan dan kurang rasa letih kerana balik dari kerja Kak Enan mampu lagi memasak untuk makan malam dan buat persiapan anak-anak sambil buat hobi Kak Enan iaitu menjahit. Alhamdulillah.. mata sembab dan kulit kusam juga semakin hari semakin hilang. Kak Enan sangat happy.

Apa yang memeranjatkan Kak Enan berat Kak Enan selepas 6 bulan mengamalkan vitamin ini boleh kembali kepada berat Kak Enan sebelum kahwin. Dari angka hampir ke 6 puluh dapat angka 4 puluh balik memang membuatkan hati sangat-sangat happy OK. Itupun setelah ada anak 3 tu. Amazingkan? Syukur

Alhamdulillah Kak Enan tak perlu risau masalah selulit, sembelit mahupun berat yang semakin naik setelah konsisten amalkan set ini. Malah Kak Enan dapat menyusukan anak Kak Enan yang ke-3 sehingga dia berusia 3 tahun. Alhamdulillah syukur Allah permudahkan dan pertemukan Kak Enan untuk menyelesaikan masalah Kak Enan yang bekerjaya ini.

Sewaktu mengandung anak ke-4 memang fully Het hamil Kak Enan amalkan dan sememangnya sangat ketara berbeza saat hamil dahulu dan anak ke-4 ini. Sehingga kini Kak Enan masih menyusu anak ke-4 yang berusia setahun 6 bulan. Alhamdulillah.

Kepada ibu yang bekerjaya diluar sana yang mudah penat, letih dan mengalami emosi yang kurang stabil, Kak Enan sangat syorkan ambil vitamin Shaklee Set Asas ini untuk mempertingkatkan kesihatan diri kita sebagai ibu. Kalau tidak kita yang sayangkan diri kita siapa lagi kan.


Pn. Noor Hartinie (kredit: Supermom Shaklee Story)

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Akhirnya Syawal pun melabuhkan tirainya. Saat-saat akhir ni memang banyaklah undangan rumah terbuka lagi kan. Memandangkan cik abe cikT kerja hari ini, jadi tak adalah kami beraya ke mana-mana.

Sepanjang Syawal ni, cikT perasan Astro akan ulang videoklip untuk lagu raya Raya Nusantara tu. Sedap lagu tu... kena sangat dengan suasana hari raya kita. Lagu pun ceria je. Muzik pun memang ikut rentak nusantara.

Anak-anak cikT suka sangat dengan lagu tu. Sampaikan si kakak minta cikT salinkan lirik untuk dia nyanyi masa subjek Muzik. Nak tak nak, maknya ikutkan ajelah. Kot ada anak-anak korang pun suka lagu ni, bolehlah salin sekali...

Lagu: Raya Nusantara
Artis: Rizky Febian, Fatin Shidqia, Siti Nordiana, Ismail Izzani, Sufi Rashid, Alvin Chong & Kashika.


Kini tiba
hari bahagia
yang dinanti semua
dalam desa
atau di kota
kemeriahan dirasa

Bersama meraikan lebaran
aidil fitri syawal mulia
hari raya!
disambut dengan gembira
hari raya!
ceriakan suasana
kosong-kosong
sesama kita merasakan indahnya
hari raya!

Bunga api
warnai malam
mengukir sejuta senyuman
senyuman!
kui-muih, ketupat dan rendang
membuka selera semua

Bersama meraikan lebaran
aidil fitri syawal mulia
hari raya!
disambut dengan gembira
hari raya!
ceriakan suasana
kosong-kosong
sesama kita merasakan indahnya
hari raya!

Berikan rasa istimewa
saling maaf hilangkan duka
eratkan jalinan saudara
lebaran akan lebih bermakna

Bersama meraikan lebaran
aidil fitri syawal mulia
hari raya!
disambut dengan gembira
hari raya!
ceriakan suasana
kosong-kosong
sesama kita merasakan indahnya
hari raya!

Hari disambut dengan gembira
hari raya!
ceriakan suasana
kosong-kosong
sesama kita merasakan indahnya
hari raya!


Semoga terhibur.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Akhirnya cikT diberi kesempatan olehNya untuk habiskan puasa seawal ini. Selama ni memang cikT selalu lengahkan. Sedar-sedar je Syawal dah nak habis.

Sebenarnya nak citer, sempena hari terakhir cikT habis puasa hari ni, tekak dan tangan tu teringin nak hidang ayam masak butter untuk berbuka sekali dengan makan malam anak-anak. Dah banyak kali jugak buat masakan ni sebab anak-anak semua suka. Kebetulan pulak ada isi ayam yang tak tahu nak masak apa.

"Ayam Masak Butter"


Bahan:

Untuk perapan:
Isi ayam dipotong kecil
Telur
2 sudu tepung beras
1 sudu tepung jagung
Garam
Sedikit gula (optional)

Untuk kuah butter:
3-5 ulas bawang putih
3-5 biji cili padi (atau lebih)
2 tangkai daun kari (boleh gantikan dengan sedikit serbuk kali kalau tak ada daun)
1-2 sudu butter
Sedikit minyak masak (untuk elakkan butter hangus)
Kuning telur
Susu segar/ cair/ santan
Garam secukup rasa
Sedikit gula

Cara:

1. Campurkan kesemua bahan perapan ayam dalam masa sejam. CikT kadang tak perap lama sebab nak cepat.

2. Goreng isi ayam. Asingkan.

3. Di kuali lain, panaskan minyak dan butter. Kemudian masukkan bawang putih dan cili padi.

4. Bila dah naik bau, masukkan daun kari. Kuning telur tadi dipukul.

5. Pastikan guna senduk bulat. Gaulkan minyak secara bulatan. Buat laju-laju. Kemudian tuangkan kuning telur tadi perlahan-lahan ke dalam minyak yang sedang digaul secara berpusing. Masa nilah telur tu nak terbentuk halus-halus tu.

6. Masukkan susu, kemudian garam dan gula. Gaul hingga rata. Manis dan masin tu ikut citarasa sendirilah ya. Kalau nak kuah cair sedikit, boleh tambah air. Kalau nsk pekat, tak perlu tambah air.

7. Tutup api dan siap untuk dihidang dengan nasi panas-panas. Wallaaa!!!

Selamat mencuba uolls.

CikT
The Lovely Mamipreneur









SYUKUR dan gembira rasa hati bila kami sekeluarga dijemput menjadi tetamu Allah. Sebagai persediaan, selain menambah ilmu tentang ibadah, Saya banyak baca pengalaman mereka yang dah pergi. Ramai yang kata ibadat umrah ni menuntut tenaga, terutama tenaga kaki. Dan juga biasanya perubahan cuaca menyebabkan kita mudah terkena demam selsema. Terutamanya bila dah nak balik atau dah kembali ke tanah air.

Kami pergi bulan Disember musim sejuk. Memang sejuk sangat. Semasa di Madinah sangat sejuk, keluar solat subuh ke Masjid yang tak sampai 100meter pun mengetar-ngetar kesejukan walau memakai baju sejuk.

Hari terakhir di Madinah tu dah rasa tangan nak mengelupas, bibir dah kering. Mujur saya bawak krim herba. Cepat-cepat sapu, Jadikan lotion dan pelembab muka jugak. Kulit saya jenis kering jadi bila dah mula nak mengelupas, saya sapukan krim.

Untuk kuatkan imun badan  Vitamin C memang vitamin wajib setiap hari, malah Chewable Vitamin C saya letak di dalam beg sandang senang untuk dimakan dan dipas pas kepada ahli keluarga dan kawan-kawan sebelah di dalam bas bila-bila masa. Masamnya tu pun menghilangkan loya di dalam bas.

