Lovely Mamipreneur (CikT)
  • Laman Utama
  • Profil
  • Shaklee
    • Produk Shaklee
    • Set Kesihatan
    • Daftar Keahlian
    • Senarai Pengedar
    • Sijil Halal
  • Beli Online
  • Penafian
Home Archive for August 2017
Saya seorang pelajar jurusan Pastry and Bakery dan berumur 18 tahun. Sepanjang bergelar seorang pelajar hidup saya sangat sibuk sehingga tiada masa untuk uruskan diri untuk tampil cantik. Bila dh ambil kursus pastry and bakery tahu-tahu jela, kita akan lebih terdedah kepada haba yang panas. Selalu berdepan dengan panas oven yang besar dekat kitchen. Kelas pagi sampai malam kadang duduk dekat kitchen.

Malangnya pada semester ke-3 saya perasan muka saya ada kesan-kesan hitam yang ada dekat bawah mata. Walaupun sedikit dah boleh menggusarkan diri saya. Bila saya lihat betul-betul barulah saya tahu rupanya jeragat. Punyalah sedih masa itu, tak tahu macam mana nak hilangkan jeragat. Belilah pelbagai produk jenama apa pun tetap gitu je malah makin besar pulak. Jadi bila muka dah ada jeragat cara saya nak tutup ye terpaksa lah pakai conceler. Banyakkan pergi kelas dengan pakai conceler.

Sehingga tamat belajar dan mula bekerja jeragat tidak juga berkurang. Jadi bila dah bekerja saya Google untuk hilangkan jeragat tapi untuk remaja tak ada pun. Saya dengan nekad tanya dengan salah satu blog tentang jeragat. Risau juga pada awalnya sebab takut tak boleh hilang lagi pun mahalkan produk tu. Dengan senekadnya hati saya beli juga 2 botol GLA Complex.

Selepas beberapa minggu saya dapati kulit wajah saya tidak berjeragat lagi. Paling best GLA Complex ini boleh stabil period yang huru hara ini. Memang tak menyesal saya beli produk daripada Shaklee ini. Seperti tidak percaya bila upline saya kata belum pernah lagi jumpa jeragat remaja.


PN. NORHASLINDA (Kredit: Supermom Shaklee Story)

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Zahrah Bt. Abd Basit, berumur 60 tahun dan mempunyai 6 orang anak. Saya kini menetap di Melaka dan merupakan seorang suri rumah.

Saya mengidap penyakit darah tinggi dan juga mengalami masalah cramp ketika tidur terutamanya pada waktu malam di dalam bilik yang berhawa dingin. Saya juga selalu mengalami gatal-gatal apabila makan makanan seafood dan ayam. Penyakit gatal-gatal ini telah saya alami sejak 10 tahun lamanya manakala darah tinggi dan cramp kaki pula lebih kurang 3 tahun. Saya juga kerap ke hospital untuk mengambil ubat supaya dapat mengurangkan masalah yang saya hadapi ini.

Anak saya, Nur Feiza Naquieb telah mencadangkan kepada saya untuk menggunakan supplemen Shaklee iaitu Garlic Complex, Lecithin, Alfalfa Complex dan juga Ostematrix. Beliau merupakan pengedar sah Shaklee dan pengguna tegar produk-produk Shaklee. Saya terus berminat untuk menggunakan produk Shaklee selepas membaca flyers yang diberikan oleh anak saya itu.

Saya mengambil produk Shaklee seperti yang dicadangkan dan tidak menggunakan sebarang produk lain semasa menggunakan supplemen Shaklee dan Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang healing crisis semasa menggunakannya.

Alhamdulillah, dalam tempoh setahun, tekanan darah saya mulai menurun, 130/80. Masalah cramp dan gatal-gatal juga kini tiada lagi. Yang bestnya, ada yang teka umur saya dalam 40an. Nampak muda gitu. Doktor juga telah mengesahkan tekanan darah saya sudah OK dan stabil.

Saranan saya kepada anda, tidak salah untuk berikhtiar dengan supplemen tapi pastikan supplemen tersebut selamat dan berkesan. Saya sangat gembira kerana tiada lagi alahan pada ayam dan seafood, kaki tidak cramp lagi dan tekanan darah sudah OK.

