Lovely Mamipreneur (CikT)
  • Laman Utama
  • Profil
  • Shaklee
    • Produk Shaklee
    • Set Kesihatan
    • Daftar Keahlian
    • Senarai Pengedar
    • Sijil Halal
  • Beli Online
  • Penafian
Home Archive for October 2016


Batuk ialah tindakan refleks biasa yang menyahkan lendir tekak atau perengsa asing. Kebiasaannya, batuk untuk membersihkan tekak tidak berlaku secara kerap, kecuali beberapa faktor dan keadaan yang menyebabkan serangan batuk yang lebih teruk.

Selain mengambil ubat yang dipreskripsi oleh doktor, terdapat beberapa cara alami yang boleh melegakan dan merawat batuk.

1. Madu + lemon


Madu dan lemon terkenal dengan pelbagai khasiat dan kegunaan. Madu dapat membunuh infeksi dan mencairkan kahak manakala lemon dengan kandungan vitamin C bagi meningkatkan sistem imun dan melawan pelbagai jenis virus penyebab batuk dan infeksi. 1 sudu teh madu dan 1 sudu teh lemon dicampur ke dalam air panas. Elok diamalkan 3 kali sehari.

2. Jus nenas



Bromelain merupakan enzim yang terdapat dalam jus nenas. Bromelain digunakan untuk mengurangkan bengkak, keradangan, sinus, dan beberapa rawatan lain. Jus nenas boleh diambil bersama sesudu besar madu, 1 hingga 2 gelas sehari.

3. Berkumur dengan garam dan air


Campurkan 1/4 - 1/2 sudu besar garam dengan 8 oz air dan berkumur. Boleh diulang beberapa kali sehari. Cara ini dapat melegakan kegatalan tekak.

4. Stim


Didihkan air dan tuangkan ke mangkuk saiz sederhana. Biarkan sejuk selama 30-60 saat, dan titiskan minyak kayu putih dan minyak tea tree. Rapatkan wajah ke atas mangkuk sehampir boleh yang selesa. Tutup kepala dengan tuala lembut untuk memerangkap wap. Lakukan selama 5 ke 10 minit, 2 ke 3 kali sehari.

5. Sirap halia berpudina



Cincang halia sebesar ibu jari dengan beberapa helai daun pudina. Campurkan ke dalam 4 cawan air dan masak hingga mendidih. Reneh dengan api kecil sehingga cecair menjadi separuh. Biarkan sejuk sedikit, kemudian masukkan 1 cawan madu sehingga sebati. Simpan di dalam botol dan ambil 1 sudu besar setiap beberapa jam sekali. Ia tahan di dalam peti sejuk selama tiga minggu.

Salam hujung minggu...
 
Anda ada apa-apa plan tak hari ni? Kalau belum ada, jom lah bawa anak-anak dan keluarga ke Mini Carnival Shaklee. Karnival hari ini ada beberapa aktiviti menarik antaranya demo untuk rangkaian produk penjagaan muka khas untuk kulit Asia, Nutriwhite dan Get Clean. Disediakan juga sampel minuman Cinch Smoothie. Baca je dah telan air liur kan.
 
Aktiviti yang paling cikT gemar ni ada lucky dip bagi setiap pembelian 200 unit volume (uv). Antara hadiah lucky dip ni ada vitamin terpilih, mug, bekas makanan, water pitcher, beg eco, Vivix dan banyak lagi. CikT berkenan sangat kat Vivix tu. Untung-untung dapat buat stok bulan depan.
 
Sempena hari terakhir promosi pendaftaran keahlian Shaklee juga, bagi sebarang pembelian 100 uv ke atas atau 200 uv ke atas melayakkan anda mendapat sebotol Lecithin atau Vitamin C.
 
Sempat lagi doa minta dapat hadiah yang kita paling suka. Kalau tak dapat pun, anggaplah tak ada rezeki. Dapat yang lain pun rezeki juga kan.
 
 
 
Ikhlas,
CikT
Dari mula-mula cikT rasa ESP dulu, cikT memang suka minum campur dengan susu. Tapi cikT tukar-tukar jugalah kadang-kadang tu. Kat sini cikT nak kongsikan beberapa resepi ESP yang boleh dicuba.
 
1. ESP dengan fresh milk
Yang ni memang kegemaran cikT. Bila masukkan ESP dalam susu, memang pekat melekatlah rasanya.
 
 
 
2. ESP dengan kurma atau madu
ESP ni didatangkan tanpa gula atau pemanis tiruan, jadi bila bancuh kosong memang agak tawar rasanya. Bagi yang ingin dapatkan sedikit rasa manis, cikT cadangkan anda cuba campur kurma yang dah dicarik-carik dan direndam sedikit air atau campurkan madu sedikit. Selain rasa manis, anda dapat khasiat kurma atau madu sekali.
 