Kat sana kita takde urusan lain melainkan tumpu untuk ibadah. Di sini tidur memang tak dapat lama. Tidur lambat, bangun awal. Rugi rasanya kalau buang masa untuk tidur. Semasa di Makkah, masih sejuk tapi kurang sikit berbanding Madinah. Seawal mungkin lebih kurang dua jam sebelum Subuh tu kami dah keluar. Kalau lambat pintu favourite untuk solat di depan Kaabah akan ditutup. Kalau dah tutup kena la solat kat perkarangan masjid. Sejak saya baca buku Prof Kamil, saya nekad seboleh mungkin akan pegang tangan mak untuk bawak mak solat depan Kaabah. Maka ikhtiar selalu untuk datang masjid awal.

Jadi nak elakkan mengantuk, sebelum keluar ke masjid saya bancuhkan Performance Drink + Cinch Tea Mix.   Siap bubuh dalam botol lagi. Kami bancuh dengan air zam zam biasanya. Mak saya jenis mudah juga terlelap maka ni wajib saya suapkan. Ini memang "rahsia" mata terbuka luas. InsyaAllah segar mata nak menjalani ibadat sehingga Dhuha. Nak keluar ziarah pun alhamdulillah rasa bertenaga. Kalau lupa bancuh takpe kamk bawak je siap-siap letak Cinch Tea Mix beberapa sachet kat dalam beg, nanti beli air mineral dan tuangkan.

Ibadat tawaf dan saie memang menuntut kekuatan kaki. Saie ni ada beberapa tingkat tau. Pernah sekali kami "terpergi" di bahagian berbukit tinggi. Saya berdua bersama kakak ipar Menolak mak mertua menaiki wheelchair. sangat mencabar, memang memerlukan kudrat di sini. Alhamdulillah diberi kekuatan. Balik bilik memang wajib telan Ostematrix pil kalsium. Yang insyaAllah dapat menghilangkan lenguh lenguh letih kaki berjalan.

Yang bestnya dengan izinNya walaupun dah kembali ke tanah air. Walau dengan perubahan cuaca dan penat menjalani ibadah, kami sihat saja. Tiada demam atau batuk. Syukur alhamdulillah.

Selain doa, kita juga perlu berikhtiar usaha untuk membolehkan kita dapat melakukan ibadah yang terbaik semasa di sana. Dan ini ikhtiar kami.
Jika anda atau keluarga ingin menunaikan umrah, jangan lupa masukkan suplemen Shaklee sebagai list wajib untuk dibawa ke sana. Segalanya dengan izinNya jua.


Pn.Hartini Badri (kredit: Supermom Shaklee Story)

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya, Fatimah Azzahra Binti Ismail. Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang berumur 1, 4 dan 7 tahun. Saya ingin kongsikan #shakleeeffect yang saya rasai selepas mengamalkan supplement Shaklee secara konsisten selama 4 tahun.

Saya mengalami masalah anemia yang teruk ketika mengandungkan anak pertama dan kedua. Bacaan HB hanyalah 10-11 ketika itu. Sehingga setiap kali mengandung Jururawat akan tampal sticker hijau pada buku merah menandakan ada risiko HB rendah.

Gejala yang saya alami akibat anemia adalah seperti pening, pucat, letih dan lesu semasa hamil dan setelah bersalin. Sebaik melahirkan anak kedua saya mengalami anemia teruk sehingga bacaan HB jatuh kepada 7 sahaja. Saya tidak boleh bangun dari katil selama 2 hari untuk mengelakkan daripada pitam. Doktor hampir mencadangkan untuk membuat transfusi darah.

Pelbagai ikhtiar telah saya lakukan termasuklah pengambilan pil ferrous fumarate, obimin dan iberet folic. Tetapi bacaan HB saya masih rendah. Keadaan alahan yang teruk menyebabkan tahap kesihatan saya lebih teruk kerana saya tidak boleh makan dengan baik.

Saya mula mengambil produk Shaklee sejak menyusukan anak kedua. ketika itu saya mengalami masalah penyusuan ketika bayi berumur 6 bulan. Alhamdulillah setelah berjaya menyusukan anak kedua sehingga 2 tahun setengah, saya mengandungkan anak ketiga. Saya mengambil Set Prenatal Shaklee dan supplement Shaklee yang lain bagi membantu mengatasi masalah alahan dan morning sickness saya. Ketika itulah saya sedar supplement Shaklee telah membantu mengatasi masalah anemia saya.

Vitamin yang saya amalkan semasa mengandung adalah Set Prenatal Shaklee yang terdiri daripada ESP, Omega Guard, Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix, Peppermint Ginger Plus dan Performance Drink.

Alhamdulillah, semasa hamil anak ketiga saya tidak mengalami anemia. Bacaan HB semasa anak ketiga adalah 13 dan ke atas. Saya juga tidak mengalami masalah pening, pucat dan lesu walaupun saya ada masalah alahan yang teruk. Saya dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa semasa mengandung. Jururawat bertugas memeriksa kesihatan semasa mengandung agak hairan juga sebab saya dikategorikan berisiko anemia daripada sejarah mengandung sebelumnya. Tapi tidak untuk kandungan kali ini.

Selepas bersalin, saya juga tidak mengalami masalah pitam akibat anemia. Sebaliknya saya lebih sihat dan segar berbanding sewaktu berpantang anak pertama dan kedua. Saya sendiri terkejut kerana saya boleh berulang-alik dengan sendiri ke Nursery Room untuk menyusukan bayi, sedangkan baru 2 hari melahirkan bayi.

Saranan saya kepada ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana, kita boleh berikhtiar untuk berikan nutrisi terbaik untuk bayi di dalam kandungan. Mulakan mengambil supplement sejak sebelum hamil untuk mengisi kekurangan nutrisi harian kita. Kita sediakan tubuh yang sihat supaya bayi dalam kandungan dapat nutrient secukupnya. Selain itu kita lebih positif, segar dan ceria semasa hamil sehinggalah melahirkan bayi.

Saya bersyukur sangat bertemu dengan Shaklee. Saya masih meneruskan pengambilan supplement Shaklee semasa berpantang, menyusu dan sehinggalah sekarang bayi saya telah berumur 1 tahun 7 bulan.

Saya sangat berpuas hati dengan Set Prenatal Shaklee dan saya sangat menyarankan ibu-ibu yang mengalami masalah Anemia semasa hamil untuk mencuba set ini. Alhamdulillah. Terima kasih Shaklee.


Pn. Fatimah Azzahra Binti Ismail (kredit: Supermom Shaklee Story)

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalammualaikum. Saya Farah Qurratun Aini mama kepada 2 orang cahaya mata. Kisah saya dengan Shaklee bermula apabila saya mencari vitamin untuk meredakan sakit senggugut dan keputihan yang teruk sejak dari bangku sekolah lagi.

Dulu setiap kali datang bulan, senggugut pun akan datang juga sampai tahap tak boleh buat apa-apa  aktiviti pon. Masa zaman sekolah dulu kawan-kawan cakap kalau senggugut angkat kaki sandarkan ke dinding boleh meredakan sakit sengugut tu. Masa zaman sekolah dulu takde ambil ubat atau sebarang vitamin cuma mampu menahan sakit sahaja.

Bila dah masuk kolej, baru lah belajar ambil ubat tahan sakit warna pink tu..itu pon sebab nak elak dari ponteng kelas..dan kalau time senggugut menyerang dan dalam masa yang sama ada kuiz, test, dengan assignment yang nak disiapkan kemudian time exam mestilah ubat tahan sakit tu menjadi penyelamat. Bila dah cuba-cuba maka jadi lah amalan. Memang tak pernah terputus stok ubat pink tu sehingga lah masuk kerja dan kahwin. Bila dah kerja memang terpaksa lah ambil MC setiap bulan. Menganggu jugak prestasi kerja masa tu.

Dan saya perasan yang keputihan juga makin teruk bila meningkat remaja. Pantyliner pon tak boleh terputus bekalan. Kena pakai dan kena sentiasa ada dalam beg. Semua ni memang rasa sangat-sangat terganggu. Bila buat aktiviti yang mengeluarkan peluh lagi meriah la keputihan tu keluar sampai kadang-kadang jadi gatal.