Terima kasih kepada anak saya sebab kenalkan saya dengan produk Shaklee. Alhamdulillah.




PN. ZAHRAH BT HJ. ABD BASIT (Kredit: Supermom Shaklee Story)

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Suka makan onion rings tak? Ni antara favourite cikT. Kalau dapat yang A&W punya perghhh...memang tak pandang sangat yang lain.

Bawang ni banyak khasiatnya. Antaranya sebagai antivirus, antiradang, mencegah asthma, membantu untuk mengurangkan toksin dalam badan dan banyak lagi. Jangan tak tahu bawang ni jugak berfungsi sebagai umami atau perasa tambahan (kita lebih kenali sebagai MSG). Sebab itulah hampir semua masakan kita perlukan bawang. Aroma yang dihasilkan pulak tak kurang hebatnya.

Berbalik pada onion rings tadi. Dulu cikT memang suka sangat onion rings yang dicelup campuran tepung gandum. Sejak amalkan diet tanpa gluten ni cikT pun cubalah sendiri resepi tanpa tepung gandum ni. Alhamdulillah, walaupun teksturnya tak sama macam yang biasa, rasa dan kerangupan tu masih sedap dengan izinNya.

Jomlah kita jenguk resepi Onion Rings versi Gluten Free ni. Resepi ni ikut sukatan cikT dan citarasa cikT tau. Kalau kawan-kawan ada resepi yang lebih best, boleh kongsikan di ruangan komen ye.

"Onion Rings versi Gluten Free"


Bahan:
Bawang besar Holland
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi kayu
2/3 cawan tepung jagung
Sedikit serbui kunyit
Sedikit garam
Lada sulah
Chia seeds (optional)
Telur (optional, cikT tak guna)
Air panas

Cara:

1. Potong bawang bulat-bulat. Kemudian pisahkan setiap lapisan.

2. Campurkan semua bahan kering, kemudian bancuh dengan air panas. Gaul rata. Jika inginkan adunan cair, lebihkan air panas. Kurangkan jika ingin dapatkan tepung yang lebih tebal.

3. Masukkan bawang ke dalam adunan tepung.

4. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.

5. Hidangkan.

Selamat mencuba!

CikT
The Lovely Mamipreneur



Assalammualaikum. Nama saya Che Ku Nor Hidayah Che Ku Long. Berumur 25 tahun. Berasal dari Kemaman, Terengganu. Dan menetap di Kemaman.

Saya ada masalah migraine sejak dari zaman persekolahan lagi dan berterusan sehingga saya habis belajar dan bekerja. Apabila migraine menyerang, sangat mengganggu dalam untuk buat kerja dan tak boleh focus untuk kerja.

Sakitnya kepala rasa macam nak hantuk je kepala di dinding. Saya memang ambil ubat migraine di klinik sejak sekolah menengah lagi sehingga belajar di university pon bergantung pada ubat migraine tu.

Bermula dengan Shaklee pada Disember 2016, bila upline saya kenalkan untuk vitamin kulit cantik sebab saya ada masalah sunburn. Vitamin Shaklee yang saya ambil ketika tu, Vitamin C, ESP, GLA dan saya tambah Ostematrix sebab ada lenguh-lenguh badan juga.

Alhamdulillah masalah sunburn saya dah pulih. Perkara yang tak perasan langsung hampir 3 bulan tak migraine dan tak ambil juga ubat migraine tu. Semua ni lepas amalkan supplemen Shaklee ini. Sangat bersyukur kini migraine sembuh dengan izin Allah SWT.

Syukur sangat dipertemukan dengan Shaklee. Kesannya sangat hebat dan bantu selesaikan masalah saya.

Shaklee pilihan No.1 saya kerana Shaklee memang TERBAIK.



Che Ku Nor Hidayah (kredit: Supermom Shaklee Story)

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Saya, Najihah binti Abdul Mutalib, ibu kepada 6 orang cahayamata yang berusia setahun setengah.sehingga 13 tahun. Saya ingin kongsikan #shakleeeffect yang anak-anak saya alami selepas amalkan vitamin Shaklee.

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil pasti sudah biasa dengan pengalaman bergilir-gilir menjaga anak-anak yang tak sihat pada waktu malam. Dan sesi ulang alik ke klinik gara-gara anak-anak demam atau sakit silih berganti.

