Ayam Masak Butter
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Akhirnya cikT diberi kesempatan olehNya untuk habiskan puasa seawal ini. Selama ni memang cikT selalu lengahkan. Sedar-sedar je Syawal dah nak habis.
Sebenarnya nak citer, sempena hari terakhir cikT habis puasa hari ni, tekak dan tangan tu teringin nak hidang ayam masak butter untuk berbuka sekali dengan makan malam anak-anak. Dah banyak kali jugak buat masakan ni sebab anak-anak semua suka. Kebetulan pulak ada isi ayam yang tak tahu nak masak apa.
"Ayam Masak Butter"
Bahan:
Untuk perapan:
Isi ayam dipotong kecil
Telur
2 sudu tepung beras
1 sudu tepung jagung
Garam
Sedikit gula (optional)
Untuk kuah butter:
3-5 ulas bawang putih
3-5 biji cili padi (atau lebih)
2 tangkai daun kari (boleh gantikan dengan sedikit serbuk kali kalau tak ada daun)
1-2 sudu butter
Sedikit minyak masak (untuk elakkan butter hangus)
Kuning telur
Susu segar/ cair/ santan
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Cara:
1. Campurkan kesemua bahan perapan ayam dalam masa sejam. CikT kadang tak perap lama sebab nak cepat.
2. Goreng isi ayam. Asingkan.
3. Di kuali lain, panaskan minyak dan butter. Kemudian masukkan bawang putih dan cili padi.
4. Bila dah naik bau, masukkan daun kari. Kuning telur tadi dipukul.
5. Pastikan guna senduk bulat. Gaulkan minyak secara bulatan. Buat laju-laju. Kemudian tuangkan kuning telur tadi perlahan-lahan ke dalam minyak yang sedang digaul secara berpusing. Masa nilah telur tu nak terbentuk halus-halus tu.
6. Masukkan susu, kemudian garam dan gula. Gaul hingga rata. Manis dan masin tu ikut citarasa sendirilah ya. Kalau nak kuah cair sedikit, boleh tambah air. Kalau nsk pekat, tak perlu tambah air.
7. Tutup api dan siap untuk dihidang dengan nasi panas-panas. Wallaaa!!!
Selamat mencuba uolls.
CikT
The Lovely Mamipreneur
Tentang Siti
Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.
0 comments:
Post a Comment