Alhamdulilah selepas konsisten mkn GLA Complex dan Alfalfa Complex selama 2bulan, sengugut dah takde, keputihan juga makin berkurang dan period datang pon cantik aje. Maksud nya kitaran period tu tetap setiap bulan. Bila kitaran haid dah tetap mudah untuk cari waktu subur dan peluang untuk hamil tu tinggi.

Dan alhamdulilah bersyukur sangat genap 9bulan lepas tu double line pun muncul .Berita kehamilan itu adalah hadiah ulangtahun kami yang pertama. Menangis kegembiraan kami suami isteri. Dan selepas bersalin kan anak sulung , saya selama setahun 3bulan tak datang haid. Sangat tak selesa. Simptom-simptom macam nak period ada tapi tak period pon. Dan memang merancang nak tambah anak lagi. Sebabkan tak period saya ikhtiar lagi dengan GLA Complex masa itu pada bulan Disember . 3bulan kemudian saya period dan bulan berikutnya April 2016 saya hamil anak kedua. Alhamdulilah.

Inilah Shaklee Effect saya. Terima Allah Terima kasih Shaklee.


Pn. Farah Qurratun Aini (kredit: Supermom Shaklee Story)

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Nur Farah Liza Ramli dan berumur 38 tahun. Saya menetap di Banting dan mempunyai 3 orang dan berkerja di bahagian Teknologi dan Maklumat.

Saya menghadapi masalah kekurangan susu ketika anak saya berumur 1 tahun 6 bulan. Pelbagai simptom-simptom dan gejala susu semakin menyusut telah saya hadapi. Rakan saya, Fatimah Azzahra Ismail, telah mencadangkan kepada saya supaya minum MealShakes dan ESP Shaklee secara konsisten. Beliau berasa simpati terhadap saya kerana saya berhasrat untuk menyusukan anak sehingga umur 2 tahun namun anak baru menjengah umur 1 tahun susu badan saya sudah menyusut.

Saya juga mendengar banyak pendapat dari ramai orang bahawa ESP Shaklee merupakan supplemen Shaklee yang sangat bagus untuk ibu yang sedang menyusukan anak. Saya mengamalkan 1 sudu Mealshakes dan 2 sudu ESP pada waktu pagi manakala pada waktu malam pula saya cuma mengambil 1 sudu ESP sahaja.

Selepas mengambil MealShakes dan ESP secara konsisten selama 6 bulan, saya lihat bayi saya selalu kenyang dan saya sendiri puas menyusukannya. Alhamdulillah, kini anak saya dapat menyusu badan sehingga 2 tahun.

Saranan saya kepada ibu-ibu yang mempunyai masalah seperti saya, ambillah MealShakes dan ESP secara konsisten. Saya berasa sangat gembira dan berbesar hati kerana menjumpai produk hebat Shaklee. Terima kasih Shaklee.



Pn. Nur Farah Liza (kredit: Supermom Shaklee Story)

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Fuh...penat sungguh cikT hari ni. Kena siapkan tempahan kek rakan sekerja suami dan siapkan dua lagi pemanis mulut untuk rumah terbuka boss suami.


Kek yang cikT sediakan ni namanya Kek Lemon. Nanti cikT kongsikan resepinya ya. Nak istirahat dulu.

Stay tune tau.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya Sabariah Binti Abdul Rahman, berusia 74 tahun. Saya baru menjalani pembedahan katarak mata kanan pada 8 Disember 2016 yang lalu. Pembedahan mata kiri pula dijadualkan pada 9 Januari 2017.

Selepas pembedahan pertama, saya mengambil Vivix dan Carotomax secara megadose bagi tujuan pemulihan. Namun kesan lain yang saya dapat selepas pengambilan secara megadose itu, saya tidak lagi perlu menjalani pembedahan untuk mata kiri kerana didapati mata semakin sihat.

Lebih menggembirakan, selepas sebulan dibedah, sewaktu pemeriksaan susulan di Pusat Katarak MAIWP, didapati power kedua-dua mata saya semakin menurun dengan banyak.

Alhamdulillah, saya kini masih dalam proses pemulihan disebabkan faktor umur yang semakin meningkat. Saya juga masih meneruskan pengambilan suplemen lain untuk kesihatan yang lebih optimum.

Kalau nak cuba turunkan power mata anda, tak salah mencuba sesuatu yang baik dan mempunyai kajian seperti di Shaklee.

Terima kasih.



Pn. Sabariah (kredit: Supermom Shaklee Stories)

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Lama rasanya cikT tak berkongsi resepi. Sebenarnya sebab selalu terlupa nak ambil gambar bila hidangan dah siap. Waktu teringat je selalu dah rupa minta dihabiskan.

Okey lah. Disebabkan tekak petang tadi teringin sangat nak makan kek butter, maka direalisasikanlah keinginan tu. Cuma yang ini bukan versi gluten free lah. InsyaAllah lain kali cikT cuba cari dan buat tanpa guna tepung gandum pulak ye.

Bahan untuk resepi kek ni rasanya yang paling simple dan mudah untuk dibuat. Jom kita check it out.

"Kek Butter Simple Lagi Sedap"

Bahan-bahan:

250 gram butter
180 gram gula (cikT guna ORCS)
4 biji telur saiz sederhana
250 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan susu segar (cikT gantikan dengan santan)

Cara-cara:

1. Pukul butter dan telur dengan menggunakan mixer hingga berkrim dan bertukar warna keputihan.

2. Masukkan telur diselang-selikan dengan tepung dan baking powder hingga sebati.

3. Masukkan susu. Gaul rata.

4. Tuangkan ke dalam loyang yang dialaskan dengan baking sheet atau loyang yang disapukan minyak.

5. Bakar pada kepanasan 180° selama 40 minit atau sehingga masak. Ikut oven masing-masing. Jangan lupa panaskan dulu ye.

6. Siap untuk dihidangkan. Paling sedap dimakan panas-panas.



Selamat mencuba!

CikT
The Lovely Mamipreneur




Assalamualaikum.

Seeing is believing! Orang kata bila dah besar panjang ni kena chicken pox lebih teruk dari kena masa kecil kan. Itu belum masuk kesan parut lepas tu lagi.

Suami akak ni kena chicken pox baru ni, lepas ambil Set Cantik Shaklee, alhamdulillah kesan parut dah hilang dan muka pun nampak licin.



Nak dapatksn Set Cantik Shaklee ni, bolehlah hubungi cikT di talian 013-3889522.

CikT
The Lovely Mamipreneur
013.388.9522
Assalamualaikum.

Sebenarnya musim berbalas pantun dalam group iReach ni mula lepas tamatnya Shaklee Nstional Conference hari tu. Seronok cikT tengok ahli-ahli iReach saling berbalas pantun.

Kat sini cikT nak kongsikan sikit beberapa pantun yang menarik.






Kreatif kan? Apa pantun Vivix korang?

CikT
The Lovely Mamipreneur


Assalamualaikum.

Minggu lepas cikT ada terbaca post ini dikongsikan oleh rakan di facebook. Gelj hati pulak membacanya. Jadi, cikT nak kongsikan dengan kalian jugak.

Oh My Jawi!