Saya dan suami juga mengalami situasi yang sama suatu ketika dahulu. Maklumlah jarak kelahiran anak-anak agak rapat, anak sulung berusia sethn setengah dah dapat adik, kembar pula tu. 3 tahun kemudian, saya melahirkan anak ke-4 pula.

Bayangkan ketika itu, anak sulung berusia 5 tahun, anak kedua dan ketiga (kembar) berusia 3 tahun dan anak ke-4 baru lahir. Pada masa tu saya memang belum kenal Shaklee atau apa-apa suplimen.

Dulu, anak saya kerap jatuh sakit; kadang-kadang demam, batuk berkahak, selsema, muntah-muntah dan lain-lain. Bayangkanlah kebiasaannya kalau sorang sakit, sorang demi sorang akan "berjangkit".

Boleh dikatakan tiap-tiap bulan muka kami anak beranak akan muncullah sama ada di klinik panel tempat saya kerja dahulu @ klinik pakar kanak-kanak. Dan tiap kali berjumpa Dr Pakar terutamanya, pasti banyak juga caj yang dikenakan. Sebabnya bukan sorang yang sakit, paling tidak dua orang atau lebih.

Dan tiap kali berjumpa Dr pun, ubat yang sama jugalah diberi. Balik makan ubat semua, sebulan @ dua bulan lepas tu memang akan berulang semula. Tapi pada masa tu saya memang tak pernah terfikir langsung tentang suplimen atau vitamin ni.

Sehinggalah pada akhir 2011, saya mula kenal Shaklee. Tapi utk 1 tahun lebih pada awalnya saya hanya ambik vitamin Shaklee untuk diri sendiri sahaja. Alhamdulillah, selepas beberapa bulan amalkan Shaklee ia nampak serasi dengan diri saya.

Saya mula berikan vitamin Shaklee untuk anak-anak pada awal tahun 2013. Antara vitamin saya saya berikan untuk anak-anak ialah Meal Shakes, Omega Guard, Chewable Vita C dan Nutriferon (bila perlu sahaja).

Apa yang saya perasan, selepas konsisten berikan vitamin-vitamin Shaklee ini pada anak-anak, tahap jatuh sakit mereka makin menurun. Kekerapan ke klinik juga makin berkurang.

Kalau ada pun yang sakit (demam, selsema dan sebagainya), sakit-sakit tu takkan melarat untuk satu tempoh yang lama. Kalau nampak je simptom-simptom dia orang nak demam, terus saya berikan Nutriferon. Nutriferon ni amat berkesan tindakbalas sekiranya diambil sewaktu permulaan tanda atau simptom demam dan selsema tu.

Alhamdulillah..kini walau saya berseorangan menguruskan anak-anak, saya amat bersyukur kerana episod ulang alik ke klinik bila anak-anak sakit tak berlaku sekerap dahulu lagi. Kalau badan anak-anak dah ada rasa panas-panas macam nak demam, terus saya akan berikan Nutriferon (paling utama), diikuti Chewable Vita C dan Omega Guard.

Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Berilah vitamin terbaik untuk anak-anak anda, apa lagi kalau bukan Shaklee sebagai satu usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan seisi keluarga. Saya berharap dengan perkongsian ini, kebaikan vitamin Shaklee akan tersebar serta dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang lagi. Sekian. Terima Kasih.

Terima kasih Shaklee, terima kasih Supermom Shaklee Story.



Pn. Najihah binti Abdul Mutalib (kredit: Supermom Shaklee Story)

CikT
The Lovely Mamipreneur
Assalamualaikum.

Sekarang ni musim cucur kembung manis viral pulak dah. CikT rasa dah pernah viral tahun lepas atau dua tahun lepas. Siap ada versi manis dan versi ikan bilis lagi. Disebabkan kesihatan cikT kurang mengizinkan untuk telan apa saja, maka cikT buat versi gluten free lah. Lagipun lagi dua hari nak bulan penuh kan, mehlah kita berjaga-jaga ye.

Sebenarnya versi tanpa gluten ni pun sedap jugak. Bagi cikT lebih sedap rasanya berbanding guna tepung gandum. Korang kena cuba rasa dulu baru boleh bandingkan. Hasilnya tetap rangup di luar dan lembut di dalam. Nak cuba tu kenalah tahu resepinya kan. Jom kita tengok resepi cucur viral ni.