 
3. ESP dengan almond
Ramai yang dah tahu kebaikan dan khasiat kacang almond ni. Selain khasiat vitamin B dan E, almond juga memiliki kandungan mineral yang bermanfaat bagi tubuh seperti kalsium, magnesium, zat besi dan zink. Untuk campuran almond, anda boleh kisar almond dan bancuh bersama ESP atau campurkan almond milk. CikT guna serbuk almond yang dibeli dari kedai organic dan campurkan dengan sedikit madu.
 

 
4. ESP dengan ketulan ais (smoothie)
Resepi yang ni cikT dapat dari rakan SID lain juga. Caranya kita bacuh dulu ESP dengan sedikit air, kemudian kisarkan ketulan ais. Sedap tau minum sejuk-sejuk. Anda boleh campurkan sedikit madu.
 

 
5. ESP dengan buah-buahan
Samada dalam bentuk jus atau smoothie, anda boleh pilih jenis buah yang digemari dan campurkan saja dengan ESP. Oh, bertambah muluslah kulit kita.
 

 
Sebenarnya anda boleh pelbagaikan lagi resepi ESP ni supaya tak rasa jemu. Lagipun sebagai mak-mak prihatin ni kan kita nak bagi anak-anak mendapat  khasiat yang terbaik. Kepelbagaian resepi ini mungkin membantu menghilangkan rasa bosan juga.
 
CikT nak ingatkan yang pengambilan ESP terhad kepada 3 sudu besar sehari. Ini bagi mengelakkan tubuh kita mengambil sumber protein yang berlebihan. Pengambilan protein berlebihan boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang.
 
Lagi satu ingatan dari cikT, ESP tak boleh dibancuh dengan air panas kerana ia boleh mematikan khasiat protein itu sendiri. Cukup sekadar dengan air suam atau air sejuk.
 
CikT harap perkongsian ini membantu menghilangkan kegusaran anda tentang resepi ESP.
Untuk mendapatkan atau ingin mencuba ESP, anda boleh hubungi (whatsapp) cikT 013-388 9522.
 
Selamat mencuba!
 
Ikhlas,
CikT

Assalammualaikum semua & salam perkenalan.

Selamat datang ke blog cikT. Insyaallah cikT ingin berkongsi tips-tips berkenaan dengan kesihatan, penyusuan, keibubapaan dan apa saja.

CikT harap segala komen dan maklumbalas dari anda dapat membantu cikT untuk berkongsi lebih banyak lagi.

Selamat membaca!

Ikhlas,
CikT

Subscribe to: Posts ( Atom )

Carian

Saya Siti

Bonjour & Welcome

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

Follow Siti

Produk Shaklee

ESP vivix

Paling diminati

  • Jom Membuat Capan
    Minggu ni minggu peperiksaan sekolah kebangsaan puteri cikT yang berdua tu. Kebiasaannya, matapelajaran seni ni akan jadi penutup minggu pep...
  • 4 Langkah Pantas Kenalpasti Strok
    Strok adalah satu kecemasan perubatan. Strok berlaku apabila aliran darah ke otak terhenti. Dalam masa beberapa minit, sel-sel otak mula ...
  • Homemade Chicken Ball Mudah Dan Sedap
    Assalamualaikum. Dalam banyak-banyak masakan barat, cikT sukakan pasta. Yang paling cikT suka masakan aglio olio sebab dia ada rasa yang b...
  • Pengalaman Penyusuan Bersama Empat Orang Cahaya Mata
    Assalamualaikum. Anak pertama dulu agak bergelut dengan breastfeeding ni. Mana tak nya. Masa mengandung ingatkan menyusu ni alami sampai ...
  • Cucur Kembung Manis Versi Gluten Free
    Assalamualaikum. Sekarang ni musim cucur kembung manis viral pulak dah. CikT rasa dah pernah viral tahun lepas atau dua tahun lepas. Siap ...

Catatan Siti

  • ►  2017 (165)
    • ►  August (7)
    • ►  July (24)
    • ►  June (28)
    • ►  May (30)
    • ►  April (30)
    • ►  March (31)
    • ►  February (15)
  • ▼  2016 (4)
    • ▼  October (4)
      • 5 Cara Hilangkan Batuk Secara Alami
      • Santai Sabtu Bersama Keluarga
      • 5 Resepi ESP
      • Hello
Powered by Blogger.

Hubungi Siti

Name

Email *

Message *

Copyright 2014 Lovely Mamipreneur (CikT).
Blogger Templates Designed by OddThemes