Berikut ialah beberapa perkara pelik yg disebut oleh khatib di atas mimbar:

1. Di sebuah mesjid di Negeri Sembilan, "Oleh kerana perniagaan mendatangkan 9/10 daripada keuntungan maka sidang Jumaat sekalian, marilah kita jadikan perniagaan sbg satu 'mutafancirin' ". Saya terkejut. Apa tu mutafancirin? Melayu bukan Arab pun bukan. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya 'mata pencarian.'
"متڤنچرين"

2. Di sebuah mesjid di Kulim, Kedah, "...dihalalkan kita umat Islam memakan kuda, dan diharamkanNya kita memakan keladi...". Dekat nk pengsan makmum sbb ada yg baru lepas mkn sayur keladi. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya 'keldai'. Selepas khutbah ini lebih sebulan orang Kulim tak mkn keladi sbb difatwakan haram. "كلدي"

3. Di sebuah mesjid di Perak, "...maka 'birobbikum' itu adalah sunah kerana diriwayatkan bahawa Nabi pun 'birobbikum'...". Semua makmum tak faham termasuk tok imam dan tok bilal. Bila disemak teks khutbah rupa2nya 'berbekam'. "بربكم"

4. Di sebuah mesjid di Kelantan, "...sidang Jumaat sekalian, janganlah kita termasuk dalam 'katikuri' orang2 yg tidak bersyukur...". Para jemaah tak faham tapi tetap tunduk mengangguk-angguk mcm faham. Bila disemak teks khutbah rupa2nya 'kategori'."كاتيكوري"

5. Di sebuah mesjid di Terengganu, "... maka berlakulah peperangan yg hebat di antara pejuang2 Muslimin dgn musyrikin Makkah di tempat berdekatan bukit Uhud. Masing2 bersenjatakan pedang, lembing, dan 'fainnahu'." Makmum terkedu sbb tak faham apa bentuk senjata fainnahu. Mungkin senjata dari syurga. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya 'panah'. "فانه"

6. Di sebuah mesjid di Perlis, "...dalam usaha kita utk menjadikan negara kita sbg sebuah negara maju, maka kita semua hendaklah 'kemetod'...". Makmum semua terpinga-pinga. Selalunya khatib suruh jadi bagus tetapi kenapa hari tu khatib suruh jadi kemetod. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya 'komited'. "كميتد"

7.Di sebuah mesjid di Pahang, "...maka hendaklah kita berada di atas 'bom' ini saling hormat menghormati antara satu sama lain.Makmun terkejut dan lihat dibawah tempat mereka bersila kerana mencari "bom".setelah disemak2 teks khutbah rupa2nya'bumi'."بوم"

8.Di sebuah mesjid di perak,
"...terdapat banyak 'paku lantai' yang telah diwujudkan oleh kerajaan di sesebuah pusat pengajian . Makmum lain terkedu sambil menggaru kepala.Setelah disemak2 teks khutbah rupa2nya 'fakulti' "فاكولتي''

Itulah antara perkara pelik yg disebut khatib sewaktu khutbah. Teks ditulis oleh orang lain dan dibaca oleh orang lain. Lebih parah lagi sesetengah istilah moden dieja jawi. Kesian tok khatib...

Kredit pada penulis asal. Jika tuan pemilik terbaca perkongsian ini, sila berhubung dengan cikT ya.

Semoga terhibur.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Kali ni cikT cuma nak kongsikan pengambilan suplemen asas untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh. Seperti yang dipaparkan di bawah, Set Keperluan Harian Shaklee ini sesuai diamalkan oleh lelaki dan wanita secara umum.


Bagi mendapatkan Set Keperluan Harian Shaklee ini, silalah hubungi cikT di talian 013-388 9522 melalui sms atau whatsapp.

CikT
The Lovely Mamipreneur
013.388.9522
Assalamualaikum.

Masih segar di ingatan, peristiwa setahun lalu yang ketika itu adalah hari ketiga Syawal. CikT bangun macam biasa, siapkan sarapan dan makan tengahari sebelum gerak ke ofis. Ya, tahun itu giliran kami beraya di Perak, jadi cikT tak ambil cuti panjang. Biasalah, bukan kami suami isteri saja yang kena bergilir, ambil cuti di ofis pun kena bertoleransi.

Oh ya, bibik dah bercuti awal sebelum Syawal lagi. Jadi terpaksalah suami yang bercuti jaga dan uruskan anak-anak di rumah.

Lepas siapkan diri, siapkan bekalan pula. Maklumlah baru hari raya ketiga dan pastinya tiada peniaga yang menjual makanan. Lagipun cikT memang dah amalkan bawa bekal makanan sendiri sejak penghujung 2014 lagi.

Enjin Kelisa dihidupkan dan perlahan-lahan kereta menyusur keluar dari kawasan perumahan. Aman sekali jalan pagi itu walaupun jam sudah pun hampir pukul 8 pagi. Hujan rintik-rintik.

Melewati lampu isyarat Bukit Rimau bermakna bakal masuk ke lebuhraya KESAS. Sebelum tu kena lepasi selekoh tajam dulu.

Mata cikT memang celik dan segar. Bahkan lebih bersemangat sebab dah janji dengan kawan-kawan nak sambut raya bersama di ofis. Lagipun mood raya masih segar, pastinya tiada tugas baru.

Dengan jalan sedikit basah, ditambah pulak dengan selekoh tajam, terasa tayar kereta seperti berat ke kiri. Hati terasa sedikit debar sebab takut jatuh ke dalam gaung. Tak tahu apa jadi lepas tu, yang cikT ingat kepala terhantuk beberapa kali dan cikT sempat melafazkan dua kalimah syahadah sebelum kereta berhenti bergerak.

Terpaksa terima hakikat yang cikT sendiri kemalangan. Mulalah cikT jadi tumpuan kenderaan yang lalu-lalang. Telefon suami, telefon jiran minta datang segera. Uruskan semuanya dan balik semula ke rumah.



Usai solat asar, kami pun berangkat ke Batu Kurau, Taiping. Sampai rumah, habis badan cikT sengal-sengal. Merasalah tidur di atas katil malam tu dengan Ahmad kerana masih menyusu badan.

Alhamdulillah cikT tak apa-apa, cuma lebam di sini sana. Cuma kereta agak teruk keadaannya. Makanya, takdir cikT hari itu bukanlah di tempat kerja tapi bersama anak-anak.

Yakinlah aturan Allah itu lebih cantik. Itu ysng cikT pelajari.

CikT
The Lovely Mamipreneur




Assalamualaikum.

Semalam merupakan hari lahir cik abe cikT. Haha...memang tak tahu nak bagi hadiah apa sebab dia jenis akan beli sendiri apa yang dia nak. Jadinya, cikT fikir punya fikir, akhirnya cikT buatkan kek ajelah walaupun keknya tak semenggah.

Berpeluh jugaklah nak siapkan kek ni sebab cikT dah dekat pukul 3 petang baru mula. Puncanya, dua hari sebelum tu cikT keluar beli barang tapi terlupa nak beli telur. Esoknya pesan kat abe, dia pulak lupa. Macam mana nak bancuh kek kalau telurnya tak ada? Haru mak jadinya tau...

So, lepas anak-anak sekolah petang dah keluar baru dapat keluar. Itu pun tak masuk lagi bab si Ahmad terpecahkan telur busuk kat kedai. Hmmm...drama betul... Habis bau busuk kat dalam kereta. Sabar ajelah.

Sampai rumah, solat terus terkocoh-kocoh kat dapur. Asalnya niat nak buat chocolate indulgence 4 lapis tu. Tapi sebab dah kesuntukan masa dan cikT pun dah tak larat sangat (ai puasa you...) maka layernya ada 2 je. Itupun mampu buat krim coklat je.

Alhamdulillah, disebabkan kek ni kena sejukkan dulu untuk beberapa jam sebelum disalutkan dengan chocolate ganache, sempat jugak dipersembahkan lebih kurang pukul 11 malam. Okey lah kan, tak adalah lajak sampai tarikh esoknya.





CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Anak adalah anugerah Allah. Bila si anak terluka sikit, pedihnya hati ibu susah untuk diungkapkan. Lagi-lagi apabila ianya berlaku ketika kita tidak bersama mereka.

Saya bekerja dan anak tinggal bersama babysitter. Luluh hati bila dimaklumkan oleh babysitter tangan anak saya iaitu Izzah (setahun dua bulan) melecur terkena kuah panas.

Saya ikhtiar, sapukan Herbal Blend Shaklee serta merta. Hari keempat sapu, saya dan suami agak resah sebab nampak luka makin basah. Tapi atas nasihat upline Shaklee saya iaitu Nur Salwa menyarankan untuk terus sapu Herbal Blend tersebut, kami teruskan. Anak pun selesa. Krim yang selamat dan tidak memedihkan.

