Kisah Setahun Lalu...
Assalamualaikum.
Masih segar di ingatan, peristiwa setahun lalu yang ketika itu adalah hari ketiga Syawal. CikT bangun macam biasa, siapkan sarapan dan makan tengahari sebelum gerak ke ofis. Ya, tahun itu giliran kami beraya di Perak, jadi cikT tak ambil cuti panjang. Biasalah, bukan kami suami isteri saja yang kena bergilir, ambil cuti di ofis pun kena bertoleransi.
Oh ya, bibik dah bercuti awal sebelum Syawal lagi. Jadi terpaksalah suami yang bercuti jaga dan uruskan anak-anak di rumah.
Lepas siapkan diri, siapkan bekalan pula. Maklumlah baru hari raya ketiga dan pastinya tiada peniaga yang menjual makanan. Lagipun cikT memang dah amalkan bawa bekal makanan sendiri sejak penghujung 2014 lagi.
Enjin Kelisa dihidupkan dan perlahan-lahan kereta menyusur keluar dari kawasan perumahan. Aman sekali jalan pagi itu walaupun jam sudah pun hampir pukul 8 pagi. Hujan rintik-rintik.
Melewati lampu isyarat Bukit Rimau bermakna bakal masuk ke lebuhraya KESAS. Sebelum tu kena lepasi selekoh tajam dulu.
Mata cikT memang celik dan segar. Bahkan lebih bersemangat sebab dah janji dengan kawan-kawan nak sambut raya bersama di ofis. Lagipun mood raya masih segar, pastinya tiada tugas baru.
Dengan jalan sedikit basah, ditambah pulak dengan selekoh tajam, terasa tayar kereta seperti berat ke kiri. Hati terasa sedikit debar sebab takut jatuh ke dalam gaung. Tak tahu apa jadi lepas tu, yang cikT ingat kepala terhantuk beberapa kali dan cikT sempat melafazkan dua kalimah syahadah sebelum kereta berhenti bergerak.
Terpaksa terima hakikat yang cikT sendiri kemalangan. Mulalah cikT jadi tumpuan kenderaan yang lalu-lalang. Telefon suami, telefon jiran minta datang segera. Uruskan semuanya dan balik semula ke rumah.
Usai solat asar, kami pun berangkat ke Batu Kurau, Taiping. Sampai rumah, habis badan cikT sengal-sengal. Merasalah tidur di atas katil malam tu dengan Ahmad kerana masih menyusu badan.
Alhamdulillah cikT tak apa-apa, cuma lebam di sini sana. Cuma kereta agak teruk keadaannya. Makanya, takdir cikT hari itu bukanlah di tempat kerja tapi bersama anak-anak.
Yakinlah aturan Allah itu lebih cantik. Itu ysng cikT pelajari.
CikT
The Lovely Mamipreneur
Tentang Siti
Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.
0 comments:
Post a Comment