Batuk ialah tindakan refleks biasa yang menyahkan lendir tekak atau perengsa asing. Kebiasaannya, batuk untuk membersihkan tekak tidak berlaku secara kerap, kecuali beberapa faktor dan keadaan yang menyebabkan serangan batuk yang lebih teruk.
Selain mengambil ubat yang dipreskripsi oleh doktor, terdapat beberapa cara alami yang boleh melegakan dan merawat batuk.
1. Madu + lemon
Madu dan lemon terkenal dengan pelbagai khasiat dan kegunaan. Madu dapat membunuh infeksi dan mencairkan kahak manakala lemon dengan kandungan vitamin C bagi meningkatkan sistem imun dan melawan pelbagai jenis virus penyebab batuk dan infeksi. 1 sudu teh madu dan 1 sudu teh lemon dicampur ke dalam air panas. Elok diamalkan 3 kali sehari.
2. Jus nenas
Bromelain merupakan enzim yang terdapat dalam jus nenas. Bromelain digunakan untuk mengurangkan bengkak, keradangan, sinus, dan beberapa rawatan lain. Jus nenas boleh diambil bersama sesudu besar madu, 1 hingga 2 gelas sehari.
3. Berkumur dengan garam dan air
Campurkan 1/4 - 1/2 sudu besar garam dengan 8 oz air dan berkumur. Boleh diulang beberapa kali sehari. Cara ini dapat melegakan kegatalan tekak.
4. Stim
Didihkan air dan tuangkan ke mangkuk saiz sederhana. Biarkan sejuk selama 30-60 saat, dan titiskan minyak kayu putih dan minyak tea tree. Rapatkan wajah ke atas mangkuk sehampir boleh yang selesa. Tutup kepala dengan tuala lembut untuk memerangkap wap. Lakukan selama 5 ke 10 minit, 2 ke 3 kali sehari.
5. Sirap halia berpudina
Cincang halia sebesar ibu jari dengan beberapa helai daun pudina. Campurkan ke dalam 4 cawan air dan masak hingga mendidih. Reneh dengan api kecil sehingga cecair menjadi separuh. Biarkan sejuk sedikit, kemudian masukkan 1 cawan madu sehingga sebati. Simpan di dalam botol dan ambil 1 sudu besar setiap beberapa jam sekali. Ia tahan di dalam peti sejuk selama tiga minggu.
Tentang Siti
Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.
0 comments:
Post a Comment