Alhamdulillah. Semakin hari semakin cantik kulit Izzah. Ternyata krim Herbal Blend Shaklee sesuai untuk mengubati kulit Izzah yang melecur terkena kuah panas. Tragedi yang pedih tapi lega apabila melihat kulitIzzah pulih seperti biasa.

Herbal Blend Shaklee harga mampu milik dan beri kesan yang terbaik.

Satu Rumah Satu Herbal Blend.

Pn. Siti Nurfizah Bt. Ahmad (kredit: Supermom Shaklee Story)

CikT
The Lovely Mamipreneur
013.388.9522


Assalamualaikum.

Hati mana tak suka bila dapat feedback positif dari customer. Lagi-lagi dari ibu menyusu. Maklumlah, cikT dulu pun pernah struggle jugak. Jadi, faham sangat bila ibu sanggup cuba macam-macam petua, suplemen dan apa saja demi nak tambahkan pengeluaran susu ataupun sekadar nak kekalkannya.

Dalam penyusuan susu ibu, pengambilan suplemen sebenarnya tak bertindak sebagai penggalak susu secara langsung. Sebenarnya, bila tubuh kita dilengkapi dengan nutrisi yang secukupnya di samping pengambilan makanan seimbang dan air yang mencukupi, kita akan kurang berasa letih dan tak bersemangat, lebih-lebih lagi ibu menyusu.

Bila tubuh bertenaga dan stres dapat dikurangkan, lebih mudah dan bertambah banyak susu akan dihasilkan. Begitu juga dengan kaedah "demand and supply". Lebih kerap payudara dikosongkan, maka lebih banyak pengeluaran susu berlaku. Tak kisahlah penyusuan terus ataupun dengan cara mengepam.

Antara petua untuk membanyakkan susu ialah dengan pengambilan protein seperti soya. Akan tetapi, ibu perlu bijak memilih jenis soya yang nak diambil. Pastikan soya tersebut adalah dari sumber bukan GMO, mudah diserap oleh tubuh, mengandungi 9 asid amino, tiada asid urik, tiada kolestrol, rendah lemak, rendah indeks glisemik dan semestinya yang halal. Pilihan cikT pastinya Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee.

Kebanyakan ibu yang mengamalkan ESP mengalami kesan yang sama, iaitu penghasilan susu yang bertambah dan susu yang lebih pekat. Bonus lain yang ibu-ibu dapat ialah kulit yang bertambah cantik, berat badan yang terkawal dan sakit gastrik yang berkurangan. Apa-apa pun, semuanya adalah atas izinNYA juga.


Bagi mendapatkan Set Penyusuan Shaklee yang lengkap ataupun yang bajet, silalah hubungi cikT di talian 013-3889522 melalui sms atau whatsapp.

CikT
The Lovely Mamipreneur
013.388.9522



Assalamualaikum.

Berdiri teguhnya Shaklee selama berpuluh tahun disebabkan komitmen yang diberikan. Seperti yang Shaklee janjikan, setiap produknya dijamin semulajadi, sentiasa selamat dan sentiasa berkesan.

Kali ni cikT senaraikan 8 sebab untuk mempercayai kualiti dan keselamatan produk Shaklee.

#1 Shaklee menyaring lebih 350 bahan cemar, racun serangga dan bendasing untuk setiap bahan botani baharu.

#2 Lebih daripada 250 ujian racun serangga dilakukan, melebihi syarat United States Pharmacopeia (USP).

#3 Shaklee melakukan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun.

#4 Tiada tambahan pengawet, pemanis atau perasa tiruan.

#5 Bebas gluten

#6 Bebas GMO - Bukan GMO

#7 Terbicoegradasi

#8 Shaklee tidak melakukan ujian ke atas haiwan.


"Kami percayakan kualiti, kualiti adalah keutamaan." Dr. Forest Shaklee

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.


"Saya bagi anak Omega sebab eczema. Mula-mula eczema naik teruk. Then sapu Vitamin E. Alhamdulillah luka hilang, tapu luka baru naik pulak, seram tengok luka eczema ni. Saya suspect ni kena bagi ubat makan ni, untuk rawat dari dalam. Jadi saya bagi Omega + ESP. Alhamdulillah lepas tu dah tak nampak luka baru naik. Sekarang dah fully recovered, alhamdulillah :)

Bila tengok kulit anak, macam tak percaya je sebelum ni pernah naik luka eczema yang buruk dan menakutkan tu. Memang licin betul, kesan pun hilang. Anak saya 2 tahun +."

Pn. Khadeejah Hasmad

Multipurpose Herbal Blend Cream: Membantu pulihkan kulit.Menenangkan akibat ketidakselesaan Eczema.

Omega Guard: Kandungan EPA dan DHA Omega-3 dalam Shaklee Omega Guard memulihkan alahan eczema.Meningkatkan sistem imun (melawan kuman-kuman yang ada pada luka eczema).

Vitamin E: Membantu pulihkan tekstur kulit yang terjejas akibat eczema.Mengurangkan kesan parut akibat eczema.

ESP: Mengandungi antioksidan yang membantu percepatkan proses pemulihan kulit agar tona lebih sekata.

Bagi yang ingin ikhtiar dengan pengambilan suplemen Shaklee, bolehlah hubungi cikT di talian 013-3889522 ya.

CikT
The Lovely Mamipreneur
013.388.9522


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Sesibuk mana pun bekerja, mengurus diri, rumahtangga dan anak-anak, masa sentiasa ada untuk beri tumpuan pada bisnes.

CikT pun belajar jugak. Mula-mula dulu memang kalut memanjang. Bila semua nak dibuat dalam satu masa tanpa perancangan, memang ke laut lah jawabnya.

Sentiasa rancang, buat senarai, kemudian buat ikut keutamaan. Sambil-sambil tu nak layan customer, anak-anak Shaklee pun boleh.

Yang penting selesaikan dan utamakan dulu urusan anak-anak. Dah merekalah "Big Why" kita pun kan.


Selalu-selalulah bisik kat atas tu supaya semua yang dirancang dipermudahkan.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Dah masuk bulan Julai dah kita... Jom kita jenguk apa promosi Shaklee bulan ni.

1. Tumbler "Reach For The Stars" berharga RM23.32 dengan pembelian Vitality Set.



2. Beg Penyejuk Merah Menyala Dengan Sudu Eksklusif Vivix

Sekarang nak travel dengan Vivix jadi lebih mudah kerana dah ada beg penyejuk istimewa yang boleh memuatkan sehingga 6 botol Vivix dan didatangkan dengan sudu eksklusif Vivix. Yang pasti, sukatan pengambilan Vivix pasti lebih tepat lepas ni. Harganya cuma RM29.89 dengan pembelian (i ) Energy For Life Set, (ii) Men's Vital Health Set, atau (iii) Amazing Golden Set For Him. Pembelian dengan pembelian ini eksklusif terbuka untuk pengedar yang sah sahaja. Jika anda ingin mendapatkan beg penyejuk dan sudu Vivix ini, silakan bertanya pada cikT.



3. Twin Pack Shaklee Canister

Untuk ahli yang sedia ada pulak, setiap pembelian dengan nilai 100 unit volume (UV) di dalam satu resit layak mendapatkan canister dengan penutup comel pada harga RM9.96. Didatangkan 3 set kesemuanya; 1-15 Julai untuk set pertama, 16 - 31 Julai untuk set kedua dan set ketiga pulak antara 1 - 31 Julai. Semuanya menarik kan? Jomlah kumpul sama-sama.



4. Pembelian Salad-To-Go pada harga RM19.93 dengan Set Detox


Menarik kan? Jom lah kita sama-sama rebut barangan edisi terhad Shaklee ni. Secara tak langsung menaikkan semangat untuk amalkan hidup lebih sihat juga.