"Cucur Kembung Manis Versi Gluten Free"

Bahan:

1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi kayu
2 sudu besar gula (cikT guna ORCS dan kurangkan lagi)
Secubit pink salt
1 cawan air panas (panas mendidih tu tau)
Minyak untuk menggoreng

Cara:

1. Gaulkan semua bahan dengan menggunakan senduk.

2. Panaskan minyak.

3. Goreng. Jika nak cucur bentuk bulat, ambil tepung beras sapu ke tapak tangan, ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan sebelum masuk ke dalam kuali. CikT guna sudu je sebab nak cepat.

4. Siap dan hidangkan. Sedia untuk dinikmati.



Selamat mencuba!

CikT
The Lovely Mamipreneur

Assalamualaikum.

Lebih kurang seminggu jugak cikT tak bersiaran. Sebenarnya cikT kurang sihat dengan alahan kulit di hampir seluruh badan. Pergerakan pun agak terbatas. Mujurlah suami banyak membantu dan anak-anak memahami. Alhamdulillah dah banyak perubahan positif dan dah semakin surut.

Sempena bulan Ogos ni, promosi Shaklee agak menarik jugak. Dengan pembelian 5 unit Omega Guard, anda layak mendapat E voucher bernilai RM60.00. Banyak kan?


 Jom rebut peluang untuk rembat minyak ikan terbaik dari Shaklee ni. Sesuai untuk kanak-kanak, pelajar, ibu mengandung, ibu menyusu, orang dewasa, dan warga tua.

Dapatkan Omega Guard untuk seisi keluarga dengan menghubungi cikT di talian 013-3889522 dengan segera tau.

CikT
The Lovely Mamipreneur
Subscribe to: Posts ( Atom )

Carian

Saya Siti

Bonjour & Welcome

Mami paling best untuk 4 orang anak syurga. Suka berkongsi tentang kesihatan, keibubapaan, masakan dan semuanya.

Follow Siti

Produk Shaklee

ESP vivix

Paling diminati

  • Jom Membuat Capan
    Minggu ni minggu peperiksaan sekolah kebangsaan puteri cikT yang berdua tu. Kebiasaannya, matapelajaran seni ni akan jadi penutup minggu pep...
  • 4 Langkah Pantas Kenalpasti Strok
    Strok adalah satu kecemasan perubatan. Strok berlaku apabila aliran darah ke otak terhenti. Dalam masa beberapa minit, sel-sel otak mula ...
  • Homemade Chicken Ball Mudah Dan Sedap
    Assalamualaikum. Dalam banyak-banyak masakan barat, cikT sukakan pasta. Yang paling cikT suka masakan aglio olio sebab dia ada rasa yang b...
  • Pengalaman Penyusuan Bersama Empat Orang Cahaya Mata
    Assalamualaikum. Anak pertama dulu agak bergelut dengan breastfeeding ni. Mana tak nya. Masa mengandung ingatkan menyusu ni alami sampai ...
  • Cucur Kembung Manis Versi Gluten Free
    Assalamualaikum. Sekarang ni musim cucur kembung manis viral pulak dah. CikT rasa dah pernah viral tahun lepas atau dua tahun lepas. Siap ...

Catatan Siti

  • ▼  2017 (165)
    • ▼  August (7)
      • JERAGAT SEMAKIN PUDAR SELEPAS AMALKAN GLA COMPLEX ...
      • TEKANAN DARAH MENURUN, ALAHAN MAKANAN HILANG
      • Onion Rings Versi Gluten Free
      • MIGRAIN SEMBUH DENGAN VITAMIN KULIT CANTIK SHAKLEE
      • TIADA LAGI EPISOD ULANG ALIK KE KLINIK BAWA ANAK-A...
      • Cucur Kembung Manis Versi Gluten Free
      • Promosi Shaklee Bulan Ogos
    • ►  July (24)
    • ►  June (28)
    • ►  May (30)
    • ►  April (30)
    • ►  March (31)
    • ►  February (15)
  • ►  2016 (4)
    • ►  October (4)
Powered by Blogger.

Hubungi Siti

Name

Email *

Message *

Copyright 2014 Lovely Mamipreneur (CikT).
Blogger Templates Designed by OddThemes