Hubungi cikT di 013-3889522 untuk dapatkan salah satu atau kesemua barangan di atas tau.

CikT
The Lovely Mamipreneur
013.388.9523
Assalamualaikum.

Saya amat teruja untuk berkongsi pengalaman saya bersama Shaklee. Walaupun nampak remeh temeh di mata orang lain tetapi tetap merisaukan hati dan perasaan saya sebagai seorang ibu.

Saya dikurniakan 2 orang cahaya mata, sulung lelaki dan yang kedua perempuan. Di sini saya ingin berkongsi cerita mengenai anak perempuan saya yang bernama Amna Bt. Firas yang berusia 2 tahun.

Dia mempunyai kulit yang sangat sensitif dan dia juga mempunyai hobi yang sangat menarik iaitu mengkopeng/menggaru kudis yang ada di tubuh badannya sampai kudis tersebut luka kembali dan meninggalkan kesan parut yang tidak diigini. Ibu mana tidak runsing, tubuh anak daranya penuh dengan parut dan berbintang timur!!!!

Inilah contoh luka (dalam gambar) yang selalu si Amna menggaru/mengkopeng luka tersebut sehingga berdarah semula. Sebelum saya menggunakan Herbal Blend luka sebegini akan mengambil tempoh yang lama untuk sembuh bagi kulit Amna. Lama-kelamaan luka ini akan meninggalkan parut dan mengambil masa yang lama untuk kulit Amna untuk sembuh sepenuhnya seperti kulit asalnya.

Saya tidak perlu risau lagi dengan keadaan kulit Amna setelah saya mengamalkan Herbal-Blend di kulitnya. Selain dari luka, saya juga akan menyapukan krim Herbal Blend ini kepada Amna sekiranya terdapat gigitan nyamuk atau serangga ataupun gatal pada kulit dan ruam-ruam lampin. Setakat ini masalah saya telah dirungkai. It look simple but it is amazing for me. That is Shaklee.

Pn. Nadia Ezdanie (Amna Bt. Firas)
Kredit: Supermom Shaklee Story

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Kalau kat rumah, setakat ni SOHO cikT merata-rata. Kadang kat tangga, kadang kat luar rumah (sambil-sambil sidai baju), kat dapur, kat living hall tapi bukan kat bilik air tau (lama-lama dalam bilik air nanti kawan ngan syaiton pulak).



Okay lah. Dalam bayangan, cikT punya soho idaman rupa macam ni. Simple aja. Senang boleh monitor anak sekali. Tak perlu makan ruang besar.

Bila ada bisnes dari rumah ni, perlulah ada soho kan. Baru lebih organized. Senang nak rujuk apa-apa yang berkaitan dengan bisnes kita tu.

CikT
The Lovely Mamipreneur



Assalamualaikum.

Antara kebimbangan dan penyusuan ibu menyusu adalah, "adakah susu saya akan mencukupi untuk bayi saya?" Sebenarnya, tubuh seorang wanita dicipta untuk menghasilkan banyak susu walaupun tanpa mencuba. Walau bagaimanapun, terdapat situasi di mana ibu terpaksa berjuang untuk menyediakan susu yang cukup untuk bayi.

Jika ibu sedang bergelut dengan pengeluaran dan penghasilan susu, anda mungkin tahu bahawa makanan dan herba tertentu boleh meningkatkan bekalan susu. Oatmeal, halba, kurma dan banyak lagi yang lain mempunyai potensi untuk membantu ibu mempunyai susu yang melimpah.

Akan tetapi, adakah ibu tahu bahawa sesetengah makanan sebenarnya boleh mengurangkan pengeluaran susu? Ibu tidak perlu risau tentang sedikit makanan berikut, tetapi jika ibh sedang bergelut dengan bekalan susu yang rendah, elakkan daripada mengambil sejumlah besar makanan berikut. Sebaliknya, jika ibu adalah salah seorang daripada mereka yang mempunyai banyak susu, atau jika sedang dalam proses menghentikan penyusuan, anda mungkin mendapati makanan berikut membantu.

1. Parsley adalah diuretik. Nibbling pada tangkai pasir selepas makan agak menyegarkan dan tidak akan membahayakan bekalan susu anda. Ibu mungkin ingin mengelakkan hidangan dengan sejumlah besar parsley. Bagaimanapun, jika ibu sedang menyusu dan prihatin terhadap pengeluaran susu, hidangan ini perlu untuk dielakkan dalam tempoh selepas bersalin. Sebaik sahaja penghasilan susu menjadi normal dan segala-galanya berjalan lancar, satu pinggan mungkin baik-baik saja.

2. Peppermint dan spearmint boleh menjejaskan bekalan susu. Minum secangkir teh peppermint sekali-sekala tidak sepatutnya menjadi masalah. Mengambil dalam jumlah yang sangat besar setiap hari boleh mengurangkan bekalan susu. Ibu yang menikmati banyak gula-gula berpudina setiap hari mendapati penurunan pengeluaran susu.

3. Sage dan oregano boleh menjejaskan pengeluaran susu secara negatif. Teh sage adalah ubat biasa untuk pengeluaran yang lebih tinggi.

4. Penggunaan topikal daun kobis: kobis boleh berfungsi keajaiban untuk meredakan pembesaran payudara, tetapi jangan terlalu melakukannya! Menggunakan kobis lebih dari sekali atau dua kali sehari boleh mengurangkan bekalan susu anda. Krim topikal yang diperbuat daripada ekstrak kobis boleh mempunyai kesan yang sama.

5. Kaffein dan minuman beralkohol lain menghalang penghasilan susu. Ini menjadikan bayi lebih sukar untuk mendapatkan susu. Dari masa ke masa, ini dapat mengurangkan bekalan susu ibu.

Sila dapatkan nasihat perunding laktasi bertauliah sebelum bereksperimen dengan APA-APA herba untuk membantu isu bekalan susu. Herba adalah ubat-ubatan, dan banyak mempunyai kesan sampingan yang berpotensi dan boleh menyebabkan reaksi alergi yang teruk. Di samping itu, adalah penting untuk memahami sejarah dan penyebab utama keadaan ibu agar sebarang rawatan menjadi berkesan.

Semoga bermanfaat.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Masa mengandung, macam-macamlah masalah datang. Dengan loyanya, tak lalu nak makan, rasa lemah, nak melepek je manjang, haiii...panjanglah senarainya.

Dengan pemakanan yang tak seimbang tu, macam mana ibu nak bekalkan nutrisi yang cukup untuk kandungan? Mungkin ibu boleh cuba Set Hamil Shaklee ni.

Set Hamil Shaklee mengandungi:


1. ESP - untuk memberikan tenaga berpanjangan, hilangkan gastrik dan mencantikkan kulit ibu dan bayi.

2. Vitamin C - mengurangkan risiko ibu dari demam dan selsema, serta risiko radikal bebas.

3. B Complex - melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang.

4. Vitalea - mengelakkan anemia dan kekurangan sel darah merah, serta risiko bayi kurang berat badan.

5. Ostematrix - membantu dalam pertumbuhan tulang dan gigi, juga untuk elakkan kekejangan.

6. Omega Guard - membantu dalam perkembangan otak bayi (trimester kedua dan ketiga).

Ibu beli satu set boleh guna untuk satu trimester (3 bulan). Jimat kan?

Whatsapp cikT @ 013-388 9522 untuk pembelian.

CikT
The Lovely Mamipreneur
013.388.9522

Assalamualaikum.

Konsep penyusuan wajibul ghunnah nya adalah memastikan "supply and demand" seimbang. Majsudnya ibu kena sentiasa pastikan payudara sentiasa dikosongkan untuk tempoh dua hingga tiga jam. Tak kisahlah melalui penyusuan terus ataupun perahan.

Pengambilan suplemen adalah untuk melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh di samping dapat meningkatkan kualiti susu ibu itu sendiri. Bagi sesetengah pengamal perubatan, pengambilan suplemen tidak penting kerana pelbagai zat dan vitamin boleh didapati dari makanan harian.

Akan tetapi, kebanyakan doktor dan pakar nutrisi juga berpendapat makanan seimbang sahaja tidak mencukupi. Ini disebabkan beberapa faktor seperti pencemaran, penyediaan, dan radikal bebas.

Bila bekalan nutrisi dalam mencukupi, tubuh ibu tak adalah lemau macam orang puasa. Lebih seronok lagi, bila tubuh bertenaga, secara automatik perasaan ibu menjadi tenang dan dapat menghasillan susu secukupnya. InsyaAllah.

Jom kita ikuti pengalaman ibu menyusu yang amalkan pengambilan Set Menyusu Shaklee.

"Asalnya amik Set Menyusu ni untuk maintain production susu dan kekalkan stamina je. Maklumlah dah masuk anak ketiga. Sekali parut jerawat hilang, tona kulit sekata, kulit pun dah tak berminyak tanpa sengaja. Sekarang anytime ready je tak yah tepek mekap dah. Haih lah. Semua tanpa sengaja..."


Untuk mendapatkan Set Menyusu ini, boleh kontek cikT di talian 013-3889522 ya.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.


Sempena kehadiran 1 Syawal 1438 ni, cikT nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin seandainya tulisan cikT mengguris perasaan kalian. Tiada niat lain kecuali sekadar ingin berkongsi.

Sekadar ingatan, dah sebulan kita berdetoks, musim perayaan ni kawallah pengambilan air manis, biskut raya dan pengambilan daging yang berlebihan ye. Takut perut jadi terkejut pula.

Jangan lupakan Omega Guard si minyak ikan dan Lecithin si pengemulsi lemak. Mudah-mudahan nafsu membuak dapat dikurangkan, lemak juga dapat disingkirkan.

Salam sayang dari cikT.
Assalamualaikum.

Dalam buku tulisan David J. Schwartz bertajuk "The Magic Of Thinking Big", beliau memberikan tips untuk sentiasa jadi optimistik.

Antara points yang cikT dapat highlight:

~ Jangan pandang rendah pada diri sendiri.

~ Sentiasa tanamkan dalam diri yang "I'm a winner".

~ Kena buang rasa takut dan jadi seseorang yang berani mencuba.

~ Sentiasa cuba cari jalan untuk menambahbaik sesuatu pekerjaan.

~ Kita adalah hasil pemikiran kita sendiri.

Banyak lagi yang dikupas dalam buku tu dan cikT rasa kena sangat dengan apa yang cikT tengah buat. Terpakai untuk semua jugak sebenarnya.

Gigih buka buku tengah-tengah malam ni. Terus update kat sini supaya kawan-kawan pun boleh aplikasi dalam kehidupan harian.

Tak khatam pun lagi bukunya. Hehehe.

Membaca jambatan ilmu.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Beliau bersalin kembar tau. Tapi masih kekal bertenaga dalam labour room. Siap boleh susukan kedua-dua bayi sambil berpuasa penuh lagi!

Alhamdulillah. Asbab konsisten ESP & Alfalfa juga ni.



Meh dapatkan Set Menyusu Bajet ni dari cikT dengan menghubungi 013-3889522 melalui sms atau whatsapp.

CikT
The Lovely Mamipreneur
013.388.9522
Assalamualaikum,

Dalam hidup ini kita diberi dugaan & ujian yang berbeza dan pastinya setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran. Saya dan suami menunggu selama enam tahun untuk menimang cahayamata dan hanya yang melaluinya sahaja faham, perasaan kami.

Saya mula mengamalkan Set Kesuburan Shaklee pada Jan 2012, selepas 6 bulan mengamalkannya saya telah disahkan hamil. Semasa hamil dan di dalam pantang saya juga menggunakan set yang berkaitan.

Lebih membanggakan sebagai seorang ibu sehingga ke saat ini bayi saya sudah berusia 5 bulan menikmati susu ibu sepenuhnya dimana saya langsung tidak mengalami masalah kekurangan susu walaupun di dalam bulan puasa. Selain itu, bayi saya mempunyai kulit yang gebu dan badan yang tegap.

Kesimpulannya, saya mendapat pelbagai manfaat dengan produk Shaklee bermula dengan Set Kesuburan, Set Kehamilan, Set Berpantang dan Set Menyusu. Bukan kemenangan yang saya harapkan cukuplah sekadar berkongsi secebis pengalaman. Nama bayi saya Nur Damia Najiha Binti Ismadi. Sekian.


Pn. Sulhana Shuhaimi (kredit: Supermom Shaklee Story)

Bagi mendapatkan Set Kesuburan, Set Kehamilan, Set Berpantang dan Set Menyusu bolehlah menghubungi cikT di talian 013-3889522.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Pagi tadi bangun rasa tak sedap badan, tekak pulak rasa perit. Aduh, new moon tinggal lagi berapa hari je. Nak raya pulak tu. Huhu...

Alhamdulillah, sebenarnya jarang-jarang kena selsema, batuk dan demam panas ni. Dah masa Allah nak hapus dosa-dosa kecil cikT pulak. InsyaAllah. Suara pun dah tak boleh nak main bisik-bisik.

Cik manis Anis cikT masa tunggu acik transporter tadi tanya, Mami dah makan Vitamin C? Dah makan Nutriferon? Garlic pun dah? Mami angguk je semua pertanyaan dia.

Okey, mami dah tahu nak pass kat siapa legasi Shaklee mami nanti.

Vitamin C - kuatkan sistem imun badan

Nutriferon - sistem imun dan lawan segala kuman dalam badan

Garlic complex - antibiotik semulajadi

Siapa rasa lemau-lemau minggu ni jom join cikT lawan askar-askar jahat tu. Jangan lupa jaga pemakanan especially gula putih menjelang raya ni ya.


Whatsapp cikT kat 013-3889522 ya.

CikT
The Lovely Mamipreneur
013.388.9522


Assalamualaikum.

Ramai ibu menyusu tertanya-tanya adakah makanan yang mereka ambil akan menjejaskan susu ibu atau perlukah untuk mengelakkan makanan tertentu untuk mencegah masalah pencernaan atau alahan pada bayi. Mungkin juga perlu makan makanan khas untuk membuat jumlah susu yang betul atau susu berkualiti untuk bayi.

Berita baiknya ialah susu anda mungkin tepat untuk bayi tanpa mengira apa yang ibu makan. Tubuh ibu tahu dengan tepat apa pemakanan yang diperlukan oleh bayi pada setiap peringkat perkembangan.

Mungkin tips berikut dapat membantu merancang diet ibu.

1. Apa nak makan

● Makanan protein 2-3 kali sehari seperti daging, ayam, ikan, telur, tenusu, kacang, kacang dan bijian.

● Makan tiga hidangan sayuran, termasuk sayur-sayuran hijau dan kuning gelap setiap hari.

● Makan dua hidangan buah setiap hari. Termasuk bijirin penuh seperti roti gandum, pasta, bijirin dan oat dalam makanan harian anda.

● Minum air untuk memuaskan dahaga anda. Ramai wanita mendapati mereka dahaga semasa menyusu; walau bagaimanapun, memaksa diri untuk meminum cecair tidak meningkatkan bekalan anda.
Sekatan diet dari kehamilan tidak berlaku untuk ibu menyusui.

● Diet vegetarian boleh serasi dengan penyusuan susu ibu. Sekiranya ibu mengelakkan daging, pastikan ibu makan sumber besi dan zink yang lain seperti kacang kering, buah kering, kacang, biji dan tenusu. Jika ibu mengelakkan semua produk haiwan (diet vegan), ibu perlu mengambil suplemen B12 untuk memastikan bayi tidak mengalami kekurangan B12.

2. Berapa banyak yang perlu dimakan

● Penyusuan susu ibu memerlukan kalori tambahan. Sekiranya ibu masih mempunyai berat badan dari kehamilan, kalori tambahan secara semulajadi akan digunakan untuk susu. Jika ibu telah kehilangan berat badan yang sepatutnya, ibu mungkin perlu memakan 500-600 kalori tambahan setiap hari.

● Selepas bayi mula makan makanan lain pada 6 bulan, susu ibu akan mula berkurangan dan ibu boleh mengurangkan pengambilan kalori anda.

3. Minuman berkafein

● Kafein dapat disalurkan ke dalam susu tetapi kebanyakan bayi tidak terganggu olehnya. Sekiranya bayi tidak tidur dengan lancar atau mudah marah, ibu mungkin perlu mengehadkan atau mengelakkan kafein. Bayi yang baru lahir mungkin lebih sensitif terhadap kafein daripada bayi yang lebih tua.

4. Berkongsi dengan bayi melalui susu

● Asid DocasaHexanenoic (DHA) adalah asid lemak omega 3 penting yang diperlukan oleh bayi untuk perkembangan otak. Ibu boleh tingkatkan pengambilan DHA dalam susu dengan makan ikan 2-3 kali seminggu. Sumber terbaik DHA ialah: salmon, bluefish, bass, trout, flounder dan tuna. Jangan makan ikan jubin, ikan todak, ikan yu dan makarel raja. Ia mengandungi paras merkuri yang tinggi.

● Warna-warna makanan yang ibu makan, termasuk pigmen semulajadi dalam sayur-sayuran dan makanan tambahan herba atau pewarna makanan yang ditambah kepada makanan, boleh mengubah warna susu anda.

● Perisa yang berlainan dalam diet ibu akan muncul dalam susu. Bayi anda akan menikmati susu yang dibekalkan dengan bawang putih.

● Makanan pedas dan penghasil gas biasanya diterima oleh kebanyakkan bayi. Sekiranya ibu mendapati bayi kerap kolik dan telah sering cirit-birit selepas mengambil makanan tertentu, cuba elakkan makanan itu selama beberapa minggu dan lihat jika gejala hilang. Kemudian cuba lagi makanan untuk melihat sama ada ibu masih perlu mengelakkannya.

5. Alahan pada bayi

● Dalam kes-kes tertentu, bayi yang menyusu dengan susu ibu dapat menyebabkan alergi makanan kepada makanan yang diambil oleh ibu. Gejala yang paling biasa adalah najis berwarna hijau, seperti mukus dan najis darah. Kolik dan refluks tidak biasanya disebabkan oleh alahan makanan.

● Makanan yang paling biasa menyebabkan alahan ialah produk tenusu, produk soya, gandum dan telur. Makanan yang kurang menyebabkan alahan termasuklah ikan, kacang, kacang atau jagung. Bayi boleh mengalami alergi terhadap makanan yang anda makan.

● Mengekalkan diet harian dengan apa yang ibu makan mungkin dapat membantu mengetahui makanan mana yang menyebabkan masalah pada bayi. Selagi bayi mendapat berat badan dan bukan anemia, alergi tidak akan menyebabkan masalah jangka panjang. Ibu tidak perlu berhenti menyusu.

● Mengeluarkan makanan yang disyaki menjadi penyebab tertentu dari diet perlu diteliti dengan membaca semua label. Berbincang dengan pakar diet/ nutrisi dapat membantu merancang diet ibu.
Subscribe to: Posts ( Atom )

Carian

Saya Siti

Bonjour & Welcome

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

Follow Siti

Produk Shaklee

ESP vivix

Paling diminati

  • Jom Membuat Capan
    Minggu ni minggu peperiksaan sekolah kebangsaan puteri cikT yang berdua tu. Kebiasaannya, matapelajaran seni ni akan jadi penutup minggu pep...
  • 4 Langkah Pantas Kenalpasti Strok
    Strok adalah satu kecemasan perubatan. Strok berlaku apabila aliran darah ke otak terhenti. Dalam masa beberapa minit, sel-sel otak mula ...
  • Homemade Chicken Ball Mudah Dan Sedap
    Assalamualaikum. Dalam banyak-banyak masakan barat, cikT sukakan pasta. Yang paling cikT suka masakan aglio olio sebab dia ada rasa yang b...
  • Pengalaman Penyusuan Bersama Empat Orang Cahaya Mata
    Assalamualaikum. Anak pertama dulu agak bergelut dengan breastfeeding ni. Mana tak nya. Masa mengandung ingatkan menyusu ni alami sampai ...
  • Cucur Kembung Manis Versi Gluten Free
    Assalamualaikum. Sekarang ni musim cucur kembung manis viral pulak dah. CikT rasa dah pernah viral tahun lepas atau dua tahun lepas. Siap ...

Catatan Siti

  • ▼  2017 (165)
    • ▼  August (7)
      • JERAGAT SEMAKIN PUDAR SELEPAS AMALKAN GLA COMPLEX ...
      • TEKANAN DARAH MENURUN, ALAHAN MAKANAN HILANG
      • Onion Rings Versi Gluten Free
      • MIGRAIN SEMBUH DENGAN VITAMIN KULIT CANTIK SHAKLEE
      • TIADA LAGI EPISOD ULANG ALIK KE KLINIK BAWA ANAK-A...
      • Cucur Kembung Manis Versi Gluten Free
      • Promosi Shaklee Bulan Ogos
    • ►  July (24)
      • Suplemen Haji Dan Umrah
      • Agenda KBAT - Menguji Emosi Ibubapa
      • SET MENYUSU SHAKLEE MERUBAH TANGGAPAN SAYA TERHADA...
      • Lirik Lagu Raya Nusantara
      • Ayam Masak Butter
      • UMRAH BERTENAGA, KEMBALI KE TANAH AIR DENGAN SIHAT...
      • MASALAH ANEMIA BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SUPPLEM...
      • Hamil Selepas Konsisten Dengan Set Keputihan Dan S...
      • BERJAYA SUSUKAN ANAK SEHINGGA 2 TAHUN SELEPAS AMAL...
      • Sabtu Yang Memenatkan
      • DAH TAK PERLU PEMBEDAHAN KATARAK SELEPAS AMALKAN M...
      • Kek Butter Simple Lagi Sedap
      • Parut Yang Hodoh Dah Hilang...Wajah Yang Lebih Kacak
      • Jom Berpantun
      • Oh My Jawi!
      • Set Keperluan Harian Shaklee
      • Kisah Setahun Lalu...
      • Happy Birthday Abang!!
      • LUKA AKIBAT MELECUR PADA TANGAN ANAK BERANSUR SEMB...
      • Susu Banyak Bila Tiap Kali Pam
      • 8 Sebab Untuk Mempercayai Kualiti Dan Keselamatan ...
      • Dah Tak Ada Kulit Buruk Dan Menakutkan Lagi
      • Bisnes, Anak-anak Dan Rumahtangga
      • Promosi Shaklee Bulan Julai 2017
    • ►  June (28)
      • Kulit Sensitif Beransur Sembuh Selepas Amalkan Her...
      • SOHO (Small Office Home Office) Idaman
      • 5 Jenis Makanan Yang Perlu Ibu Menyusu Elakkan
      • Ibu Dan Janin Sihat Dengan Set Hamil Shaklee
      • Asalnya Ambil Set Menyusu Untuk Maintain Productio...
      • Salam Aidilfitri Dari CikT
      • The Magic Of Thinking Big
      • Rahsia Menyusu Anak Kembar Dan Berpuasa Penuh
      • Penantian 6 Tahun Untuk Zuriat Pertama Berakhir De...
      • Hati-hati Dengan New Moon
      • 5 Diet Yang Perlu Ibu Menyusu Ketahui
    • ►  May (30)
    • ►  April (30)
    • ►  March (31)
    • ►  February (15)
  • ►  2016 (4)
    • ►  October (4)
Powered by Blogger.

Hubungi Siti

Name

Email *

Message *

Copyright 2014 Lovely Mamipreneur (CikT).
Blogger Templates Designed by OddThemes